Hati Hati Naik Uber Di Kuala Lumpur dan Jangan Menepuk Belakang Pemandu.

0
1122

Hati Hati Naik Uber Di Kuala Lumpur dan Jangan Menepuk Belakang Pemandu. Anda biasa menggunakan perkhidmatan uber ? Sini ada kisah untuk dikongsikan bersama.

Kejadian ini terjadi hari Khamis malam Jumaat lalu, demi melindungi mangsa kita sebut saja namanya Lina…

Sebab ada pekerjaan yang harus diselesaikan, malam tu Lina bekerja sampai larut malam di office di depan Masjid India…

Kira-kira jam 11 malam, Lina menggunakan khidmat uber untuk menghantarnya pulang ke rumah sewanya…

Stadium Merdeka ya bang?” ujar Lina

Pemandu uber itu hanya menggangguk dan terus memandu…

Sepanjang perjalanan tidak ada perbualan di antara Lina & pemandu uber tersebut…

Mungkin Lina merasa letih karena bekerja sampai larut mlm…

Pemandu uber juga tidak berniat untuk berkomunikasi dengan lina…

Hampir 10 minit lamanya mendiamkan diri, tiba tiba lina tersentap.. kerisauan melanda apabila duit ditangan tidak cukup untuk membayar tambangnya…

Lina cemas apabila di dalam dompetnya cuma ada sekitar 8 ringgit saja…

Lalu lina menepuk belakang pemandu uber dengan bermaksud menyuruhnya berhenti dahulu di kawasan Lebuh Ampang untuk mengeluarkan duit di ATM…

Tapi apa yang berlaku, setelah belakang pemandu uber tu ditepuk, dia berteriak histeria memandu ke kanan dan ke kiri hingga merempuh pembahagi jalan…

Bernasib baik, Lina & pemandu uber tidak mengalami luka parah…

Pemandu uber itu kemudian menoleh ke belakang dan bercakap dgn Lina…

“Maaf saudari… saudari tak apa-apa kan? Saudari tepuk belakang saya tadi… terkejut saya setengah mati !!”

“Laaa, tepuk belakang bahu pun tak boleh ke ?!” tanya lina kehairanan..

“masalahnya ini hari pertama saya jadi pemandu uber.” balas pemandu uber.

“Sebelum ni encik kerja kat mana ? ” tanya Lina turut terkejut..

“Saya kerja 20 tahun jadi pemandu Van jenazah” Jawabnya…

“Tu la terkejut sangat saya tu…”😁

Hati Hati Naik Uber Di Kuala Lumpur dan Jangan Menepuk Belakang Pemandu.

 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here