Anda kenal tak LC LUBRICANT ENGINE OIL ROYAL BLUE? Pernah jumpa tak dengan minyak enjin ini yang namanya orang panggil LC LUBRICANT ENGINE OIL ROYAL BLUE free insurance pulak tu… macam hebat pulakkan? Boleh jumpa orang iklankan di Mudah.com, kalau tak percaya cuba cari. Tapi kalau nak tahu lebih detail apa istimewanya produk bendalir ini anda boleh baca seterusnya di sini.
Punya la penat hari ni cari rezeki kemudian nak lalu jalan yang jem pulak. Biasalah hari isnin, banyak sungguh kereta di jalan raya… Monday blues… Bukan senang nak dapat reseki halal beb! Ulang alik redah jem, kesana kesini, semuanya akan menyebabkan susut nilai pada bahagian kereta seperti tayar, enjin dan lain lain. Ramai orang yang tanam impian nak beli kereta mahal tetapi tidak semuanya yang berjaya.
Ok ! sebelum saya berceloteh panjang, saya nak share sedikit tentang minyak enjin kereta.
Mungkin ramai yang tak tahu ada satu minyak enjin yang terlajak laris di pasaran tetapi tidak nampak iklan dia dimana mana. Ye, ada satu minyak enjin ni, dia nampak biasa tetapi pencapaian di amat luar biasa. Terutama sekali untuk mereka yang amat menjaga enjin kenderaannya sendiri. Parah tu kalau sekali nak kena servis overhaul enjin. Mahal!!!
Orang kata lebih baik mencegah sebelum merawat.
Apa itu LC Lubricant Engine Oil Royal Blue?
Minyak enjin tu adalah LC Lubricant Engine Oil Royal Blue. Semuanya ada 5 jenis. Banyak bezanya dengan minyak enjin lain yang ramai orang tak tahu. Sebelum saya bercerita panjang, saya sharekan video corporat minyak enjin ni dulu untuk semua orang tahu.
LC LUBRICANT ENGINE OIL ROYAL BLUE adalah minyak enjin yang dimiliki oleh LC AES Auto Garage yang berada di bawah naungan Pertubuhan AKAL Malaysia dan Pertubuhan Amal dan Kebajikan AES LC Pulau Pinang. Minyak enjin ini telah mendapat pasaran yang meluas di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Permintaan terhadap minyak enjin ini amatlah memberansangkan.
Apa yang menarik selain daripada bahan minyak enjin itu sendiri ialah anda dapat membeli sambil beramal. Untuk makluman anda, Pertubuhan AKAL Malaysia merupakan penyumbang kepada beberapa sekolah pondok, membiayai persekolahan anak anak yatim pada setiap tahun, menjalankan program amal kebajikan dengan masyarakat yang memerlukan dan juga telah membuka pusat pengajian al-quran dan kelas kemahiran kepada orang ramai.
Merujuk kepada matlamat pertubuhan ini, ia berperanan sebagai pemudahcara , pemudah kerja serta sebagai platform yang boleh menyuburkan rasa kasih sayang, prihatin, berkebajikan dan seterusnya menjadi sukarelawan di dalam membantu golongan asnaf, anak yatim serta golongan yang kurang berkemampuan.
Marilah kita bersama sama membantu pertubuhan ini dengan membeli minyak enjin yang dijual di pasaran. Membeli sambil beramal .. Jom kita beli..
Video Kelebihan LC LUBRICANT ENGINE OIL ROYAL BLUE
Kelebihan Minyak Enjin LC Lubricant Engine Oil Royal Blue :
Free friction technology
Base oil 100% virgin oil(bukan minyak recycle)
SN/CF label.. Boleh digunakan untuk engin petrol dan light diesel vehicles..
Additives dari USA dan JAPAN
Pembelian minyak enjin fully synthetic dan semi synthetic akan diberikan insurance kemalangan diri PERCUMA yang bernilai RM10,000.00
Berikut adalah jenis jenis minyak enjin LC Lubricant Engine Oil Royal Blue yang dijual di pasaran.
Macam ayat P. Ramlee… Ku sangkakan 2 tapi rupanya 3..
Owh.. Rupa rupanya setiap pembeli minyak enjin ini telah dicarumkan dengan pelan insuran dibawah Pelan Lindungan Kemalangan Diri dari Takaful Kasih PLUS (Agro Bank) yang bernilai RM10,000.00 setahun..Sungguh berbaloi !!!
Sekiranya anda berminat untuk membeli atau menjadi pengedar, boleh dapatkannya di talian :
AESLC CONSORTIUM SOLUTION 5-5/1 Jalan Seri Buana 3 Taman Tangga Batu Perdana 76400 Melaka, Malaysia
Anak anak adalah satu anugerah yang diberikan kepada setiap pasangan keluarga. Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak mereka. Bakat seorang anak boleh dapat dilihat ketika mereka membesar dan bakat tersebut haruslah dicungkilkan supaya ia akan menjadi satu hobi dan karier anak dimana akan datang. Berikut adalah tips mencungkil bakat anak anda yang suka melukis ke arah 3d animasi.
Gambar hiasan sahaja
Tips Mencungkil Bakat Anak Anda Yang Suka Melukis Ke Arah 3d Animasi.
Anak pandai Melukis di atas kertas
Ibu bapa boleh melihat perkembangan anak tersebut. Anak akan sentiasa menunjukkan hasil lukisannya untuk ibu bapa komen. Komenlah yang murni dan memotivasikan anak tersebut. Dia akan berusaha lebih lagi untuk menunjukkan hasil lukisannya.
Kelebihan & Peluang
Latihan yang berterusan membuatkan anak tersebut lebih yakin untuk menghasilkan lukisan yang menarik. Ibu Bapa seharusnya memberikan peluang kepada anak untuk memasuki pertandingan melukis supaya bakatnya terus diasah.
Kekurangan
Penggunaan kertas terlalu banyak.
gambar hiasan sahaja
2. Memberi peluang kepada anak untuk melukis secara digital
Ibu bapa boleh mengasah bakat anak untuk mempelajari lukisan digital dengan menggunakan beberapa alat seperti berikut :
Tablet (Android)
2. Ipad (Apple)
3. Digital Drawing tablet yang disambungkan ke laptop
Kelebihan dan Peluang
Anak akan mula yakin dengan dirinya sendiri apabila dia dapat menyimpan dan membawa kemana sahaja lukisan berkenaan untuk ditunjukkan kepada kawan, saudara mara atau sesiapa sahaja yang beliau inginkan. Kata kata semangat dari mereka akan membuatkan anak tersebut lebih berusaha untuk menghasilkan yang terbaik.
Salah satu medium yang paling mudah ialah dengan mewujudkan page lukisan untuk anak di facebook. Page ini bukan sahaja dapat menyimpan hasil lukisan anak tetapi ia juga boleh menjadi portfolio bagi anak dimasa hadapan.
3. Peluang belajar membuat karakter 3D atau latarbelakang 3d
Setelah ibu bapa melihat hasil perkembangan lukisan anak, pasti akan didapati bahawa ada satu karakter yang diminati oleh anak tersebut ataupun ada satu lukisan pemandangan yang amat diminati. Semua lukisan ini boleh diberikan nilai tambahan sekiranya nilai 3D wujud di dalam lukisan tersebut. Banyak peluang peluang baru kepada anak tersebut jika dia Berjaya mengusai 3d dan saya akan menceritakan peluang peluang tersebut di penulisan yang akan datang.
Perisian yang boleh anak pelajari adalah seperti berikut :
Autodesk MAYA.
Peluang untuk belajar menggunakan Autodeks Maya ini boleh di dapati di Les’ Copaque Animation Academy. Terdapat peluang belajar untuk anak anak ketika cuti sekolah dengan harga yang amat minima.
2. Autodesk 3D Max
Sesi pembelajaran menggunakan perisian ini boleh dilihat di youtube.
3. Blender
Sesi pembelajaran menggunakan perisian ini boleh dilihat di youtube.
Semoga maklumat yang disampaikan memberikan manfaat kepada anda di dalam pembentukan anak anak.
Sekiranya berminat menghantar anak belajar 3D Animasi atau mempunyai soalan, sila isi borang dibawah :
vCloudPoint zero clients, combined with vMatrix Server Manager software, provides an innovative way of desktop computing — Sharing Computing, which delivers the same PC experience desktops to users at a fraction of the cost of a typical PC solution, while still offering a variety of benefits over PCs.
S100 Zero Client
The vCloudPoint zero client is a network computer terminal that effectively allows multiple of its users to simultaneously share the untapped resources of a PC desktop.
vCloudPoint zero client is also referred to as ultra thin client, because it contains no moving parts but centralizes all processing and storage to just what is running on the host. As a result, it requires no local driver to install, no patch management, and no local operating system licensing fees or updates. The device consumes very little power and is tamper-resistant and completely incapable of storing any data locally, providing a more secure endpoint.
Dynamic Desktop Protocol (DDP)
vCloudPoint Zero Client utilize its innovative Dynamic Protocol Desktop for remote desktop display. This protocol is purpose built for zero clients and is designed to make efficient use of the network bandwith and host resources, delivering a user experience that is equivalent to or even better than a business PC.
What is vMatrix Server Manager ?
