12 Tips Memikat Hati Wanita Dengan Mudah. Ada Rahsianya Yang Patut Anda Tahu!

0
3554

Jika anda temui seseorang yang menyentuh hati, pasti anda akan teruja untuk mengenali dirinya. Tetapi risikonya amat besar kerana kebarangkalian untuk ditolak amatlah tinggi. Jangan gusar kerana disini anda akan mengetahui cara dan strategi untuk mengenali dirinya. Ia bergantung kepada anda sama ada ingin mengaplikasikan kepada diri ataupun tidak. Lain insan lain caranya tetapi kebanyakannya adalah sama.

  * Sekadar gambar hiasan

 

Benda yang terpenting sekali adalah kepada diri sendiri. Jika memerlukan sesuatu kita seharusnya korbankan suatu. Pengorbanan yang terbesar adalah kesabaran yang tinggi dan komited terhadap matlamat yang ingin dicapai.

SEHARUSNYA ADA PADA DIRI SENDIRI

  1. Penampilan Diri.

Penampilan diri adalah faktor utama yang perlu dijaga. “First Impression” adalah sesuatu yang anda tidak berpeluang untuk kali kedua. Anda seharusnya berpakaian kemas sentiasa kerana pakaian mencerminkan personaliti seseorang. Mungkin ada di antaranya berpendapat, lebih suka memakai pakaian yang simple dan selesa tetapi mestilah ingat bahawa kekemasan adalah keutamaan. Keadaan rambut dan wajah juga perlu diberikan perhatian.

2. Pandai Berkomunikasi

Berkomunikasi adalah sesuatu yang sukar bagi ramai orang kerana wujudnya perasaan ‘nervous’ atau malu. Perasaan ini sukar untuk diubah melainkan ada kesungguhan di dalam diri untuk melakukan perubahan. Jika anda pandai mengayat, sure wanita akan cair dan lembut hati. Jangan mudah berjanji ketika gembira dan jangan buat keputusan ketika sedang marah. Perasaan tu kena control supaya wanita tersebut tidak cepat boring dan jemu. Selalunya ketika mula bercinta, banyak perbincangan dan perbualan tetapi lama kelamaan, kedua dua atau pun salah seorang sudah semakin jemu. Sebab tu nanti pergaduhan mula terjadi.

3. Jangan Kedekut

Perempuan memang tak suka lelaki yang kedekut.  Tetapi bukanlah bermakna anda harus belanjakan habis duit untuk si dia. Maksud kat sini anda kena berhati hati sebab silap langkah banyak benda negatif akan jadi. Sama ada anda kehilangan si dia atau poket terjalak kering. Oleh yang demikian berhati hatilah dan jangan kedekut. Sekali sekala belikan si dia hadiah terutama ketika hari jadinya. Sekarang dah banyak servis delivery hadiah yang anda boleh cuba.

4. Jangan Suka Control

Bila hati dan sayang, terasa risau jika dia dikebas orang. Dia belum jadi hak milik anda lagi. Tidak perlu control kehidupan dia sehingga memakan diri sendiri. Sayang tak semestinya perlu control sangat. Bagi si dia ruang untuk keluar bersama sama kawannya. Ini barulah gentleman. Anggaplah kawan dia tu adalah kawan kita juga dan begitu juga sebaliknya.

5. Sentiasa Bersangka Baik

Anda perlulah bersangka baik dengan si dia. Kadangkala sesuatu yg berlaku tu ada sebabnya. Bertanya dahulu sebelum buat keputusan. Wanita ni jika dia dah betul betul sayang, dia pasti akan jaga diri dia dengan baik supaya tidak salah faham.

6. Jadilah Lelaki Pemaaf

Untuk menjaga hati wanita, anda perlulah manjadi seorang pemaaf. Wanita ini amat sukar untuk difahami kerana perasaannya mudah berubah ubah mengikut situasi dan keadaan. Kamu seharusnya bersabar dan sentiasa memaafkan tetapi jangan sampai kepala anda dipijak. Wanita ini akan sendiri berubah dan secara tak langsung dia akan mula sedar. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam di dalam hati dan ingin membalas pada suatu hari nanti kerana wanita ini suka dimaja dan mereka tidak sesekali suka lelaki yang pendendam.

7. Jangan Mudah Berputus Asa

Amat sukar ketika mula perkenalan untuk membuatkan si dia jatuh hati kepada kita. Sememangnya sikat putus asa akan menyebabkan kita rugi dan kehilangan. Jika anda benar benar sukakan dia, jangan sesekali berputus asa. Kemenangan akan dapat kepada orang yang sabar. Kesungguhan anda itu pasti akan membuahkan hasil satu masa nanti.

8. Berkongsi Pendapat

Jika ada impian ingin hidup bersama, anda seharusnya memulakan untuk berkongsi pendapat dengan si dia di dalam apa keputusan yang anda ambil. Setelah itu si dia juga akan bertanya kepada anda dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. Disini terwujudlah keserasian diantara anda dengan si dia. Bukanlah satu kerja yang senang untuk satukan dua hati menjadi satu. Perempuan akan merasa lebih dihargai apabila anda berkongsi pendapat dengannya.

 * Sekadar gambar hiasan

 

CARA MEMIKAT YANG PALING EFEKTIF

  1. Sentiasa Membuat Lawak Jenaka atau Bergurau

Lain orang lain caranya dan lain orang lain ragamnya. Kebanyakan wanita ni suka lelaki yang ada unsur lawak ketika berbicara. ia membuatkan mereka ketawa dan gembira. Pastikan dulu jenis wanita untuk membuat lawak kerana wanita yang terpelajar, mereka tidak sukakan lawak bodoh tetapi mereka lebih suka lawak intelektual. Anda perlulah berfikiran kreatif di dalam perbualan.

2. Sentiasa Ambil Berat

Mengambil berat mengenai si dia akan membuatkan si dia terasa dihargai dan disayangi. Setiap kali si dia meluahkan perasaan kepada anda, anda perlulah cuba mencari jalan penyelesaian. Ia akan menyebabkan hubungan anda dengan si dia semakin baik dan mesra.

3. Romantik

Sekiranya anda seorang yang romantik, si dia pasti tertarik dan terpukau dengan sajak dan kata kata indah anda. Namun ianya perlulah ikhlas lahir dari hati anda. Romantik adalah satu kelebihan kepada anda kerana tidak ramai lelaki yang romantik.

4. Hadiahkan Sesuatu Yang Unik

Untuk mendapatkan perhatian si dia, hadiahkan sesuatu yang unik dan kreatif. Berikan dia sesuatu yang luar biasa bergantung kepada minat si dia. Sekiranya ingin memberikan hadiah yang luar biasa kepada si dia, pastikan anda sampaikan hadiah tersebut dengan cara unik dan luar biasa.

Sila klik Gerak Laju disini.

Jom baca artikel ini : Maksud Tersirat Disebalik Warna Bunga Ros

Semoga info di atas bermanfaat kepada anda di dalam mengejar cinta si dia.

Selamat berjaya.

 

 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here