Pertandingan Fotografi dan Video Kreatif Anda dirumah ketika COVID-19

0
892

Perintah kawalan pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru baru ini adalah bertujuan untuk menghadkan pergerakan bagi memutuskan rangkaian wabak COVID-19 dari merebak. Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan atau NGO untuk memastikan rakyat terus kekal berada di rumah. Disini dikongsikan maklumat Pertandingan Fotografi dan Video Kreatif Anda dirumah ketika COVID-19.

Jabatan Pembangunan Wanita telah menganjurkan pertandingan Fotografi dan Video Kreatif yang bertemakan #WanitaCegahCovid19 dan berlangsung sehingga 31 Mac 2020 ini. Pertandingan ini membolehkan orang ramai berkongsi aktiviti kerja di rumah sama ada di dalam bentuk fotografi atau video kreatif.

Isi Kandungan

SYARAT DAN KAEDAH PENYERTAAN

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Setiap peserta hanya boleh menghantar 3 keping gambar sahaja.
  3. Gambar yang dihantar untuk penyertaan boleh dirakam dari kamera atau telefon bimbit.
  4. Markah akan diambil kira berdasarkan kretiviti mengikut tema #WanitaCegahCOVID19.
  5. Gambar yang telah diubah suai dengan menggunakan komputer adalah TIDAK DITERIMA.
  6. Butiran peserta akan disimpan bagi tujuan pertandingan. Dengan menyertai pertandingan ini, setiap peserta telah bersetuju bahawa pihak penganjur berhak mengumpul, menyimpan dan memproses butiran peserta bagi tujuan pertandingan.
  7. Video pendek dengan durasi masa 20 saat ke 30 saat.
  8. Muat naik gambar dan video anda di Media Sosial dengan “Hashtag #WanitaCegahCOVID19” kami di Facebook JABATAN PEMBANGUNAN WANITA dan Instagram @JPWanita (Pastikan akaun ada tidak ‘PRIVATE’).
  9. Keputusan hakim adalah muktamad.

FACEBOOK JABATAN PEMBANGUNAN WANITA

INSTAGRAM @JPWanita

Pertandingan Fotografi dan Video Kreatif Anda dirumah ketika COVID-19

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here