18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan (Update)

1
4181
18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

Cara tradisional hilangkan jerawat tidak ramai yang tahu. Jerawat ini jadi fobia kepada golongan masyarakat khasnya kaum wanita. Saya kongsikan 18 cara tradisional hilangkan jerawat dengan berkesan sebagai panduan buat anda.

Isi Kandungan

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

Apa itu Jerawat?

Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan.

Penyebab timbulnya jerawat pada wajah anda :

  • Lapisan kulit mati tersumbat pada pori pori kulit
  • Faktor keturunan
  • Kelenjar peluh yang menghasilkan banyak peluh
  • Faktor pemakanan
  • Kurangnya bersenam atau bersukan

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

Tips untuk mengelakkan jerawat pada muka anda :

  • Pemakanan yang sihat dan seimbang
  • Selalu bersihkan muka anda. Jika muslim, air sembahyang mampu membersihkan wajah anda.
  • Awas !! Sekiranya jerawat didapati tumbuh di muka, jangan sentuh atau picit kerana ia mampu merebak ke bahagian muka yang lain.
  • Bagi wanita, elakkan memakai make up yang berlebihan dan cuci muka dengan bahan pencuci apabila membersihkan muka.
  • Banyakkan minum air yang telah dimasak atau air mineral.
  • Menjaga emosi setiap hari dan elakkan stress.

Berikut adalah 18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

  1. Serbuk kunyit

Kunyit yang popular dengan warnanya yang kuning mengandungi banyak kelebihan & kebaikan untuk kulit muka. Kunyit didapati mengandungi bahan yang mampu melawan keradangan kulit & memberi kesan antiseptik kepada kulit dimana kunyit adalah sumber magnesium dan vitamin c yang baik, kandungan serat yang agak tinggi, vitamin B6, potasium & zat besi tetapi kadar kandungan sodiumnya yang sangat rendah.

Cara menggunakan serbuk kunyit untuk menghilangkan jerawat  :

  • Ambil sedikit serbuk kunyit dan dicampurkan dengan sedikit air.
  • Jadikannya pekat dan pakai seperti mask dan seterusnya sapu di muka.
  • Biarkan kering selama beberapa minit dan basuh.
  • Ulang beberapa kali sehingga nampak jerawat tu hilang.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

2. Daun Pudina

Daun pudina boleh digunakan luaran, merawat gatal gatal kulit, luka, jangkitan, gatal gatal, athlete’s foot, jerawat, dan banyak lagi masalah kulit.

Cara menggunakan daun pudina untuk menghilangkan jerawat  :

  • Bersihkan wajah anda dengan sabun atau pencuci muka.
  • Kemudian sediakan 8 helai hingga ke 10 helai daun pudina yang telah dicuci bersih.
  • Tumbuk daun pudina hingga halus.
  • Tempekkan daun yang telah ditumbuk halus itu ke bahagian jerawat anda selama 15 minit.
  • Kemudian gosok-gosokan (scrub) daun pudina tersebut di tempat jerawat sebelum anda membersihkan muka anda dengan air suam. Ia akan meransangkan jerawat tersebut untuk keluar.
  • Lakukan kerap 2 atau 3 kali seminggu.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

3. Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis amat berkesan untuk menghilangkan jerawat. Tetapi awas !!! jangan letak terlalu banyak dan letak di tempat yang ada jerawat sahaja dan bukan seluruh muka. Jangan gunakan serbuk tetapi gunakan kulit kayu manis. Kulit kayu manis ini akan dihiris halus dan disapukan pada muka. Jangan letak terlalu lama dan terus gosokkan macam scrub di tempat yang ada jerawat.

Sebenarnya kulit kayu manis ade 2 jenis iaitu Cassia dan satu lagi Cinnamon. Cassia tu bahaya dan ade racun kepada kulit. Cassia ni yang anda biasa beli kat kedai tu. Gulungan kulit dia tebal. Kalau Cinnamon asli gulungan kulit kayu manis tu nipis sikit macam kertas. Yang anda biasa beli di kedai tu adalah Cassia. Oleh yang demikian anda perlu cari jenis Cinnamon.

Cara menggunakan kulit kayu manis untuk menghilangkan jerawat  :

  • Beli kulit kayu manis yang nipis (Cinnamon) bukan tebal (Cassia).
  • Hiris halus – halus atau gesekkan pada lesung batu kulit manis tersebut. (Campurkan air sedikit ketika gesek supaya jadi lendir)
  • Letakkan sedikit air (jika hiris) dan scrub di bahagian jerawat tadi.
  • Ulang beberapa kali seminggu sehingga jerawat tersebut akan hilang. Anda boleh lihat perubahannya.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

4. Limau Nipis

Limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C.

