Soalan Bijak untuk Ditanya Selepas Temuduga

0
42171

Setiap kali anda ditemuduga, anda diberikan peluang untuk bertanyakan soalan. Soalan soalan berikut adalah soalan soalan yang bijak untuk anda bertanya dan ia menunjukkan bahawa anda bersedia untuk bekerja bersama syarikat tersebut.


*Gambar : sumber google

Sememangnya ramai calon temuduga akan keluar begitu sahaja tanpa bertanyakan soalan kepada penemuduga. Sebenarnya cara sebegitu tidak menunjukkan nilai tambah kepada anda malahan ia menampakkan anda tidak berminat untuk mengetahui latar belakang syarikat tersebut.

Mungkin anda terfikir, apakah soalan yang sesuai untuk anda bertanya. Kebanyakan soalan yang diajukan adalah soalan yang tidak menampakkan anda seorang yang bijak dan tidak menyebabkan syarikat perlu memilih anda berbanding orang lain.

Salah satu kunci kejayaan temuduga adalah bersedia menjawab soalan dan bertanyakan soalan.

Anda perlulah ingat bahawa setiap temuduga perlulah mempunyai komunikasi 2 hala. Anda akan ditanyakan pelbagai soalan dari pihak syarikat dan anda sendiri perlulah bertanyakan soalan kepada pihak syarikat. Ini menunjukkan bahawa anda benar benar bersedia dan anda adalah seorang yang mempunyai prinsip diri dan berkeyakinan.

Soalan Bijak untuk Ditanya Selepas Temuduga

Sekiranya anda diberi peluang bertanyakan soalan, anda boleh bertanya soalan sebegini.

1. ‘Who do you think would be the ideal candidate for this position, and how do I compare?’ (Setelah saya ditemuduga oleh tuan, adakah tuan rasa saya layak untuk jawatan ini?)

Soalan ini boleh terus ditanya kepada penemuduga sama ada kemahiran yang anda ada bersesuaian atau tidak dengan kemahiran yang diperlukan oleh syarikat. Ini memberikan anda gambaran sama ada anda berpeluang atau tidak untuk mendapatkan jawatan yang dipohon ini.

2. Who would I be reporting to?’ (Sekiranya saya diambil bekerja, siapakah yang akan menyelia saya? atau dengan siapakah perlu saya melaporkan tugasan kerja?)

Adalah penting untuk anda bertanya sekiranya syarikat itu mempunyai beberapa bos atau pengurus. Pertanyaan anda itu akan memberikan gambaran dengan siapa patut anda berurusan.

3. How has this position evolved?’ (Ke mana saya boleh pergi dari jawatan ini?)

Secara asasnya soalan ini memberi anda gambaran sama ada jawatan yang anda memohon ini di masa hadapan anda boleh dinaikkan pangkat ataupun ia adalah jawatan tunggal dan tiada kenaikan pangkat.

4. How would you describe the company’s culture?’ (Apa pandangan tuan mengenai syarikat ini?)

Soalan ini memberi anda gambaran jelas mengenai syarikat tersebut sama ada ia menjaga kebajikan pekerja ataupun tidak.

5. Who do you consider your major competitors? How are you better? (Bagaimanakah tuan menilai pesaing syarikat ini? Apakah kelebihan syarikat ini berbanding pesaing tuan ?)

Soalan ini seolah anda ingin membeli jiwa tuan penemuduga dimana ia menunjukkan anda telah mula memikirkan cara dan jalan untuk membantu syarikat mencapai matlamatnya.

6. Beyond the hard skills required to successfully perform this job, what soft skills would serve the company and position best? (Selain daripada kemahiran diri yang diperlukan untuk memikul jawatan ini, apakah kemahiran diri yang lain yang diperlukan oleh syarikat kepada individu yang memohon jawatan ini?)

Dengan mengetahui kemahiran yang diperlukan oleh syarikat dapat membantu anda mendapatkan gambaran bagaimanakah keadaan persekitaran syarikat dan pengurusan syarikat.

7. Do you have any hesitations about my qualifications? (Adakah tuan ragu-ragu dengan kelayakan saya?)

Soalan ini memberi anda keyakinan untuk membincangkan kelemahan diri dengan mendapatkan pandangan penemuduga syarikat tersebut untuk anda perbaiki.

8. What do you like most about working for this company? (Apa yang membuatkan tuan suka dengan syarikat ini?)

Soalan ini memberikan anda peluang untuk mendekati penemuduga kerana penemuduga adalah insan biasa seperti insan lain yang suka bercerita mengenai diri dan pengalaman masing masing. Ia juga memberi anda mendekati penemuduga tersebut disamping mengetahui keadaan persekitaran syarikat.

9. Can you give me example of how I would collaborate with my manager? (Bolehkan tuan memberi contoh, bagaimana saya boleh bekerjasama dengan pengurus saya?)

Adalah penting untuk anda mengetahui bagaimana seorang pengurus syarikat menguruskan pekerjanya kerana anda boleh mengetahui cara yang sesuai untuk anda bekerjasama membantu pengurus anda menguruskan operasi syarikat hingga berjaya.

10.What are the challenges of this position? (Apakah cabaran yang akan saya hadapi untuk posisi jawatan ini?)

Jika pihak penemuduga memberikan jawapan “Tidak ada cabaran”, maka anda perlulah berhati hati kerana berkemungkinan besar posisi ini adalah terlalu mencabar.

11.What have past employees done to succeed in this position? (Berdasarkan pengalaman yang lepas kepada jawatan ini, apakah kejayaan yang dilakukan oleh pekerja tersebut?)

Tujuan utama soalan ini ditanya adalah kerana untuk mengetahui bagaimanakah syarikat tersebut mengukur kejayaan untuk jawatan ini.

12.Is there anyone else I need to meet with?/Is there anyone else you would like me to meet with?’
(Jika saya layak untuk jawatan ini, adakah saya akan di interview lagi selepas ini oleh orang lain?)

Ia memberi anda gambaran untuk anda supaya bersedia ditemuduga sekali lagi sekiranya anda dipilih menjawat jawatan ini.

13. How do you help your team grow professionally? (Bagaimanakah tuan membantu staf tuan berjaya di dalam syarikat ini?)

Soalan ini menunjukkan bahawa anda bersungguh sungguh akan berusaha memajukan diri dan juga membantu syarikat berjaya mencapai matlamatnya. Kebanyakan syarikat akan memilih pekerja yang mempunyai visi dan bertanggungjawab memikul tugas yang diberikan.

Jom baca Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat

Jika anda usahawan, anda patut Layari Geraklaju.com. Sila KLIK DISINI.

Sila KLIK Gambar di bawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here