The vMatrix Server Manager software, running on the host PC, enhances the overall functionality and usability of the sharing system by offering connection brokering, graphic acceleration, audio and USB redirection, centralized management. IT administrators can configure, monitor and manage the endpoint devices and users centrally and simply at the server side through the front-end console.
Why vCloudPoint Zero Client ?
Optimized Performance
Zero Configuration
Customizable User Experience
Windows 10 Ready
User Isolation
Client Rendering
Benefits vCloudPoint Zero Client
Reduce initial and ongoing IT Cost
a. Savings in Total Cost of Ownership
b. Savings in Power Consumption
c. Savings in Maintenance Cost
d. Saving in Future Upgradation
2. Simplified Administration
a. Centralized Management
b. Quick Deployment
c. Remote Support
3. Improved Work Eficiency
a. Reduce unplanned downtime
b. Enable File Sharing
c. Roam from Any Client
4. Enhanced Security
a. Eliminate Virus Infection
b. Allow Securities Policies
c. Prevent from Data Lost
5. Environmental Friendly
a. Save valuable Desktop Space
b. No Noise on Working
c. Much Less Heat and E-Waste
* Extended 1 to 30 user
Highlights
Rich Multimedia Support
Reliable & High Quality Audio
Broad USB Peripherals Support
Great System & Display Support
Efficient Resources Utilization
Simple to Set-Up and Use
Powerful Management Tools
Secure User Isolation
Highly Recommendation
Small / Medium Sized Business
Educational and Academic Institution(Colleges, Universities and Technical Schools)
Service Companies(Customer Service, Banks & etc.)
Public Spaces(Hotels, Casino, Libraries, Restaurants, Cybercafe & etc.)
Zero Client Computing – Not Just Cost Saving
Any enquiries, please leave a message. Our team will contact you as soon as possible. Thank you.
Pagi itu, hanna lewat bangun. Segera dia bergegas bersiap untuk ke sekolah. Tugasnya sebagai guru haruslah dilaksanakan. Namun tanggungjawabnya sebagai seorang isteri sentiasa diutamakan. ( Kisah Derita Seorang Isteri Yang Menyentuh Hati Anda )
* Gambar hiasan
Hanna : Abang, bangun sayang. Dah pagi abang. Saya dah bersiap nak pergi sekolah.
Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.Iskandar masih berselimut tidur.
Hanna : abang.. saya siapkan air milo untuk abang yer..
Biarpun usia kandungan hanna hampir mencecah 7 bulan. Namun dia masih kuat melaksanakan tugas tugas harian. Tanggungjawabnya sebagai isteri tidak pernah mengeluh.
Hanna : air milo abang dah siap. Sy pergi dulu yer abang.. maafkan saya ye abang sekiranya saya tidur membelakangkan abang semalam.Saya xsedar.
Iskandar hanya menghulurkan tangan melalui celahan selimut. Muka isterinya pun tidak dilihatnya.
Hanna : terima kasih ye abg.. saya pergi dulu.
Hanna terpaksa memandu sejauh 30km setiap hari untuk kesekolah. Hutan, sawah dan kebun harus diredahi untuk menuju ke sekolah di pendalaman.
Pagi itu iskandar bangun lewat. Telefon dilihatnya ada 15 panggilan yang x dijawab.
Iskandar : alamak.. kenapa bini aku tak kejutkan aku ni..
Terus didail nombor telefon hanna. Iskandar : hello!! Kenapa tak kejutkan abang?
Hanna : Assalamualaikum.. maafkan saya abang.. saya dah kejutkan beberapa kali tapi abang xbangun.
Iskandar : awak ni tak boleh harap la!!!
Panggilan telefon segera diletakkan. Hanna di dalam kelas sedang mengajar menitiskan air mata. Iskandar segera bersiap menuju ke pejabat.
Iskandar : hello sayang.. abang terlewat la harini.
Dira : abang!!! Itu la.. dah cakap kan!!!Abang mesti lewat!! Cepat sikit beli ayam.. anak anak kat taska ni dah lapar!!
Iskandar : ye sayang.. abang ke sana skarang.
Iskandar memandu laju menuju ke Ambangan Putra.. di dalam perjalanan dia masih mendapat panggilan dari dira beberapa kali. Itulah tugasnya semenjak dia kenali dira.
Dira : lambat sangat la.. tah buat apa malam tadi sampai lambat bangun..lain kali kalau buat lagi.. siap la..
Iskandar hanya menundukkan mukanya. Padanya hati dira perlu dijaga.. kalau dibandingkan dira dan hanna, hanna lebih jauh lebih cantik dari dira.. telefon berdering..
Iskandar : apalah hanna ni nak? Kacau saja.
Iskandar segera mematikan bunyi telefonnya.
Hanna : kemana abang ni pergi? Keluh hati hanna).. kaki bengkak ni.. nak jalan pon susah..
Hanna berjalan perlahan2 menuruni tangga sekolah dan beredar ke bilik guru. Kakinya yang bengkak membuatkan dia rasa sakit untuk berjalan. Dia hanya mahukan suami dia berada disisinya ketika ini.. dia mahu bermanja seperti dulu tetapi sejak akhir akhir ni, suaminya seolah berubah.
Iskandar : senyap pon. ( keluh hati iskandar ) Sayang.. abang dah nak pergi ni. Ada banyak kerja nak dibuat..
Dira : kejap la.. orang nak bersiap kejap.
Iskandar menanti dira bersiap. Hampir setengah jam iskandar tunggu. Namun kelibat dira masih tidak kelihatan. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Pagi itu iskandar dan dira menjamu selera dan menuju ke pejabat bersama.
Hanna : laparnya. (Keluh hanna).. xpela. Balik nanti nak makan dengan abang la.. lagipun nak pergi buat check up di klinik.
Pukul 2.45 petang, hanna keluar dari perkarangan sekolah. Walaupun kakinya sakit, namun hanna gagah memandu pulang. Dalam perjalanan dia cuba hubungi iskandar.
Hanna : abang pergi mana ni?(Keluh hanna)
Panggilannya tidak dijawab beberapa kali..
Hanna cuba menghantar sms kepada suaminya.
” Assalamualaikum. Abang, hanna nak mintak tolong bawakkan hanna check baby kita kat klinik. Kaki hanna sakit”
Iskandar membalas sms isterinya.
” jangan ganggu..Abang ada kerja ”
Hanna membalas..
” baiklah abang.. maaf ganggu abang”
Hanna memandu perlahan menuju ke klinik kesihatan yang terletak jauh dari rumahnya itu. Hanya airmata yg sentiasa menitik sepanjang perjalanan.
Pada ketika itu, iskandar duduk di sofa pejabat sambil menonton televisyen dengan dira.
Dira : siapa yg sms?
Iskandar : hanna.
Jawab iskandar spontan.
Dira : dia nak apa?
Iskandar : nak mintak bawak pergi klinik.
Dira : suruh la dia pergi sendiri! Benda senang pon nak suruh orang..
Setelah kembali dari klinik, hanna singgah membeli koeytiaw kegemaran suaminya. Harapannya untuk makan malam itu bersama.
Hanna segera hubungi suaminya.
Hanna : Assalamualaikum abang.
Iskandar : ye. Nak apa?
Hanna : saya nak makan malam dengan abang. Sy ada belikan makanan kegemaran abang.
Iskandar : makanlah dulu. Abang balik lewat!
Hanna : baiklah abang. Saya tunggu abang.
Iskandar memandu laju menghantar dira ke ambangan putra.
Dira : kita singgah makan dulu yer.
Iskandar : ok sayang.
Jam menunjukkan pukul 11 malam. Hanna hampir tertidur menanti iskandar untuk makan bersama. Perutnya terlalu lapar tetapi dia hanya bertahan. Kandungannya bergerak gerak dari tadi.
Tiba tiba telefon berdering.. “owh.. abg call”, hanna segera menjawab telefonnya yang berdering.
Hanna : Assalamualaikum abang. Abang kat mana tu?
Iskandar : Waalaikumussalam. abang dalam perjalanan balik. Sayang nak apa apa tak?
Hanna : saya xnak apa apa abang. Saya dah beli makanan tadi. Saya tunggu abang balik..
Iskandar : sayang dah makan malam belum ni?
Hanna : saya tunggu abang balik. Saya tak nak abang makan seorang diri. Kita makan sama ye abang.
Iskandar : subhanallah.. kenapa tak makan dulu? Emm.. yelah.. abang dah nak sampai ni. Nanti kita makan sekali.
Hanna segera ke dapur untuk memanaskan koeytiaw goreng yang dibelinya. 15 minit kemudian, iskandar muncul di muka pintu dengan wajah yang kusam.
Tangan iskandar segera disambut oleh hanna dengan senyuman. Hanna menyiapkan meja untuk makan bersama. Malam itu hanna makan dengan berselera sekali. Iskandar hanya menjamah sedikit sahaja. Hatinya rasa tak keruan. Fikirannya melayang jauh teringatkan dira.
Keesokan paginya, hanna menjalankan rutin harian seperti biasa. Pagi itu iskandar bangun awal pagi dan tergesa gesa menyiapkan diri.
Hanna : abang, harini saya nak keluar dengan abang yer. Saya nak cari barang untuk anak kita.
Kata kata itu terngiang di fikiran iskandar. Padanya, harini dira ada kem dengan budak sekolah menengah. Iskandar terpaksa menjadi fasilitator kerana kekurangan tenaga kerja.
