Hub Untuk Branding

0
1362

Apakah yang dimaksudkan hub di dalam dunia online ? Adakah hub ini penting untuk branding anda ? Apakah kelebihan hub di dalam branding ? Disini akan didedahkan hub untuk branding.

Ramai di antara kita berpendapat bahawa hub itu adalah Facebook. Ada juga yang mengatakan hub itu adalah Media Sosial. Sebenarnya anggapan berikut adalah salah. Di dalam dunia online, hub yang sebenar adalah bermula daripada mesin pencari (search engine). Hampir semua carian info atau maklumat, kita akan rujuk kepada search engine dan search engine yang popular di Malaysia adalah Google.

Isi Kandungan

Hub Untuk Branding


Credit : Hootsuite

Merujuk kepada data di atas, kita dapat lihat bahawa 468 juta penduduk Malaysia menggunakan platform Google untuk mencari maklumat setiap bulan. Sekiranya maklumat produk anda atau perkhidmatan anda tiada di dalam platform Google, anda kehilangan ribuan pelanggan setiap saat. Data di atas sangat menjelaskan kepentingan website di dalam perniagaan.

Apakah yang wujud di alam Google atau search engine yang lain?

Semua info atau artikel maklumat yang disampaikan di dalam Google adalah melalui website. Google menyediakan platform kepada orang ramai untuk masukkan maklumat melalui website. Oleh yang demikian, ramai di antara kita menjadi menyampai info dan blogger untuk rujukan masyarakat.

Apakah yang mendorong kita untuk membuat carian di Google ?

Kebanyakan di antara kita akan membuat carian di Google apabila kita ingin mengetahui sesuatu info atau maklumat sesuatu produk, perkhidmatan ataupun bacaan umum untuk pembelajaran. Ia amat mudah dengan hanya menaip sesuatu keyword dan hampir keseluruhan maklumat yang berkaitan keyword tersebut akan terpapar di hasil carian.

Bagaimana pula sekiranya sesuatu carian itu tidak memberikan maklumat seperti yang diharapkan ?

Susah tentu hati kita akan merasa kecewa, tidak yakin ataupun was was.
Hal ini banyak berlaku kepada produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan. Mereka pandai untuk menjual produk tetapi tidak pandai membina keyakinan pelanggan untuk mempercayai produk yang dijual. Oleh yang demikian produk tersebut tidak akan dibeli untuk kali yang kedua.

Jika kita melihat kepada gambarajah di atas, berikut adalah perbezaan diantara perniagaan kebiasaan dan juga perniagaan yang mempunyai branding. Oleh sebab itu dimaklumkan bahawa mendapat kepercayaan itu penting supaya produk atau perkhidmatan anda dapat bertahan di pasaran.

Apabila kita merujuk kepada jenis website, terdapat beberapa jenis website yang boleh dibuat oleh usahawan seperti :

  1. Website seperti blog / maklumat artikel.
    (Sila dapat sebut harga disini)
  2. Website seperti landing page yang mempunyai satu halaman sahaja.
    (Sila dapat sebut harga disini)
  3. Website korporat yang menceritakan ttg keseluruhan syarikat termasuk lokasi syarikat.
    (Sila dapat sebut harga disini)
  4. Website korporat yang mempunyai back end system untuk membolehkan usahawan         masukkan info dan tukar info sendiri tanpa perlu melibatkan website developer.
    (Sila dapat sebut harga disini)
  5. Website yang mempunyai sistem penjualan (marketplace) yang mempunyai sistem pembayaran (payment gateway).
    (Sila dapat sebut harga disini)

Kesemua website di atas tidak bermakna sekiranya ia dibangunkan tanpa mengikut standard yang ditetapkan oleh SEO dan ia akan menyebabkan website anda tidak berada di halaman carian walaupun menggunakan keyword.

Oleh yang demikian, semua usahawan wajib mempunyai website sendiri untuk perkhidmatan atau produk yang ditawarkan kepada pelanggan.

Kenapa Website sebagai hub ?

  1. Website adalah milik mutlak anda sedangkan media sosial seperti facebook dan instagram adalah milik orang lain.
  2. Dari pengalaman peniaga online, media sosial kebiasaannya akan menutup akaun anda tanpa sebab dan ia akan merugikan anda.
  3. Pelanggan tidak Nampak nilai branding anda jika anda menggunakan media sosial sebagai hub anda. Ini adalah kerana mereka membuat carian di Google dan maklumat produk atau perniagaan anda tidak wujud.
  4. Tempat berkumpulnya para spammer dan scammer adalah di media sosial. Ini akan memberikan kekeliruan kepada pelanggan dan ia akan merugikan perniagaan anda.


Credit : Hootsuite

Jika kita memandang kepada carta yang dikeluarkan oleh Hootsuite diatas untuk Malaysia pada januari 2019, kita boleh melihat bahawa penggunaan internet adalah melebihi daripada penggunaan media sosial. Kita harus maklum bahawa penggunaan media sosial adalah untuk berkomunikasi dan beriteraksi sahaja dengan kawan kawan serta rakan taulan dan bukannya untuk mencari maklumat.

Oleh yang demikian, ketahuilah bahawa Hub yang sebenar adalah website dan bukannya media sosial. Lakukanlah perubahan untuk kebaikan produk atau perkhidmatan anda dimasa hadapan.

Secara jelasnya, hub untuk branding adalah WEBSITE. 

Hub Untuk Branding

Sila KLIK Gambar di bawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here