Kewujudan Platform Pemasaran oleh Panduanterkini.com Mendapat Sambutan Usahawan dan Peniaga

0
1765

Adakah anda seorang peniaga online atau usahawan yang mempunyai premis sendiri? Adakah anda tahu bahawa penulisan artikel amatlah membantu anda untuk mendapatkan lebih keuntungan? Adakah anda mencari platform penulisan artikel yang sedia membantu dan bayarannya berbaloi? Disini dikongsikan perkhidmatan penulisan artikel yang ditawarkan oleh Panduanterkini.com yang sememangnya membantu anda.

Untuk makluman anda, Marketing online bukanlah sekadar menggunakan FB Ads, Google Adword atau berkongsikan info produk anda ke laman sosial tetapi ia seharusnya mempunyai sokongan beberapa penulisan artikel yang menyokong perniagaan anda. Di dunia internet pada masa kini, terdapat jutaan jenis blog website yang memaparkan pelbagai jenis artikel sama ada ia berbentuk penulisan isu semasa, petua lama, product review, service review, politik, percutian, makanan dan lain lain.

Pelbagai jenis website yang terlihat di google adalah dimiliki oleh individu dan ada kepunyaan syarikat yang menguruskan pemasaran online. Dihasil pencarian maklumat, kita dapat melihat pelbagai jenis website yang mempunyai pelbagai jenis nama yang tertera dan setiap jenis website tersebut mempunyai fokus yang tersendiri di dalam menghasilkan penulisan artikel.

Isi Kandungan

Adakah anda tahu Panduanterkini.com membantu anda?

Untuk maklumat anda, Panduanterkini.com merupakan satu brand yang diwujudkan khas untuk membantu usahawan usahawan di Malaysia khususnya kepada mereka yang menjual produk ataupun menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat. Ia bukan sahaja menyajikan info dan panduan terkini kepada masyarakat di dalam menjalani kehidupan seharian tetapi ia juga memberikan platform kepada usahawan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

Panduanterkini.com dimiliki oleh PTDOTCOM MEDIA DIGITAL dan mempunyai website sendiri iaitu www.panduanterkini.com. Ia sentiasa bersedia membantu golongan usahawan di dalam menghasilkan penulisan artikel produk (Product Review) dan perkhidmatan (Service Review) untuk dikongsikan kepada masyarakat. Ia berpusat di Shah Alam Selangor dan mempunyai puluhan penulis di seluruh malaysia sama ada penulis profesional ataupun separa profesional.

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Panduanterkini.com ?

1. Menyediakan perkhidmatan penulisan artikel kepada usahawan sebagai “Product Review”, “Service Review” dan “Company Review” dengan harga yang berpatutan.
2. Mempromosikan artikel menggunakan platform media sosial.
3. Membantu usahawan membuat design flyers, banner, bunting dan stiker.
4. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat sebagai penulis bagi pihak panduanterkini.com . Hubungi Panduanterkini.com untuk keterangan lanjut.

Kenapa perlunya artikel kepada produk atau perkhidmatan anda ?

Kebanyakan di antara kita, jika ingin membeli sesuatu produk atau menggunakan sesuatu perkhidmatan, pastinya akan memeriksa latarbelakang mereka dahulu di facebook ataupun di google. Antara yang dicari adalah seperti :

1. Komen orang ramai yang telah menggunakan produk atau servis tersebut.
2. Maklumat yang berkaitan seperti kelebihan, cara menggunakannya dan maklumat untuk dihubungi.

Hal ini amatlah merugikan usahawan tersebut sekiranya maklumat mengenai produk tiada di dalam pencarian sama ada di google ataupun di facebook. Kebarangkalian untuk pelanggan membeli adalah tipis dan menyebabkan perniagaan merosot jatuh.

Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan produk yang dijual bukanlah milik sendiri tetapi secara jelasnya di dalam penulisan artikel, nombor untuk dihubungi adalah nombor individu yang membuat artikel tersebut. Ini bukan sahaja menyebabkan persaingan yang sihat di antara penjual penjual produk tersebut malahan ia memberi impak yang positif dan kepercayaan oleh pelanggan untuk menghubungi penjual produk berkenaan.

Kenapa perlunya penulisan artikel dan kenapa pentingnya artikel ini kepada anda?

