Buat Duit Santai Musim COVID-19

0
888

Anda dah bosan duduk di rumah musim Covid 19 ni? Memerlukan kewangan tambahan? Ingin buat aktiviti yang bermanfaat? Jom saya kongsikan cara Buat Duit Santai Musim Covid-19 ini.

Ramai antara kita mengeluh, punca pendapatannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Sampai bilakah semua ini akan berakhir? Pelbagai persoalan bermain di fikiran masing masing.
Bila melihat indeks pesakit semakin naik dan indeks kematian pun semakin naik.
Yang pasti, semuanya mengharapkan keadaan beransur pulih.
So, disini dikongsikan cara buat duit santai musim Covid 19.
Sebelum itu, saya ingin bertanya kepada anda.

Isi Kandungan

ADAKAH ANDA SUKA LUANGKAN MASA DI MEDIA SOSIAL?

Jika jawapan anda YA, anda WAJIB baca artikel ini.
Pernah dengar Affiliate Marketing?
Mungkin perkataan Affiliate Marketing anda baru dengar tetapi sebenarnya ia telah lama berada di dalam pasaran.

APAKAH ITU AFFILIATE MARKETING ?

“Affiliate Marketing” dalam perkataan yang mudah, “Menjual Barang Orang Lain”. Konsepnya seperti salesman, anda bekerja di bawah satu syarikat, jual produknya dan anda dapat komisyen. Tetapi dalam konteks affiliate, anda hanya mempromosikan sesuatu produk di dalam internet, dan ‘produk’ itu boleh jadi ebook, barang fizikal, software, membership, hotel booking dan banyak lagi.

Contohnya di sini, laman web ‘Gap.com’ yang menjual pakaian. dan Gap.com membenarkan anda untuk mempromosikan produk mereka di website anda sendiri. Sekiranya produk itu dijual, anda akan dapat komisyen. Bergantung kepada laman web tersebut, anda boleh meperolehi komisyen sehingga mencecah 75 %!!

Cuma apa yang uniknya disini adalah link yang anda sediakan terdapat nama akaun anda dan dari situlah Gap.com akan tahu siapa yang mempromosikan produk tersebut. Erti kata lain, jika rakan anda mahu membeli jam tangan contohnya di amazon.com, anda hanya suruh dia pergi ke laman web tersebut melalui link yang anda cipta dari amazon.com dan anda akan dapat komisyen. Perlu difahami bahawa satu produk satu link, maksudnya, setiap produk menghasilkan lain link.

SO, ANDA DAH BOLEH FAHAM APA ITU AFFILIATE MARKETING?

Ramai antara kita duduk depan TV layan cerita menarik, tidur seharian dan bangun untuk makan je, ada juga yang buat aktiviti sihat di rumah seperti bercucuk tanam atau bersenam dan ada juga yang layan media sosial sepanjang hari.

Kepada yang suka melayan media sosial tu tanpa buat apa apa yang berfaedah, menjadi ejen Affiliate Marketing dapat berikan anda pulangan yang sangat memberansangkan.
Belum cuba, belum tahu kan.

Melalui affiliate ini tiada sebarang yuran pendaftaran dikenakan. Anda hanya perlu mempromosikan link yang disediakan ke sebarang platform sama ada blog, facebook, twitter dan instagram.
Untuk itu, saya akan kongsikan carta syarikat yang menawarkan affiliate di Malaysia yang mampu meraih keuntungan yang tinggi.

1. Panduanterkini.com (PTDOTCOM MEDIA DIGITAL)

Dalam affiliate Panduanterkini.com, anda perlu menjual produk maya iaitu E-BOOK.
Antara ebook yang anda perlu jual adalah seperti e-book bisnes, marketing dan lain lain.
Sekiranya anda berminat menjadi Ejen Affiliate, boleh KLIK SINI untuk pendaftaran.

2. Tim Infokerjaya

Dalam affiliate Tim Infokerjaya, anda akan menjual e-book yang berfokuskan kepada kerjaya kerajaan dan tip exam online.

3. JV Warrior

Dalam affiliate JV Warrior, anda perlu menjual e-book berkaitan bisnes ebay dan tips untuk sewa hotel dengan rumah.

Jangan rugikan masa anda dan anda boleh manfaatkan segala kemajuan teknologi untuk mencari pendapatan sampingan.
Menjadi ejen affiliate ini anda mempunyai kebebasan masa untuk mempromosikan produk dan jana pendapatan sampingan disamping anda mempunyai pendapatan utama.

Selalu dengar istilah sambil bercuti dapat buat duit?
Ya, dengan affiliate anda boleh jana pendapatan sebegini.
Selamat mencuba!

Anda juga boleh baca artikel ini :
EBook 55 Teknik BOSS Tarik Pelanggan Terbukti Berkesan Untuk Bisnes

Buat Duit Santai Musim COVID-19

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here