Cara menggunakan limau nipis untuk menghilangkan jerawat  :

Cara yang pertama

  • Belah dua limau nipis tersebut dan sapukan pada muka terutama pada muka yang ada jerawatnya.
  • Diamkan diri selama beberapa minit supaya air limau nipis tersebut masuk ke dalam kulit anda.
  • Jika anda terasa pedih, itu adalah kerana vitamin c sedang bekerja memasuki jerawat tersebut.
  • Ulangi beberapa kali dan lihat hasilnya.

Cara yang kedua

  • Memerah limau nipis sehingga airnya keluar.
  • Sila campur air limau nipis dengan air panas. Kenapa dicampur air panas? Ia bertujuan mengaktifkan khasiat limau nipis tersebut supaya liang liang pori muka menjadi terbuka dan khasiat limau nipis tersebut menyebabkan keadaan jerawat semakin baik.
  • Kemudian anda basuh muka dengan air limau nipis nipis dan diamkan diri sehingga kering.
  • Setelah itu basuh muka anda dengan air sejuk.
  • Ulangi beberapa kali dan lihat hasilnya.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

5. Lidah buaya / Aloe Vera

Lidah Buaya adalah salah satu ubat jerawat yang terkenal dan tradisional dan juga dikenali dengan nama Aloe Vera. Aloe Vera ini juga membantu merawat masalah kulit terbakar ( sama ada terkena benda panas ataupun sun burn dengan cahaya matahari), dan juga menyembuhkan luka luka ringan. Ini adalah tanaman yang termasuk di dalam golongan kaktus dan daunnya mengandungi cecair tebal yang melekit yang boleh diletakkan pada bahagian yang memerlukan.

Aloe vera memiliki banyak sifat seperti antibakteri, anti radang, mengurangkan rasa sakit, menghilangkan bekas luka, dan merangsang pertumbuhan sel yang membantu untuk menghilangkan jerawat secara efektif. Ia juga mengandungi vitamin, mineral, protein dan enzim yang diperlukan oleh badan dan kulit kita

Cara menggunakan Lidah Buaya @ Aloe Vera untuk menghilangkan jerawat  :

Cara Pertama : Menggunakan gel Lidah Buaya @ Aloe Vera yang segar dari pokoknya.

  • Ambil satu daun lidah buaya dan dipicit untuk keluarkan gelnya.
  • Kemudian sapukan gel tersebut pada jerawat.
  • Sila ulangi proses ini dua kali sehari selama seminggu untuk menghilangkan jerawat dan lihat hasilnya.

Cara Kedua  :  Campurkan gel Lidah Buaya @ Aloe Vera dengan Lemon atau Limau Nipis

  • Ambil satu daun lidah buaya dan dipicit untuk keluarkan gelnya.
  • Masukkan gel tersebut di dalam mesin pengisar (blender).
  • Campurkan beberapa titis lemon atau limau nipis bersama gel lidah buaya tadi.
  • Kemudian simpan campuran tadi di dalam peti sejuk. (ia akan menjadi seperti lotion)
  • Sapukan lotion tersebut seperti mask di seluruh muka anda sebelum anda tidur.
  • Biarkan semalaman dan bersihkan wajah anda pada pagi esoknya.
  • Ulangi proses ini setiap hari dan anda akan nampak kesannya nanti.

Cara Ketiga  :  Campurkan gel Lidah Buaya dengan Madu dan Kunyit

  • Ambil satu daun lidah buaya dan dipicit untuk keluarkan gelnya.
  • Gunakan gel lidah buaya dan tambahkan sedikit kunyit, madu, susu, dan beberapa tetes air mawar.
  • Campurkan dan kemudian sapukan campuran ini pada jerawat.
  • Biarkan selama 15-20 minit dan kemudian bersihkan dengan air.
  • Ulangkan sapu kepada jerawat dua kali sehari untuk menghilangkan jerawat dengan segera dan anda akan nampak kesannya nanti.

