Kerja Part Time Terkini 5 Angka Sebulan 2018

0
2233

Adakah anda seorang pelajar sekolah, IPTA / IPTS ? Adakah anda ingin mencari pendapatan Sampingan yang sesuai dengan keadaan anda belajar ? Ketahuilah bahawa untuk membuat kerja part time perlukan strategi work smart dan bukan work hard.
Disini di berikan beberapa jenis kerja part time terkini 5 angka sebulan 2018.

Sebagai seorang pelajar, tanggungjawab untuk mengulangkaji adalah keutamaan tetapi bagi mereka yang berasal dari keluarga yang kurang kemampuan, pekerjaan sampingan adalah jalan terbaik. Sememangnya amat berat untuk melakukan 2 benda di dalam satu masa tetapi jika ianya menggunakan strategi work smart, anda pasti boleh melaksanakannya.
Disini akan dikongsikan maklumat kerja part time terkini 5 angka sebulan 2018 yang ingin menambahkan duit poket demi tujuan belajar dan sara diri tanpa meminta daripada keluarga.

Maklumat kerja part time terkini 5 angka sebulan 2018.

1. Menambahkan pendapatan secara online.
Penggunaan internet telah digunakan secara meluas pada masa kini dan pelbagai peluang telah wujud bagi mereka
yang memanfaatkannya untuk menambahkan pendapatan. Berikut adalah panduan yang dikongsikan kepada anda.

1(a). Membuat blog
Ramai yang mencari cari cara sebenar untuk mendapatkan pendapatan dari blog. Untuk membuat blog, ia
mempunyai strategi tersendiri untuk mewujudkannya dan menjana income. Untuk mengetahui cara dan strategi
membuat blog, anda boleh join group di facebook. Sila klik disini Facebook .

        3 Langkah untuk anda membuat blog :
i. Tentukan topik utama blog anda.
ii. Pilih platform blog yang tepat :
a. Blogger – Bukan milik penuh (hosted)
b. WordPress.com – bukan milik penuh (hosted)
c. WordPress.org – milik penuh (self hosted)

         Pilih Platform hosted (WordPress.com atau Blogger) jika anda:
1. Tidak ingin mengeluarkan modal
2. Tidak kisah mengenai tema (theme) dan features blog anda
3. Tidak kisah jika website anda menjadi seperti ini: namawebsite.blogspot.com
4. Tidak kisah jika website anda dibanned atau delete (kalau anda melanggar aturan)

         Pilih platform self-hosted (WordPress.org) jika anda:
1. Mempunyai modal sekitar RM 80 – RM 100 (untuk domain dan hosting)
2. Ingin mempunyai website sendiri yang 100% milik anda
3. Ingin menukar tema (theme) tanpa had
4. Ingin menambahkan features yang menarik didalam website anda.

iii. Tentukan domain dan hosting
Domain : namecheap
Hosting : hawkhost

 

1(b). Membuat jualan online
Ramai yang menjual pelbagai produk secara online seperti produk kecantikan, kesihatan dan lain lain. ada juga
yang menjual barang barang seperti handphone, beg, kasut dan sebagainya. Memang tidak dinafikan penjualan         secara online amat mudah tetapi ia mempunyai risiko yang tersendiri khususnya kepada penipuan online. untuk         mengelakkan hal yang sebegini, pelajar perlu menggunakan pic profile yang asli. Penjualan produk secara online
ini amat laris di dalam media sosial seperti facebook dan instagram. strategi jualan amat perlu untuk perhatian
dan menarik minat orang ramai untuk melihat produk yang kita jual.

        Untuk membuat jualan online, anda perlu perhatikan faktor ini :
1. Memiliki keyakinan untuk berniaga.
2. Mempunyai Modal.
3. Memilih Produk yang akan dijual.
4. Kumpulan sasaran (target group)
5. Strategi pemasaran.
6. Kekuatan produk untuk terus berada di dalam pasaran.
7. Tahu strategi penggunaan media sosial seperti facebook dan instagram.