Petang itu, Hanna memandu laju untuk pulang ke rumah dari sekolah. Semangatnya untuk mencari barang keperluan anak membuak buak di dada. Tidak sabar rasanya untuk keluar dengan iskandar.
Kringg.. kring.. telefonnya berbunyi..
Hanna tersenyum riang apabila melihat panggilan Iskandar.
Hanna : Assalamualaikum abang.
Iskandar : Waalaikumussalam. Sayang, abang balik lewat malam. Ada kerja sikit. Abg xdapat nak keluar petang ni.
Hanna : tapi kan kita dah janji..
Iskandar : ada kerja la..!! Bukan tak nak pergi !!
Iskandar menutup panggilannya. Lantas berjujuran air mata hanna jatuh ke riba. Keretanya yang dipandunya laju kini perlahan. Terasa lemah seluruh badannya.
Hanna : sayang, harini abah sibuk. Abah tak dapat nak bawak kita pergi tengok barang. Esok kita pergi ye sayang. Sayang jangan sedih tau.
Perut hanna bergerak gerak seolah olah memahami keadaan itu. Sejak akhir akhir ini hanna sering bercakap dengan kandungannya. Kandungannya itu sentiasa bergerak gerak seolah memahami kata kata yang diucapkan oleh hanna. Itulah peneman hanna setiap hari dan ketika iskandar tiada disisi. Setiap kali iskandar nak pulang ke rumah, kandungannya itu akan bergerak kuat. Pada mulanya hanna tidak mengesyaki apa apa. Akhirnya hanna mulai faham.
Dira : abang, malam ni abang tdo kat kem la ye. Manalah tahu kalau kalau saya semput ke. Sekurangnya abang ada.
Iskandar dalam keadaan serba salah. Di rumah, hanna sedang sarat mengandung berseorangan. Disini, dira minta menemaninya kerana di khuatiri sakit.
Dalam keadaan kusut tu, tiba tiba iskandar terpandang sesuatu di hadapannya.. ya allah…
“Ya allah… apa dah jadi ni.. ” kelam kabut iskandar dibuatnya. Seorang pelajar diusung oleh rakan rakannya menuju ke bilik urusetia.
“Cikgu, dia semput tadi. Tiba tiba terus pengsan. “Ucap seoarang rakannya.
“Cepat cepat.. masukkan dia dalam kereta. Saya nak bawak dia pergi hospital.”
Iskandar memang gugup pada ketika itu lantas menghubungi dira.
“Ya allah.. kemana la dia pergi ni.”bentak hati iskandar. Dia menghubungi dira beberapa kali namun panggilannya itu tidak dijawab. Apabila dia melihat screen handphone. Rupa rupanya ‘waiting call’.
” ya allah.. masa ni pulak dia nak bergayut pon” bentak hati iskandar yang sedang resah.
“Ok xpe. Awak berdua ikut saya . Nanti awak bagi tahu kat cikgu dira yang saya ke hospital yer.” Jam menunjukkan pukul 9 malam. Iskandar memecut keretanya laju menuju ke hospital yang berhampiran.
15 minit kemudian mereka tiba di perkarangan hospital dan unit bantuan kecemasan hadir membantu.
Kring.. kring.. telefonnya berbunyi. “Emm.. baru nak call” keluh iskandar.
“Hello, abang kat mana tu? ” tanya dira seolah olah tidak tahu menahu kejadian tu.
“Abang kat hospital la sayang. Sayang pergi mana tadi? Ada budak pengsan tadi. Kawan kawan dia kata dia semput.” Ujar iskandar.
“Ya allah. Ye ke. Saya tadi dalam telefon. Kawan saya call. “Balas dira perlahan.
“Kawan mana?, tanya iskandar.
“Kawan la. Xpela. Abang settlekan budak budak tu dulu. Ok.” Panggilan itu terus diletakkan oleh dira. Memang hati iskandar sakit. Dahla tidak menjawab panggilan. Lepas tu boleh pulak bergayut dengan kawan. “Tah tah kawan lelaki.” Keluh iskandar. Iskandar mula memikir yang bukan bukan. Hatinya terasa pedih. Api cemburunya mula membuak buak.
Pelajar yang pengsan tadi dibenarkan pulang setelah menerima rawatan gas. Lama jugak iskandar tunggu. Hampir 2 jam. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam.
“Assalamualaikum sayang. Sayang abang dah tidur ke tu?” iskandar menghubungi hanna di rumah.
“Waalaikumussalam abang. Maafkan sy.. saya tertidur tadi. Abang kat mana tu? Abang nak balik pukul berapa? Balas hanna yang masih mamai.
” abang kat luar ni. Nanti abang balik ye. Sayang rehat dulu yer. Sayang nak apa apa tak?” Tanya iskandar.
“Takperlah abang. Saya dah masak untuk abang tadi. Saya tunggu abang balik nak makan sama. ” balas hanna.
” ya allah. Kenapa sayang xmakan dulu? Jangan la buat kerja berat berat. Bahaya. ” balas iskandar.
” saya masak makanan kegemaran abang. Saya risau abang lapar. Itu tanggungjawab saya. Kalau saya tak masak nanti abang cari orang lain” balas hanna. Iskandar terkedu mendengar penjelasan hanna. Dia selubungi perasaan serba salah.
” baiklah sayang. Abang balik segera yer. Sayang rehat tau. Assalamualaikum”
Balas iskandar.
“Abang drive baik baik ye. Saya ngan anak sayangkan abang dan cintakan abang walaupun kami tahu abang tak sayangkan kami.” Gementar badan iskandar mendengar kata kata itu. Di sudut hati dia terasa bersalah sangat dengan keadaan itu. Dia sendiri pon tidak tahu kenapa hatinya teramat sukakan dira. Padanya dira mempunyai sesuatu yang menyebabkan hatinya terpaut..
Bahu iskandar ditepuk oleh ezad. Ezad merupakan pekerja senior yang paling iskandar sayangi. Selain kreatif, ezad memang pandai mengatur strategy dalam menjalankan aktiviti.
“Abang is, malam ni abang balik rumah ke?” Tanya ezad. “Balik. Kenapa ezad?” Tanya iskandar.
“Saya nak mintak tolong belikan topup maxis. Credit habis la pulak”, balas ezad.
” boleh. Kalau malam ni tak sempat. Sok pagi boleh ke? Tanya iskandar.
“Boleh je.. xde masalah. Abang nak balik ni. Nanti tolong bagitahu kat kak dira yang abang balik. Itu pun kalau dia tanya. Ok.”balas iskandar sambil berjalan menuju ke keretanya.
“Beres. Kalau ada apa apa kami col abang is yer.” Balas ezad.
Jam menunjukkan pukul 12.30 malam. Hati hanna resah menunggu suaminya pulang. Kedengaran bunyi kenderaan memasuki garaj rumah. Hanna berjalan perlahan membuka pintu menyambut suaminya itu. Hatinya rasa tidak sabar melihat wajah suaminya itu. Menantikan ucapan selamat hari lahir dari suami tersayang.
Iskandar tidak berkata apa apa semenjak pulang. Hanna memujuk hatinya. “Mungkin abang terlupa kot. Takpelah. Abang letih tu. Kesian abang.”pujuk hatinya sendiri.
Pagi itu, hanna bangun lewat. Cuti hujung minggu. Iskandar tiada disisinya. “Abang..” tiada jawapan dari iskandar. Dilihatnya, kereta tiada di garaj. “Kemana abang pergi? Awal pagi dah keluar. ” keluh hanna. Hanna segera membersihkan kamar tidur dan segera membersihkan diri.
Kedengaran bunyi kenderaan memasuki garaj. “Emm.. abang dah balik.” Bisik hati hanna.
Setelah bersiap, hanna menuruni tangga menuju ke ruang tamu.
“Happy birthday to you.. happy birthday to you.. happy birthday to ibu hanna.. happy birthday to you. ” iskandar menyanyikan lagu selamat hari lahir sambil memegang kek dan sejambak bunga ros berwarna merah.. cantik!!!..
Hanna sungguh terharu.. hanya air mata yang mengalir menandakan hatinya gembira..
Dalam kegembiraan itu.. telefon iskandar berbunyi.. wajah iskandar berubah.. yang tadinya tersenyum kini muram.
“Abang ada kerja ke harini? ” tanya hanna.
“Ada sayang.. ” balas iskandar.
” emm.. takperlah.. ” hanna mempamerkan senyuman walaupun hatinya terguris. Baru sahaja dia nak bersama dengan suami tersayang berjalan jalan melihat barang anaknya nanti..
“Abang, boleh ke kalau saya bagi abang rm200 harini?” tanya hanya.
“Untuk apa sayang duit tu?” Balas iskandar.
“Saya tahu kerja bagi abang penting. Tapi saya nak beli masa abang seharian ni. Saya nak pergi dengan abang tengok barang anak. Boleh ke abang?” Tanya hanna.
Iskandar hanya mendiamkan diri. Dia terkedu mendengar luahan isterinya. Melihat wajah isterinya yang bersungguh sungguh membuatkan dia terdiam.
Kring..kring.. telefonnya berbunyi lagi..
“Owh, mak call. “Tutur iskandar.
“Assalamualaikum mak. ”
“Waalaikumussalam. Kamu dimana tu?”tanya mak.
