9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati dan 5 Cara Mengatasinya

0
4189

Bagi mereka yang bercinta seharusnya tahu tanda tanda apabila pasangan anda telah mula tawar hati. Disini dikongsikan 9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati dan 5 Cara Mengatasinya.

Cinta itu indah dan ia adalah satu anugerah yang diberikan kepada semua insan ketika mereka berpasangan. Namun cinta yang terluka akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan hilang di dalam diri sendiri.
Tapi bila dia dah tawar hati, jangan terkejut jika dia meninggalkan anda secara tiba-tiba.

Isi Kandungan

9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati

1. Pasangan anda sering menggunakan bahasa atau perkataan baru.

Cuba kamu perhatikan gaya dan bahasa yang digunakan oleh pasangan anda. Kadangkala ia jelas dapat dilihat apabila anda berkomunikasi dengan dia.
Mungkin ada bahasa bahasa atau perkataan yang dia jarang sebut tetapi sejak akhir akhir ni dia menyebutnya. Ada kemungkinan dia belajar dari rakan rakannya ataupun dari seseorang yang baru dikenalinya. Mungkin anda tidak sedar perkataan atau bahasa yang digunakan.
Oleh yang demikian, sekiranya ini terjadi, periksalah pasangan anda. Berkemungkinan dia sudah tawar hati dengan anda.

2. Perubahan sikap yang ketara.

Perubahan sikap si dia tidak sama seperti dahulu adalah satu faktor pasangan anda sudah tawar hati dengan anda. Contohnya, apabila aktiviti kebiasaannya yang dia lakukan bersama anda seperti kerap hubungi anda dan mesej anda tetapi keadaan tu semakin kurang atau dulu selalu ingin berjumpa tetapi sejak akhir akhir ni si dia seolah mengelak dari anda. Hal ini pasti akan membuat anda tertanya tanya.
Sesuatu benda yang sebelum ini tidak disukai dan secara tiba tiba menjadi suka juga akan menjadi satu isu yang sememangnya anda patut ragui. Mungkin pada sebelum ni banyak ungkapan cinta, tetapi ungkapan tu dah tak wujud lagi di dalam dirinya.

3. Selalu cari gaduh walaupun perkara kecil dan kerap beremosi.

Dia mula menampakkan sentiasa beremosi dan setiap perkara akan dijadikan sesuatu point untuk dia mewujudkan kontroversi yang mengundang kepada pergaduhan. Ini mungkin perkara biasa yang terjadi apabila dia sudah tawar hati dengan anda. Sememangnya si dia akan memerhatikan gerak geri anda untuk mencari kesalahan dan seandainya anda lambat mengangkat telefon sahaja pon, ia akan jadi isu untuk bergaduh.
Jika keadaan ini berlaku, berhati hatilah kerana berkemungkinan dia sudah tawar hati dengan anda.

4. Mula membuat kenyataan yang mengjengkelkan.

Mungkin si dia menyuruh anda membuat sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya seperti :

“You, cantik la awek tu, u xminat ke macam tu ?” atau “ I akan bangga kalau u ada seorang lagi awek kerana disitu I tahu bahawa u ramai peminat”

Soalan seperti ini sebenarnya menampakkan bahawa dia bukan lagi manganggap anda sebagai kekasihnya tetapi hanya seperti seorang sahabat sahaja. Anda harus berhati hati.

5. Tidak fokus.

Orang yang buat salah ni sememangnya akan sentiasa gelisah atau tidak senang duduk apabila handphonenya tidak berada di tangan. Kadang kadang dia seperti menyorokkan telefonnya dan meletakkan password supaya anda tidak dapat membukanya. Ada juga yang selalu menukar mode silent supaya anda tidak dapat mendengar bunyi panggilan atau mesej. Pada ketika ini, semua perbualan akan menjadi seperti hambar dan dia lebh banyak mendiamkan diri dari berkata kata.

