Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan

0
1589
Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan

Adakah anda batuk hingga menyebabkan dada dan tekak sakit? Telah cuba ubat klinik tetapi tidak sembuh ? Telah mencuba pelbagai petua tetapi masih tidak pulih ? Disini saya kongsikan Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan.

Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan

Keadaan cuaca yang tidak menentu dan kering berpanjangan menyebabkan ramai yang dijangkiti virus ini. Kurangnya minum air yang telah dimasak amat mudah dijangkiti khususnya kepada kanak kanak dan juga dewasa. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan bukan sahaja akan memberi tekanan kepada dada malahan tidak boleh tidur malam.

Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan

Jika batuk anda berlarutan dan ubat ubatan di klinik atau farmasi tidak dapat menyembuhkan batuk anda, ini ada cara yang sesuai untuk anda cuba. Modal untuk membuat ubat ini hanyalah lingkungan RM10 sahaja dan ternyata berkesan.

Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan

Petua Hilangkan batuk yang berkesan dan menjimatkan.

Bahan bahan yang digunakan adalah seperti berikut :
1. Madu – 1 botol
2. Lemon – 2 biji hingga 3 biji
3. Bunga Cengkih – minima 9 butir atau dalam bilangan ganjil
4. Botol

Cara – caranya adalah seperti berikut :
1. Sediakan bekas bancuhan (botol)
2. Potong lemon nipis nipis (saiz nipis tu ikut suka)
3. Tuang madu di dalam botol berselang seli dengan potongan lemon dan bunga cengkih sehingga penuh.
4. Perapkan campuran madu tersebut semalaman di dalam peti ais.
5. Setelah semalaman, madu tersebut boleh dimakan.

Petua Hilangkan Batuk Yang Berkesan dan Menjimatkan

Cara makan :
Bagi yang beragama islam, selawat 3x sebelum makan dan niat utk sembuh di dalam hati. Tidak perlu minum air selepas makan. Biarkan madu tersebut meresap dan mengalir ke kerongkong anda.
Untuk dewasa : 2 sudu besar – 3 hingga 4 kali sehari
Untuk kanak – kanak : 2 sudu kecil – 3 kali sehari atau ikut keperluan.

Khasiat lain yang anda dapat setelah makan madu campuran ini adalah :
1. Mencernakan perut anda
2. Awet muda
3. Membakar lemak
4. Mencegah kolestrol

Semoga bermanfaat kepada anda.

Anda juga boleh baca artikel ini :
1. 18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan.
2. Petua Hilangkan Bau Ketiak Yang Dijamin Berkesan.
3. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk
4. Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat
5. Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu

Sila klik gambar ini :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here