Linda Onn Kongsi Cara Membuat Hand Sanitizer Sendiri

0
736

Wabak COVID-19 yang melanda pada masa kini amat membimbangkan orang ramai. Alat pencegahan seperti Mask dan Hand Sanitizer menjadi satu keperluan sekiranya ingin keluar membeli barang ketika kawalan pergerakan ini. Disini Linda Onn kongsikan cara membuat Hand Sanitizer sendiri.

Linda Onn Kongsi Cara Membuat Hand Sanitizer Sendiri

Hand Sanitizer dan Mask dijual dengan harga yang tinggi dipasaran dan ada sesetengah pihak cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Keadaan ini menyebabkan penyampai radio popular Rozlindah binti Onn atau dikenali Linda Onn berkongsikan pengalaman dan cara cara membuat hand sanitizer sendiri dengan menggunakan Alor Vera.

Isi Kandungan

Sebelum itu, kita kenali dulu apakah itu Hand Sanitizer?

Hand Sanitizer dikenali juga sebagai hand antiseptic, handrub, atau hand rub adalah cecair berbentuk gel yang diaplikasikan pada tangan dengan tujuan untuk membunuh bakteria patogen yang boleh menyebabkan penyakit.

Terdapat juga hand sanitizer yang dicampurkan dengan pelembap seperti glycerin yang bertujuan untuk menghaluskan kulit dan ada juga menggunakan pewangi untuk memberikan ia kekal harum ditangan.

Harus Diingat!!
Kita disarankan menggunakan cecair pembasmi kuman yang mengandungi kadar alkohol 60 hingga 80 peratus untuk membasmi kuman yang melekat pada permukaan tangan.

Koordinator Perubatan Malaysian Medical Relief Society (Mercy Malaysia), Masniza Mustaffa berkata, peratusan yang sama juga disarankan bagi cecair pembasmi kuman bebas alkohol yang menggunakan kompaun kimia ‘quaternary ammonium’ iaitu benzalkonium klorida.

Kadar alkohol tinggi lebih 80 peratus adalah kurang sesuai kerana sifat bahan itu cepat kering selain menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah.

Oleh yang demikian,

Linda Onn kongsikan cara membuat hand sanitizer di laman sosialnya dan video berdurasi 5 minit 10 saat itu menerangkan cara cara membuat hand sanitizer sendiri.

Bahan – bahan yang digunakan untuk membuat Hand Sanitizer :

1. 4 keping daun Alor Vera
2. Alkohol
3. Essential oil – Serai

Cara penyediaan :

1. Potong 4 keping daun alor vera dan ambil isi dalam
2. Blenderkan isi Alor Vera tadi
3. Tapiskan cecair Alor Vera tersebut
4. Gunakan 30ml cecair Alor Vera
5. Letak 20ml – 30ml cecair alcohol
6. Tambah sedikit essential oil (serai)

Selamat mencuba
Linda Onn kongsikan cara membuat Hand Sanitizer sendiri.

Anda juga boleh baca artikel ini : Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here