Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk

0
2463
Petua Hilangkan Gastrik

Adakah anda sering mengalami masalah gastrik ? Berubat cara moden tetapi tidak membantu ? Perlukan petua hilangkan gastrik yang teruk ? Disini adalah info mengenai gastrik yang patut anda tahu dan petua hilangkan gastrik yang teruk.

Petua Hilangkan Gastrik

Isi Kandungan

Apakah itu Gastrik ?

  • Gastik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan.
  • Ketika kita terasa lapar atau badan memerlukan makanan, perut akan merembeskan asid gastrik ini.
  • Jika tidak terdapat makanan di dalam perut, maka asid ini akan menghakis dinding permukaan dalam perut.
  • Proses ini berlaku berulang kali dalam masa berbulan atau bertahun sehingga dinding perut menjadi tipis, sebelum anda mengalami gastrik ini.

 

Petua Hilangkan Gastrik

Apakah Punca Gastrik.

  • Makanan pedas – meransang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut.
  • Makanan masam – Meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut.
  • Makanan berminyak / berlemak (kecuali minyak zaitun) – Sukar untuk dihadam, justeru perut akan meransang lebih banyak asid ke dalam perut.
  • Merokok – Ia mengurangkan kecekapan Lower Esophogeal Sphincter yang berfungsi sebagai pintu pagar bagi membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali.
  • Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drugs). Pengambilan yang berterusan dan secara kerap (contoh:aspirin) akan menyebabkan hakisan kepada dinding perut.
  • Stress / tekanan emosi. Apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan lebih banyak asid.
  • Jangkitan bakteria H.Pylori. Bakteria ini boleh menyebabkan dinding perut luka (gastrik ulser).
  • Minuman berkafein (teh @ kopi). Ia mampu meransang rembesan asid perut.

Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk

1. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Chamomile tea

Petua Hilangkan Gastrik gunakan Teh Chamomile

Teh chamomile (chamomile tea) terkenal dengan sifat anti-inflamatori dan boleh mengurangkan kesakitan pada perut anda akibat gastrik. Teh chamomile bertindak dalam merehatkan otot-otot di sekitar perut dan saluran makanan, sekali gus mengurangkan keadaan “contractions” yang menyebabkan gastrik dan sakit perut dan pada masa yang sama mengurangkan kesakitan yang dialami. Bancuh satu uncang teh chamomille dan minum dan anda akan mendapat kelegaan daripada sakit perut dan pedih ulu hati.

2. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Cuka Epal / Apple Cider Vinegar

Petua Hilangkan Gastrik gunakan Cuka Apple

Tentu anda merasa pelik apabila salah satu petua untuk hilangkan gastrik dengan cepat dan sihat adalah dengan menggunakan apple cider vinegar? Kadangkala penyakit gastrik berpunca dari gastric reflux yang mengakibatkan asid di dalam perut anda berada di tempat yang tidak sepatutnya, dan oleh sebab itu, kandungan asid dalam perut yang digunakan dalam perut sudah berkurangan. Mengamalkan minum apple cider vinegar dapat menstabilkan kandungan asid di dalam perut dan pada masa yang sama dapat membantu mencerna makanan dengan lebih baik. Sungguhpun begitu, sesetengah orang tidak dapat meminum apple cider vinegar secara langsung kerana rasanya begitu masam dan tajam. Anda boleh membancuhnya dengan menambah air dan sedikit madu dan meminummya sedikit demi sedikit.

3. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Teh daun pudina / Peppermint tea

Petua Hilangkan Gastrik gunakan Teh Daun Pudina

Teh daun pudina memang terkenal di antara kaedah-kaedah atau petua-petua untuk mengurangkan kesakitan. Daun pudina mengandungi menthol, yang merupakan analgesic semula jadi yang amat efektif untuk mengubati rasa mabuk atau mual dan juga untuk meredakan kesakitan di bahagian perut. Selain dari teh daun pudina, anda juga boleh mencari apa sahaja produk atau bahan makanan yang mengandungi daun pudina untuk tujuan yang sama.

4. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Jus Prune

Petua Hilangkan Gastrik gunakan Jus Prune

Mungkin anda tidak tahu tetapi ada kalanya sakit perut atau gastrik berpunca daripada bahagian bawah abdomen badan anda yang mana anda mungkin rasa perut anda seakan-akan meragam atau berbunyi. Ini biasanya berkaitan dengan sembelit yang mana ada tidak dapat membuang air besar dan akibatnya kesakitan tersebut merebak ke atas perut menjadi sakit perut, gastrik, dan pedih ulu hati. Oleh itu, amalkan meminum segelas jus prun yang akan bertindak sebagai laxatif untuk melegakan perut anda.

Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk

5. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Halia
Petua Hilangkan Gastrik gunakan Halia

Peranan halia juga sama seperti teh chamomile di mana ia juga mengandungi agen-agen anti-inflamatori yang juga membantu untuk merehatkan otot-otot di sekitar perut anda dan juga di saluran makanan dalam badan anda. Halia juga boleh mengeluarkan angin di dalam perut dan membantu juga dalam meredakan kesakitan dalam perut akibat gastrik. Halia telah terbukti sebagai satu ramuan atau bahan yang boleh menghilangkan gastrik dengan cepat dan sihat, dan ia juga boleh digunakan untuk mengubati kesakitan yang lain. Anda boleh merebus akar halia untuk membuat teh lalu diminum dan ini juga terbukti untuk mengurangkan sakit dan melegakan perut.

6. Petua Hilangkan Gastrik menggunakan Pek Air Panas (Hot Water Pack)

Petua Hilangkan Gastrik gunakan pek air panas

Menggunakan pek air panas (hot water pack) sebagai tuam untuk diletakkan di atas perut juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan di bahagian perut. Pada masa sekarang memang jarang untuk kita nampak orang menggunakan pek air panas yang diperbuat dari getah yang digunakan sebagai tuam untuk bahagian-bahagian badan yang sakit. Pastikan air yang digunakan tidak terlalu panas kerana kulit mungkin akan merasa sakit. Seeloknya anda boleh menggunakan kain untuk mengalas pek air panas tersebut. Secara optimumnya, baring di tempat yang selesa dan letakkan pek air panas yang dilapik dengan kain di atas perut anda. Cara ini juga dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan akibat gastrik.

7. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk Menggunakan Makanan Tawar
Petua Hilangkan Gastrik gunakan makanan tawar

Walaupun jika anda mengalami penyakit gastrik, ini bukan bermaksud anda tidak boleh makan kerana anda tidak boleh membiarkan perut anda kosong yang mungkin menjadi punca penyakit gastrik tersebut terjadi. Semasa perut merasa sakit akibat gastrik dan apabila perut kosong, makan makanan yang biasa dan tidak pedas serta makanan-makanan yang mudah dicerna seperti pisang, nasi, roti dan sebagainya. Jangan makan makanan yang pedas atau tajam yang dikhuatiri akan menambah kesakitan pada perut anda.

8. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Air Limau Panas

Petua Hilangkan Gastrik gunakan Air Limau Panas

Air limau panas selalu diamalkan oleh kaum perempuan yang sedang mengandung kerana kemungkinan sesetengah kaedah-kaedah atau petua-petua untuk mengurangkan sakit perut. Petua ini boleh diamalkan untuk sakit perut di mana makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas akan menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut dan dapat melancarkan proses penghadaman, sekaligus dapat melegakan perut dari kesakitan.

Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk

Anda juga boleh baca artikel ini :
1. 18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan.
2. Petua Hilangkan Bau Ketiak Yang Dijamin Berkesan.
3. Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan
4. Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat
5. Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu

Sila KLIK gambar di bawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here