Hindarkan 7 Kesalahan Ketika Mencari Kerja

0
1269

Adakah anda masih mencari kerja dan satu panggilan interview belum dapat ? Mempunyai rekod kerja yang cantik tetapi tidak ada yang ingin melihat resume anda ? Berkemungkinan ada kesilapan yang anda lakukan ketika mencari kerja online. Jangan risau kerana semuanya pasti boleh diperbaiki. Anda hanya perlu hindarkan 7 kesalahan ketika mencari kerja.

 

Hindarkan 7 kesalahan ketika mencari kerja yang biasa terjadi.

 

1. Mencari kerja di halaman pencari kerja.
Mencari kerja di halaman seperti jobstreet, jobsdb atau jenjobs terdapat banyak persaingan dan anda adalah bernasib baik sekiranya dapat peluang pekerjaan melalui halaman tersebut. Untuk makluman anda, meletakkan resume anda di halaman tersebut diumpamakan seperti satu perjudian. Pihak syarikat hanya boleh melihat semua resume dari pemohon tanpa mengetahui hubungan anda dengan masyarakat.
Pada masa kini, jika anda ingin mencari pekerjaan, platform Linkedin adalah yang terbaik dimana anda boleh berhubungan sendiri dengan bahagian ‘human resource’ syarikat tersebut. Platform yang disediakan oleh Linkedin juga memberi anda peluang untuk masukkan maklumat anda dan kawan kawan anda ataupun ahli Linkedin yang lain boleh endorsed kemahiran yang anda anda. Ini amat membantu anda didalam mencari pekerjaan.

 

2. Tidak pandai menyimpan rahsia.
Zaman semakin canggih dengan wujudkan platform social seperti facebook, wechat dan lain lain. Kebanyakannya ramai yang menggunakan platform ini untuk meluahkan rasa hati dan ada juga yang post status marah atau tidak puas hati. Hal ini sedikit sebanyak akan menggugat reputasi diri sekiranya ada pekerja di syarikat yang ingin kita mohon ternampak post anda di facebook. Oleh yang demikian berhati hatilah kepada post anda di media social.
Di Linkedin, anda boleh padamkan setting “Share Profile Update” didalam bahagian privacy. Ia adalah kerana setiap kali anda menambah position khususnya kerja baru, semua kanalan anda di Linkedin boleh melihatnya dan Linkedin akan memberitahu semua kenalan anda yang anda telah bertukar kerja baru.

 

3. Resume yang tidak lengkap dan tidak menarik.
Sebelum anda menghantar resume anda kepada syarikat yang ingin dimohon, anda seharusnya memerhati kembali kandungan resume anda. Resume amatlah penting kerana ia menceritakan mengenai diri anda dan sentiasalah gunakan perkataan atau ayat yang tepat, padat dan bermotivasi. Susun atur maklumat perlulah betul.
Disamping itu terdapat banyak design resume yang anda boleh lihat di internet. Jika membaca akan membosankan anda, anda boleh lihat di youtube.

 

4. Tidak mengkaji latar belakang syarikat
Ketika anda diinterview oleh syarikat tersebut, wakil interview syarikat akan bercakap sopan dengan anda. Tetapi adakah mereka sememangnya berpewatakan sebegini apabila anda mula bekerja nanti ? Bagaimanakah mereka melayan pekerjanya sendiri ? Sebelum anda membuat keputusan, sila membuat kajian mengenai syarikat tersebut dulu.
Disamping itu, anda sepatutnya melihat website syarikat, review orang ramai di facebook atau di google mengenai syarikat tersebut ataupun bertanyakan terus kepada pekerja yang masih bekerja disitu atau pekerja yang telah berhenti dari syarikat itu. Sekurangnya anda mungkin terselamat dari masuk perangkap syarikat.
Anda juga boleh lihat video di youtube. Ada sesetangah syarikat telah dikecam teruk dan diviralkan di youtube. Kesimpulannya, buatlah kajian mengenai syarikat dahulu sebelum mengambil keputusan menerima syarikat tersebut.

 

5. Hadiri temuduga tanpa persediaan.
Terdapat banyak video pelajaran mengenai cara menghadiri temuduga yang anda boleh lihat di youtube. Sebelum anda menghadiri temuduga, sila pastikan anda mempelajari beberapa teknik dan cara untuk menghadapi temuduga. Anda juga perlu mempelajari Bahasa pergerakan badan (body language) supaya anda dapat memberikan poster yang baik ketika sesi temuduga dijalankan.
Soalan soalan yang selalu ditanya oleh pihak temuduga adalah :
1. soalan mengenai latarbelakang syarikat.
2. Apakah kelebihan dan kekurangan anda.
3. Sekiranya anda diambil bekerja, apakah jaminan anda kepada syarikat.

Masih ada banyak soalan yang anda perlu sediakan jawapan. Persiapkan diri untuk menjawab semua soalan yang mungkin akan ditanya.

6. Anda tidak mengemaskini status dan profile anda di media social.
Pada masa kini, ada sesetengah syarikat mencari staf menerusi media social seperti facebook. Mungkin anda ada pengalaman bersama syarikat sebelum ini terutama yang menampakkan negative perlulah dihapuskan atau disembunyikan.

 

7. Anda tidak mengambil peluang mencari ilmu di internet
Terdapat pelbagai ilmu yang anda boleh dapat menerusi internet pada masa kini. Pelbagai platform yang anda boleh gunakan untuk menambahkan ilmu anda seperti youtube, linkedin, google dan lain lain. Melalui platform ini, anda akan lebih yakin dan memudahkan anda mencari peluang pekerjaan.

Sekiranya anda ingin mencari kerja part time, boleh klik disini.

Sila Klik GERAK LAJU disini

Sila klik gambar ini :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here