Motivasikan Diri Dengan 4 Perkataan. Anda Pasti Bersemangat!

0
1325

Kegagalan bukanlah satu penyebab untuk anda berasa lemah kerana kebanyakan insan berjaya akan  mengharungi sebuah kegagalan dahulu dan kemudian disusuli kejayaan. Untuk mengembalikan keyakinan, anda boleh Motivasikan Diri Dengan 4 Perkataan. Anda Pasti Bersemangat!

“Failure is the Process to Success” adalah kata kata insan yang berjaya. Setiap kegagalan itu pasti akan disusuli dengan kejayaan jika seseorang itu sedar dan mengamalkan 3 perkataan yang anda akan ketahui ini nanti

  1. Jika anda “FAIL” (GAGAL).
  2. Jika anda melalui keadaan ini, seharusnya anda tidak boleh berputus asa kerana FAIL bermaksud “First Attemp in Learning” iaitu “Langkah Pertama di dalam pembelajaran”. Sememangnya setiap kegagalan itu memberikan kita satu pengalaman baru. Tetapi tidak seharusnya kita perlu gagal dahulu untuk berjaya. Kebanyakan insan yang berjaya akan melalui keadaan ini dan ia adalah lumrah bagi setiap kejayaan.

2. Jika anda dapat “END” (Tamat).

Jika anda melalui satu situasi pengakhiran di dalam kehidupan ini, ia bukanlah titik pengakhiran hidup  anda tetapi ia adalah permulaan satu perkara baru kerana “END” bermaksud “EFFORT NEVER DIE”. Usaha tidak sesekali harus terhenti di saat itu malahan anda harus memulakan satu langkah yang baru.

3.   Jika anda dapat “NO” (Tidak).

Jangan anda salah sangka dengan jawapan “NO” kerana “NO” bukanlah bermakna usaha yang anda lakukan ditentang atau ditolak tetapi “NO” bermakna ‘Next Opportunity’. Oleh yang demikian anda seharusnya membuat satu langkah baru yang lebih baik dari sebelumnya.

Jika anda dapat mengharungi “NO”, anda pasti akan dapat “YES” yang bermakna “Your Effort Succeed” (Usaha Anda Berjaya). Semoga anda akan beroleh kejayaan pada tahun 2020 ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here