“Ada kat rumah ni. Ni hanna pon ada kat sini. Mak dan ayah sihat ke? “Balas iskandar sambil memotong kek untuk hanna.
“Alhamdulillah kami sihat. Kamu dan hanna sihat ke?”, mak bertanya.
“Kami alhamdulillah, Sihat.”, balas mak.
“Mak cakap ngan hanna sekejap yer. Saya nak pergi ke dapur jap”, ujar iskandar.
Hampir 10 minit hanna bercakap dengan mak, kemudian panggilan dimatikan. Iskandar yang tadinya sibuk di dapur kini membawa baju kotor untuk dibasuh.
“Abang, biarkan baju di mesin basuh tu. Nanti saya tolong basuhkan.”jerit hanna dari ruang tamu.
“Xpe. Sikit saja ni. “, sahut iskandar.
Handphone iskandar diletakkannya di atas meja ruang tamu. Tiba tiba, terdetik hati hanna untuk melihat mesej pesanan ringkas dari handphone iskandar.
“Ya allah.. kenapa macam ni?”, mengalir air mata hanna melihat mesej dari dira. Hanna tidak mengenali siapakah itu dira. Tapi kenapa mesej dia tertulis seolah iskandar ada hubungan dengannya.
“Abang, kenapa abang tinggalkan saya kat kem ni? Kenapa abang balik? Abg ni tak habis habis nak bela isteri abang tu!! Abang langsung tak jaga hati dan perasaan saya!!”, hanna menutup kembali pesanan ringkas dan segera beredar ke dapur. Airmatanya yang tadinya berjujuran kini dilapnya dengan bajunya sendiri.
Kelihatan iskandar sedang sibuk mengasingkan bajunya yang berwarna dan berwarna putih. Bajunya itu memang mahal. Hanna pernah dimarahinya kerana ada bajunya yang rosak akibat turun warna.
“Abang.. ” ujar hanna dengan lembut.
Iskandar memandang hanna dengan senyuman. Hanna membalas senyuman walaupun hatinya merasa pedih sekali. Terhiris.
“Abang kerja ke harini?” Tanya hanna dengan penuh tanda tanya.
“Ye sayang. Kenapa? Abang ada kerja di luar. Lewat petang nanti abang balik yer.”
“Saya betul betul nak ajak abang pergi tengok barang anak. Boleh ke?”, ucap hanna perlahan.
“Abang ada kerja la!!”, tegas iskandar. Muka iskandar terus berubah. Dengan segera dia menuju ke hadapan dan bersiap untuk keluar.
Hanna menitiskan air mata kesedihan. Kenapalah dugaan sebegini menimpanya. Dia melihat ramai suami yang menyanyangi isterinya. Tetapi kenapa dia tidak seperti mereka.
“Sayang, abah ada kerja. Sayang jangan sedih yer. Nanti kita pergi tengok barang sayang yer”, hanna mengusap lembut kandungannya itu. Kandungannya itu bergerak seolah memahami.
“Abang pergi dulu yer”, laung iskandar yang sudah pun menuju ke kereta.
“Abang, saya nak salam dulu.” Kata kata hanna tidak didengari oleh iskandar. Iskandar terus mengundur laju keluar dari perkarangan rumah.
“Sayang, abah ada kerja. Abah sayangkan kita. Abah kerja untuk cari duit untuk kita. Sayang jangan sedih yer”, hanna mengusap kandungannya sambil airmatanya menitis.
Kek yang dibeli iskandar tadi dijamahnya.
“Emm.. sedap kek yang abah beli untuk ibu.”, hanna menjamah kek dengan perasaan yang sedih dan menangis.
Kring.. kring.. telefon hanna berbunyi.
“Assalamualaikum mak.”, tutur hanna lembut menyembunyikan perasaan sedihnya.
“Waalaikumussalam. Mak dan ayah dah nak sampai rumah hanna ni. Sekejap lagi sampai”, balas mak.
“Baiklah mak. Saya ada di rumah”, balas hanna. Perasaan gembira mula muncul dan senyuman mula terukir di wajah hanna. Ibu mertuanya kerap datang melihat keadaan hanna sekiranya lalu dikawasan perumahan hanna dan iskandar.
“Sayang, kejap lagi tok dan nenek datang. “, ujar hanna kepada kandungannya sambil menuju ke bilik air untuk mencuci muka.
Selang 10 minit, mak, ayah dan adik muncul di perkarangan rumah.
“Assalamualaikum. ” mak memberi salam.
“Waalaikumussalam. Masuklah mak, ayah.” Balas hanna sambil menuju ke muka pintu.
“Mana iskandar? Kereta dia tak de pon”, tanya mak.
“Bukan ke harini dia cuti?” Tanya mak sambil serahkan buah untuk hanna.
” dia ada kerja harini. Petang nanti balik lah tu”, balas hanna sambil membawa buah ke meja makan. Hanna menyembunyikan perasaannya demi maruah suaminya. Padanya mak dan ayah tidak perlu tahu sekiranya apa apa terjadi kepada keluarganya. Hanna menjamu kek harijadinya kepada keluarga mertuanya.
Iskandar sampai ke kem lewat. Dicarinya dira namun tidak kelihatan. Dihubunginya juga tidak diangkat.
“Pergi mana pulak ni? “Keluh iskandar. Merajuk kot. Kesemua pelajar sedang duduk di dewan. Mereka diberikan tugasan dalam kumpulan.
“Abang is, akak keluar tadi. Laju je dia bawak kereta.”, ujar ezad.
“Pergi mana? Abang call pon xpick up”, balas iskandar.
“Tak tahu. Saya ingatkan dia nak keluar dengan abang.”, balas ezad. Ezad terpaksa menyembunyikan perkara yang sebenar. Memang pagi tadi seorang lelaki datang melawat kem. Kelihatan dira dan lelaki tersebut berbual manja dan ezad ternampak yang lelaki tersebut memegang tangan dira.
Jam menunjukkan hampir pukul 4 petang. Pelajar dibenarkan pulang dan aktiviti berakhir pada jam 4.30. Kelibat dira masih juga tidak kelihatan. Iskandar mulai resah berbaur sakit hati. Seribu persoalan mula bermain difikiran. Dirinya tidak keruan. Panggilan dari hanna pon tidak diangkatnya.
Iskandar dihantui perasaan gelisah sehinggakan kereta yang dipandunya itu hampir hilang kawalan. Dalam masa itu dia cuba menghubungi hanna di rumah.
“Assalamualaikum abang.”, tutur hanna lembut.
“Abang on the way balik. Siap sekarang kalau nak keluar. Sekarang tau!”, telefon segera dimatikan. Setibanya di rumah, iskandar hanya menunggu di dalam kereta. Kelihatan hanna sedang mengunci pintu grill.
“Cepat sikit. “, jerit iskandar dari dalam kereta. Hanna yang terkejut terjatuhkan sejambak kunci ke lantai. “Ye abang.. maafkan saya,”, tutur hanna gugup. Hanna berjalan laju walaupun kakinya bengkak dan sakit.
Hanna memasuki kereta dan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan suaminya. Namun iskandar acuh tak acuh dengan huluran itu. Fikirannya serabut dan membuatkan dia memandu laju.
“Aduh sakit.”, hanna mengeluh sakit apabila iskandar melanggar lubang dan menyebabkan kereta itu terhentak. Iskandar langsung tidak mempedulikan hanna. Padanya kerisauan pada dira lebih daripada hanna.
“Nak kemana ni?”, tegas iskandar.
Hanna hanya menundukkan muka menahan kesakitan sepanjang perjalanan.
“Errmmm…
“Emm.. saya nak pergi central square. “, ujar hanna perlahan. Perutnya diusap beberapa kali kerana kandungannya bergerak gerak.
Iskandar hanya diam membisu dan memecut menghala tempat dituju.
“Abang nak masuk sekali tengok? “Tanya hanna sambil memandang muka suaminya.
“Awak pergilah dulu. Saya tunggu diluar”balas iskandar. Hanna masuk melihat pakaian baby anakku. Jelas terpancar senyuman dimukanya apabila melihat gaun berwarna pink yang cantik tergantung.
“Sayang, baju ni cantik tak untuk anak kita?”, kedengaran suara suami isteri bersebelahan yang turut melihat pakaian untuk baby mereka yang bakal lahir.
Tersentuh hati hanna melihat kemesraan suami isteri itu. Sekali lagi air matanya mengalir.
“Sayang, ibu tengah tengok baju sayang. Sayang suka tak?”, ujar hanna lebut sambil membelai kandungannya. Hanna merasakan dirinya terasing dari pelanggan yang hadir ke situ. Dia memilih beberapa pakaian untuk ditunjukkan kepada iskandar tetapi iskandar tidak kelihatan di luar kedai.
Akhirnya mata hanna terpandang kelibat iskandar yang berada di kedai handphone. Hanna cuba menghubungi iskandar tetapi panggilannya tidak dijawab.
“Assalamualaikum abang. Saya dah pilih baju untuk anak kita.”, tutur hanna dengan lembut.
“Emm..ok.. sat lagi abang datang.”balas iskandar dan terus berjalan ke arah kedai anakku.
Petang itu hanna merasa sungguh gembira. Dalam kereta hanna sentiasa bercakap dengan kandungannya.
“Sayang, ibu dan abah ada belikan baju untuk sayang. Cantik tau. ” ngomel hanna.
