Rahsia Kerja Sambilan Sebagai Penulis yang Menguntungkan

2
2175

Adakah anda mencari sebuah kerja yang sambilan yang bebas masa, menguntungkan dan tidak tekanan ? Anda suka menulis dan mempunyai laptop sendiri di rumah ? Disini, panduanterkini.com akan mendedahkan Rahsia Kerja Sambilan sebagai penulis yang Menguntungkan.

Menulis sebenarnya tidak susah. Penulisan yang baik apabila mempunyai info yang disampaikan mempunyai fakta dan hasil penulisannya ditulis dari hati. Apabila pembaca membaca penulisan anda, dia akan mudah memahami dan info yang anda sampaikan akan menjadi tumpuan mereka yang membacanya.

Ada pelbagai jenis penulisan. Antaranya adalah menulis novel, menulis artikel trending, kesihatan atau kecantikan, fesyen, pemakanan, gaya hidup (life style), product review, service review, tempat makan yang sedap dan menarik, percutian atau travel, tips dan petua serta panduan – panduan atau cara terkini.

Isi Kandungan

Siapa yang sesuai untuk kerja sambilan sebagai penulis?

1. Surirumah yang ingin menambahkan pendapatan sampingan.
2. Pekerja yang menganggur.
3. Graduan yang sedang menunggu tawaran kerja atau graduan yang masih mencari pekerjaan tetap.
4. Pelajar yang ingin menambahkan pendapatan.
5. Pekerja yang biasa membuat sales dan marketing.
6. Tenaga pengajar yang ingin menambahkan pendapatan sampingan.

Apakah potensi pendapatan anda sebagai seorang penulis ?

Pada masa kini, pendapatan yang anda boleh perolehi sebagai seorang penulis artikel adalah di dalam lingkungan RM 100 hinggalah ribuan ringgit. Setiap jenis artikel amatlah berbeza pendapatannya.

1. Penulis sambilan untuk laman web yang berunsurkan blog.

Terdapat beberapa laman web yang berunsurkan blog dan salah satunya adalah seperti www.panduanterkini.com . Laman web seperti ini memberikan anda peluang untuk menjana pendapatan dan pendapatan yang anda boleh perolehi daripada satu artikel adalah lingkungan RM100 hingga RM500. Sekiranya anda mampu menghasilkan beberapa artikal sehari, anda mampu mendapatkan ribuan ringgit dalam tempoh seminggu.

Merujuk kepada laman web www.panduanterkini.com , ia menggalakkan penulis menulis artikel seperti ‘trending article’ , ‘product review’, ‘service review’ dan juga ‘company review’. Artikel seperti ini amatlah laris dipasaran kerana ia membantu syarikat tersebut mendapat review di google.

Kebanyakan produk atau syarikat yang bagus, di google akan menunjukkan ia mempunyai beberapa maklumat dan elemen seperti website dia sendiri, page di facebook dan juga artikel dari blog. Panduanterkini.com akan memberikan anda latihan intensif untuk anda mendapatkan sales daripada pelanggan dan cara berurusan dengan pelanggan. Maklumat lanjut sila hubungi [email protected] .

Kenapa perlu artikel dari blog ?

Artikel dari blog sebenarnya mempunyai potensi yang baik untuk dikongsikan di dalam facebook. Kebanyakan pengguna facebook akan ‘share’ maklumat artikel blog sekiranya artikel itu mempunyai manfaat kepada dirinya atau orang di sekelilingnya.

Untuk mendaftar sebagai penulis blog di www.panduanterkini.com, anda boleh menghantarkan email kepada [email protected] .

2. Penulis sambilan untuk majalah

Terdapat pelbagai jenis majalah yang dijual pada masa kini. Kebanyakan majalah yang ada di pasaran masih menggunakan kertas dan dijual di kedai kedai. Pada masa kini, teknologi telah berada dihujung jari. Kebanyakan info atau maklumat mudah dicapai secara online. Ada sesetengah majalah terpaksa berhentikan pengeluarannya kerana jualannya kurang dan menyebabkan syarikat tersebut kerugian.

Namun begitu masih ada majalah yang laris di pasaran. Untuk menjaga reputasi jualan, editor majalah memerlukan artikel yang terkini, unik, berkualiti dan lain dari yang lain pada setiap pengeluarannya. Jika anda berminat untuk menghasilkan artikel untuk majalah, anda boleh menghubungi editor majalah tersebut dengan melayari website syarikat untuk mendapatkan maklumat untuk berkongsikan artikel.

Tidak semua majalah akan menerima artikel dari penulis sambilan. Pihak majalah kebiasannya akan meminta beberapa arikel dari anda untuk di review bersama sedikit biografi tentang diri anda. Jika anda terpilih, anda mungkin akan dibayar sekitar RM100 hinga RM 500 untuk satu artikel dan ia bergantung juga kepada topik yang anda ingin sampaikan.

3. Penulis sambilan untuk laman web anda sendiri

Untuk mempunyai laman web sendiri terdapat beberapa cara.
Antaranya adalah seperti memiliki akaun blogger dan memiliki website yang menggunakan wordpress. Untuk mempromosikan website anda sehingga dikenali ramai perlu menggunakan masa yang panjang dan juga perlu melakukan pelbagai aktiviti seperti :
a. Mengetahui tentang SEO.
b. Mengetahui tentang cara menggunakan keyword.
c. Mengetahui cara untuk membuat backlink.
d. Mengetahui cara mempromosikan website melalui medium media sosial.
e. Mengetahui cara menulis artikel yang mampu menarik ramai pembaca.

Semakin lama usia website anda, semakin bagus ranking anda di dalam google dan pencarian. Untuk mempelajari cara cara membuat website sendiri, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan latihan untuk anda belajar. Panduanterkini.com juga memberikan latihan kepada anda untuk membuat website sendiri. Sila hubungi [email protected] untuk keterangan lanjut atau hubungi Encik Zulkhair di 0173206870.

Semoga anda berjaya menjadi seorang penulis yang professional setelah anda membaca artikal Rahsia Kerja Sambilan sebagai penulis yang menguntungkan ini. Pilihan di tangan anda dan anda yang menentukannya.

2 KOMEN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here