Panduan Terkini Syarat Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Perkeso Rm600

0
1328
socso

Ramai diantara kita kurang mendapat maklumat mengenai PERKESO khususnya Bantuan Perkeso yang dimaklumkan baru baru ini. Mungkin ia kurang popular berbanding KWSP. Oleh yang demikian, disini akan dijelaskan Panduan Terkini Syarat Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Perkeso Rm600.

Isi Kandungan

Apakah Kelebihan PERKESO dan Manfaatnya kepada anda ?

PERKESO adalah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.

Fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.

Skim Bencana Pekerjaan

Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja. Ia termasuk :

  • Faedah perubatan
  • Faedah Hilang Upaya Sementara
  • Faedah Hilang Upaya Kekal
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Faedah Orang Tanggungan
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Faedah Pemulihan
  • Faedah Pinjaman Pendidikan

Skim Keilatan :

Seseorang berinsurans dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.

Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.

  • Faedah Di Bawah Skim Keilatan
  • Pencen Ilat
  • Bantuan llat
  • Elaun Layanan Sentiasa
  • Pencen Penakat
  • Faedah Pengurusan Mayat
  • Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional dan Dialisis
  • Faedah Pendidikan

Permohonan Bantuan Perkeso RM600

  • Permohonan ini adalah untuk pekerja yang terjejas akibat wabak covid-19 dan perlu dimohon oleh majikan.
  • Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
  • Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020.
  • Permohonan perlulah dibuat secara online di Portal Rasmi Perkeso bermula 20 Mac 2020.
    Link rasmi perkeso : https://www.perkeso.gov.my/index.php/ms/ (KLIK SINI)
  • Bantuan ini adalah sebahagian daripada program pengekalan pekerjaan atau Employement Retention Programme (ERP) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO.
    Ia bertujuan adalah untuk membantu para majikan yang terpaksa mengurangkan kos operasi dengan memberikan cuti tanpa gaji (CTG) kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
  • Bantuan sebanyak RM600 sebulan ini akan disalurkan kepada para pekerja selama enam bulan (maksima) bergantung kepada tempoh notis majikan.
  • Bayaran ERP akan dikreditkan ke akaun majikan dan majikan bertangggungjawab untuk mengkreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.
  • Majikan perlu mengemukakan permohonan yang lengkap melalui borang Permohonan BORANG ERPC-19 dan melampirkan surat notis Cuti Tanpa Gaji yang mengandungi senarai perkerja yang terlibat.
  • Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui email [email protected]
  • Senarai pekerja yang terlibat perlulah mengandungi butiran :

a. Nama Penuh Pekerja berdasarkan Kad Pengenalan.
b. Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia.
c. Nama Jawatan yang disandang.
d. Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja.
e. Maklumat Email dan Nombor Telefon untuk dihubungi.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau emel [email protected]

Panduan Terkini Syarat Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Perkeso Rm600

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here