Tips Memikat Lelaki Ego dan Kacak Yang Berkesan

0
3460
Tips Memikat Lelaki Ego dan Kacak Yang Berkesan

Adakah anda telah terjumpa calon lelaki impian anda ? Amat kacak dan ego. Anda ingin menarik perhatian dia terhadap anda ? Disini dikongsikan Tips Memikat Lelaki Ego dan kacak yang berkesan untuk anda pelajari.

Tips Memikat Lelaki Ego dan Kacak Yang Berkesan
*Sekadar gambar hiasan.

Isi Kandungan

Tips Memikat Lelaki Ego dan Kacak Yang Berkesan

1. Lelaki suka melihat wanita yang cantik

Fitrah lelaki adalah suka melihat wanita yang cantik dan mereka adalah seorang yang memilih untuk bercinta. Kecantikan wanita berdasarkan 2 perkara iaitu paras rupa dan bentuk badan tetapi jika ada keduanya itulah pakej yang dicari. Jika anda tergolong di dalam kategori tersebut, anda sebenarnya mudah untuk mendekatinya. Ini adalah tips memikat lelaki yang paling mudah. So pasang badan anda.

Lelaki ego dan kacak ni memang jual mahal. Jika anda ada pakej, jual mahal sedikit supaya dia dapat melihat anda dan mendekati anda. Awas ! Anda jangan terlalu ego kerana ia menyebabkan lelaki tu mencari wanita lain.

2. Lelaki tidak suka wanita yang serius

Kesibukan di tempat kerja membuatkan lelaki mencari sesuatu untuk menghiburkan hatinya. Jika anda seorang yang periang, mudah ketawa, pandai bergurau senda dan tidak terlalu serius adalah kategori yang dicari. Tingkah laku anda akan membuatkan dia rasa selesa dan bermula dari situ hubungan anda akan lebih rapat. Kelebihan lain yang anda patut ada adalah rendah diri, sporting dan slumber. Jika anda menyambut panggilan telefon dengan suara yang ceria dan riang, ia akan memberikan semangat kepada lelaki untuk terus menghubungi anda.

Lelaki ego dan kacak ni sebenarnya hati dia mudah dilentur. Anda kena berlawanan dengan sikap dia. Sentuh hati dia dengan gelak ketawa dan jenaka. Ada sesetengah lelaki akan serius pada mulanya tetapi percayalah bahawa dia akan mula jatuh hati dengan apa yang anda lakukan.

3. Lelaki suka wanita yang berterus terang

Dinasihatkan supaya bercakap benar dan jangan sesekali menipu. Penipuan anda akan menyebabkan anda terperangkap dengan situasi di masa hadapan. Berterus terang lebih baik supaya keadaan menjadi neutral dan hati anda juga lapang. Berterus terang pon kena berpada pada supaya ia tidak terlalu mendedahkan kelemahan anda.

Lelaki yang ego dan kacak ini tidak suka dirinya ditipu. Biarlah permulaan perkenalan anda dengan dia diceritakan perkara yang sebenar. Setiap penceritaan akan mendorong hubungan tersebut untuk ke arah situasi yang dialami.

4. Lelaki suka wanita yang sentiasa di sisi.

Banyak benda perlu difikirkan oleh lelaki dan kebanyakan adalah masalah serta membuat keputusan. Kehadiran anda sebagai penasihat akan membuatkan dia lebih rapat dengan anda. Selami hatinya dan anda berpeluang untuk menjadi miliknya nanti. Berikan sokongan moral dan semangat kepada benda benda kesukaannya.

Lelaki yang ego dan kacak ini memang jual mahal. Dikatanya dia akan ok jika anda tiada tetapi bila anda tengok balik, dia akan mula menaip mesej atau menghubungi anda bertanyakan banyak perkara. Egonya telah tumpas dengan cara anda.

5. Lelaki suka melihat pemakaian wanita.

Trend pakaian masa sekarang memang diambil kira oleh lelaki. Jangan terlalu over mendedakan tubuh badan kerana bagi lelaki yang normal, dia lebih selesa keluar dengan wanita yang bersifat sederhana. Mungkin di hadapan anda dia bersikap biasa tetapi anda akan dapat jawapan anda apabila anda pulang nanti atau sebelum pertemuan yang seterusnya dia akan menegur.

Lelaki ego dan kacak ini selalunya lebih bersikap berterus terang. Dihadapan mereka terdapat banyak pilihan dan anda jangan berkecil hati jika dia membuat perbezaan antara anda dengan wanita yang lain. Ini adalah kerana dia ingin melindungi anda daripada anda dipandang serong oleh mereka yang melihat anda ketika anda date. Oleh yang demikian, sebelum anda keluar, dapatkan maklumat awal daripada dia.

