Tips Mudah Lulus Temuduga Kerajaan yang Patut Anda Tahu

0
315
RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN

Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang menjamin masa hadapan tidak kiralah sama ada sektor awam mahupun swasta. Bekerja di dalam sektor awam amatlah diimpikan oleh kebanyakan masyarakat di malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikan yang tersendiri. Ada orang kata bekerja di sektor awam ni ‘relek’ sedikit berbanding sektor swasta. Tetapi tidak semestinya begitu. Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar.

Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak menjadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Walaupun tidak memberikan pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.

 

Faedah bekerja di dalam sektor awam

Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah :

  1. Elaun perumahan
  2. Cost of Living Allowance (COLA)
  3. Imbuhan tetap khidmat awam
  4. Kenaikan gaji berkala
  5. Cuti tahunan mengikut kelayakan
  6. Cuti bersalin
  7. Pinjaman perumahan
  8. Pencen
  9. Bersara pada umur 60 tahun
  10. Peluang kenaikan pangkat
  11. Peluang melanjutkan pelajaran
  12. Peluang untuk berkursus dari masa ke semasa
  13. Bekerja dalam jangkamasa yang sesuai 8 jam sehari (kadang kadang lebih masa)
  14. Mempunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga bahagia
  15. Mudah untuk membuat pinjaman dengan bank dan ada koperasi

Anda tidak teruja ke ? dan bermacam macam lagi kebaikan yang boleh anda fikirkan sendiri. Dan disebabkan itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun.

 

Panduan Memohon Jawatan di Sektor Awam

  1. Mendaftar secara online
  2. Dipanggil temuduga

 

Sebab – Sebab Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan

Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemohon gagal di dalam temuduga tersebut. Disini saya senaraikan punca utama sahaja yang tidak sepatutnya anda lakukan nanti :

  1. Langsung tidak membuat persediaan atau persediaan acuh tidak acuh sahaja.
  2. Tidak berpakaian mengikut syarat.
  3. Bersikap pasif ketika proses temuduga dijalankan.
  4. Datang lewat ketika hari temuduga.
  5. Dokumen – dokumen yang diperlukan tidak lengkap.
  6. Tidur lewat malam sebelum hari temuduga.
  7. Tidak benar benar mengetahui tentang jawatan yang dipohon.
  8. Buta tentang perkembangan isu semasa.
  9. Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan.

 

PERSEDIAAN SEBELUM HARI TEMUDUGA

Tindakan Pertama

  1. Baca dan fahami surat temuduga
  2. Buat salinan fotokopi surat dan dokumen
  3. Dapatkan pengesahan bagi setiap fotokopi
  4. Susun dokumen mengikut turutan
  5. Simpan dokumen di tempat yang selamat
  6. Menyediakan ‘Resume’

Tindakan Kedua

  1. Kenali dan fahami jawatan yang dipohon
  2. Memupukkan dan tanam minat kepada jawatan tersebut
  3. Perancangan dan persediaan

Tindakan Ketiga

  1. Jadikan diri sebagai orang berilmu
  2. Mengenali dan memahami diri sendiri
  3. Ketahui soalan soalan jangkaan
  4. Tingkatkan penguasaan dalam bahasa inggeris
  5. Pengeditan/Penyusunan/Penimpanan Nota
  6. Belajar dengan menulis

Tindakan Keempat

  1. Interview test
  2. Menjaga keselamatan dan kesihatan diri
  3. Ketahui lokasi temuduga
  4. Persediaan sehari dua sebelum temuduga

 

SEMASA HARI TEMUDUGA

Sewaktu Bersiap

  1. Bangun tidur
  2. Wangian
  3. Lihat beg dan dokumen
  4. Bertolak awal

Apabila Tiba Di Tempat Temuduga

  1. Tenangkan diri
  2. Daftar awal
  3. Menunggu di luar bilik temuduga

Semasa Sesi Temuduga

  1. Masuk ke dalam bilik temuduga
  2. Tatacara apabila duduk
  3. Tatacara apabila berkata kata
  4. Perkenalkan diri
  5. Apakah tugas / kerja anda sebelum ini ?
  6. Mengapa saya perlu memilih anda ?
  7. Apakah kelebihan dan kekurangan anda ? (Hati hati dengan soalan ini kerana ini adalah perangkap)
  8. Sanggupkah anda ditugaskan dimana mana yang diperlukan ?
  9. Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang ?
  10. Anda adalah masyarakat biasa dan apakah ciri ciri yang anda harapkan dari seorang penjawat awam ini (jawatan yang dipohon) ?
  11. Setelah anda menceritakan ciri ciri penjawat awam tadi, adakah anda tergolong di dalam ciri ciri tersebut ? (ini adalah trick biasa yang ditanya. Oleh yang demikian sebutlah ciri ciri yang kita harapkan daripada seorang penjawat awam ketika mereka menanyakan tentang kelebihan diri kita tadi)
  12. Soalan mengenai isu semasa / politik (Sekiranya ada)

Semoga apa yang anda baca ini mendapat manfaat dan kebaikan kepada anda di dalam menempuh temuduga nanti. Semoga berjaya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.