Bukanlah individu yang sebenar – Datuk Farid Kamil

0
1017

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil memperlihatkan kepada sidang media, 2 gambar individu yang sepatutnya disiasat oleh polis mengenai dengan kesnya baru baru ini.  Datuk Farid Kamil menjelaskan bertindak berkongsi gambar dua lelaki itu kepada media dan orang awam kerana mahu mendedahkan individu sebenar di sebalik pertuduhan dia terbabit dalam penyalahgunaan dadah.


Gambar : Sumber Astro Awani

Jelasnya, pendedahan ini sekaligus menjelaskan dua individu yang sudah dipanggil pihak polis bukanlah individu yang sebenar membantu siasatan polis.

Farid mendakwa , individu sebenar yang datang menemuinya pada hari kejadian adalah pengurus artis serta penyanyi.
Selepas berjumpa mereka, saya tidak sedarkan diri,” katanya.

Selepas laporan polis dibuat, beliau berharap ada kawad cam dilakukan ke atas suspek yang meklumatnya telah diberikan, namun reman dan siasatan telah dibuat ke atas individu yang tidak dimaksudkannya beberapa hari kemudian.


Gambar : sumber buku biru

Farid berharap penjelasan mengenai beberapa kontroversi membabitkan dirinya pada sidang media itu dapat membersihkan imejnya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here