Iskandar yang tadinya murah mula mengukir senyuman melihat gelagat isterinya itu.
Malam itu iskandar membawa hanna ke sebuah kedai makan yang paling romantik.. diterangi lampu yang menarik dan lilin di tengah meja.. bukan main selera hanna menikmati makanan.
Keesokan paginya hanna bangun awal untuk ke sekolah. Kali ini iskandar bangun awal seperti hanna jugak.
“Awal abang bangun harini.”ucap hanna.
“Harini abang ada banyak kerja nak dibuat.
“Saya pergi dulu yer abang.. ampunkan dosa saya dan halal makan minum”, tutur hanna.
“Baiklah.. bawak kereta baik baik yer”, balas iskandar.
Iskandar menemani hanna sampai ke kereta. Sehinggalah kereta tu beredar, iskandar masih tercegat di muka pintu.
“Hello,..”satu panggilan muncul di awal pagi..
Iskandar tak menyangka yang hubunginya di awal pagi itu adalah dira.
Dalam masa yang sama, hanna sedang memandu menuju ke sekolah. Dia masih memikirkan tingkah laku suaminya yang pelik pagi ini.. emm.. mungkin suaminya dah berubah.. cetus hatinya..
Lantas dia berdoa
“Ya allah, aku bersyukur kepadamu di atas rezeki yang engkau berikan padaku. Letakkan lah aku dan suamiku dikalangan orang yang beriman. Engkau berilah kekuatan kepada suamiku untuk mengharung dugaan dan cabaran. Sesungguhnya aku amat menyayanginya dan menyintainya seikhlas hatiku”…
Pagi itu, hanna merasakan hatinya riang dan damai sekali. Dikuatkannya siaran radio suria fm yang menjadi kegemarannya dan iskandar. Setiap pagi celoteh dan jenaka dj bertugas mencuit hatinya.
“Emm.. macam sedap je lagu ni.” Bisik hati hanna.
‘Ketawa bersama.. menangis pon bersama.. ku bersumpah harap kita mati pon bersama’.. lagu nyanyian black mempunyai senikata yang menyentuh hatinya.
Pernah baru baru ini dia bersuara kepada iskandar;
“Abang, kalaulah saya pergi dahulu semasa melahirkan anak, abang jaga diri baik baik yer. Abang jaga anak baik baik yer. Ampunkan dosa saya sepanjang kita berkahwin. Abang bina keluarga baru yer.”. Ketika itu iskandar hanya mendiamkan diri seolah olah percakapan hanna itu tidak didengarinya.
*Gambar hiasan sahaja
Hari ini hanna lebih banyak berehat dibilik guru kerana sekolah ada aktiviti yang melibatkan semua pelajar. Semua pelajar diminta ke dewan besar. Ketika bersendirian, hanna disapa oleh cikgu nisa.
“Hanna, saya ada benda nak bagi pada Hanna. Tapi Hanna jangan bagi tahu orang lain pulak yer. Ini ikhlas dari saya”, tutur cikgu Nisa.
“Owh.. apa tu cikgu. Pelik je bunyinya.”, balas hanna.
Cikgu nisa memberikan sebungkus plastik hitam kepada hanna. Didalamnya terkandung beberapa pakaian mengandung yang masih boleh dipakai dan masih cantik.
“Ya allah.. apa ni cikgu.”tutur hanna lembut dalam keadaan serba salah.
“Hanna terimalah pemberian saya ini. Saya ngan suami dah tutup kilang”, balas cikgu nisa dengan gelak ketawa.
“Kami dah cukup dah.. dah ada 5 orang dah pon. Hanna ambil ye. Kami ikhlas. Lagipun hanna baru nak mula berkeluarga anak seorang”, balas cikgu nisa lagi.
“Ya allah.. alhamdulillah.. terima kasih cikgu.” Balas hanna lembut sambil air matanya mengalir terharu.
“Ni la yg dikatakan rezeki anak.”, balas cikgu nisa dan terus dia beredar dari situ.
“Sayang, ibu ada baju baru. Esok ibu pakai ye.”, hanna mengusap lembut kandungannya.. dia rasa bahagia dan bersyukur sangat dengan pemberian itu.
Tengahari itu iskandar dan dira ada temujanji dengan pelanggan yang nak membeli rumah. Seperti biasa, dira pasti turut membantu dalam meyakinkan pembeli. Mereka tidak dapat lari dari persoalan yang ditujukan kepada mereka. Dira dengan selambanya mengaku bahawa mereka adalah suami isteri. Iskandar pula hanya mendiamkan diri seolah olah kenyataan tersebut adalah benar.
“Orang rasakan, client tadi tu memang nak beli rumah tu la”, tutur dira.
“Tu la.. dari segi percakapannya pon memang macam tu.. hope kali ni rumah tu boleh dijual la. Owner dah bising ni”, balas iskandar sambil memandu kereta menuju ke pejabat.
“Insyalllah. Ada tu abang. Orang nak buat request boleh?”, soal dira dengan penuh pengharapan.
“Apa dia?”, balas iskandar.
“Kalau ikutkan rumah tu 150 ribu. Komisyen kita 3 ribu. Orang nak guna 2 ribu boleh?”, tutur dira dengan manja.
“Banyak tu.”, jawab iskandar ringkas.
“Ala.. orang nak bayar duit bulanan kereta dan sewa taska. Barang barang anak kat taska pon dah nak habis ni”, tutur dira merengek manja.
“Emm.. yela yela.. “balas iskandar sambil tersenyum.
“Yeeey…Dia kata nak s&p khamis ni kan.. “, balas dira merengek manja.
“Emm.. abang nak kena setkan dengan lawyer nanti. Ingatkan abang ye, nak mintak geran original dan ic seller.”balas iskandar.
“Ok.”, tutur dira ringkas sambil mencatit pada buku appointmentnya.
Setibanya di pejabat, kelihatan ezad sedang sibuk menyalin nama pelanggan yang baru diterimanya pagi tadi.
“Abang is, klient saya ada masalah sikit la. ” tutur ezad apabila iskandar dan dira tiba di pejabat. Belum sempat iskandar menjawab, dira mencelah.
“Ha.. kenapa dengan client tu?” Tanya dira.
Iskandar berlalu pergi dan membiarkan dira menyelesaikan masalah ezad. Padanya dira dah cukup arif dalam menyelesaikan masalah.
Baru je iskandar nak duduk berehat di mejanya, handphonenya berbunyi.
“Assalamualaikum abang”, suara lembut hanna di hujung panggilan.
“Waalaikumussalam. Ye kenapa?”, balas iskandar.
“Saya nak bagi tahu ni…”hanna baru sahaja nak mula berbual tetapi dipintas oleh iskandar.
“Kan abang dah kata. Jangan call time office!! Abang sibuk!! Balik nanti kita bincang!!”, iskandar terus meletakkan telefon.
Berderai air mata hanna apabila mendengar jawapan iskandar. Dia ingin menceritakan tentang pakaian yang dihadiahkan oleh cikgu nisa tetapi…
Iskandar mengemaskan mejanya yang penuh dengan kertas listing. Tiba tiba satu sms muncul dari hanna.
“Assalamualaikum abg. Maafkan sy ye ganggu abg tadi. Sy mintak maaf ye. Saya xkan buat lagi.” Sms tu dilihatnya dan segera dipadamkan. Dia risau kalau dira membacanya. Padanya hati dira perlu dijaga kerana dia amat menyayangi dira.
“Abang sayang, jom pergi makan.. saya lapar la..”, dira merengek manja.
“Emm..ok”, balas iskandar. Mereka beredar dari office menuju ke restoran yang berhampiran.
Sewaktu berjalan…
“Sayang, jap ek. Abang nak ambil kertas listing tadi kat atas”, langkah iskandar terhenti dan berpatah balik menuju ke pejabat.
Jika anda temui seseorang yang menyentuh hati, pasti anda akan teruja untuk mengenali dirinya. Tetapi risikonya amat besar kerana kebarangkalian untuk ditolak amatlah tinggi. Jangan gusar kerana disini anda akan mengetahui cara dan strategi untuk mengenali dirinya. Ia bergantung kepada anda sama ada ingin mengaplikasikan kepada diri ataupun tidak. Lain insan lain caranya tetapi kebanyakannya adalah sama.
* Sekadar gambar hiasan
Benda yang terpenting sekali adalah kepada diri sendiri. Jika memerlukan sesuatu kita seharusnya korbankan suatu. Pengorbanan yang terbesar adalah kesabaran yang tinggi dan komited terhadap matlamat yang ingin dicapai.
SEHARUSNYA ADA PADA DIRI SENDIRI
Penampilan Diri.
Penampilan diri adalah faktor utama yang perlu dijaga. “First Impression” adalah sesuatu yang anda tidak berpeluang untuk kali kedua. Anda seharusnya berpakaian kemas sentiasa kerana pakaian mencerminkan personaliti seseorang. Mungkin ada di antaranya berpendapat, lebih suka memakai pakaian yang simple dan selesa tetapi mestilah ingat bahawa kekemasan adalah keutamaan. Keadaan rambut dan wajah juga perlu diberikan perhatian.
