Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

0
1654

Anda mencari pendapatan sampingan untuk tahun 2020? Anda seorang pelajar dan ingin mencari duit poket? Komitmen anda kian bertambah? Anda patut tahu bahawa kerja part time perlukan strategi work smart dan bukan work hard.
Disini dikongsikan beberapa jenis kerja part time terkini 5 angka sebulan untuk 2020.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

Masalah kewangan sering menjadi isu utama di dalam kehidupan seharian. Kewangan juga boleh menjadi perbalahan di dalam rumahtangga, pergaduhan ahli keluarga, kehilangan rakan rakan baik dan juga ada yang mengambil langkah mudah dengan meminjam dari agensi pinjaman.
Untuk tahun 2020 ini, anda boleh usaha menambahkan pendapatan dengan cara anda tersendiri supaya anda bebas dari masalah kewangan. Sememangnya amat berat untuk melakukan 2 benda di dalam satu masa tetapi jika ianya menggunakan strategi work smart, anda pasti boleh melaksanakannya.

Disini akan dikongsikan maklumat kerja part time terkini sebulan 5 angka 2020.

Isi Kandungan

Maklumat kerja part time terkini sebulan 5 angka 2020.

1. Menambahkan pendapatan secara online.
Penggunaan internet telah digunakan secara meluas pada masa kini dan pelbagai peluang telah wujud bagi mereka yang memanfaatkannya untuk menambahkan pendapatan. Berikut adalah panduan yang dikongsikan kepada anda.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

1(a). Membuat Artikel Blog
Ramai yang mencari cari cara sebenar untuk mendapatkan pendapatan dari blog. Untuk membuat blog, ia mempunyai strategi tersendiri untuk mewujudkannya dan menjana income daripada artikel yang dihasilkan. Blog Artikel biasa dan blog artikel professional adalah berbeza. Kebanyakan diantara kita mahir untuk membuat platform blog biasa seperti Blogger tetapi tidak ramai yang tahu cara dan teknik untuk buat blog yang professional seperti Panduanterkini.com. Untuk mengetahui cara dan strategi membuat blog secara professional, anda boleh sertai kursus yang dianjurkan oleh Panduanterkini.com (Dimiliki oleh PTDOTCOM MEDIA DIGITAL). Sila berhubung dengan En. Zulkhair di SINI. Anda juga boleh  join group di facebook. Sila klik disini Facebook .

        3 Langkah untuk anda membuat blog :
i. Tentukan topik utama blog anda.
ii. Pilih platform blog yang tepat :
a. Blogger – Bukan milik penuh (hosted)
b. WordPress.com – bukan milik penuh (hosted)
c. WordPress.org – milik penuh (self hosted)

         Pilih Platform hosted (WordPress.com atau Blogger) jika anda:
1. Tidak ingin mengeluarkan modal
2. Tidak kisah mengenai tema (theme) dan features blog anda
3. Tidak kisah jika website anda menjadi seperti ini: namawebsite.blogspot.com
4. Tidak kisah jika website anda dibanned atau delete (kalau anda melanggar aturan)

         Pilih platform self-hosted (WordPress.org) jika anda:
1. Mempunyai modal sekitar RM 80 – RM 100 (untuk domain dan hosting)
2. Ingin mempunyai website sendiri yang 100% milik anda
3. Ingin menukar tema (theme) tanpa had
4. Ingin menambahkan features yang menarik didalam website anda.

iii. Tentukan domain dan hosting
Domain : namecheap
Hosting : hawkhost

 

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

1(b). Membuat jualan online
Pada masa kini, ramai usahawan online bergiat aktif di dalam menjual barang barang keperluan seperti produk kecantikan, pakaian, produk kesihatan dan sebagainya. Produk yang dijual secara online memerlukan keyakinan pelanggan dan oleh yang demikian, anda memerlukan Facebook Page untuk menjual produk yang anda tawarkan. Sebagai seorang penjual online, ada seharusnya mempunyai disiplin yang tinggi dimana anda perlu mempunyai jadual posting dan juga kerap berurusan dengan pihak pos laju. Kelewatan penghantaran produk akan menjejaskan reputasi anda sebagai penjual online dan pelanggan tidak akan membeli produk anda untuk kali yang kedua. Disini dikongsikan jadual posting di media sosial yang anda boleh lakukan setiap hari.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020        Untuk membuat jualan online, anda perlu perhatikan faktor ini :
1. Memiliki keyakinan untuk berniaga.
2. Mempunyai Modal.
3. Memilih Produk yang akan dijual.
4. Kumpulan sasaran (target group)
5. Strategi pemasaran.
6. Kekuatan produk untuk terus berada di dalam pasaran.
7. Tahu strategi penggunaan media sosial seperti facebook dan instagram.