Cara Keempat : Lidah Buaya dijadikan Masker untuk menghilangkan jerawat

  • Ambil satu daun lidah buaya.
  • Didihkan di dalam air selama beberapa minit.
  • Keluarkan gel lidah buaya tu dan campurkan dengan madu.
  • Kemudian sapukan kepada kulit dan jadikan sebagai masker (sapukan secara lembut).
  • Biarkan masker tersebut selama 20 minit dan kemudian bersihkan dengan air.
  • Ulangkan penggunaan masker ini secara teratur untuk menghilangkan masalah jerawat dan anda akan nampak kesannya nanti.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

6. Bawang Putih

Bawang Putih merupakan jenis rempah-rempah yang memiliki kandungan anti-bakteri dan anti viral, kedua kandungan tersebut sangat bermanfaat untuk mencegah dan mengatasi jerawat pada kulit anda. Selain itu, bawang putih juga memiliki kandungan allicin yang juga merupakan suatu zat organisulfur yang mampu menghaluskan dan melembutkan kulit berjerawat. Sedangkan kandungan minyak atsiri yang tersimpan di dalamnya mampu mengangkat kadar minyak berlebih pada kulit wajah, kandungan minyak berlebih inilah penyebab utama timbulnya jerawat.

Cara menggunakan Bawang Putih untuk menghilangkan jerawat  :

Sapu dan gosok di kawasan jerawat.

  • Siapkan terlebih dahulu 1 labu bawang putih, lalu kupas dan iris tipis.
  • Sebelum anda sapu dan gosok bawah putih ke tempat jerawat, anda seharusnya bersihkan terlebih dahulu kulit wajah yang berjerawat dengan air suam.
  • Kemudian anda sapu dan gosok irisan bawah putih tadi pada jerawat.
  • Kemudian biarkan semalaman dan bersihkan pada keesokan harinya dengan air dingin dan sabun atau pembersih muka.
  • Anda boleh lakukan cara ini setiap malam sebelum tidur, jika jerawatnya tidak terlalu parah biasanya pada keesokan harinya jerawat akan kempis dengan sendirinya.

Menempelkan bawang putih di wajah.

  • Anda perlu menumbuk bawang putih tersebut dan tempelkan bawang putih tersebut pada jerawat.
  • Biarkan beberapa minit agar air bawang putih tersebut meresap ke dalam jerawat.
  • Lakukannya berulang setiap malam sehingga jerawat tersebut mengempis dan hilang dan anda boleh lihat kesannya nanti. 

Membuat masker menggunakan bawang putih.

  • Sediakan 3 labu bawang putih.
  • Tumbuk atau blender sampai benar-benar halus.
  • Setelah itu, tambahkan sedikit minyak zaitun dan gaulkan beberapa kali hingga sebati.
  • Bersihkan terlebih dahulu kulit wajah sebelum dengan menggunakan air suam.
  • Sapukan gaulan tersebut keseluruh permukaan kulit yang terdapat jerawat.
  • Biarkan selama beberapa minit dan bersihkan kembali muka dengan air suam tanpa menggunakan sabun.
  • Lakukan masker ini secara rutin setiap hari setiap malam sebelum tidur dan anda boleh lihat kesannya nanti.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

7. Timun

Menurut kajian,  Timun memiliki kandungan 0.65 % protein, 0.1 % lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2 %.  Ia juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, dan vitamin C. Kandungan mineral yang ada pada Timun adalah pottasium, magnesium, kallium, zat besi, dan fospor.

Cara menggunakan Timun untuk menghilangkan jerawat  :

Letak Timun bersama Yogurt

  • Sediakan sebiji timun segar dengan ukuran sedang dan satu senduk yogurt.
  • Bersihkan timun tersebut dan kemudian timun itu dipotong nipis.
  • Tambahkan yogurt pada potongan timun, kemudian gaulkan rata yogurt pada permukaan timun.
  • Tempelkan timun di seluruh muka anda.
  • Biarkan selama 15 minit dan kemudian bersihkan muka dengan air suam.
  • Ulang beberapa kali dan anda boleh lihat hasilnya nanti.

Membuat mask timun

  • Jika anda ingin membuat kelainan mask timun, anda boleh campurkannya dengan lemon.
  • Caranya, blenderkan timun tersebut hingga halus, lalu ditambahkan perisa lemon.
  • Gaulkan rata campuran tersebut dan sapukan pada wajah.
  • Biarkan selama 15 minit dan kemudian basuh muka hingga bersih.
  • Lemon bukan sahaja dapat mencerahkan kulit wajah malahan dapat menghilangkan jerawat, jika anda kombinasikan campuran lemon dengan timun, tentu anda akan mendapat kulit wajah yang cantik. Ia bergantung juga kepada kekerapan anda melakukannya. Anda boleh lihat hasilnya nanti.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

8. Asam Jawa

Saat jerawat muncul di kulit wajah, kebanyakan orang mulai kerisauan. Asam jawa adalah bahan yang mudah dan natural untuk menghilangkan jerawat.

