Utama Blog Laman 11

Motivasikan Diri Dengan 4 Perkataan. Anda Pasti Bersemangat!

0

Kegagalan bukanlah satu penyebab untuk anda berasa lemah kerana kebanyakan insan berjaya akan  mengharungi sebuah kegagalan dahulu dan kemudian disusuli kejayaan. Untuk mengembalikan keyakinan, anda boleh Motivasikan Diri Dengan 4 Perkataan. Anda Pasti Bersemangat!

“Failure is the Process to Success” adalah kata kata insan yang berjaya. Setiap kegagalan itu pasti akan disusuli dengan kejayaan jika seseorang itu sedar dan mengamalkan 3 perkataan yang anda akan ketahui ini nanti

  1. Jika anda “FAIL” (GAGAL).
  2. Jika anda melalui keadaan ini, seharusnya anda tidak boleh berputus asa kerana FAIL bermaksud “First Attemp in Learning” iaitu “Langkah Pertama di dalam pembelajaran”. Sememangnya setiap kegagalan itu memberikan kita satu pengalaman baru. Tetapi tidak seharusnya kita perlu gagal dahulu untuk berjaya. Kebanyakan insan yang berjaya akan melalui keadaan ini dan ia adalah lumrah bagi setiap kejayaan.

2. Jika anda dapat “END” (Tamat).

Jika anda melalui satu situasi pengakhiran di dalam kehidupan ini, ia bukanlah titik pengakhiran hidup  anda tetapi ia adalah permulaan satu perkara baru kerana “END” bermaksud “EFFORT NEVER DIE”. Usaha tidak sesekali harus terhenti di saat itu malahan anda harus memulakan satu langkah yang baru.

3.   Jika anda dapat “NO” (Tidak).

Jangan anda salah sangka dengan jawapan “NO” kerana “NO” bukanlah bermakna usaha yang anda lakukan ditentang atau ditolak tetapi “NO” bermakna ‘Next Opportunity’. Oleh yang demikian anda seharusnya membuat satu langkah baru yang lebih baik dari sebelumnya.

Jika anda dapat mengharungi “NO”, anda pasti akan dapat “YES” yang bermakna “Your Effort Succeed” (Usaha Anda Berjaya). Semoga anda akan beroleh kejayaan pada tahun 2020 ini.

Panduan Masukkan Artikel di Dalam Blog Jenis WordPress 2018

1
panduan wordpress 2018

Bagaimana masukkan artikel di WordPress terbaru di tahun 2018. Panduan ini buat anda yang masih baru menggunakan platform wordpress untuk blog. Apa yang dikongsikan ini adalah untuk memasukkan artikel dengan cara paling mudah. sila ikut panduan masukkan artikel ke dalam blog jenis WordPress.

Panduan bergambar Masukkan Artikel WordPress 2018

1. Pergi kebahagian Post kemudian klik add new seperti dalam gambar

cara masukkan artikel wordpress 2018

2. Masukkan Tajuk artikel di bahagian bertanda (1) dan konten artikel di bahagian (2).

masukkan artikel wordpress 2018-

3. Masukkan gambar ke dalam artikel wordpress anda

 

masukkan gambar dalam wordpress-1

Sila Klik Add Media

masukkan gambar dalam wordpress

 

Klik Upload Files (1) seperti dalam gambar kemudian klik Select Files (2) untuk memilih gambar yang tersimpan di dalam pc anda.

masukkan gambar dalam wordpress-4

Anda akan di bawa ke storage data pc anda. Cari gambar yang anda mahu masukkan ke dalam artikel.

masukkan gambar dalam wordpress-5

 

Kemudian masukkan gambar ke dalam Media Library wordpress anda. Setelah siap upload ke dalam Media Library kemudian klik “Insert into post” di bawah kanan seperti dalam gambar untuk masukkan gambar ke dalam artikel. Gambar akan automatik terpapar di dalam artikel anda.

4. Pilih “Category” dan “Tags” untuk artikel anda

masukkan kategori dan tag wordpress

Pilihlah Category yang bersesuaian untuk artikel anda seperti (1) dalam gambar dan masukkan sekurang-kurangnya 3 keyword Tags untuk artikel anda seperti dalam gambar bernumber(2).

5. Masukkan “Featured Image” agar artikel ada gambar di ruang paparan nanti. Cara masukkan sama seperti masukkan gambar ke dalam post. 

Klik Set Featured Image kemudian anda akan dibawa masuk ke Media Library. Pilihlah gambar yang sesuai untuk featured image atau anda boleh masukkan gambar yang lain.

6. Publish artikel anda di blog

Akhirnya setelah semua artikel dan gambar siap dimasukkan, sila klik “Publish” di bahagian atas sebelah kanan. Setelah itu artikel anda telah pun siap dimasukkan kedalam blog wordpress anda dan boleh dibaca oleh ramai orang seperti gambar di bawah ini.

artikel publish wordpress 2018

Begitulah serba ringkas Cara Buat Artikel di WordPress Terbaru 2018 untuk anda. Selamat belajar dan praktikan seperti di dalam panduan wordpress gambar di atas ini.

Enable Notifications OK No thanks