Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu

0
88

Adakah anak anda sudah mula memilih makanan? Pasti ramai ibu ayah yang menghadapi masalah dengan selera makan anak yang tak nak atau sangat susah makan. Kalau bayi tak lalu makan pasti masalah ini akan jadi lebih teruk dan memudaratkan kanak-kanak itu sendiri. Sebagai ibu, kita harus membuat sesuatu iaitu mencari cara atau petua untuk pastikan anak selera makan.

Kadang kadang anak berasa bosan selalu menghadap makanan yang sama. Apalah salahnya sebagai ibu kita kreatifkan diri. Mulai sekarang semua ibu tidak perlu lagi bimbang jika selera makan anak anda hilang kerana tips dan petua yang dikongsikan oleh Puan Aina ini sangat membantu. Ibu ini sangat kreatif mereka cekodok dari labu kuning sehingga anaknya berselera untuk makan.

Mengapa perlu berhabis duit ringgit untuk membeli supplement atau vitamin untuk tambah selera makan sedangkan anda boleh buat sendiri di rumah? Selain menjimatkan kos serta kebersihan makanan juga terjamin 100% dan juga bebas dari segala bahan yang tidak baik untuk anak dapat dielakkan. Ikuti perkongsian Puan Aina tentang resepi penambah selera makan untuk anak anda yang amat mudah dan cepat ini.

Bahan-Bahan:

  • Labu kuning
  • Air suam
  • Tepung atta
  • Telur (optional)
  • Sedikit soda bicarbonat (kalau untuk anak kecil lagi tidak perlu letak)
  • Sedikit gula

Cara-cara:

1. Kukus/rebus labu kemudian lenyek dengan garpu sampai hancur
2. Masukkan tepung dan gaul sebati, bulatkan kecil kecil dan goreng macam biasa.

Jika anak masih kecil kandungan gula atau garam hendaklah dikurangkan untuk mengelakkan penyakit diabetis dan juga kerosakan gigi.

BERIKUT BEBERAPA KHASIAT LABU KUNING YANG PATUT DIKETAHUI:

1. Beta karotene
Kandungan beta karoten yang banyak sangat bagus untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit hati. Di samping itu, warna kuning merupakan ciri khas yang menandakan labu ini mengandungi zat karotenoid yang cukup tinggi dengan beta karoten di dalamnya.

2. Serat
Khasiat labu kuning juga tidak terkecuali untuk menjaga kestabilan sistem penghadaman, sehingga bayi ataupun kanak-kanak akan berasa kenyang dengan lebih lama.

3. Magnesium
Magnesium sangat diperlukan oleh bayi dan juga kanak-kanak. Ini adalah kerana magnesium mampu membantu penyerapan kalsium oleh tulang sehingga membuatkan tulang dapat tumbuh dan membesar dengan lebih cepat.

4. Sumber Antioksidan
Selain mengandungi kandungan mineral dan beberapa vitamin penting, labu kuning juga merupakan sumber antioksian. Ianya bukan sahaja sangat diperlukan oleh tubuh bagi orang dewasa. Bahkan antioksidan biokimia yang berfungsi untuk melindungi serta mengurangkan efek oksidatif terhadap organ-organ tubuh yang sangat diperlukan oleh bayi dan juga kanak-kanak.

5. Vitamin A
Labu kuning juga kaya dengan vitamin A. Vitamin ini dapat membantu mempertahankan kesihatan mata bayi secara optimum. Pengambilan labu kuning juga dapat membantu peningkatkan penglihatan anak pada malam hari.

Semoga bermanfaat kepada para ibu di luar sana.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.