Cara menggunakan Asam Jawa untuk menghilangkan jerawat  :

  • Asam jawa yang diperlukan untuk menghilangkan jerawat adalah 3 biji saja yang kemudian direndamkan dengan air panas segelas.
  • Gaul asam jawa tersebut hingga asam jawa sebati di dalam air.
  • Biarkan air menjadi sejuk dahulu digunakan untuk mencuci wajah anda setiap pagi. Anda boleh lihat hasilnya nanti.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

9. Buah Betik

Kulit betik segar boleh disapu pada muka, atau pes betik segar yang dilenyek juga boleh digunakan pada muka untuk menghilangkan jerawat dan bintik hitam. Asid alfa-hydroxy dalam buah ini menjadikannya berasid secara semulajadi, yang membantu dalam mengurangkan jerawat dan juga memerangi penuaan.

Cara menggunakan Buah Betik untuk menghilangkan jerawat  :

  • Anda hanya perlu sapukan buah betik yang telah dikisar pada wajah selama 20 minit sebelum mencucinya dengan air bersih.
  • Amalkan 3 kali seminggu untuk melihat keberkesanannya.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

10. Ubi Kentang

Ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral. Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Cara menggunakan Ubi Kentang untuk menghilangkan jerawat  :

  • Hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka.
  • Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut.
  • Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. 
  • Lakukan berulang kali dan anda boleh lihat kesannya nanti.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

10. Minyak Kelapa Dara

Ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tidak menggunakan haba.

Cara menggunakan Minyak Kelapa Dara untuk menghilangkan jerawat  :

  • Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya.
  • Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci.
  • Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat.
  • Ulang beberapa kali dan anda boleh lihat kesannya nanti.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

12. Daun Sireh Muda

Daun Sireh memiliki kandungan zat kimia aktif eugenol yang bersifat anti jemur yang dapat berfungsi sebagai penghambat dalam pertumbuhan kuman dan bakteri penyebab jerawat. Selain itu juga, kandungan anti bakteria sangat ampuh dalam mencegah pertumbuhan pembentukan jerawat yang mengakibatkan berkembangnya sel-sel mikro yang sangat merugikan dan dapat mengganggu metabolisme pada kulit wajah. Sedangkan zat anti septic yang terdapat pada daun sireh berperanan penting untuk membasmi dengan sangat cepat bakteria atau kuman penyebab jerawat dan flek hitam.

Cara menggunakan Daun Sireh Muda untuk menghilangkan jerawat  :

  • Sediakan Daun Sireh segar 5 sampai 10  lembar, lalu cuci sampai bersih pada air yang mengalir.
  • Setelah dicuci bersih lalu ditumbuk daun tersebut sehingga halus dan lumat.
  • Kemudian rendamkan tumbukan daun sirih tersebut dengan air panas sebanyak 400 ml.
  • Biarkan rendaman tersebut sampai terasa dingin lalu asingkan air dan ampasnya.
  • Setelah itu gunakan air tersebut untuk membasuh muka anda.
  • Lakukan cara ini secara rutin dan teratur 2 hingga 3 kali dalam sehari dan ada boleh lihat kesannya nanti.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

13. Tomato

Tomato yang berwarna merah sarat dengan vitamin A dan C, malah semakin matang buah tomato itu, kandungan vitaminnya juga semakin banyak. Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.

Bagi yang berhadapan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.

Cara menggunakan Tomato untuk menghilangkan jerawat  :

  • Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit.
  • Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu. Anda boleh lihat hasilnya nanti.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

14. Pucuk Jambu Batu

Pucuk Jambu Batu mempunyai anti oksida yang tinggi dan mampu melindungi kulit dari radikal bebas yang dipercaya dapat mengatasi berbagai masalah wajah seperti jerawat, masalah kulit kering serta ia juga membantu untuk menghaluskan dan memutihkan kulit wajah.