 

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

1(c). Menjadi dropship
Menjadi dropship adalah perniagaan yang paling mudah kerana anda hanyalah mempromosikan produk ataupun perkhidmatan usahawan. Melalui dropship, anda lebih mudah dikenali pelanggan dan ia membantu anda untuk mempunyai pelbagai jenis produk tanpa perlu membeli stok. Kebanyakan pengusaha produk memerlukan dropship dan sebilangan besarnya bayaran komisyen sesuatu produk adalah tinggi. Anda boleh berjinak jinak di dalam perniagaan dengan bermula sebagai dropship.

        Tips membuat bisnes dropship :
1. Membuat pemilihan produk dan brand supaya ada boleh dapat keuntungan segera.
2. Membuat strategi pakej yang menarik perhatian pelanggan.
3. Memberikan kepuasan pelanggan membeli dengan anda. (Ketepatan dan kualiti)
4. Memilih supplier produk yang boleh dipercayai supaya perkhidmatan anda dibayar.

 

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

1(d). Menjual Perkhidmatan di Fiverr
Apa yang lebih menyeronokan buat duit di fiverr.com ini adalah kita boleh menerima dan menjana pendapatan dari mata wang dolar US (usd). Ini bermakna di setiap pembayaran kita akan dapat  4x ganda daripada ringgit Malaysia. Walaupun hasil setiap perkhidmatan yang kita tawarkan minimum 5 dolar US (USD), namun telah ramai rakyat Malaysia yang berjaya menjana duit disini dan hasilnya mencecah ribuan ringgit sebulan. Namun ada cara dan teknik bagaimana anda boleh menjana pendapatan lebih dengan menggunakan teknik upsales.

Oleh sebab, syarat yang ditetapkan oleh pihak fiverr.com, khidmat yang boleh dijual bermula dengan usd5 maka kita perlu bijak meminimakan kos apa yang hendak kita jualkan. Jika difikirkan secara logik jual 5 US dollar (USD) bersamaan RM20 (MYR), jadi di setiap perkhidmatan yang kita tawarkan perlulah bernilai RM20.

      Servis yang popular di Fiverr dan mudah menjana income :
1) Design Logo.
2) Design flyers, bunting dan banner.
3) Editing gambar.
4) Menulis artikel mengikut SEO.
5) Servis editing video.

 

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

1(e). Ejen jual top up
Perlu anda fahami bahawa margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup agak kecil. Tetapi harus diingat bahawa apabila melibat kuantiti pelanggan yang ramai, keuntungan yang kecil tadi menjadi besar. Kini terdapat pelbagai platform yang membolehkan anda menjana pendapatan melalui penjualan reload handphone dan juga Touch’N’Go. Pelbagai pakej menarik ditawarkan oleh supplier penjualan topup ini. Anda hanya perlu memilih yang bersesuaian dan dapat memberi tawaran yang menarik.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

1(f). Membuat video youtube
Sebenarnya di Youtube, ada satu pakej pengiklanan yang cukup popular. Ia bergantung kepada populariti video anda. Mungkin ada perasan terdapat iklan disetiap video yang anda lawati. Setiap iklan yang terpapar di video yang anda hasilkan, anda berpeluang untuk mendapatkan bayaran daripada Youtube melalui Google Adsense. Oleh yang demikian, channel youtube anda haruslah membuat “Monetisation” dan mempunyai akaun Google Adsense. Semakin ramai yang menonton video yang anda hasilkan, semakin banyak peluang anda untuk mendapat bayaran. Oleh yang demikian, anda boleh mula hasilkan video yang kreatif dan kongsikan kepada rakan anda serta kongsikan link di media sosial.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

1(g). Jual Beli Domain
Bisnes ini sangat popular kerana ia tidak memerlukan anda bekerja keras dan boleh menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Anda hanya perlu mencari dan membeli domain yang dijangkakan akan dicari pelanggan dan kemudian menjualnya kepada pembeli dengan harga yang tinggi.

Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh gunakan di dalam memilih dan membeli domain untuk dijual kembali yang menguntungkan.
1. Cari domain yang pendek.
2. Mudah disebut dan mudah diingat.
3. Pilih nama yang telah ada branding ataupun dijangkakan akan popular.
4. Kalau boleh biarlah yang menjelaskan kata kunci.
5. Usia domain yang memiliki metrik SEO dan trafik yang tinggi.
6. Fokus pada domain biasa yang popular seperti .com

Cara Menjual Domain
1. Submit domain tersebut di beberapa domain marketplace dan forum.
Berikut beberapa marketplace untuk menjual nama domain anda:
a. GoDaddy Auction
b. Sedo
c. Afternic
d. Flippa
e. BrandBucket, untuk domain yang ada brand

Selain di marketplace anda juga boleh menjual domain anda di website forum seperti NamePros.com,DNForum.com dan DigitalPoint.com

1. Jangan gunakan Whois Privacy Service
2. Promote domain menggunakan page di facebook
3. Promosikan di Social Media

Tips Tambahan Jual Beli Domain
a. Membuat anggaran nilai domain yang ingin dibeli
b. Jangan beli yang ada Trademark

 

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

2. Bekerja Sambilan di Pasaraya / Syarikat / Hotel
Bagi mereka yang mempunyai banyak masa lapang dan kurang assignment, bekerja sambilan di pasaraya, syarikat ataupun hotel adalah langkah yang terbaik. Kebanyakan syarikat sebegini amat memerlukan pekerja sambilan. Sekiranya anda tinggal di kawasan bandar, peluang bekerja sambilan adalah banyak dan bayaran gaji adalah mengikut jam bekerja dan kebanyakannya adalah gaji harian.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

3. Menjalankan perniagaan dengan GRAB (sekiranya mempunyai kenderaan)
Tahukah anda bahawa GRAB kini menawarkan pelbagai peluang menjana pendapatan untuk anda sama ada sebagai pemandu grab, penghantar makanan dan juga penghantar dokumen. Peluang ini bukan sahaja dapat memberikan anda peluang kerja sambilan malahan ramai yang telah bekerja secara sepenuh masa. Pendapatan mereka yang menjalankan perniagaan dengan GRAB mampu menghasilkan lebih RM1000.00 sebulan dan ada juga yang mencecah RM5000 sebulan bergantung kepada kerajinan dan usaha individu tersebut.

Apa yang anda perlukan untuk bermula ialah :
a. Lesen Memandu Kereta
b. IC / Kad Pengenalan (berumur 21thn keatas)
c. Kereta tidak lebih dari 9 tahun usianya
d. Insurans cover note perlu ada nama anda sebagai pemilik / pemandu
e. Lesen PSV

Memandu grab atau Uber ini sesuai untuk :
a. Student yg mencari wang tambahan
b. Mereka yg ingin mengumpul wang utk kahwin atau keluarga
c. Mereka yang ingin mencari wang tambahan
d. Mereka yang banyak masa terluang
e. Mereka yang minat berkenalan / networking bersama orang – orang baru setiap hari.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

4. Membuat perniagaan kecil kecilan
Perniagaan kecil kecilan bukan sahaja menjual barang malahan ia juga boleh menjual perkhidmatan seperti mesin rumput, mengecat dan sebagainya. Perniagaan kecil kecilan amatlah menguntungkan tetapi ia memerlukan kos operasi dan tumpuan lebih untuk melaksanakannya.

Perniagaan bukanlah berorientasikan keuntungan semata mata tetapi ia adalah lebih kepada menyelesaikan masalah pelanggan

Sekiranya anda mengambil keputusan untuk berniaga kecil kecilan, anda perlulah menjual produk ataupun perkhidmatan yang mampu menyelesaikan masalah pelanggan. Untuk menjalankan perniagaan kecil kecilan ini, komitmen yang tinggi diperlukan di peringkat awal dan ia akan mengambil sedikit masa untuk berjaya. Ia memerlukan kesungguhan dan disiplin diri yang tinggi. Oleh yang demikian anda digalakkan untuk membuat Bisnes Model Canvas bagi melihat gambaran keseluruhan perniagaan yang anda ingin jalankan.

4 Elemen yang anda patut tahu untuk membuat perniagaan kecil kecilan iaitu :
1. Target group / pasaran
2. Kos perlaksanaan dan untung rugi perlu diambil kira
3. Jenis produk atau perkhidmatan yang ingin dijalankan
4. Masa yang perlu anda luangkan

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

5. Mengajar tusyen
Mengajar tusyen adalah salah satu kerja sampingan yang mulia disamping dapat menambahkan pendapatan anda. Sebagai seorang pendidik, anda seharusnya mempunyai karakter yang mempunyai berpewatakan menarik serta mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendidik pelajar. Disamping itu, anda seharusnya berdisiplin dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Sekiranya di bandar-bandar harga kebiasaanya ialah RM40-RM50 sejam untuk seorang pelajar bagi satu matapelajaran. Manakala bagi sekolah rendah pula,
biasanya harga yuran adalah RM30-RM40 sejam untuk seorang pelajar bagi satu matapelajaran.
Bagi yang ingin mengajar tusyen di kawasan luar bandar, anda digalakkan buat home tusyen secara berkumpulan. Tumpukan kepada masyarakat berdekatan. Yuran kebiasaannya adalah RM20-RM25 seorang bagi sekolah rendah untuk satu sesi (Satu jam setengah atau 2 jam) dan RM25-RM30 seorang bagi sekolah menengah.