Tips Memikat Lelaki Ego dan Kacak Yang Berkesan
*Sekadar gambar hiasan.

6. Lelaki akan melihat pertuturan dan penulisan wanita.

Pertuturan anda ketika dihubungi dan penulisan anda ketika mesej perlulah jelas dan terang. Janganlah bermadah sangat hingga sukar untuk difahami. Tidak semua lelaki boleh membaca fikiran anda dan benda yang anda ingin sampaikan.

Lelaki ego dan kacak ini tidak suka wanita yang tidak sopan, kurang ajar, biadap dan suka menghina orang lain. Jagalah pertuturan mahupun penulisan anda kerana di awal permulaan, mereka akan melihat anda secara keseluruhan. Yang paling penting jangan bercakap hal yang tidak berfaedah.

7. Lelaki lebih suka wanita yang bijak.

Wanita yang bijak adalah kegilaan ramai lelaki kerana mereka bersifat berdikari. Kebanyakan pada masa kini terdapat ramai wanita yang tidak pandai berdikari dan membuat keputusan. Oleh yang demikian, jarang lelaki ingin mendampinginya.

Lelaki ego dan kacak sememangnya sukakan wanita jenis ini.

8. Lelaki sukakan wanita yang pandai menyesuaikan diri.

Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan membuatkan lelaki tersebut selesa mendampinginya. Kemana sahaja lelaki pergi, pasti anda akan dibawa menemaninya. Anda seharusnya belajar untuk berkomunikasi, mendengar pendapat orang lain dan juga memberikan pandangan yang positif sekiranya diperlukan.

Lelaki ego dan kacak amat bangga sekiranya anda yang memiliki sifat tersebut. Perhatian lebih akan diberikan kepada anda dan anda dapat menawan hati lelaki tersebut secara keseluruhan.

9. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak.

Hal ini adalah yang paling penting kerana anda akan diperkenalkan kepada pihak keluarga. Awas ! Berkemungkinan anda bermalam di rumah keluarganya. Sekiranya ini terjadi, bakal ibu mertua pasti akan melihat anda memasak.

Lelaki ego dan kacak akan menguji anda dengan masakan. Dikatanya masakan anda tidak sedap tetapi habis juga dimakan. Dia akan membandingkan masakan anda dengan ibunya. Oleh yang demikian, anda haruslah sabar dan ketepikan kritikan tersebut.

10. Lelaki sukakan wanita yang penyayang.

Ini adalah ciri ciri idaman semua golongan lelaki. Sifat penyayang kepada bayi, kanak kanak, orang tua dan golongan OKU adalah satu bonus bagi anda. Lelaki akan merasakan anda adalah yang terbaik untuknya dan dapat mewujudkan satu keluarga yang bahagia.

Lelaki ego dan kacak tidak terkecuali untuk mendapatkan sifat sebegini dari seorang wanita. Awas ! Sifat ini seharusnya bermula dari dalam hati dan bukanlah lakonan semata mata. Andainya lelaki terperasan bahawa anda tidak ikhlas, dia pasti akan bersangka buruk kepada anda.

11. Lelaki tidak sukakan wanita yang mengongkong.

Bagi lelaki, wanita yang mengongkong ini merimaskan. Seolah kebebasannya tersekat. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan hubungan anda dengan si dia akan jadi hambar dan kurang tumpuan.

Lelaki ego dan kacak pula melihat keadaan ini sebagai satu ancaman kepada dirinya. Kebebasannya tersekat dan dia tidak boleh berkawan dengan sesiapa.

12. Lelaki suka wanita yang prihatin.

Keprihatinan yang diharapkan oleh lelaki adalah seperti menjadi pendengar yang setia, berkongsi masalah, sentiasa ingat tarikh tarikh penting, sentiasa dapat perhatian dan dapat kata kata semangat. Anda perlulah menyelami hati lelaki tersebut jika anda sukakannya.

Lelaki ego dan kacak tidak terkecuali untuk mendapatkan wanita sebegini dan mereka amat mengharapkannya walaupun pada zahirnya bersikap ego seolah tidak kisah. Tips Memikat Lelaki Ego dan kacak yang berkesan.

Jika anda ingin membaca artikel Tips dan Cara Memikat Lelaki Yang Akan Menyentuh Hatinya , sila KLIK disini.

Jika anda ingin membaca artikel 12 Tips Memikat Hati Wanita Dengan Mudah, Sila KLIK di sini.

Jika anda ingin membaca artikal 9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati dan 5 Cara Mengatasinya, sila KLIK disini.

Sila KLIK gambar di bawah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here