Cara Berkesan Melupakan Kekasih

0
2538

Adakah anda baru sahaja putus cinta ? Ditinggalkan kekasih atau anda meninggalkan kekasih ? Mencari cara berkesan melupakan kekasih ? Ketahuilah bahawa kesakitan itu bersifat sementara sahaja. Berikut adalah cara berkesan melupakan kekasih yang patut anda tahu dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu baru berpisah, beberapa hari berpisah dan beberapa bulan berpisah.

Cara Berkesan Melupakan Kekasih
* Sekadar gambar hiasan

Kita mampu mengenali seseorang dalam masa 1 minit, sukakan seseorang dalam 1 jam, sayangkan seseorang dalam 1 hari dan cintakan seseorang dalam 1 bulan. Tetapi kita akan mengambil keseluruhan hidup untuk melupakan dia.

Isi Kandungan

Sekiranya Amat Baru Berpisah

1. Jangan layan perasaan.

Pada ketika itu sememangnya hati terasa amat hancur. Fikiran melayang teringatkan si dia. Memang benar kehidupan dirasakan sunyi sepi dan air mata tak henti mengalir. Jangan biarkan diri semakin tertekan dan anda seharusnya keluar mencari ketenangan. Makin perasaan dilayan, anda akan makin sakit sebenarnya. Cuba renungkan, si dia tengah suka dan gembira tetapi anda menangis sedih. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

2. Mohon kekuatan daripada Allah SWT.

Inilah cara yang sebaik baiknya. Memohon kekuatan serta petunjuk daripadanya. Bangun di tengah malam selama 3 hari berturut turut untuk solat taubat dan solat istikharah. Memohon petunjuk kepada hubungan anda. Insyallah satu persatu petunjuk akan diberikan dan anda boleh membuat keputusan anda nanti.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

3. Ceritakan masalah kepada orang dipercayai.

Sekiranya anda berada pada situasi awal berpisah, elakkan duduk sendirian. Anda perlu mempunyai teman atau pihak keluarga disisi. Anda perlu meluahkan apa yang terpendam kepada seseorang supaya hati anda akan lebih tenang. Selagi anda memendam, anda akan menjadi tak keruan dan gundah gulana. Oleh yang demikian, anda perlu mencari seseorang yang boleh anda percayai untuk anda menceritakan masalah yang anda alami. Orang tersebut perlulah positif dan mempunyai motivasi. Sekiranya insan tersebut bersikap negatif, dia bukan sahaja akan mengganggu emosi anda malahan dia akan memburukkan lagi keadaan anda.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

4. Sibukkan diri.

Anda perlu sibukkan diri anda dengan kerja ataupun dengan sesuatu aktiviti yang dapat melupakan masalah anda buat sementara. Melalui cara ini, anda dapat melupakannya buat sementara. Jangan biarkan diri anda tidak membuat apa apa kerana kesunyian itu akan memberikan keadaan diri anda teringatkan tentang dia.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

5. Banyakkan tidur.

Anda perlulah berehatkan minda anda kerana pada situasi ini anda kerap memikirkan tentangnya. Dengan kerapkan tidur mampu beri anda rehat dan seterusnya dapat menglakkannya dari terus fikir dan teringat. Mimpi adalah mainan tidur. Jika anda inginkan satu petunjuk, anda boleh solat istikharah untuk dapatkan petunjuk.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

6. Menulis di atas kertas.

Ini merupakan cara yang efektif iaitu dengan menulis semua perkara di atas kertas. Apa yang perlu anda tulis adalah mengenai keburukan dia, kebaikan dia, kelemahan anda dan kelebihan anda. Dengan fakta sebegini anda boleh melihat sejauh manakah keadaan yang berlaku. Anda juga boleh membuat satu kronologi mengkaji mengenai masalah yang timbul sehingga menyebabkan anda dan dia berpisah. Anda perlu bertanya soalan dan anda juga perlu menjawabnya sendiri. Tanyalah hati anda dan anda pasti dapat jawapan yang anda cari.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

 

Cara Berkesan Melupakan Kekasih
*Sekadar gambar hiasan

Setelah beberapa hari anda berpisah.

1. Buang segala perkara tentang dia.

Setelah apa yang anda lalui ketika ini, anda seharusnya berfikir. Adakah dia yang terbaik untuk anda ? Adakah dia sesuai dengan anda ? Apakah cara dia melayan anda ? Anda boleh membuat pelbagai soalan tetapi jangan hanya fikir dan sebut. Anda perlulah menulis di atas kertas bersama soalan dan jawapan. Apa yang anda lalui dengannya pada sebelum ini, anda perlulah buang jauh jauh supaya anda tidak memikirkannya lagi. Kebaikannya atau benda kesukaan dia, anda harus buang jauh jauh dari sudut ingatan. Memang hati akan merindu tetapi biarlah anda rindu di dalam doa. Sekurangnya Allah SWT akan gantikan kesakitan yang anda alami dengan ketenangan. Anda juga perlu blok semua perhubungan anda dengan dia seperti whatsapp dan facebook. Makin anda melihatnya online ataupun postkan status, ia akan menyebabkan diri anda tidak keruan. Oleh yang demikian sila elakkan.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

