Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP Online RM500

0
1103

PUTRAJAYA, 23 MAC 2020 – Dalam sidang media khas di Bangunan Perdana Putra hari ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan amanat beliau.

“Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan, bagi meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak COVID-19”

“Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barangbarang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.
“Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya lagi.

“InsyaAllah, jika wang ini digunakan secara berhemah akan ada keberkatannya untuk saudara dan saudari seisi keluarga,” katanya.

Ia antara beberapa inisiatif diumumkan kerajaan bagi mengurangkan bebanan kewangan rakyat berikutan Covid-19 sehingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan. Inisiatif itu juga merupakan langkah yang telah diputuskan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), sebagai sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here