Email dan SMS BR1M Palsu Kini Berleluasa Aniaya Penerima

0
1271

Adakah anda menerima email palsu atau mesej palsu mengenai BR1M ? Adakah anda salah seorang mangsa tersebut ? Adakah anda ragu ragu dengan email atau mesej tersebut ? Dimanakah anda ingin dapatkan kepastian ? Disini dikongsikan info untuk maklumat anda.

Untuk makluman anda, email dan sms BR1M palsu kini berleluasa aniaya penerima.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima pertanyaan daripada pemohon dan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mendakwa dihubungi secara e-mel atau pesanan ringkas (SMS) berkaitan BR1M daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai LHDNM (BR1M) yang menawarkan langganan insurans BR1M (i-BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M.

LHDNM mengesahkan bahawa pihak kami TIDAK mengeluarkan apaapa e-mel atau pesanan ringkas melalui pegawai LHDNM (secara individu) kepada pemohon atau penerima BR1M.

Justeru, kami menasihatkan semua penerima e-mel dan sms palsu tersebut agar menghapuskannya dan tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap apa-apa arahan yang terkandung di dalamnya.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari https://ebr1m.hasil.gov.my/

Klik sini untuk membaca artikal punca permohonan BR1M anda gagal,

Klik sini untuk membaca artikal Notis Amaran Mengenai BR1M di LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here