2. Pandai Berkomunikasi
Berkomunikasi adalah sesuatu yang sukar bagi ramai orang kerana wujudnya perasaan ‘nervous’ atau malu. Perasaan ini sukar untuk diubah melainkan ada kesungguhan di dalam diri untuk melakukan perubahan. Jika anda pandai mengayat, sure wanita akan cair dan lembut hati. Jangan mudah berjanji ketika gembira dan jangan buat keputusan ketika sedang marah. Perasaan tu kena control supaya wanita tersebut tidak cepat boring dan jemu. Selalunya ketika mula bercinta, banyak perbincangan dan perbualan tetapi lama kelamaan, kedua dua atau pun salah seorang sudah semakin jemu. Sebab tu nanti pergaduhan mula terjadi.
3. Jangan Kedekut
Perempuan memang tak suka lelaki yang kedekut. Tetapi bukanlah bermakna anda harus belanjakan habis duit untuk si dia. Maksud kat sini anda kena berhati hati sebab silap langkah banyak benda negatif akan jadi. Sama ada anda kehilangan si dia atau poket terjalak kering. Oleh yang demikian berhati hatilah dan jangan kedekut. Sekali sekala belikan si dia hadiah terutama ketika hari jadinya. Sekarang dah banyak servis delivery hadiah yang anda boleh cuba.
4. Jangan Suka Control
Bila hati dan sayang, terasa risau jika dia dikebas orang. Dia belum jadi hak milik anda lagi. Tidak perlu control kehidupan dia sehingga memakan diri sendiri. Sayang tak semestinya perlu control sangat. Bagi si dia ruang untuk keluar bersama sama kawannya. Ini barulah gentleman. Anggaplah kawan dia tu adalah kawan kita juga dan begitu juga sebaliknya.
5. Sentiasa Bersangka Baik
Anda perlulah bersangka baik dengan si dia. Kadangkala sesuatu yg berlaku tu ada sebabnya. Bertanya dahulu sebelum buat keputusan. Wanita ni jika dia dah betul betul sayang, dia pasti akan jaga diri dia dengan baik supaya tidak salah faham.
6. Jadilah Lelaki Pemaaf
Untuk menjaga hati wanita, anda perlulah manjadi seorang pemaaf. Wanita ini amat sukar untuk difahami kerana perasaannya mudah berubah ubah mengikut situasi dan keadaan. Kamu seharusnya bersabar dan sentiasa memaafkan tetapi jangan sampai kepala anda dipijak. Wanita ini akan sendiri berubah dan secara tak langsung dia akan mula sedar. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam di dalam hati dan ingin membalas pada suatu hari nanti kerana wanita ini suka dimaja dan mereka tidak sesekali suka lelaki yang pendendam.
7. Jangan Mudah Berputus Asa
Amat sukar ketika mula perkenalan untuk membuatkan si dia jatuh hati kepada kita. Sememangnya sikat putus asa akan menyebabkan kita rugi dan kehilangan. Jika anda benar benar sukakan dia, jangan sesekali berputus asa. Kemenangan akan dapat kepada orang yang sabar. Kesungguhan anda itu pasti akan membuahkan hasil satu masa nanti.
8. Berkongsi Pendapat
Jika ada impian ingin hidup bersama, anda seharusnya memulakan untuk berkongsi pendapat dengan si dia di dalam apa keputusan yang anda ambil. Setelah itu si dia juga akan bertanya kepada anda dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. Disini terwujudlah keserasian diantara anda dengan si dia. Bukanlah satu kerja yang senang untuk satukan dua hati menjadi satu. Perempuan akan merasa lebih dihargai apabila anda berkongsi pendapat dengannya.
* Sekadar gambar hiasan
CARA MEMIKAT YANG PALING EFEKTIF
Sentiasa Membuat Lawak Jenaka atau Bergurau
Lain orang lain caranya dan lain orang lain ragamnya. Kebanyakan wanita ni suka lelaki yang ada unsur lawak ketika berbicara. ia membuatkan mereka ketawa dan gembira. Pastikan dulu jenis wanita untuk membuat lawak kerana wanita yang terpelajar, mereka tidak sukakan lawak bodoh tetapi mereka lebih suka lawak intelektual. Anda perlulah berfikiran kreatif di dalam perbualan.
2. Sentiasa Ambil Berat
Mengambil berat mengenai si dia akan membuatkan si dia terasa dihargai dan disayangi. Setiap kali si dia meluahkan perasaan kepada anda, anda perlulah cuba mencari jalan penyelesaian. Ia akan menyebabkan hubungan anda dengan si dia semakin baik dan mesra.
3. Romantik
Sekiranya anda seorang yang romantik, si dia pasti tertarik dan terpukau dengan sajak dan kata kata indah anda. Namun ianya perlulah ikhlas lahir dari hati anda. Romantik adalah satu kelebihan kepada anda kerana tidak ramai lelaki yang romantik.
4. Hadiahkan Sesuatu Yang Unik
Untuk mendapatkan perhatian si dia, hadiahkan sesuatu yang unik dan kreatif. Berikan dia sesuatu yang luar biasa bergantung kepada minat si dia. Sekiranya ingin memberikan hadiah yang luar biasa kepada si dia, pastikan anda sampaikan hadiah tersebut dengan cara unik dan luar biasa.
Adakah anda ingin berjaya di dalam perniagaan online atau offline? Berikut adalah 7 tabiat Orang Yang Berjaya di dalam Perniagaan Online atau Offline.
7 Tabiat Orang Yang Berjaya Dalam Perniagaan Online atau Offline
CARA MEMBANGUNKAN TABIAT
Sesuatu tabiat ditakrif sebagai pertindihan antara pengetahuan, kemahiran dan kemahuan. Pengetahuan adalah memahami apa yang perlu dilakukan dan mengapa ia perlu dilakukan; kemahiran ialah mengetahui bagaimana melakukannya; keinginan ialah dorongan atau kemahuan untuk melakukannya. Untuk membentuk tabiat – tabiat, kita perlu bangunkan ketiga tiga komponen ini. Barulah ia diistilahkan tabiat orang berjaya.
AKHLAK DAN PERSONALITI
Perhubungan antara akhlak dan personaliti boleh digambarkan sebagai suatu tungkul ais. Di kemuncak tungkul air batu (iceberg) itu – personaliti adalah apa yang orang nampak dahulu. Walaupun imej, teknik dan kemahiran boleh mempengaruhi kejayaan luaran anda, nilai keberkesanan yang benar terletak pada akhlak yang baik.
TABIAT 1 : MENJADI PROAKTIF
CIRI ORANG YANG PROAKTIF
Cepat respon selaras dengan nilai
Menerima tanggungjawab bagi tingkah laku sendiri
Memberi fokus kepada bulatan pengaruh
TINGKAH LAKU PROAKTIF
Orang yang proaktif menggunakan ruang kebebasan untuk membuat pilihan yang paling sesuai dengan nilai mereka. Kebebasan untuk memilih akan membesar apabila mereka menggunakan ruang di antara ransangan dan respon secara bijak.
RANSANGAN —-> KEBEBASAN UNTUK MEMILIH SEJAJAR DENGAN NILAI —-> RESPON
Anda boleh pilih tindakan anda tetapi anda tidak boleh pilih akibatnya. Ianya dipengaruhi oleh hukum atau prinsip semulajadi
TABIAT 2 : MULA DENGAN MENGINGATI MATLAMAT
Ramai dikalangan kita mendapat identiti dirinya melalui pendapat, persepsi dan paradigma orang disekeliling. Mereka membenarkan keadaan, pelaziman, dan cermin sosial untuk membentuk siapa diri mereka dan apa pencapaian mereka.
Di sebaliknya orang yang berkesan, mencorak masa depan mereka sendiri. Mereka tidak membiarkan orang lain atau keadaan yang menentukan masa depan mereka. Mereka merancang secara mental dan kemudian mencipta hal positif secara fizikal. Apa yang ada dalam minda mencorak masa depan mereka.
Mula dengan mengingat matlamat dapat digunakan dalam semua bidang kehidupan
TABIAT 3 : UTAMAKAN PERKARA PENTING DAHULU
Apakah perkara pertama ? Perkara pertama ialah perkara yang anda dapati paling bermanfaat untuk dilakukan. Mereka menggerakkan anda ke arah yang betul. Mereka membantu anda mencapai tujuan yang berpusatkan prinsip yang anda fikirkan di dalam TABIAT 2.
Senaraikan lima atau enam perkara yang anda ingin utamakan dalam kehidupan profesional dan peribadi anda dan kemudian tentukan keutamaan perkara sebenar.
Kuncinya ialah bukan untuk mengutamakan jadual anda tetapi untuk menjadualkan keutamaan – keutamaan anda
TABIAT 4 : FIKIRKAN MENANG MENANG
ENAM PARADIGMA INTERAKSI MANUSIA
Menang – Menang
Orang yang memilih untuk menang dan menentukan orang lain juga menang sebenarnya mengamalkan menang – menang (win win). Orang yang berparadigma menang – menang berusaha untuk mencari penyelesaian yang mengembirakan mereka dan memuaskan orang lain pada masa yang sama.
Ciri – ciri
Mencari manfaat bersama
Bekerjasama tidak bertanding
Lebih mendengar, melibatkan diri berkomunikasi lebih lama dan berkomunikasi dengan lebih berani.
