Petua Hilangkan Bau Ketiak Yang Dijamin Berkesan

3
977

Penggunaan deodorant adalah langkah yang mudah untuk mengatasi bau badan tetapi cara tradisional semulajadi adalah lebih murah dan lebih berkesan untuk digunakan. Mungkin anda malu apabila orang disekeliling anda mengegur bau badan anda.

Muka Cantik tapi badan berbau atau muka je hensem tapi bau ketiak tengit

Sumber : youtube

Pelbagai sindiran yang anda akan dapat jika situasi ini berlaku kepada anda. Jangan risau kerana disini akan menceritakan tips dan petua hilangkan bau ketiak yang anda boleh gunakan untuk menghilangkan bau badan dan bau ketiak dengan cepat.

Sumber :  Google

  1. Petua Hilangkan Bau Ketiak Menggunakan Tawas

Tawas mempunyai sifat anti-bakteri dan berkemampuan menghilangkan pelbagai kekotoran di ketiak anda. Selain itu, tawas juga boleh mencerahkan kulit ketiak yang gelap. Penggunaan deodorant dengan kandungan bahan kimia yang banyak boleh menimbulkan kesan kepada kulit sehingga dapat membuatkan kulit ketiak menjadi gelap. Penggunaan tawas adalah natural dan tidak menimbulkan kesan kepada ketiak anda.

Cara Hilangkan Bau Ketiak Menggunakan Tawas

  • Tawas perlu ditumbuk sehingga hancur.
  • Masukkan tawas bersama air yang secukupnya di dalam botol penyembur. (boleh didapati di kedai DIY)
  • Tawas boleh digunakan menggantikan deodorant

Sumber : Google

    2. Petua Hilangkan Bau Ketiak Menggunakan Daun Sireh

Daun sireh mempunyai banyak khasiatnya. Pada artikel sebelum ini, daun sireh boleh menghilangkan jerawat dan kini dihuraikan kelebihan daun sireh yang boleh digunakan juga untuk menghilangkan bau ketiak. Sebenarnya daun sireh mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan adalah penghambat kuman dan bakteria untuk badan. Daun sirih dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit.

Cara Hilangkan Bau Ketiak Menggunakan Daun Sireh

  1. Anda lakukan adalah mandi dengan menggunakan air rebusannya.
  2. Ambil beberapa helai daun sirih lalu direbus dengan 2 gelas air
  3. Air rebusan tersebut dicampurkan pada air mandian anda.
  4. Lakukannya berulang kali dan anda boleh lihat hasilnya


Sumber : Google

    3. Petua Hilangkan Bau Ketiak Menggunakan Sengkuang

Sengkuang memiliki nama ilmiah Pachyrhizus Erosus ini memang enak dimakan kerana memiliki rasa yang manis dan segar. Disamping itu ia juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri khususnya kecantikan kerana ia mengandungi bahan bahan penting seperti pachyrhizon, rotenon, vitamin B1 dan vitamin C.

Cara Hilangkan Bau Ketiak Menggunakan Sengkuang

  1. Cari sebiji sengkuang yang masak elok.
  2. Kisarkan sengkuang tersebut halus halus.
  3. Sapukan pada ketiak anda.
  4. Lakukan berulang kali dan anda boleh lihat hasilnya.

Semoga anda mendapat manfaat..

Jika ingin membaca 18 Cara Tradisional Hilangkan Jerawat Dengan Berkesan sila klik disini.

Petua Hilangkan Bau Ketiak Yang Dijamin Berkesan

Sila KLIK gambar ini :

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.