Bantuan NADMA RM100 Sehari Khas untuk COVID-19

0
927

Prihatin dengan individu yang terjejas dengan jangkitan COVID-19, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan tabung khas bagi memberi bantuan kewangan membantu pesakit yang tidak mempunyai pekerjaan dan terganggu kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin 14 hari sebelum pulih. Bantuan NADMA RM100 Sehari Khas untuk COVID-19.

Credit : BERNAMA

Bantuan ini disediakan untuk mereka yang dikuarantin selama 14 hari atau menerima rawatan di hospital berikutan disahkan positif COVID-19 bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Isi Kandungan

Berikut dikongsikan syarat permohonan tersebut :

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  2. Warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID19.

Pemohon Yang Tidak Layak Memohon :

  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian / menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19.

Kadar Bantuan

RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded). Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (oneoff) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang.

Kaedah Permohonan

  1. Muat turun dokumen-dokumen di laman web http://www.nadma.gov.my/info-my/bantuankhas-covid-19 atau download Bantuan_Khas_COVID19
    • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 (Lampiran A)
    • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
    • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C) *jika tiada akaun bank

2. Permohonan lengkap dihantar melalui pos ke NADMA di alamat:- 

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
    Jabatan Perdana Menteri Aras 7,
    Blok D5, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62502 PUTRAJAYA
    (u.p. : Sekretariat KWABBN)

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Borang Permohonan Bantuan Khas Covid19 seperti di Lampiran A. (Dokumen Asal)
  2. Salinan kad pengenalan. (Salinan Diakui Sah)
  3. Dokumen KKM (Salinan Diakui Sah):
    i. Bagi pemohon yang di bawah perintah Pengawasan dan Pemerhatian
    a. Salinan Borang Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di
    Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
    (Akta 342) yang telah disahkan oleh KKM; dan
    b. Salinan Borang pelepasan dari menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di
    rumah kediaman bagi kontak jangkitan Covid-19 di bawah Seksyen 15(1) Akta
    Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342);
    ii. Bagi pemohon yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh KKM
    untuk merawat Covid-19 (warded)
    a. Sijil Cuti Sakit yang dikeluarkan oleh Hospital yang dibenarkan oleh KKM untuk
    merawat Covid-19.
  4. Borang Akuan Kehilangan Pendapatan seperti di Lampiran B. (Dokumen Asal)
  5. Salinan penyata bank / muka depan buku akaun.** (Salinan Diakui Sah) ** sekiranya
    pemohon tidak mempunyai akaun bank, pemohon boleh memberikan salinan penyata bank / muka depan buku akaun bank waris bersama-sama dengan surat perwakilan kuasa kepada waris seperti di Lampiran C serta salinan kad pengenalan waris yang diakui sah.

Cara Bayaran

Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Penafian

NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Bantuan NADMA RM100 Sehari Khas untuk COVID-19

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here