 

1(c). Menjadi dropship
Pada masa kini, dropship amat diperlukan oleh semua produk. Dropship bukan sahaja membantu pengeluar produk
memasarkan produk mereka malahan anda juga

        Tips membuat bisnes dropship :
1. Membuat pemilihan produk dan branding
2. Membuat strategi pakej
3. Memberikan kepuasan pelanggan (Ketepatan dan kualiti)
4. Memilih supplier yang boleh dipercayai

 

1(d). Jual servis di Fiverr
Apa yang lebih menyeronokan buat duit di fiverr.com ini adalah kita boleh menerima/menjana pendapatan dari mata wang usd.(bermakna kita buat kerja sekali saja tapi peroleh 3x ganda lebih biasa). Walaupun hasil setiap
perkhidmatan yang kita tawarkan adalah hanya 5usd namun telah ramai rakyat Malaysia yang berjaya menjana duit
disini dan hasilnya mencecah ribuan ringgit sebulan. Ya benar, di fiverr.com penjual boleh menjual apa saja
namun tawaran perkhidmatan itu haruslah bernilai maksima sebanyak 5usd sahaja. Namun ada strategik bagaimana
anda boleh menjana pendapatan lebih iaitu menggunakan strategik upsales.

Oleh sebab, syarat yang ditetapkan oleh pihak fiverr.com, khidmat yang boleh dijual bermula dengan usd5 maka
kita perlu bijak meminimakan kos apa yang hendak kita jualkan. Oh ada kemungkinan tak semua perkhidmatan dan
barang yang sesuai untuk kita jualkan disini. Jika difikirkan secara logik jual 5USd bersamaan 15MYR, jadi apa
barang yang bernilai RM5 atau RM10 yang boleh kita jualkan? dan apa yang lebih penting ,ia belum lagi masuk kos
penghantaran kepada pelanggan.

      Servis yang popular di Fiverr dan mudah menjana income :
1) Design Logo.
2) Design header, banner.
3) Design FB Timeline.
4) SEO.
5) Servis buat video.

 

1(e). Jual top up
Perlu anda fahami yang margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup nie memang agak kecil. Tapi bandingkan pula kelebihannya berbanding peniaga prepaid kad secara konvensional. Mereka perlukan modal yang besar bagi mengadakan stok untuk setiap jenis prepaid. Paling tidak 50 keping maxis RM10, 20 keping maxis RM30, 10 keping Maxis RM60, 50 keping celcom RM10, 30 keping celcom RM20 dan sebagainya. Ini kerana pelanggan akan minta macam- macam topup. Ada yg nak beli RM10 je. Ada pula nak beli yang RM50. Untuk ini sahaja modalnya dah dekat RM2000 – RM5000. Belum campur sewa kedai, lesen meniaga, dan masa yang dihabiskan untuk menjaga kedai tersebut. Kalau modal perniagaan anda RM100, anda jual produk yg boleh dibeli dengan modal tersebut. Dapat cash, tambah balik modal. Lagi best, 24jam, kedai bergerak mengikut kemana sahaja kaki anda melangkah. Anda tak perlu cerita panjang lebar tentang produk yang anda jual kerana semua orang dah tahu pasal prepaid. Tak perlu buat produk demo macam MLM.

 

1(f). Membuat video youtube
Sebenarnya di Youtube, ada satu program pengiklanan yang cukup popular. Ia dikenali sebagai Adsense. Anda
mungkin pernah tengok iklan setiap kali tonton video di Youtube. Setiap iklan yang terpapar di video anda
adalah peluang anda menjana pendapatan.

Anda akan dibayar oleh Google mengikut cara yang ditentukan sendiri oleh Google, contohnya melalui respon
penonton kepada iklan dan jumlah view video anda. Faham – faham jelah kegiatan utama Google adalah iklan.
Kegiatan mereka yang utama adalah melalui iklan. Oleh itu, iklan-iklan para penaja mereka akan dipaparkan pada
video-video di Youtube. Kemudian sebahagian keuntungan akan diberikan kepada para penggiat video yang sering
memuat naik video ke Youtube dan mendapat views yang amat tinggi.