Menang – Kalah
Orang yang memilih untuk kalah dan membiarkan orang lain menang menunjukkan timbang rasa yang tinggi terhadap orang lain, tetapi kurang keberanian untuk menyata dan bertindak berasaskan perasaan dan kepercayaan mereka. Mereka begitu mudah merasa terancam maka mereka memerlukan penerimaan dan kepopularan daripada orang lain.
Ciri – ciri
Tidak menyuarakan pendapat, tuntutan, harapan terhadap orang lain.
Cepat untuk menyukakan dan mengalah.
Memendam perasaan.
Kalah – Kalah
Orang yang mempunyai paradigma kalah – kalah mempunyai keberanian dan timbang rasa yang rendah. Mereka cemburu dan mengkritik orang lain. Mereka merendahkan diri sendiri dan orang lain.
Ciri – ciri
Satu pemikiran bagi orang yang amat bergantung pada orang lain.
Sama seperti ‘tidak menang’ kerana tiada sesiapa yang beroleh manfaat.
Suatu hasil menang – kalah, kalah – menang atau menang pada jangka masa yang panjang.
Menang
Orang akan mempunyai paradigma menang hanya memikirkan kepentingan sendiri. Walaupun mereka tidak semestinya mahukan orang lain kalah, tetapi mereka sendiri tetap ingin menang. Mereka berfikir secara bebas dalam situasi yang memerlukan sifat saling bergantungan, tidak sensitif atau tidak sedar tentang orang lain.
Ciri – ciri
Berpusatkan diri sendiri.
Memikirkan ‘saya dahulu’.
Tidak begitu kisah sama ada orang lain menang atau kalah.
Mempunyai suatu Mentaliti Kekurangan.
Menang – Menang atau Tiada Rundingan
Menang – menang atau tiada rundingan ialah bentuk menang menang yang paling tinggi. Orang yang menggunakan paradigma ini berusaha mencapai menang menang terlebih dahulu. Jika mereka tidak dapat mencapai penyelesaian yang boleh diterima, mereka akan bersetuju untuk tidak bersetuju secara damai.
Ciri – ciri
Membenarkan setiap pihak untuk mengatakan tidak.
Adalah yang paling realistik di awal sesuatu perhubungan atau rundingan perniagaan.
Adalah bentuk ‘menang’ yang paling tinggi.
TABIAT 5 : USAHA MEMAHAMI DAHULU KEMUDIAN UNTUK DIFAHAMI
DIAGNOSE SEBELUM ANDA MEMBERI PRESKRIPSI
Ramai orang tidak mengambil masa dan usaha yang seharusnya untuk membuat diagnosis terhadap sesuatu simtom sebelum memberi preskripsi. Dalam erti kata lain, mereka terus membuat diagnosis terhadap kondisi, situasi atau masalah orang lain, lantas memberi nasihat mereka sendiri. Mereka mendengar dengan tujuan untuk menjawab dan tidak mendengar dengan tujuan untuk memahami. Jika kita mendengar dahulu supaya memahami, kita boleh mengambil masa yang diperlukan untuk membuat diagnosis yang sempurna sebelum membuat preskripsi.
Tahap Pendengaran
Semasa orang lain bercakap, kita mendengar pada salah satu daripada 5 tahap : tidak mempedulikan, mendengar secara berpura – pura, mendengar secara pilihan, pendengaran penuh perhatian atau mendengar secara empati. Orang yang mendengar di keempat tahap yang awal biasanya sedang mengikuti niat yang tersendiri. Orang yang mengamalkan pendengaran di tahap yang kelima, Pendengaran Empati, akan cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh orang lain dan merasai daripada sudut pandangan orang lain.
Tidak Mempedulikan
Tidak berusaha untuk mendengar
Pendengaran Berpura Pura
Berpura – pura atau memberi suatu gambaran seolah olah anda sedang mendengar. Pendengaran Pilihan
Mendengar bahagian yang hanya anda berminat.
Pendengaran Penuh Perhatian
Memberi perhatian dan fokus kepada apa yang dikatakan oleh orang yang sedang bercakap dan membandingkannya dengan pengalaman diri sendiri.
Pendengaran Empati
Mendengar dan merespon dengan kedua – dua hati dan minda untuk memahami kata – kata, tujuan dan perasaan orang yang sedang bercakap.
TABIAT 6 : BERSINERGI
PROSES BERSINERGI
Bersinergi ialah tabiat terakhir dalam kemenangan awam. Dengan menggunakan Tabiat 4 dan Tabiat 5, kita amakan keterbukaan dan komunikasi. Apabila kita bersinergi, kita melihat sesuatu masalah, memahami keperluan dan berusaha untuk mencipta sinergi atau suatu Pilihan Ketiga (satu penyelesaian bagi manfaat bersama) untuk memenuhi keperluan itu.
Keseluruhannya adalah lebih banyak daripada jumlah bagi bahagian – bahagiannya. Sinergi berlaku apabila dua orang atau lebih, secara bersama, menghasilkan sesuatu melebihi daripada jumlah apa yang mereka mungkin hasilkan secara berasingan.
TABIAT 7 : MENAJAMKAN GERGAJI
Menajamkan Gergaji adalah satu proses harian bagi memperbaharui empat dimensi diri kita : fizikal, mental, rohani dan sosial/emosi. Emosi dimensi ini memelihara dan menambah keupayaan dan membantu kita untuk mendisiplinkan minda, tubuh badan dan roh. Kemenangan Peribadi harian ini adalah suatu kemenangan ke atas diri sendiri. Bukan sahaja Kemenangan Peribadi harian ini akan meransangkan pertumbuhan, tetapi ia juga membantu kita mencapai Kemenangan Awam. Semasa kita mencapai kemenangan melalui pembaharuan, kita juga memelihara dan memupuk keenam – enam tabiat yang lain.
Kita boleh Menajamkan Gergaji dalam empat bidang :
Fizikal
Kita membina kesejahteraan fizikal melalui pemakanan yang betul, senaman, rehat dan pengurusan tekanan.
2. Mental
Kita meningkat keupayaan mental melalui membaca, menulis dan berfikir.
3. Rohani
Kita bangunkan rohani melalui membaca tulisan yang memberi inspirasi, melalui meditasi, sembahyang dan melalui meluangkan masa dengan alam semulajadi.
4. Sosial / Emosi
Kita matang dari segi sosial dan emosi dengan secara membuat deposit yang konsisten setiap hari dalam Akaun Bank Emosi bagi perhubungan kita yang utama.
Semoga ketujuh tujuh tabiat ini dapat membantu anda untuk berjaya.
7 Tabiat Orang Yang Berjaya Dalam Perniagaan Online atau Offline
Pada masa kini, teknologi animasi 3D bukan sahaja merujuk kepada penceritaan kartun kanak kanak mahupun dunia perfileman sahaja tetapi ia telah berkembang luas memasuki dunia perniagaan seperti pemasaran dan promosi produk serta mempromosikan syarikat, dunia pendidikan yang menceritakan tentang sesuatu sejarah ataupun bahan pelajaran, dunia kesihatan yang menceritakan tentang sesuatu penyakit ataupun ubat – ubatan dan juga terdapat beberapa industri lain seperti automotif dan sebagainya.
Berdasarkan pengalaman dan kejayaan Les’ Copaque Production (LCP) menerajui dunia industri animasi 3D tanahair, kekurangan pengalaman dan kemahiran daripada graduan lepasan universiti atau kolej yang mengambil jurusan animasi menyebabkan Les’ Copaque Animation Academy ditubuhkan. Ia bukan sahaja dapat melahirkan graduan yang berkemahiran di dalam bidang animasi 3D tetapi secara tidak langsung industri animasi 3D tanahair dapat dikembangkan dengan jayanya dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Definisi 3D AniMedia
Media adalah segala bentuk dan saluran yang digunakan untuk menyampaikan informasi atau pesan. Kata media berasal dari kata latin, merupakan bentuk jamak dari kata “medium”. Secara harfiah kata tersebut mempunyai arti “perantara” atau “pengantar”. Merujuk kepada Diploma Teknologi 3D AniMedia, pedekatan yang digunakan oleh Les’ Copaque Animation Academy adalah seperti berikut :
Dari segi penggunaan maksud ‘MEDIA’ iaitu ‘Medium’ atau ‘Perantara’.
Keseluruhan kursus pengkhususan yang diajar kepada pelajar telah dimasukkan elemen perantara diantara pelajar dan masyarakat. Perantara yang dimaksudkan adalah elemen yang berteraskan kemahiran serta pengetahuan yang mendorong pelajar untuk menjadi usahawan dan Les’ Copaque Animation Academy telah menerapkan kemahiran industri di dalam kursus merujuk kepada industri Les’ Copaque Production.
Karier 3D AniMedia
Storyboard Artist
Video Editor
Concept Artist
Modeler
Animator
Photographer
Entrepreneur
Rendering Artist
Kelebihan 3D AniMedia
Pelajar bukan sahaja dapat belajar animasi 3D secara lengkap malahan akan dididik untuk menjadi seorang usahawan.
Modul pembelajaran mengikut industri.
Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran.
