Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta

0
3769

Susah ke nak tahu Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta ? Lelaki ego ni susah nak mengaku kalah je. Tetapi jika anda tahu tanda mereka jatuh cinta, ia akan hilangkan ego lelaki tersebut. Disini dikongsikan Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta.

Lelaki ego ini sebenarnya mudah untuk dikenali. Perwatakan mereka seolah formal dan keras. Ayat yang digunakan pon amat skema dan straight forward. Lelaki sebegini sebenarnya takut untuk memulakan kerana ketakutannya adalah kekecewaan.

Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta
*Gambar sekadar hiasan

Lelaki ini jatuh cinta dalam diam dan membuatkan dirinya meronta ronta untuk melepaskan apa yang terbuku di hati. Dia mula terasa rindu jika tidak dapat melihat kelibat kita walaupun sehari. Seperti kata orang tua dulu dulu, tengok atap rumah pon dah boleh hilangkan perasaan rindu. Perasaan cemburu mula menjalar di hatinya dan ia menyebabkan dirinya untuk membuka langkah langkah mendekati diri anda. Berikut adalah tanda tanda mereka.

Isi Kandungan

Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta

1. Cubaan menegur.

Selama hari ini dia seolah tidak mengendahkan anda. Anda terperasan dia melihat tetapi dia mengalihkan pandangannya segera. Anda akan terkejut apabila di meja kerja anda terdapat sepucuk surat ataupun hadiah tanpa nama dan kadang kadang ditulisnya “Secret Admire”. Hinggalah pada satu ketika, dia mula menegur anda. Ini adalah usahanya untuk mendekati anda walaupun dalam keadaan yang ego.

2. Tiba tiba menghubungi anda.

Kebanyakan lelaki ego tidak mulakan dengan menelefon anda tetapi dia akan mulakan dengan whatsapp atau mesej sahaja. Anda mungkin terkejut apabila nombor yang tidak dikenali mesej atau whatsapp anda. Selalunya mesej itu adalah ayat ayat yang formal. Kemudian akan disusuli gelak ketawa apabila anda mula respon. Itulah sikap lelaki ego yang cuba mengenalkan diri ketika mula mula perkenalan.

Kemudian dia akan menjadi jam loceng untuk anda dengan mengejut anda tidur, peringatkan jangan lupa makan atau solat, beri kata kata semangat dan juga menghantar ayat ayat kelakar. Ketika malam pula, dia akan menghantar mesej mengucapkan selamat malam. Mungkin anda terasa janggal tetapi lama kelamaan anda mungkin akan terbiasa dengan situasi tersebut. Tetapi awas! Mereka ini amat cemburu !

3. Mengajak anda keluar.

Ini adalah langkah seterusnya apabila si dia mula terasa selesa dan hatinya amat terpaut kepada anda. Lelaki ego selalunya akan mengambil satu taktik atau alasan untuk mengajak anda keluar makan seperti ada perkara yang ingin dibincangkan tentang kerja, ada perkara yang dia ingin mintak pandangan atau nasihat dan mintak jadi temannya untuk keluar ke sesuatu tempat yang istimewa. Ini adalah taktik atau strategi lelaki ego sedangkan pada hakikatnya dia nak ajak anda keluar adalah disebabkan rindu. Anda akan dibawa ke satu tempat yang istimewa kerana ia merupakan pertama kali anda keluar bersama. Si dia akan berlagak seolah serius ketika berada disamping anda. Lidahnya kelu seribu bahasa dan dia mencari idea untuk memulakan perbualan.

4. Sentiasa nak dekat dan memperhatikan anda .

Bila hatinya sudah ada rasa sayang, dia akan selalu mendekati anda dan ingin mengekori anda kemana sahaja anda pergi. Jangan anda berasa pelik apabila dia muncul secara tiba tiba apabila anda sedang keluar bersama rakan atau keluarga. Alasannya dia ingin mencari barang ataupun berjumpa rakannya. Dia juga akan follow anda di laman sosial dan akan komen setiap post anda dengan kata kata yang positif dan bermotivasi.

5. Berkongsi Perasaan.

Setelah lama dia mengenali anda, dia mula berkongsikan perasaannya dan menceritakan hal peribadi seperti keluarganya, dirinya, kejayaannya dan matlamatnya. Dia amat mempercayai anda dan ingin anda berada disisinya di dalam kehidupan seharian. Ia bermakna bahawa anda benar benar dihatinya.

Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta
*Gambar sekadar hiasan

6. Panik dan terlalu ambil berat.

Anda boleh melihat si dia akan menjadi seorang yang sangat mengambil berat tentang diri anda. Permasalahan yang anda hadapi, dia akan berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikannya. Dia akan melalukan apa sahaja sehingga anda terkejut dengan tindakan dia.

7. Memahami isi hati anda.

Dia mula mengkaji di dalam diam kegemaran anda dan juga benda benda yang anda tidak suka. Dia cuba membaca fikiran anda tanpa anda sedar. Apabila anda sedih, dia akan berusaha gembirakan anda. Jika anda gembira, dia akan berikan satu hadiah kepada anda untuk menggembirakan anda lagi. Dia cuba menjadi pendengar yang terbaik jika anda ingin meluahkan sesuatu. Erti kata lain, semuanya mengenai anda dia cuba tunaikan walaupun tanpa kemampuan dirinya sendiri.

8. Amat Protective.

Dia akan mula risau dan bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang siapa yang berada di sekililing anda pada ketika itu. Ini merupakan tanda dia mengambil berat mengenai anda dan anda boleh dikatakan di dalam keadaan yang selamat.

9. Cemburu.

Perasaan cemburu itu adalah semulajadi apabila dia jatuh cinta kepada anda. Dia akan menjadi runsing dan susah hati apabila ada lelaki lain yang membantu anda ataupun berurusan dengan anda. Baginya, jika anda inginkan apa apa sahaja, hanya dia sahaja yang dapat memberikan sepenuh hati dan tumpuan kepada anda. Oleh yang demikian, jagalah tingkah laku anda kerana perasaan cemburu orang yang ego ini amat keras sedikit daripada insan biasa.

10. Layanan istimewa.

Jika dia memberikan layanan yang istimewa kepada anda seperti membelikan anda hadiah atau membawa anda ke tempat mahal, ia menunjukkan bahawa dia telah meletakkan anda di dalam hatinya dan di situ kedudukan anda amatlah istimewa buatnya. Ketika itu anda pasti akan rasa anda di layan seperti sorang puteri raja. Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan melihat anda gembira bersama dengannya.

Jika anda ingin membaca artikel Tips dan Cara Memikat Lelaki Yang Akan Menyentuh Hatinya , sila KLIK disini.

Jika anda ingin membaca artikel 12 Tips Memikat Hati Wanita Dengan Mudah, Sila KLIK di sini.

Jika anda ingin membaca artikal 9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati dan 5 Cara Mengatasinya, sila KLIK disini.

Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta

Sila KLIK gambar di bawah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here