Usahawan Produk Berpeluang Sertai Program First Trial Pakej Pemasaran

0
290

SEREMBAN – Usahawan produk kini berpeluang sertai program first trial pakej pemasaran untuk meningkatkan jualan masing masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Pengasas syarikat Ptdotcom Media Digital, Mohd Zulkhair bin Abu Kassim, membuat hebahan secara langsung di media sosial baru baru ini dan bersetuju menawarkan peluang First Trial kepada 10 produk yang berminat dan berpotensi tinggi untuk dipasarkan secara meluas.

Menurutnya, usahawan produk akan dibantu dari segi penyediaan konten pemasaran seperti video kreatif, penulisan artikel, design creative, penjenamaan semula dan juga khidmat bimbingan pemasaran secara online. Apa yang menarik, peluang first trial ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat selama 3 bulan dan usahawan hanya membayar peratusan yang rendah selepas tempoh 3 bulan berakhir.

Menurutnya lagi, syarikat yang berjaya berdiri kukuh di dalam tempoh 3 bulan ini akan dikenal pasti dan berpeluang untuk mendapatkan pelaburan daripada pelabur – pelabur dan berupaya mengembangkan perniagaannya hingga ke seluruh pelosok tanah air.

“Usahawan yang berminat untuk menyertai program ini haruslah menghantar proposal kepada kami sesegera mungkin dan tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Mei 2020 nanti. Produk yang terpilih akan disenarai pendek dan dipanggil menjalani sesi temuduga secara online. Usahawan yang berminat boleh menghantar email proposal tersebut kepada [email protected]”.

“Dengan bantuan sebegini, usahawan kecil kecilan dapat dibantu dan membolehkan mereka mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak dimasa hadapan. Setakat ini, hanya 10 produk sahaja yang akan dipilih dan insyaallah di masa hadapan akan dibuka lebih banyak peluang lagi kepada produk produk lain pula”, katanya.

Beliau berkata demikian selaku agensi kreatif yang sentiasa melihat perkembangan usahawan produk yang kerap menjual produk secara online di media sosial. Kekurangan bahan pemasaran yang kreatif menyebabkan produk tersebut tidak mendapat sambutan.

“Paling penting, perniagaan pada masa kini haruslah terapkan strategi dan elemen pemasaran yang kreatif untuk lebih berdaya saing kukuh dipasaran”, katanya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here