Penantian 12 Tahun Dato’ Siti & Dato’ K Berakhir Dengan Kelahiran Puteri

0
1364

KUALA LUMPUR, March 19 ― Setelah 12 tahun menanti kelahiran seorang anak, Penyanyi Pop Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Suaminya Dato’ Khalid mendapat seorang anak perempuan pagi ni.
Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti Nurhaliza melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.55 kg pada jam 8.17 pagi ini.

“Siti dan baby Alhamdulillah sihat dan hanya menerima kunjungan dari keluarga terdekat sahaja.”, Jelas Rozi di dalam post Instagram Siti Nurhaliza yang menujukkan gambar pasangan suami isteri itu.

“Suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menzahirkan kesyukuran kerana semuanya selamat. Apa yang penting baginya adalah kelahiran tersebut berjalan lancar disamping ibu dan anak yang sihat.”, Rozi mengulas.

Sumber : The Malay Mail Online

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here