3D AniMedia Bakal Mewujudkan Banyak Industri Kreatif di Malaysia

1
260
3d animedia

Pada masa kini, teknologi animasi 3D bukan sahaja merujuk kepada penceritaan kartun kanak kanak mahupun dunia perfileman sahaja tetapi ia telah berkembang luas memasuki dunia perniagaan seperti pemasaran dan promosi produk serta mempromosikan syarikat, dunia pendidikan yang menceritakan tentang sesuatu sejarah ataupun bahan pelajaran, dunia kesihatan yang menceritakan tentang sesuatu penyakit ataupun ubat – ubatan dan juga terdapat beberapa industri lain seperti automotif dan sebagainya.

Berdasarkan pengalaman dan kejayaan Les’ Copaque Production (LCP) menerajui dunia industri animasi 3D tanahair, kekurangan pengalaman dan kemahiran daripada graduan lepasan universiti atau kolej yang mengambil jurusan animasi menyebabkan Les’ Copaque Animation Academy ditubuhkan. Ia bukan sahaja dapat melahirkan graduan yang berkemahiran di dalam bidang animasi 3D tetapi secara tidak langsung industri animasi 3D tanahair dapat dikembangkan dengan jayanya dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

 

Definisi 3D AniMedia

Media adalah segala bentuk dan saluran yang digunakan untuk menyampaikan informasi atau pesan. Kata media berasal dari kata latin, merupakan bentuk jamak dari kata “medium”. Secara harfiah kata tersebut mempunyai arti “perantara” atau “pengantar”. Merujuk kepada Diploma Teknologi 3D AniMedia, pedekatan yang digunakan oleh Les’ Copaque Animation Academy adalah seperti berikut :

  1. Dari segi penggunaan maksud ‘MEDIA’ iaitu ‘Medium’ atau ‘Perantara’.

Keseluruhan kursus pengkhususan yang diajar kepada pelajar telah dimasukkan elemen  perantara diantara pelajar dan masyarakat. Perantara yang dimaksudkan adalah elemen yang berteraskan kemahiran serta pengetahuan yang mendorong pelajar untuk menjadi usahawan dan Les’ Copaque Animation Academy telah menerapkan kemahiran industri di dalam kursus merujuk kepada industri Les’ Copaque Production.

 

Karier 3D AniMedia

  1. Storyboard Artist
  2. Video Editor
  3. Concept Artist
  4. Modeler
  5. Animator
  6. Photographer
  7. Entrepreneur
  8. Rendering Artist

 

Kelebihan 3D AniMedia

  1. Pelajar bukan sahaja dapat belajar animasi 3D secara lengkap malahan akan dididik untuk menjadi seorang usahawan.
  2. Modul pembelajaran mengikut industri.
  3. Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran.
  4. Jaminan pekerjaan

 

Program 3D AniMedia yang ditawarkan

Diploma in 3D AniMedia Technology (MQA/PA9311) (N213/4/0315)

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.