Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

0
1838
Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

Adakah gigi anda sedang sakit sekarang ? Terasa berdenyut denyut hingga berpeluh dibuatnya. Sabar !! Jangan marah. Berikut dikongsikan petua tradisional hilangkan sakit gigi yang murah dan berkesan. Anda boleh terus buat jika bahan bahannya ada dirumah.

Isi Kandungan

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

Maklumat gigi

Sebelum anda mula membaca petua tradisional hilangkan sakit gigi yang murah dan berkesan, anda boleh baca doa sakit gigi dahulu.
1. Baca surah Al Fatihah
2. Baca Doa dibawah sebanyak 7kali

Doa Rawatan Sakit Gigi

Gejala Sakit Gigi yang anda alami sekarang :
1. Rasa sakit sekitar gigi dan rahang
Terasa berdenyut denyut sehingga anda hilang mood untuk bercakap.

2. Terasa sakit kepala dan kepala berdenyut
Anda terasa ingin mengasingkan diri dari orang lain dan bertahan.

3. Gusi Nampak bengkak
Keadaan ini menyebabkan anda terasa down dan elakkan dari melihat cermin.

4. Demam
Badan terasa ingin demam dan peluh dingin mula keluar.

Berikut dikongsikan petua tradisional hilangkan sakit gigi yang murah dan berkesan.

Petua petua lama yang bermanfaat dan berkesan untuk anda cuba. Kebanyakan petua ini adalah untuk anda kumur atau letak di gigi yang sakit.

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

1. Gambir
Gambir Sarawak (nama saintifik: Uncaria Gambir) ialah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak terdapat di dalam hutan Negeri Sarawak, Malaysia. Ia juga dikenali dengan nama Born, Gambier, Borneo Cat’s claw, Una de Gato dan Kerangas. Ia diperolehi di dalam hutan tebal di kawasan pendalaman di bahagian Long Panai, Marudi, Sarawak.

Gambir Sarawak sangat berkesan untuk melegakan sakit gigi. Cara penggunaan yang mudah dengan hanya menghancurkan gambir hingga menjadi serbuk yang halus lalu diletakkan di dalam gigi geraham yang berlubang. Kira-kira 5 minit selepas itu gigi akan berasa berdenyut-denyut dan kesakitan gigi akan beransur hilang sedikit demi sedikit. Penggunaan gambir digunakan oleh orang lama dan ia adalah Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan.

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

2. Kapur Sireh
Kapur makan atau Kapur Sireh merupakan satu bentuk kalsium karbonat yang juga membentuk tulang rangka manusia, dan penggunaannya dalam kuih-muih adalah baik kerana ia boleh membantu membentuk tulang yang kukuh.
Ketika gigi anda sakit, anda boleh ambil kapur sireh dan sapukan sedikit pada gigi atau anda boleh kunyah bersama daun sireh untuk beberapa minit.

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

3. Bawang Putih
Bawang putih (Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceae sama seperti lain-lain jenis bawang. Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, perbaiki sistem penghadaman, antibiotik dan anti bakteria.
Petua menggunakan bawang putih untuk rawatan gigi.
a. Ambil 2 ulas bawang putih, 2 ulas cengkih, satu sudu garam dan beberapa titik minyak zaitun.
b. Campurkan semua di dalam lesung batu dan tumbuk hingga hancur.
c. Tampal di bahagian luar gigi dan biarkan selama 30 minit.

Jika anda ingin tahu kelebihan bawang putih, sila baca artikal ini. Klik DISINI

4. Air Garam
Garam mengandungi zat sodium yang boleh membasmi bakteria pada gigi. Campurkan sedikit garam dalam segelas air suam dan kumur-kumur dengan air tersebut.

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

5. Daun Jambu Batu
Daun muda jambu batu banyak digunakan didalam pengubatan tradisional dan daun ini mengandungi banyak zat-zat yang bermanfaat, termasuk antioksidan seperti vitamin C dan flavonoid seperti quercetin.
Daun jambu batu boleh memberikan rasa kebas pada tempat yang sakit dengan cara merebuskannya dan dicampurkan dengan sedikit garam. Anda boleh mula kumur apabila ia sudah suam.

Jika anda ingin mengetahui kelebihan daun jambu batu, sila lihat artikal ini. Sila Klik DISINI.

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

6. Tomato
Buah tomato adalah diantara buah yang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri dan juga sangat digemari oleh sesiapa sahaja yang tahu tentang kebaikan dan kegunaan buah yang sedap dimakan mentah ini.
Dikatakan tomato yang berwarna merah dipercayai mempunyai vitamin A dan C yang tinggi dan kandungan setiap vitamin semakin banyak sekiranya buah tomato berkenaan semakin tua atau matang.
Ambil sebiji tomato muda dan potong nipis-nipis. Masukkan tomato tadi ke kawasan yang sakit. Buat beberapa kali sehingga rasa sakit tersebut berkurangan.

Jika anda ingin tahu kelebihan buah tomato lagi, sila lihat artikal ini. Sila Klik DISINI.

* Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.

Anda juga boleh baca artikel ini :
1. 18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan.
2. Petua Hilangkan Bau Ketiak Yang Dijamin Berkesan.
3. Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan
4. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk
5. Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat
6. Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

Sila klik gambar dibawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here