Panduan Bayar Zakat Fitrah Ketika PKP Bagi Setiap Negeri

0
1311

Pembayaran zakat fitrah pada tahun ini telah dipermudahkan apabila anda boleh membayar zakat fitrah secara dalam talian dan tidak perlu beratur panjang. Zakat Fitrah adalah kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat islam kerana ia termaktub di dalam rukun islam. Berikut dikongsikan panduan bayar zakat fitrah ketika PKP bagi setiap negeri.

Penularan wabak covid menyebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan dan menyebabkan pergerakan semua lapisan masyarakat terbatas. Oleh yang demikian pihak Lembaga Zakat Malaysia telah memutuskan bahawa umat islam di Malaysia boleh membayar zakat secara dalam talian dan bayaran kadar zakat bergantung kepada setiap negeri.

Isi Kandungan

DALIL ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah berbeza dari zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya. Sabda Rasulullah SAW dari Ibn Umar yang bermaksud:

Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah, satu sha’ kurma atau satu sha’ gandum, pada hamba sahaya, orang yang merdeka, lelaki, perempuan, kanak-kanak dan orang dewasa dari kaum Muslimin. (HR Bukhari)

Ucapan Rasulullah SAW, kanak-kanak dan orang dewasa, menunjukkan bahawa Zakat Fitrah itu wajib bagi anak kecil, diambil dari hartanya apabila ia memiliki harta, lalu dikeluarkan oleh walinya, seperti halnya dalam zakat harta. Apabila ia tidak memiliki harta, maka zakat fitrahnya wajib bagi orang yang memberikan nafkah kepadanya. Pendapat ini dipegang oleh Jumhur Ulama.

Panduan Bayar Zakat Fitrah ketika Pkp bagi setiap negeri

Panduan Bayar Zakat Fitrah bagi Negeri Perlis
Bayaran zakat di Negeri Perlis boleh dilakukan melalui cara berikut :

  1. Aplikasi SnapNPay
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  2. Amil Fitrah yang dilantik

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Negeri Kedah

Cara bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Kedah
Umat Islam di Negeri Kedah digalakkan membuat pembaran zakat secara atas talian melalui cara berikut :

  1. Laman Sesawang ‘Jom Zakat’
  2. Asnaf Care
  3. Aplikasi zakat yang boleh diakses oleh telefon pintar iaitu Zakat On Touch (ZOT)
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI

Namun begitu, bagi golongan yang tidak mendapat akses secara atas talian, Lembaga Zakat Negeri Kedah telah melantik seramai 3,700 amil zakat yang bersedia menjalankan tugas menyempurnakan kutipan zakat dan prosedur penyempurnaan tersebut akan dimaklumkan kepada masyarakat kemudian.

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Pulau Pinang

Panduan Bayar Zakat Fitrah bagi Negeri Pulau Pinang
Umat Islam di negeri Pulau Pinang digalakkan membayar kutipan zakat secara atas talian melalui cara berikut :

  1. Aplikasi SnapNPay
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  2. Financial Process Exchange (FPX)
  3. Aplikasi GoPayZ
    Pengguna Android SILA KLIK DISINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK DISINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  4. JomPay

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Negeri Perak

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Perak
Bagi umat islam di Negeri Perak, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menyarankan tiga kaedah utama pembayaran zakat iaitu :

1. Secara atas talian / pembayaran online.

  1. QRPay Maybank
  2. Aplikasi SnapNPay
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  3. Aplikasi GoPayZ
    Pengguna Android SILA KLIK DISINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK DISINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  4. Financial Process eXchange (FPX) melalui portal MAIPk.

