Maksud Tersirat Disebalik Warna Bunga Ros

1
15171

Apakah benar warna pada bunga ros melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Anda bingung kan? Daripada anda membuat tekaan yang salah, jom ketahui maksud tersirat di sebalik warna bunga ros ini.

Bunga ros amat sinonim sebagai hadiah pemberian kepada kekasih dan insan tersayang. Namun begitu, pemilihan warna adalah amat penting supaya mereka tidak tersalah anggap dengan pemberian tersebut. Disini anda akan tahu makna warna warna tersebut.

Di sini akan di dedahkan maksud tersirat disebalik warna bunga ros

 

1. Bunga Ros Merah atau Bunga Ros Merah Hati
Bunga Ros Merah atau Bunga Ros Merah Hati membawa maksud cinta yang tulus dan sayang dari hati yang ikhlas, keberanian meluahkan kata cinta “Aku menyintaimu”, menghargai kehadiran si dia di sisi, keghairahan di dalam percintaan, penghargaan dan tahniah di dalam majlis majlis rasmi.

 

2. Bunga Ros Kuning
Bunga Ros Kuning membawa maksud persahabatan. Sekiranya anda baru mengenali seseorang dan ingin memulakan satu perhubungan yang baru, warna kuning ini adalah sesuai kerana ia menjelaskan mengenai hubungan dan bukan perasaan. Jangan memberi ros kuning kepada kekasih kerana ia menunjukkan bahawa hubungan itu tidak boleh diteruskan dan hanya menjadi sahabat sahaja.

 

3. Bunga Ros Putih
Bunga Ros Putih membawa maksud untuk meluahkan rasa cinta yang suci dan tulus ikhlas di dalam perhubungan. Oleh yang demikian, bunga ros putih sering dijadikan gubahan di hari perkahwinan.

 

4. Bunga Ros Pink
a. Bunga Ros Pink Cerah
Bunga ros warna pink cerah membawa maksud kekaguman dan tanda simpati. Selalunya wanita akan lebih suka pink cerah sebab ia warna yang lembut dan selalu dikaitkan dengan sifat wanita itu sendiri yang mempunyai sifat lemah lembut, comel dan ayu.

b. Bunga Ros Pink Gelap
Bunga ros pink gelap membawa maksud menunjukkan tanda penghargaan kepada penerima seumpama mengucapkan “Terima Kasih” kepada penerima.

 

5. Bunga Ros Lavender atau Bunga Ros Ungu
Bunga Ros Lavender atau Bunga Ros Ungu membawa maksud yang tersendiri iaitu sebagai tanda cinta pandang pertama. Sekiranya anda menerima bunga ros berwarna ungu ini, ia memberi gambaran bahawa lelaki tersebut jatuh cinta pandang pertama. Warna ini juga melambangkan keagungan, kemegahan dan kemewahan.

 

6. Bunga Ros Oren
Bunga Ros Oren membawa maksud mengharapkan perhubungan yang lebih jauh dan bermakna. Bagi mereka yang baru berkenalan, bunga ros ini boleh dijadikan simbol untuk menunjukkan minat mengenali hati budinya dengan lebih mendalam. Bagi mereka yang bekerjasama di dalam perniagaan, bunga ros oren adalah tanda kerjasama di dalam perniagaan. Selain itu, ia juga menggambarkan keghairahan hati untuk mengenali hati budi dan kenginan yang tulus murni.

 

7. Bunga Ros Hitam
Bunga Ros Hitam membawa maksud kelahiran semula, kematian atau boleh dikatakan untuk permulaan hubungan yang baru. Bagi mereka yang ingin memutuskan hubungan dengan pasangan, bunga ini boleh diberi kepada pasangan dengan membawa maksud selamat tinggal. Namun begitu, bunga berwarna hitam ini amat sukar untuk ditemui.

 

8. Bunga Ros Biru
Bunga Ros Biru membawa maksud “Jangan Bermimpi di siang hari“ dimana ia menjelaskan hubungan yang mustahil untuk diteruskan. Bunga ini bukanlah semulajadi kerana ia adalah buatan sendiri. Oleh yang demikian, bunga ini menunjukkan ia adalah fantasi sahaja dan begitulah juga di dalam hubungan.

Sila KLIK GERAK LAJU disini

Jom baca artikel ini : Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

Sila klik gambar ini :

1 komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here