Jaminan pekerjaan
Program 3D AniMedia yang ditawarkan
Diploma in 3D AniMedia Technology (MQA/PA9311) (N213/4/0315)
Kebanyakan kita mahukan kerjaya tetap yang menjamin masa hadapan tidak kiralah sama ada sektor awam mahupun swasta. Bekerja di dalam sektor awam amatlah diimpikan oleh kebanyakan masyarakat di malaysia terutamanya bagi mereka yang baru sahaja menamatkan persekolahan ataupun pengajian di universiti. Bekerja di sektor awam mempunyai pelbagai kebaikan yang tersendiri. Ada orang kata bekerja di sektor awam ni ‘relek’ sedikit berbanding sektor swasta. Tetapi tidak semestinya begitu. Kerja di sektor awam ini begitu tinggi cabarannya demi memastikan perjalanan pentadbiran dan pengurusan Negara berjalan dengan lancar. Tips Mudah Lulus Temuduga Kerajaan yang Patut Anda Tahu.
Kebanyakan ibu bapa amat berbangga jika anak mereka menjawat jawatan di sektor awam. Tidak dinafikan bekerja di sektor awam tidak memberikan pulangan lumayan kepada sesiapa pun. Hendak menjadi kaya, sektor awam bukanlah tempatnya. Walaupun tidak memberikan pendapatan yang lumayan, sebenarnya bekerja di sektor awam memberi 1001 kepuasan kepada penjawat awam ini.
Faedah bekerja di dalam sektor awam
Terdapat banyak kelebihan dan faedah yang diperolehi setelah menyertai sektor awam. Di antaranya adalah :
Elaun perumahan
Cost of Living Allowance (COLA)
Imbuhan tetap khidmat awam
Kenaikan gaji berkala
Cuti tahunan mengikut kelayakan
Cuti bersalin
Pinjaman perumahan
Pencen
Bersara pada umur 60 tahun
Peluang kenaikan pangkat
Peluang melanjutkan pelajaran
Peluang untuk berkursus dari masa ke semasa
Bekerja dalam jangkamasa yang sesuai 8 jam sehari (kadang kadang lebih masa)
Mempunyai masa bersama keluarga dan dapat mewujudkan keluarga bahagia
Mudah untuk membuat pinjaman dengan bank dan ada koperasi
Anda tidak teruja ke ? dan bermacam macam lagi kebaikan yang boleh anda fikirkan sendiri. Dan disebabkan itulah juga dilaporkan permohonan untuk jawatan awam yang dianjurkan oleh sektor awam meningkat pada setiap tahun.
Panduan Memohon Jawatan di Sektor Awam
Mendaftar secara online
Dipanggil temuduga
Sebab – Sebab Calon Gagal Dalam Temuduga Kerja Kerajaan
Terdapat banyak punca yang menyebabkan pemohon gagal di dalam temuduga tersebut. Disini saya senaraikan punca utama sahaja yang tidak sepatutnya anda lakukan nanti :
Langsung tidak membuat persediaan atau persediaan acuh tidak acuh sahaja.
Tidak berpakaian mengikut syarat.
Bersikap pasif ketika proses temuduga dijalankan.
Datang lewat ketika hari temuduga.
Dokumen – dokumen yang diperlukan tidak lengkap.
Tidur lewat malam sebelum hari temuduga.
Tidak benar benar mengetahui tentang jawatan yang dipohon.
Buta tentang perkembangan isu semasa.
Tidak jujur ketika menjawab soalan yang dikemukakan.
PERSEDIAAN SEBELUM HARI TEMUDUGA
Tindakan Pertama
Baca dan fahami surat temuduga
Buat salinan fotokopi surat dan dokumen
Dapatkan pengesahan bagi setiap fotokopi
Susun dokumen mengikut turutan
Simpan dokumen di tempat yang selamat
Menyediakan ‘Resume’
Tindakan Kedua
Kenali dan fahami jawatan yang dipohon
Memupukkan dan tanam minat kepada jawatan tersebut
Perancangan dan persediaan
Tindakan Ketiga
Jadikan diri sebagai orang berilmu
Mengenali dan memahami diri sendiri
Ketahui soalan soalan jangkaan
Tingkatkan penguasaan dalam bahasa inggeris
Pengeditan/Penyusunan/Penimpanan Nota
Belajar dengan menulis
Tindakan Keempat
Interview test
Menjaga keselamatan dan kesihatan diri
Ketahui lokasi temuduga
Persediaan sehari dua sebelum temuduga
SEMASA HARI TEMUDUGA
Sewaktu Bersiap
Bangun tidur
Wangian
Lihat beg dan dokumen
Bertolak awal
Apabila Tiba Di Tempat Temuduga
Tenangkan diri
Daftar awal
Menunggu di luar bilik temuduga
Semasa Sesi Temuduga
Masuk ke dalam bilik temuduga
Tatacara apabila duduk
Tatacara apabila berkata kata
Perkenalkan diri
Apakah tugas / kerja anda sebelum ini ?
Mengapa saya perlu memilih anda ?
Apakah kelebihan dan kekurangan anda ? (Hati hati dengan soalan ini kerana ini adalah perangkap)
Sanggupkah anda ditugaskan dimana mana yang diperlukan ?
Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang ?
Anda adalah masyarakat biasa dan apakah ciri ciri yang anda harapkan dari seorang penjawat awam ini (jawatan yang dipohon) ?
Setelah anda menceritakan ciri ciri penjawat awam tadi, adakah anda tergolong di dalam ciri ciri tersebut ? (ini adalah trick biasa yang ditanya. Oleh yang demikian sebutlah ciri ciri yang kita harapkan daripada seorang penjawat awam ketika mereka menanyakan tentang kelebihan diri kita tadi)
Soalan mengenai isu semasa / politik (Sekiranya ada)
Semoga apa yang anda baca ini mendapat manfaat dan kebaikan kepada anda di dalam menempuh temuduga nanti. Semoga berjaya.
Setiap manusia dilahirkan berpasang-pasangan. Untuk mencari yang sesuai dan memahami bukan sesuatu yang mudah dan kekadang memerlukan masa yang banyak. Kita tidak banyak masa terluang kerana kekangan kerja dan berikut adalah 10 Portal Mencari Jodoh Yang Selamat dan Berkualiti.
Pada masa kini pelbagai aplikasi telah dibangunkan untuk membantu mereka yang mencari jodoh secara alam maya. Namun begitu tidak semua aplikasi tersebut adalah selamat untuk dilayari dan berkualiti. Oleh yang demikian, disini kami kongsikan beberapa halaman mencari jodoh yang boleh digunakan pada masa kini.
Tanpa usaha, jodoh tidak datang sendiri. Oleh yang demikian, berusahalah.
Doa untuk lelaki yang mencari jodoh :
Doa untuk lelaki yang mencari jodoh
Doa untuk perempuan yang mencari jodoh :
Doa untuk perempuan yang mencari jodoh
Oleh yang demikian, 20 halaman mencari jodoh ini sesuai untuk anda mencari jodoh.
www.baitulmuslim.com
www.baitulmuslim.com
2. www.semaniskurma.my
www.semaniskurma.my
3. www.temanhidupku.com
www.temanhidupku.com
4. www.myjodoh.net
www.myjodoh.net
5. www.letsjoompa.com
www.letsjoompa.com
6. www.date-me.my
www.date-me.my
7. www.baituljannah.com
www.baituljannah.com
8. www.carijodohmalaysia.org
www.carijodohmalaysia.org
9. www.muslima.com
www.muslima.com
10. http://ejodohijim.wixsite.com/ijim
Semoga maklumat berkenaan bermanfaat kepada anda di dalam mencari jodoh.
Jodoh memang milik Allah swt tetapi ia juga ditentukan oleh pilihan dan usaha kita sendiri.
Sememangnya semua insan ingin berpasangan. Disini saya menceritakan pasangan yang patut anda ketahui dan berikut adalah 3 Jenis Jodoh Dalam Kehidupan.
Jodoh dari SYAITAN.
Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan dan terus buat maksiat. Akhirnya si wanita mengandung dan barulah kamu menikah. Jodoh sebegini telah banyak berlaku dikalangan masyarakat. Janganlah anda memilih jodoh yang sebegini kerana jodoh sebegini tidak akan kekal lama kerana berkahwin terpaksa.
2. Jodoh dari JIN.
Kamu berdua berkenalan. Kamu suka pada dia. Tapi dia tidak suka padamu. Akhirnya cinta ditolak dan dukun bertindak. Akhirnya dia mahu menikah denganmu. Jodoh sebegini banyak berlaku di zaman teknologi ini. Ramai wanita menonjolkan gambar mereka di media sosial dan akhirnya ada sebilangan lelaki mengambil jalan mudah untuk berkenalan dan akhirnya berkahwin.
3. Jodoh dari ALLAH S.W.T
Kamu berdua berpandangan mata yang akhirnya menusuk ke kalbu. Kamu meminang dia dan dia menerima pinangan kamu dan kamu berdua menikah. Insyaallah kekal hingga akhir hayat dan itulah yang dikatakan till jannah. Jodoh sebegini akan kekal hingga ke akhir hayat. Mulakanlah dengan berkenalan. Memahami dari hati ke hati dan mulakan langkah taaruf bersama keluarganya. Mulakan dengan hubungan yang baik, insyaallah perasaan cinta akan terus mekar hingga ke akhir hayat.
Pada masa kini masih ramai wanita ataupun lelaki yang belum berumah tangga. Kerana kesibukan kerja, lelaki atau wanita ini tidak mempunyai masa untuk berkenalan ataupun keluar dating. Namun begitu, terdapat beberapa aplikasi yang membantu golongan ini mendapatkan jodoh masing masing.