Perbezaan HTTP dan HTTPS Untuk Keselamatan Anda

0
2384

Anda suka shopping online ? Anda suka buat transaksi online ? Mungkin anda tak perasan laman website tu HTTP atau HTTPS. Berhati – hatilah kerana anda mungkin diperhatikan.

Apakah yang dimaksudkan http dan https ? Apakah kelebihan ia kepada anda ? Apakah Perbezaan HTTP dan HTTPS ?

Apakah risiko dia kepada anda ? Anda sebagai seorang pengguna internet seharusnya perlu mengambil tahu mengenai hal ini.

Perbezaan HTTP dan HTTPS Untuk Keselamatan Anda

Apakah itu HTTP ??

HTTP adalah singkatan dari HyperText Transfer Protocol iaitu satu protocol yang mengandungi bahasa yang difahami antara webserver dan klien contohnya http://www .

Apakah itu HTTPS?

HTTPS adalah Hyper Text Transfer Protocol Secure dimana ia merupakan satu protokol pelayar web yang membenarkan penghantaran dan penerimaan maklumat dan data internet secara selamat. Perbezaan https dan http adalah huruf S dimana ia membawa maksud Secure. Contohnya kepada website ini https://www.panduanterkini.com memberikan keselamatan kepada anda untuk melayari dan berkongsikan semua post yang ada kepada media sosial yang lain. Ia bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pembaca malahan ia memastikan pembaca selamat melayari website.

HTTPS yang menggunakan Secure Socket Layer (SSL) atau Transport Layer Security (TLS) menyebabkan semua komunikasi di antara browser Chrome, Firefox dan sebagainya dengan website disulitkan atau encrypted untuk keselamatan pengguna.

Apakah itu TLS ?

TLS atau Transport Layer Security adalah peraturan atau protokol yang menjaga kerahsiaan data anda ke server supaya pihak ketiga tidak dapat mencuri data yang dikirim ke server atau ke klien.

Apakah itu SSL ?

SSL atau Secure Socket Layer merupakan lapisan keselamatan untuk melindungi transaksi di website dengan menggunakan teknologi enkripsi yang canggih. Penggunaan SSL biasanya dapat dilihat pada address bar browser yang digunakan contohnya seperti https://www.panduanterkini.com. Protokol SSL biasanya digunakan oleh web yang melakukan urusniaga kewangan seperti perbankan internet, paypal dan sebagainya. Ia akan muncul tanda padlock di address bar browser.

Kebanyakan institusi kewangan seperti bank yang menggunakan pembayaran online atau perbankan online menggunakan https dan kini penggunaan https telah digunakan secara meluas.

Anda sebagai pengguna seharusnya berhati hati ketika membuat pembayaran online kerana semua maklumat anda seperti nombor akaun bank, nombor telefon, nombor kad kredit, alamat rumah serta terdedah kepada pihak ketiga.

Semoga artikal ini bermanfaat kepada anda di dalam membuat transaksi online. Jadi sekiranya mahu melakukan urusniaga online atau mendaftar dalam mana-mana laman web, adalah lebih baik memilih laman web yang menggunakan HTTPS ini berbanding dengan hanya HTTP. Layari https://www.panduanterkini.com untuk mendapatkan info dan malumat terkini untuk anda menjalani kehidupan seharian.

Sila KLIK gambar ini :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here