Semakin banyak view yang menonton video mereka, semakin tinggi peluang buat duit dengan Youtube-Adsense.
Ini kerana, semakin ramai yang menonton, semakin tinggi peluang penonton akan respon dan termakan pujukan dengan iklan yang ada di video Youtube. Sebahagian wang penaja akan masuk ke poket Google dan sebahagian lagi wang akan masuk ke poket anda yang suka mengupload video ke Youtube.

 

1(g). Beli dan jual domain
Bisnes ini amat popular kerana ia tidak memerlukan anda bekerja keras dan boleh menghasilkan keuntungan yang
berlipat ganda. Anda hanya perlu mencari dan membeli domain, kemudian menjualnya ke pembeli yang tepat dengan harga yang tinggi.

Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh gunakan di dalam memilih dan membeli domain untuk dijual kembali yang menguntungkan.
1. Cari domain yang pendek
2. Mudah disebut dan mudah diingat
3. Pilih nama yang ada branding
4. Kalau boleh biarlah yang menjelaskan kata kunci
5. Usia domain yang memiliki metrik SEO dan trafik yang tinggi
6. Fokus pada domain biasa yang popular seperti .com

Cara Menjual Domain
1. Submit domain tersebut di beberapa domain marketplace dan forum.
Berikut beberapa marketplace untuk menjual nama domain anda:
a. GoDaddy Auction
b. Sedo
c. Afternic
d. Flippa
e. BrandBucket, untuk domain yang ada brand

Selain di marketplace anda juga bisa menjual domain anda di website forum seperti NamePros.com,DNForum.com
dan DigitalPoint.com

1. Jangan gunakan Whois Privacy Service
2. Promote domain menggunakan page di facebook
3. Promosikan di Social Media

Tips Tambahan Jual Beli Domain
a. Membuat anggaran nilai domain yang ingin dibeli
b. Jangan beli yang ada Trademark

 

2. Bekerja sambilan di pasaraya / syarikat / hotel
Bagi mereka yang mempunyai banyak masa lapang dan kurang assignment, bekerja sambilan di pasaraya, syarikat
atau hotel adalah jalan yang terbaik. Kebanyakan syarikat sebegini amat memerlukan pekerja part time. Sekiranya
anda tinggal di kawasan bandar, terdapat banyak kerja sambilan yang anda boleh lakukan. Bayaran gaji adalah
mengikut jam bekerja dan kebanyakannya dalah daily basis.

 

3. Memandu Grab atau Uber (sekiranya mempunyai kereta)
Tahukah anda bahawa pendapatan pemandu grab atau uber ni boleh di kira tinggi juga hinggakan ada yang
mencadangkan jika anda bekerja dengan gaji di bawah rm2000 sebulan, baik anda berhenti dan daftar sebagai
pemandu grab atau uber full time sahaja kerana income driver grab atau uber ni lebih banyak dari itu.
Pendapatan sebagai driver ni amat tinggi jika driver tu rajin mengambil rider.

Apa yang anda perlukan untuk bermula ialah :
a. Lesen Memandu Kereta
b. IC / Kad Pengenalan (berumur 21thn keatas)
c. Kereta tidak lebih dari 9 tahun usianya
d. Insurans cover note perlu ada nama anda sebagai pemilik / pemandu

Memandu grab atau Uber ini sesuai untuk :
a. Student yg mencari wang tambahan
b. Mereka yg ingin mengumpul wang utk kahwin atau keluarga
c. Mereka yang ingin mencari wang tambahan
d. Mereka yang banyak masa terluang
e. Mereka yang minat berkenalan / networking bersama orang – orang baru setiap hari.

 

4. Membuat perniagaan kecil kecilan
Perniagaan kecil kecilan bukan sahaja menjual barang malahan ia juga boleh menjual perkhidmatan seperti mesin
rumput, mengecat dan lain lain. Perniagaan macam ni memang menguntungkan tetapi ia memerlukan kos dan focus
untuk melaksanakannya.