2. Pembayaran zakat melalui amil dilantik.

  1. Kaunter Drive-Thru
    Tatacara pembayaran zakat melalui amil adalah secara kaunter Drive Thru yang diwujudkan di masjid masjid utama daerah dan masjid di jalan besar yang akan beroperasi bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari (Selasa, Rabu, Sabtu dan Ahad).
  2. Amil bertemu secara langsung dengan pembayar
    Cara ini adalah untuk warga tua yang uzur dan tidak mempunyai kemahiran untuk membuat bayaran secara atas talian serta mereka yang berada dikawasan pedalaman dan perkampungan. Pembayaran melalui amil akan dikawalselia dan tiada proses bersalaman dibenarkan.
  3. Bayaran Terus kepada Tabung Khas Fitrah.
    Tabung khas fitrah akan diwujudkan di masjid, hospital dan pejabat polis terpilih bagi memudahkan barisan hadapan membuat pembayaran zakat. Pembayar zakat hanya perlu memasukkan jumlah wang zakat di dalam sampul ke dalam tebung berkenaan bersama maklumat pembayar dan nombor telefon . Kupon fitrah akan diberikan kepada pembayar setelah tamat PKP nanti.

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Negeri Selangor

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Selangor
Umat islam di Negeri Selangor boleh membayar zakat fitrah secara atas talian melalui beberapa cara berikut :

    1. EZakatPay
    2. Perbankan internet di Sembilan bank terpilih iaitu Public Bank, Hong Leong Bank, CIMB, Maybank, Ambank, Bank Rakyat, RHB Bank, Bank Islam dan Alliance Bank.
    3. Portal Myeg
    4. Pos Online
    5. Aplikasi e-wallet GoPayZ
      Pengguna Android SILA KLIK DISINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
      Pengguna IOS SILA KLIK DISINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    6. Aplikasi e-wallet Boost
      Pengguna Adroid SILA KLIK DISINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
      Pengguna IOS SILA KLIK DISINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    7. QRCODE

Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga meletakkan QR Code di lokasi terpilih untuk memudahkan pembayar zakat membuat pembayaran melalui EZakatPay.

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Umat islam di wilayah ini boleh membuat pembayaran zakat bermula 1 ramadhan 1441H secara atas talian di :

  1. PPZ MAIWP
  2. Laman sesawang bank (Terdapat 14 buah bank)
  3. PayHalal
  4. Portal Myeg
  5. U-Mobile
  6. Pos Online

Terdapat juga amil fitrah yang dilantik untuk menyempurnakan pembayaran zakat dan pembayaran zakat boleh juga dilakukan di kaunter PPZ MAIWP.

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Negeri Sembilan

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Sembilan
Umat islam di Negeri Sembilan boleh membayar zakat secara atas talian melalui :

  1. Portal Pembayaran Zakat Negeri Sembilan
  2. Aplikasi Zakat Negeri Sembilan
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  3. JomPay
  4. Aplikasi SnapNPay
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI

Terdapat juga amil fitrah yang dilantik dan keperluan hanya diberikan kepada pegawai PBMaINS mengikut keputusan pihak pengurusan.

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Negeri Melaka

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Melaka
Umat islam di Negeri Melaka boleh membayar zakat secara atas talian melalui :

  1. iZakat
  2. QRPay Bank Muamalat

Terdapat juga amil fitrah yang dilantik untuk menyempurnakan pembayaran zakat.

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Negeri Johor

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Johor
Umat islam di negeri Johor digalakkan membazar zakat secara atas talian melalui :

  1. Johor Online Payment
  2. Zakat Johor Online Payment
  3. Aplikasi SnapNPay QR Code
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Negeri Pahang

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Pahang
Umat Islam di Negeri Pahang boleh melakukan pembayaran zakat fitrah secara atas talian di :

  1. eZakat MUIP

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Negeri Terengganu

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Terengganu
Umat Islam di Negeri Terengganu boleh melakukan pembayaran zakat fitrah secara atas talian melalui :

  1. Aplikasi SnapNPay
    Aplikasi SnapNPay boleh dimuat naik menerusi “Play Store” atau Apps Store” dan pembayar zakat boleh Mengimbas QR Code untuk membuat pembayaran zakat tersebut.
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  2. PFX di Portal Rasmi MAIDAM

Terdapat juga amil fitrah yang dilantik untuk menyempurnakan kutipan zakat.