“Perniagaan bukanlah hanya berorientasikan keuntungan semata mata tetapi ia adalah kepada menyelesaikan masalah pelanggan”

1. Terdapat maklumat lengkap produk anda yang meyakinkan pelanggan.

Apabila merujuk kepada perniagaan yang anda tawarkan kepada pelanggan, pelanggan mempunyai kuasa untuk membeli produk anda atau menggunakan perkhidmatan anda. Sebelum mereka membuat sesuatu keputusan, mereka pastinya akan melihat latarbelakang produk atau servis anda khususnya di facebook atau di google.

Kekurangan maklumat atau ketiadaan maklumat yang sepatutnya disampaikan kepada pelanggan akan menyebabkan anda kehilangan pelanggan. Oleh yang demikian, wujudnya Panduanterkini.com sebagai satu platform penulisan artikel yang menjelaskan bahawa ia merupakan panduan produk atau perkhidmatan yang terkini kepada masyarakat.

2. Nama website yang mencerminkan ia sebagai panduan yang terkini.

Semua peniaga hanya tertumpu kepada pemasaran sendiri dan menyebabkan sesetengah pelanggan beranggapan bahawa produk atau servis yang anda tawarkan hanyalah semata mata ingin mendapatkan keuntungan semata mata. Kelebihan atau kekuatan produk perlulah mendapatkan sokongan dari pihak ketiga seperti artikel di majalah, di suratkhabar ataupun di blog website yang terpilih.

Ini akan memberikan keyakinan kepada pelanggan untuk membeli atau menggunakan perkhidmatan anda. Tetapi haruslah diingatkan bahawa tidak semua website blog itu memberikan kekuatan dan kepercayaan kepada pelanggan kerana nama website itu sendiri tidak menunjukkan kepentingan artikel tersebut.

3. Mudah untuk kongsikan maklumat menggunakan media sosial.

Penulisan artikel memudahkan anda untuk kongsikan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan khususnya di dalam media sosial ataupun di dalam aplikasi sosial hanya dengan memberikan link artikel tersebut.

Aplikasi whatsapp atau telegram adalah aplikasi yang popular pada masa kini untuk berhubung diantara satu sama lain. Kebanyakan penjual akan menghantar artikel yang panjang dan sejumlah gambar kepada pelanggan. Hal ini sebenarnya menyebabkan anda kehilangan pelanggan kerana menyebabkan pelanggan rasa tidak selesa dan ramai diantara mereka tidak download gambar gambar yang anda hantar. Sekiranya anda hanya menghantar link artikel, ia memberikan impak yang besar kerana di dalam artikel tersebut lengkap maklumat mengenai produk yang anda tawarkan.

Jika link tersebut share di group Facebook atau Messenger, ia memberikan impak yang positif kerana kebanyakan pengguna facebook lebih selesa melihat penulisan blog dan kebarangkalian untuk dikongsikan oleh mereka yang berminat terhadap produk anda adalah amat besar.

4. Layout iklan kemas untuk merangkan produk dan perkhidmatan anda.

Penggunaan penulisan artikel sebagai satu platform pemasaran memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk membaca info dan maklumat produk atau perkhidmatan anda. Sememangnya setiap produk atau perkhidmatan mempunyai pelbagai maklumat yang ingin dikongsikan kepada pelanggan dan penulisan artikel di blog adalah yang strategi yang terbaik. Susun atur penulisan artikel di blog amatlah kemas dan ia juga boleh dimasukkan video, gambar, borang pendaftaran serta link website lain sekiranya diperlukan.

5. Terdapat rekod pencarian di google.

Artikel yang dimasukkan ke dalam website akan kekal selamanya selagi website tersebut masih beroperasi. Hal ini dapat membantu pelanggan di dalam mendapatkan maklumat yang telah bertahun tahun dihasilkan hanya dengan menaip apa yang dicari di google. Penggunaan keyword yang bersesuaian di dalam artikel membolehkan artikel tersebut berada di peringkat pertama di halaman pencarian. Hal ini bukan sahaja dapat mendatangkan pelanggan yang ramai untuk membaca artikel anda namun ia juga memberikan impak yang positif kepada mereka yang ingin mengetahui produk atau perkhidmatan anda secara lengkap.

Oleh yang demikian, semua usahawan perlulah mengambil inisiatif di dalam penulisan artikel produk atau perkhidmatan masing masing. Perbezaan cara pemasaran akan memberikan impak yang positif terhadap perniagaan anda.

Sebarang pertanyaan mengenai Panduanterkini.com, anda boleh hubungi 0173206870 atau emailkan kepada [email protected].

Sila KLIK Gambar dibawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here