Aplikasi Whatsapp Menggunakan Talian Tetap

1
11253

Adakah anda pengguna whatsapp ? Mungkin anda telah biasa menggunakan whatsapp sebelum ini tetapi kini whatsapp telah membuat satu aplikasi baru yang dinamakan Whatsapp Business. Disini akan diceritakan kepada anda kelebihan Aplikasi Whatsapp Menggunakan Talian Tetap.

Apakah itu whatsapp business ?

WhatsApp Business adalah aplikasi Android yang percuma untuk memuat turun, dan mengandungi ciri ciri perniagaan yang membantu syarikat di dalam memasarkan produk atau servis. Dengan menggunakan aplikasi ini, syarikat boleh berinteraksi dengan pelanggan secara mudah dan dilengkapi ciri ciri automatik untuk membuat pesanan dan membalas mesej dengan cepat. Ia membolehkan pelanggan lebih yakin dan urusan jual beli dapat berjalan dengan mudah.

 

Kelebihan Aplikasi Whatsapp Business :

1. Membolehkan anda menyambung akaun WhatsApp anda dengan menggunakan nombor talian tetap dan bukan nombor telefon bimbit anda.
2. Maklumat perniagaan dapat dimasukkan di dalam whatsapp seperti Alamat syarikat, Maklumat perniagaan, email dan juga website.
3. Balas segera (Quick Replies) adalah satu ciri yang membantu anda menggunakan kembali jawapan kepada soalan yang biasa ditanyakan oleh pelanggan. Ia membantu anda untuk standardkan semua jawapan kepada pelanggan.
4. Mesej Automatik membalas respon pelanggan dan anda boleh set kan mesej apabila anda tidak dapat dihubungi. Anda juga boleh menghantar mesej memperkenalkan perniagaan kepada pelanggan apabila pelanggan menghantar mesej kepada anda.
5. Anda juga boleh melihat statistik berapa banyak mesej telah dihantar dan telah dibaca oleh pelanggan.

 

Aplikasi Whatsapp Menggunakan Talian Tetap

Walaupun whatsapp business telah direka khas untuk mereka yang membuat perniagaan, tetapi ia boleh dimiliki dan digunakan oleh sesiapa sahaja secara percuma. Anda masih perlu mempunyai sebuah handphone untuk menggunakan aplikasi ini tetapi anda boleh registerkan nombor pejabat yang akan link kepada nombor simkad anda.

Setelah anda download aplikasi whatsapp ini, anda perlu memberitahu kepada aplikasi ini untuk tidak mendaftarkan nombor simkad anda tetapi anda masukkan nombor talian tetap pejabat anda. Kebiasaanya whatsapp akan menghantar kepada anda untuk verifykan nombor talian tetap pejabat anda, tetapi anda perlulah memilih “Call Me Option” untuk mendapatkan nombor verifikasi tersebut.

Setelah anda dihubungi oleh aplikasi whatsapp, anda boleh terus menggunakan whatsapp bisnes tersebut di dalam telefon anda. Selamat mencuba.

Sila KLIK GERAK LAJU disini

Baca artikel ini : Hindarkan 7 Kesalahan Ketika Mencari Kerja

Sila klik gambar dibawah (Please click this picture) :

1 komen

  1. Hello Ꭲhеre. I found youг blog useing msn. Thіs is an extremely ᴡell wгitten article.
    І’ll maje ѕure to bookmark iit ɑnd return t᧐ read moгe of youг
    useful info. Thɑnks fοr tһe post. I’ll ⅽertainly return.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here