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk Negeri Kelantan

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Kelantan
Umat islam di Negeri Kelantan digalakkan membayar zakat fitrah secara atas talian melalui :

  1. Portal MAIK
  2. Laman sesawang ejen bank (16 bank)
  3. Aplikasi MyMaik eZakat Payment
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  4. QR Code
  5. SMS

Terdapat juga amil fitrah yang dilantik untuk menyempurnakan kutipan zakat.

Panduan Bayar Zakat Fitrah Negeri Sabah

Cara Bayaran Zakat Fitrah Bagi Negeri Sabah
Umat islam di negeri Sabah boleh membayar zakat fitrah secara atas talian melalui :

  1. Perbankan Internet (Online banking)
  2. Aplikasi SnapNPay
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  3. MyEG
  4. Jompay

Namun begitu terdapat juga amil fitrah yang dilantik untuk menyempurnakan pembayaran zakat.

Panduan Bayar Zakat Fitrah Negeri Sarawak

Cara Bayaran Zakat Fitrah bagi Negeri Sarawak
Umat Islam di Negeri Sarawak boleh membayar zakat fitrah secara atas talian melalui :

  1. Portal Pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak iaitu Baitulmal Kamek
  2. SnapNpay
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
    Pengguna IOS SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  3. Aplikasi tabung Baitulmal Sarawak
    Pengguna Android SILA KLIK SINI untuk DOWNLOAD APLIKASI
  4. MyEG
  5. Maybank2u

Namun begitu terdapat juga amil fitrah yang dilantik untuk menyempurnakan pembayaran zakat.

Jumlah bayaran zakat fitrah 2020 bagi setiap negeri

Berikut adalah senarai bayaran zakat fitrah bagi setiap negeri :

Panduan Bayar Zakat Fitrah untuk kadar negeri

Rujukan kadar bayaran zakat Negeri Perak
1. Jenis Beras Super Tempatan Gred A : RM 7.00
2. Beras Putih Import / Beras Pulut / Beras Wangi / Herba Ponni / Beras Perang : RM14.00
3. Beras Basmathi / Beras Merah / Beras Jepun : RM 21.00

Rujukan kadar bayaran zakat Negeri Selangor
1. Jenis Beras Super Tempatan Gred A : RM 7.00
2. Beras Putih Import / Beras Pulut / Beras Wangi / Herba Ponni / Beras Perang : RM14.00
3. Beras Basmathi / Beras Merah / Beras Jepun : RM 21.00

Rujukan kadar bayaran zakat Negeri Melaka
1. Beras Super Special Tempatan (5%) : RM 7.00
2. Beras Import, Beras Basmati dan lain lain seumpamanya : RM 14.00

Rujukan kadar bayaran zakat Negeri Johor
1. Beras Super Special Tempatan (5%) : RM 7.00
2. Beras Import, Beras Basmati dan lain lain seumpamanya : RM 10.00

Rujukan kadar bayaran zakat Negeri Kedah
1. Beras Super Tempatan (10 % – 15%) : RM 5.00
2. Beras Super Special Tempatan (5%) : RM 7.00
3. Beras Perang / Beras Super Import / Beras Wangi / Beras Pulut / Herba Poni : RM14.00
4. Beras Basmathi / Beras Merah / Beras Jepun : RM 21.00

RUJUKAN MAKLUMAT :

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download

FATWA ZAKAT FITRAH

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah membincangkan tentang Zakat Fitrah. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:

Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya

Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

Waktu Wajib :
Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.

Waktu Sunat :
Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.

Waktu Haram :
Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

PANDUAN LAFAZ AKAD ZAKAT FITRAH

1. Lafaz Untuk Diri Sendiri
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah swt.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Swt.

3. Lafaz bagi pihak
Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili… pada tahun ini kerana Allah Swt.

ANDA JUGA BOLEH BACA ARTIKEL INI :
WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK 1441H / 2020

Panduan Bayar Zakat Fitrah Ketika PKP Bagi Setiap Negeri

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here