Tips untuk memulakan tusyen :
a. Perlu ada ilmu yang hendak diajar.
b. Perlu minat untuk mengajar.
c. Perlu ada kenderaan sendiri.
d. Perlu mempromosikan diri anda di dalam flyers atau media sosial.
e. Perlu berpenampilan kemas.
f. Perlu ada bahan pengajaran dan pembelajaran sendiri
g. Perlu mempunyai kemahiran mengajar dan membimbing.
h. Perlu ada kemahiran berkomunikasi yang baik khususnya dengan ibu-bapa.
i. Perlu ada rekod pengajaran sendiri.
j. Perlu ada bisnes kad, buku resit dan cop sendiri.
k. Perlu ada motivasi dan kesabaran.
l. Perlu ada jadual harian.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

6. Menjual design t-shirt limited edition.
Membuat design t-shirt, menempah dan menjual adalah trend terbaru pada masa kini. Design yang menarik dan harga yang releven dapat menarik minat pembeli untuk membeli baju yang anda hasilkan. Kebanyakan pelajar di kolej mahupun di universiti ingin membuat design baju untuk digunakan harian atau di dalam aktiviti yang akan dijalankan. Baju yang dihasilkan perlulah berkualiti tinggi dan mempunyai design yang menepati citarasa terkini. Bagi mereka yang suka membuat design, bisnes ini amat lah sesuai dan menguntungkan.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

7. Menjual benda yang kreatif
Kebanyakan diantara kita kreatif menghasilkan peralatan yang dapat memudahkan kehidupan seharian. Ada juga yang kreatif dan berseni di dalam menghasilkan lukisan yang menarik. Ada pula yang kreatif di dalam menghasilkan produk makanan yang sedap dan akhirnya menjadi viral dan perhatian umum. Menjual sesuatu yang kreatif dapat memberi pendapatan yang lumayan dan juga dapat menjadikan diri popular di kalangan masyarakat.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

8. Menjual pakaian / kasut / topi bundle
Perniagaan kedai bundle kini amatlah popular dan hampir di setiap kawasan terdapat kedai bundle yang menjual pakaian, beg, kasut dan juga topi untuk golongan dewasa serta  kanak kanak. Kedai bundle amatlah laris jika dibuka di kawasan yang mempunyai ramai pekerja asing. Harganya yang murah serta pakaian yang menarik mampu menjadikan kedai tersebut dikunjungi sentiasa dan mendapat tumpuan ketika musim perayaan ataupun pada hujung minggu. Barang bundle ini selalunya diimport daripada luar negara dan ia adalah original dan berkualiti.

10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Pakaian Bundle :
a. Anda perlu mengkaji lokasi premis dan maklumat premis.
b. Daftar perniagaan anda di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Bawa salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Tulis dalam column bidang perniagaan – Menjual Barang Serbaneka dan Runcit. Dalam 1 jam anda akan dapat lesen SSM anda. Lesen ini penting untuk sewaan kedai dan appy lesen majlis nanti.
c. Selesaikan proses sewaan kedai dengan pemilik kedai.
d. Buat kajian dan tempah barang mengikut budget anda.
e. Lakukan kerja renovation (wiring, partition, cat, CCTV).
f. Pemasangan rak.
g. Membuat susunan barang secara kreatif..
h. Apply lesen majlis perbandaran..
i. Mula berniaga.
j. Stabilkan perniagaan anda.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

9. Menjadi Freelance Creative Content Writer.
Kepada anda yang minat menulis dan ingin menambahkan pendapatan sampingan sebagai Freelance Creative Content Writer, anda boleh mendaftarkan diri dengan Panduanterkini.com yang dimiliki oleh PTDOTCOM MEDIA DIGITAL. Untuk pertanyaan lanjut dan mendaftar, anda boleh hubungi Encik Zulkhair, SILA KLIK DISINI.

Sila rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut, SILA KLIK DISINI.

Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here