Perniagaan bukanlah berorientasikan keuntungan semata mata tetapi ia adalah lebih kepada menyelesaikan masalah pelanggan

Sekiranya anda mengambil keputusan berniaga kecil kecilan, anda perlulah menjual produk atau perkhidmatan yang
mampu menyelesaikan masalah pelanggan. Untuk menjalankan perniagaan kecil kecilan ini, komitmen yang tinggi
diperlukan di peringkat awal dan ia akan mengambil sedikit masa untuk berjaya.

4 Elemen yang anda patut tahu untuk membuat perniagaan kecil kecilan iaitu :
1. Target group / pasaran
2. Kos dan Untung rugi perlu diambil kira
3. Jenis produk atau perkhidmatan
4. Masa anda sendiri

 

5. Mengajar tusyen
Mengajar tusyen adalah salah satu kerja sampingan yang boleh anda lakukan. Untuk mengajar, anda perlulah
mempunyai ilmu untuk mengajar. Sekiranya di bandar-bandar harga kebiasaanya ialah RM40-RM50 bagi sekolah
menengah untuk seorang dan satu sesi. Bergantung sesi anda sejam setengah atau dua jam. Bagi sekolah rendah,
biasaya RM30-RM40.
Bagi yang ingin perkenalkan di kawasan luar bandar, buatlah hometuisyen secara berkumpulan. Contohnya, anda
tumpukan pada perumahan atau rumah-rumah yang berdekatan. Maka ambillah sekadarnya seperti RM20-RM25 seorang bagi sekolah rendah untuk satu sesi dan RM25-RM30 seorang bagi sekolah menengah.

Tips untuk memulakan tusyen :
a. Perlu ada ilmu yang hendak diajar.
b. Anda perlu ada minat.
c. Anda perlu ada transport.
d. Anda perlu mempromosikan diri anda.
e. First impression ketika ditemuduga oleh ibu bapa.
f. Anda perlu ada material pengajaran
g. Anda perlu ada skill mengajar dan membimbing.
h. Anda perlu ada kemahiran berkomunikasi dengan ibu-bapa.
i. Anda perlu ada rekod pengajaran.
j. Anda perlu ada bussiness card, resit dan cop anda sebagai cikgu tusyen.
k. Anda perlu ada motivasi.
l. Anda perlu ada jadual harian.

 

6. Menjual design tshirt limited edition.
Membuat design thirt menempah dan menjual adalah trend terbaru sekarang ini. Kebanyakan pelajar di kolej
mahupun di university membuat baju ini dan menggelarkannya limited edition serta dijual dengan harga yang
tinggi. Baju yang dijual selalunya berkualiti dan mempunyai design yang menepati citarasa terkini. Bagi mereka
yang suka design, bisnes ini amat lah sesuai dan menguntungkan.

 

7. Menghasilkan benda yang kreatif dan jual
Untuk menghasilkan benda yang kreatif ini adalah bisnes yang menguntungkan. Ia mempunyai identity yang
tersendiri dan ia amatlah terhad. Sekiranya anda membuat perniagaan ini, anda bukan sahaja akan dikenali ramai
malahan anda akan dapat ramai followers dari mereka yang suka benda benda yang kreatif.

 

8. Menjual pakaian / kasut / topi bundle
Kini terdapat banyak kedai bundle yang menjual pakaian, beg, kasut untuk golongan dewasa, kanak kanak serta
bayi. Barang bundle ini selalunya diimport daripada luar negara dan ia adalah original dan berkualiti.

10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Pakaian Bundle :
a. Anda perlu mengkaji lokasi premis dan maklumat premis.
b. Daftar perniagaan anda di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Bawa salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat.
Tulis dalam column bidang perniagaan – Menjual Barang Serbaneka dan Runcit. Dalam 1 jam anda akan dapat
lesen SSM anda. Lesen ini penting untuk sewaan kedai dan appy lesen majlis nanti.
c. Selesaikan proses sewaan kedai dengan pemilik kedai.
d. Buat kajian dan tempah barang mengikut budget anda.
e. Lakukan kerja renovation (wiring, partition, cat, CCTV).
f. Pemasangan rak.
g. Membuat susunan barang secara kreatif..
h. Apply lesen majlis perbandaran..
i. Mula berniaga.
j. Stabilkan perniagaan anda.

Sila klik gambar ini :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here