Cara menggunakan Pucuk Jambu Batu untuk menghilangkan jerawat  (18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan) :

  • Ambil pucuk daun jambu yang secukupnya
  • Tumbuk hingga hancur
  • Sapukan di seluruh wajah
  • Tunggu 15 minit
  • Bilas dengan air suam
  • Lakukan setiap hari selama seminggu ke 2 minggu berterusan dan lihat hasilnya

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

15. Air Kelapa

Sifat air kelapa sebagai anti racun dan anti peradangan dapat membantu menyembuhkan jerawat. Basuhlah wajah berjerawat dengan air kelapa sebanyak dua kali sehari. Selain itu, air kelapa membantu menghilangkan bekas jerawat.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

16. Pucuk Daun Teh

Teh memiliki kandungan mineral, vitamin, antibacterial dan anti septik untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat diwajah anda. Pengguaan daun teh ini  tidak mahal dan tidak mengakibatkan kesan sampingan kepada wajah anda.

Cara menggunakan Pucuk Daun Teh untuk menghilangkan jerawat  :

Gunakan rebusan air teh

  • Sediakan air dan daun teh yang secukupnya
  • Rebus air sampai mendidih dan masukkan daun teh di dalam rebusan.
  • Biarkan air rebusan itu mendidih sehingga bau teh itu dapat dihidu.
  • Setelah itu dekatkan wap rebusan ke wajah anda.
  • Biarkan wap rebusan memasuki kulit muka anda
  • Ulang beberapa kali dan tengok hasilnya.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

17. Minyak Zaitun

Minyak Zaitun boleh dikatakan ubat yang terbaik untuk menghilangkan jerawat kerana :

  • Minyak zaitun sarat mengandungi vitamin penting yang membuat proses penyembuhan bekas jerawat menjadi lebih cepat.
  • Minyak zaitun juga sarat dengan antioksidan seperti polifenol yang dapat membantu mengeluarkan racun dalam tubuh, membantu menjaga kelembapan kulit, serta mencegah segala macam jenis jangkitan.
  • Minyak zaitun memiliki kandungan antibakterial yang sangat baik untuk menyembuhkan jerawat yang diakibatkan oleh jangkitan bakteria dan menghilangkan bekasnya.
  • Minyak zaitun juga memiliki sifat anti-inflamasi yang diperlukan untuk menyembuhkan jerawat dan bekas-bekasnya.
  • Minyak zaitun memiliki sifat non-comedogenic (tidak menyumbat pori-pori kulit), sehingga membuatnya menjadi ubat yang ideal untuk menghilangkan jerawat.

Cara menggunakan Minyak Zaitun untuk menghilangkan jerawat (18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan)  :

Membuat Scrub

a. Campuran minyak zaitun dengan baking soda

  • Campurkan satu senduk baking soda dan satu senduk minyak Zaitun di dalam bekas serta gaulkan sehingga sebati.
  • Sapukan ramuan tersebut pada kulit yang mempunyai masalah jerawat, lalu Gosok dengan perlahan menggunakan ujung jari cecara gerakan berpusar selama kira-kira 3 hingga 4 minit.
  • Setelah itu, sapukan kain basah untuk menghilangkan scrub hasil campuran kedua bahan tadi. Proses ini akan mempercepatkan penghapusan bekas jerawat.

b. Ramuan minyak zaitun dengan garam laut

Cara alternatif lain yang boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat adalah dengan mencampurkan minyak zaitun dengan garam laut.

  • campurkan dua sendok garam laut yang telah ditumbuk halus dan satu senduk minyak zaitun.
  • Kacau kedua dua bahan tersebut sehingga melekit dan sehingga boleh menjadi scrub.
  • Gosok dengan perlahan menggunakan ujung jari cecara gerakan berpusar selama kira-kira 3 hingga 4 minit.
  • Setelah itu, sapukan kain basah untuk menghilangkan scrub hasil campuran kedua bahan tadi. Proses ini akan mempercepatkan penghapusan bekas jerawat.

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

18. Beras

Cara menggunakan masker beras untuk menghilangkan jerawat (18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan)  :

  • Masker beras boleh dibuat dengan mudah iaitu hancurkan beras tersebut kemudian rendam selama semalaman dan setelah itu buang airnya kemudian gunakan sebagai masker.
  • Anda boleh pakai masker beras tersebut selama 30 minit dan setelah itu anda boleh membersihkannya dengan air suam. Masker beras juga merupakan salah satu cara untuk menghindari jerawat muncul lagi.

Anda juga boleh baca artikel ini :
1. Petua Hilangkan Bau Ketiak Yang Dijamin Berkesan.
2. Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan
3. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk
4. Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat
5. Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu

18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan

Sila KLIK gambar ini :

1 komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here