Tips dan Cara Memikat Lelaki Yang Akan Menyentuh Hatinya

0
6297

Adakah anda mempunyai seseorang lelaki idaman ? Adakah anda ingin meluahkan tetapi anda malu ? Adakah anda ingin membuatkan lelaki yang anda cintai menerima anda seikhlas hati ? Adakah anda ingin lelaki tersebut mengahwini anda ? Disini dikongsikan tips memikat lelaki yang akan menyentuh hatinya.


Gambar Sekadar Hiasan

Isi Kandungan

TIPS Sebelum Perkenalan

1. Jika anda mempunyai nombor telefon lelaki tersebut sama ada diberi oleh rakan, keluarga atau terjumpa secara tidak sengaja, sila ikut langkah ini :
a. Memberi salam
b. Memberitahu dia cerita sebenar anda boleh ada nombor telefonnya.
c. Bertanyakan khabar
d. Bercerita mengenai kerja
e. Memberi kata kata semangat

Setelah itu, tamatkanlah perbualan / whatsapp anda. Anda boleh text balik ketika waktu makan dan solat. Selitkan gurauan didalam berbicara. Lakukan beberapa hari sehingga dia merasa selesa dengan anda. Jika sampai satu waktu, anda perlu senyapkan diri dan kemudian dia sendiri yang akan menghubungi anda. Ketika itu, hati si dia telah rasa kehilangan.

2. Jika anda terjumpa secara tidak sengaja atau kebetulan.
a. Ukirkan senyuman dan memberi salam.
b. Memberi soalan pertanyaan seolah olah anda tersesat jalan.
c. Jika anda mempunyai bisnes kad, anda boleh terus memberi kepadanya.

PERHATIAN :
Jangan sesekali minta bisnes kad dia melainkan dia memberi tetapi bergantung juga kepada perbualan anda dan si dia. Jika perbualan anda pada ketika itu membolehkan anda meminta bisnes kad dia, ini adalah peluang yang terbaik.


Sumber : Panduanterkini.com

CARA MENARIK PERHATIAN LELAKI

Sekiranya perkenalan itu adalah pada waktu pagi contohnya, berikut adalah cara cara yang anda boleh cuba :

Setelah anda dapat bisnes kad si dia, anda biarkan masa berlalu hingga ke lewat petang atau malam. Biarkan jarak masa sedikit dan barulah anda menghubungi si dia.

Mulakan bualan anda atau whatsapp anda dengan :
1. Memperkenalkan diri anda.

2. Bertanyakan soalan seperti :
a. mengganggu ke ?
b. dah balik kerja ke ?
c. macam mana kerja harini ?

3. Jika perbualan atau whatsapp anda dan si dia seolah kaku, anda selitkan dengan gurauan senda. Jika anda berpeluang untuk berbual atau whatsapp dia dengan lebih panjang, anda boleh mengambil peluang untuk mengenali tentang dirinya dahulu.
a. Latarbelakang kerja.
b. Mengenai hobi dan minat dia.
c. Mengenai kampung halaman.
d. Anda juga boleh berbual isu semasa dan hal persediaan perayaan (sekiranya hari raya makin hampir).

PERHATIAN
Anda haruslah ingat bahawa jangan bertanya banyak pada satu hari. Ia akan menyebabkan si dia merasa tidak selesa dan perbualan pasti akan terhenti disitu. Elakkan juga untuk berbincang mengenai kisah silam kerana ia adalah isu yang sensitif bagi kebanyakan lelaki.


Gambar Sekadar Hiasan

CARA MEMIKAT LELAKI EGO

1. Sila jaga penampilan anda sekiranya berjumpa atau berkongsi gambar.
2. Jaga pertuturan kata kata anda ataupun penulisan anda.
3. Tunjukkan kebijaksanaan anda dan kelebihan anda.
4. Pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan sekeliling.
5. Jangan terlalu sombong dan ego.
6. Tunjukkan sikap rendah diri, sporting, slumber dan jujur.
7. Berikan sokongan terhadap hobi atau minat lelaki itu.
8. Tidak berputus asa dan berdikari.
9. Jangan bercakap hal yang tak berfaedah.
10. Sekiranya anda masak, pastikan dia rasa masakan anda.
11. Tunjuk sifat penyayang anda dihadapannya atau di dalam perbualan.
12. Boleh berkelakuan manja tetapi bukanlah gedik.
13. Ajak dia melalukan aktiviti luaran bersama seperti menonton wayang, jogging atau berkelah.
14. Jangan tunjuk cara anda terdesak untuk mendapatkan si dia.
15. Ukirkan senyuman yang menawan ketika berjumpa.
16. Pastikan anda sambut panggilan telefon dengan suara yang riang dan semangat.
17. Sembunyikan perasaan sedih anda ketika permulaan kerana apabila dia teah mendekati diri anda, dia pasti akan menjadi seorang yang memahami dan mengemabil berat mengenai anda.
18. Bersifat lemah lembut dan keperempuanan.
19. Jadilah seseorang yang boleh dipercayai didalam menyimpan rahsia.
20. Jangan terlalu mengongkong si dia.
21. Sentiasa bergurau senda.
22. Menjadi pendengar yang setia.
23. Sentiasa beri kata kata semangat dan romantik.
24. Mengambil berat kepada tarikh tarikh penting di dalam hidupnya.
25. Sentiasa membuat kejutan yang mengembirakan si dia.
26. Pandai menghormati keluarganya, rakan rakannya serta masyarakat sekeliling.

Lelaki amat suka kepada wanita yang matang dan sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya.
Sememangnya amat sukar untuk kita melembutkan hati seorang lelaki yang tidak sukakan kita tetapi jika anda berusaha sedaya upaya, anda pasti beroleh kejayaan. Percayalah kepada jodoh dimana kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan.

Tips dan Cara Memikat Lelaki Yang Akan Menyentuh Hatinya

KLIK di sini jika ingin membaca artikal Maksud Tersirat Disebalik Warna Bunga Ros

KLIK di sini jika ingin membaca artikal 12 Tips Memikat Hati Wanita Dengan Mudah

KLIK di sini jika ingin membaca artikal 10 Portal Mencari Jodoh

KLIK di sini jika ingin membaca artikal 3 Jenis Jodoh Dalam Kehidupan

Klik Gerak Laju disini

Sila KLIK gambar dibawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here