2. Buang segala pemberiannya.

Sepanjang anda berkenalan mungkin terdapat banyak barang atau benda yang telah diberikan kepada anda. Barang barang tersebut perlulah dihapuskan atau diberikan kepada kawan kawan anda sebagai satu hadiah. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan anda dari teringat malah ia dapat memberikan anda hilangkan kesakitan hati bila terkenangkan kenangan anda. Memang sayang setiap pemberiannya itu tetapi anda letakkan dihati bahawa setiap benda yang kita sayang tu jika kita sedekahkan kepada orang lain, ia akan memberikan ganjaran pahala kepada anda.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

3. Fikir positif.

Untuk kuatkan hati, berfikirlah secara positif seperti “mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik perpisahan ini” atau “mungkin aku menjaga jodoh orang sahaja selama ini”. Wujudkan pelbagai ayat ayat positif di dalam diri supaya diri akan lebih kuat tanpa dia. Seandainya anda teringat sahaja, fikirkan secara positif dan biarlah perasaan positif terus menjalar di fikiran dan lama kelamaan hati akan akan tabah dan redha.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

4. Elakkan dengar lagu kenangan.

Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu mendayu yang merupakan lagu lagu perpisahan. Lagu lagu kenangan antara anda dengannya jangan sesekali mendengar. Anda perlu mencari lagu semangat contohnya “Alasanmu – Exist”. Lagu ini menggambarkan bahawa sekiranya hubungan anda diteruskan ia akan mendatangkan kesan buruk kepada anda. Sediakan beberapa lagu yang rancak untuk anda mendengar pada setiap hari. Lebih baik adalah mendengar zikir zikir munajat. Zikir munajat mampu menenangkan hati anda.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

5. Sayangi diri dan tingkatkan kemampuan diri.

Di dalam keadaan ini, anda seharusnya sayangi diri anda dahulu. Anda sendiri tak makan menyebabkan diri anda sakit dan berlapar. Jangan aniaya diri anda sendiri kerana ia bukanlah milik anda tetapi dipinjamkan. Lebih penting lagi ialah tingkatkan potensi diri anda sendiri seperti beraktiviti di gym, bersukan, bersenam, belajar memasak atau sebagainya yang mampu meningkat kemahiran anda. Jadikan kelemahan anda ini adalah satu kekuatan kepada diri anda untuk terus berjaya. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

 

Cara Berkesan Melupakan Kekasih
*Sekadar gambar hiasan

Setelah beberapa bulan anda berpisah.

1. Terima kenyataan.

Anda sememangnya dah boleh melupakan dia secara tidak sedar. Anda dah boleh terima kenyataan bahawa anda tidak memerlukannya lagi di dalam hidup anda. Ia bukan sahaja memberikan anda berasa tenang tetapi ia mengajar anda nilai REDHA. Makin lama anda redha, makin terbuka jalan anda untuk memulakan hidup anda yang baru. Kini anda boleh menggelarkan diri anda insan yang baru. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

2. Cari pengganti baru.

Anda berkawanlah seramai mana yang boleh supaya hati anda terasa ramai yang menyayangi anda. Awas ! berkawan tidak semestinya mainkan perasaan orang lain. Apabila anda telah temui seseorang yang amat ambil berat tentang anda, anda boleh memberikannya peluang untuk mengenali diri anda. Ambil masa sedikit untuk mengenali hati masing masing dan insyaallah sebenar benarnya allah swt telah menggantikan insan yang lebih baik dari sebelumnya. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

3. Cipta kenangan baru.

Mulakan berkawan dan anda pasti beroleh kenangan yang baru. Hidup ini indah jika dinikmati dan anda seharusnya membenarkan diri anda berkawan dan bersosial. Awas ! Bersosial bukanlah merosakkan diri tetapi batas agama juga perlu dipatuhi. Hiduplah dalam keadaan tenang dan bahagia. Insyaallah kenangan baru anda akan tercipta.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

4. Memaafkan.

Dendam yang terindah adalah kemaafan. Selagi hati anda tidak memaafkannya, anda tidak akan dapat ketenangan. Belajarlah memafkannya di atas segala perbuatannya. Sememangnya dia pon manusia yang sering melakukan kesilapan. Tetapi percayalah bahawa dengan memafkannya, hati akan akan lebih tenang dan kehidupan anda akan bertambah lebih baik. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.

Akhir kata, berusahalah kearah yang lebih baik. Kehidupan ini bukanlah kekal tetapi adalah bersifat sementara. Anda muda hanya sekali dan nikmatilah usia muda ini dengan kegembiraan dan ketenangan. Jangan sia siakan usia muda anda kerana kehidupan ini sebenarnya indah jika dinikmati.

Cara Berkesan Melupakan Kekasih & Tips Segera Nak Lupakan Kekasih

Jika anda ingin membaca artikel Tips dan Cara Memikat Lelaki Yang Akan Menyentuh Hatinya , sila KLIK disini.

Jika anda ingin membaca artikel 12 Tips Memikat Hati Wanita Dengan Mudah, Sila KLIK di sini.

Jika anda ingin membaca artikel 9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati dan 5 Cara Mengatasinya, sila KLIK disini.

Jika anda ingin membaca artikel Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta, sila KLIK disini.

KOMEN ANDA DI ALU ALUKAN DIBAWAH :

Sila KLIK gambar dibawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here