“Resepi Rendang Ayam Adalah Satu Kesilapan” – Kritik MasterChef UK

0
1259

SELANGOR : Kulit rendang ayam yang dimakan bersama nasi lemak tidak cukup rangup – komen MasterChef UK. Ia jelas menunjukkan bahawa MasterChef dari UK tidak layak untuk menjadi juri untuk makanan di Malaysia. Kita yakin orang British boleh masak makanan yang sedap tetapi bukanlah nasi lemak bersama rendang ayam.

Puan Zaleha Kadir Olpin, 48 tahun kelahiran Kuantan, menyertai pertandingan MasterChef UK dan menarik perhatian orang ramai apabila masakannya adalah masakan tradisional Malaysia iaitu nasi lemak bersama rendang ayam. Beliau menceritakan bahawa makanan itu adalah makanan kegemarannya sejak zaman kecil lagi.

“Saya selalu menyimpan duit untuk membeli nasi lemak setiap hari jumaat pada zaman persekolahan dulu dan ada sebuah kedai yang menjual nasik lemak yang paling sedap hanya dengan harga 20 sen sahaja”, zaleha memberitahu juri MasterChef UK, John Torode ketika beliau menyediakan hidangan.

Zaleha menghidangkan sepinggan nasi lemak bersama rendang ayam, sambal udang, telur goreng, ikan bilis, kacang dan timun. Setelah itu juri Master Chef UK, John Torode memberi kritikan bahawa nasi lemak tidak sepatutnya dimasukkan banyak santan kelapa, sambal perlulah panas dan ayam tersebut perlulah lembut dan hancur “.

Kemudian, Juri Gregg Wallage pula mengkritik bahawa kulit ayam rendang tidak cukup rangup.
“Saya suka rasa rendang ini dimana ada kemanisan kelapa tetapi kulit ayam tidak rangup dan sos rendang diletakkan di atas kulit. Saya tidak boleh makan.”, Jelas Wallace.

Juri Torode pula menjelaskan bahawa resepi rendang ayam adalah satu kesilapan.

Zaleha kecewa dengan komen yang diberikan dan menyebabkan dia terkeluarkan dari pertandingan tersebut.

Pelbagai kritikan diberikan oleh nitizen dan ada yang menyarankan bahawa Juri masterChef UK perlu belajar mengenai makanan di asia bersama Selebriti masakan Malaysia iaitu Chef Wan @ Datuk Redzuawan Ismail.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here