6. Suka memberi alasan.

Sekiranya si dia suka memberikan alasan, anda perlu berhati hati kerana setiap ketika, alasan itu ada yang releven dan ada yang tidak releven. Alasan yang diberikan selalunya mempunyai motif. Anda perlu sesuaikan alasan tersebut dengan situasi yang dilalui kerana anda pasti dapat menangkap maksud yang dia ingin sampaikan.
Berkemungkinan besar hatinya sudah tawar bersama anda.

7. Kurang melafazkan kata cinta.

Kurang melafazkan kata cinta itu adalah normal bagi setiap pasangan yang hubungannya terlalu lama. Jika terlalu kerap pergaduhan, pastinya sedikit sebanyak akan memberikan anda rasa bosan. Ada kemungkinan dengan masalah yang dihadapi oleh pasangan akan memberikannya hidup di dalam tekanan perasaan. Oleh yang demikian, anda perlu bertanya dan selidik masalah tersebut satu persatu.
Tetapi jika si dia kurang melafazkan kata cinta disusuli dengan perubahan tingkah laku dengan sentiasa memberikan pelbagai alasan, anda perlulah berhati hati. Si dia telah tawar hati dengan anda.

8. Suka memadamkan mesej dan berahsia.

Privacy adalah perlu bagi semua pasangan tetapi pasangan yang benar benar serius tidak mementingkan privacy kerana hidup berahsia dengan pasangan akan memburukkan lagi keadaan. Jika sesuatu mesej atau panggilan yang melibatkan pihak ketiga yang mampu menggugat perhubungan, berterus teranglah dengan pasangan supaya si dia tidak tersalah faham. Kujujuran itu amatlah penting untuk membina hubungan yang harmoni.

9. Tidak mesra semasa bertemu.

Pasangan yang bahagia selalunya akan mesra ketika bertemu. Kebanyakannya hanya ketika mula mula perkenalan wujud kemesraan diantara satu sama lain dan bila dah terlalu lama, keadaan menjadi hambar. Pupuklah hubungan supaya sentiasa mesra dan sekiranya dia tidak mesra, bertanyalah masalah yang dihadapinya melainkan dia berubah cara dan tingkah laku.
Anda seharusnya berhati hati dengan pasangan anda.

5 Cara Mengatasinya

1. Bertanya dengan baik dan berhemah.

Sekiranya anda mengetahui bahawa pasangan anda sudah tawar hati, anda perlu mencari jalan untuk memulihkan keadaan supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh lagi. Sememangnya perubahan ini perlulah diperbaiki untuk mengekalkan hubungan yang harmoni di dalam berpasangan. Bercakaplah dengan nada yang lembut dan teratur.

2. Berdiam diri.

Jika keadaan berlarutan, diamkan diri buat sementara untuk memberi ruang kepada masing masing. Masing masing perlu berfikir sejenak untuk mengingat kembali matlamat dan tujuan berpasangan supaya tidak tersasar dari landasan khususnya bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga.

3. Bercakap dengan orang yang dipercayai / pakar.

Jika anda mula mengalami kemurungan dan kehilangan mood atau selera makan, anda perlu merujuk kepada orang yang boleh dipercayai. Cuma pemilihan orang yang dipercayai tu bergantung kepada anda sendiri kerana tidak semua mampu memberikan jalan yang terbaik selain daripada mengkritik dan memberi keadaan lebih buruk.

4. Berikan peluang.

Sekiranya anda inginkan hubungan kembali pulih seperti sediakala, anda seharusnya memberikannya peluang untuk melakukan perubahan. Berkemungkinan dengan peluang yang diberikan itu akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan si dia.

5. Tinggalkan pasangan anda.

Ini merupakan jalan yang terakhir. Sekiranya hubungan anda dengan si dia tidak dapat diselamatkan, anda perlulah gunakan cara terakhir ini untuk kesejahteraan kedua belah pihak.

9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati dan 5 Cara Mengatasinya

Jom baca Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat 

Jika anda usahawan, anda patut Layari Geraklaju.com. Sila KLIK DISINI.

Sila KLIK gambar ini :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here