Pelajar Sekolah SMARTSchool Medan Indonesia Mahir 3D Animasi Diakui Industri 3D Antarabangsa

0
313

Kemahiran Animasi 3D kini diminati ramai oleh pelbagai peringkat umur. Peluang pekerjaan yang banyak di dalam industri animasi 3d menyebabkan pelbagai institusi pendidikan mula mengeluarkan modul pembelajaran dan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Di Indonesia, pembelajaran animasi 3D telah diajar di peringkat sekolah oleh SMARTSchool Medan dan ia terbukti apabila banyaknya industri Animasi 3D di asia tenggara mengambil pelajar sekolah berkenaan sebagai perantis.

Latarbelakang SMARTSchool Medan Indonesia.

SMARTSchool Medan telah diasaskan oleh Yayasan Pendidikan Berkarakter Cerdas Indonesia Cemerlang yang diketuai oleh Encik Surianto dan dibantu oleh Encik Susanto. Ia telah dibuka pada tahun 2011 yang mula beroperasi di Deli Serdang, Sumatera Utara. Pada masa kini, SMARTSchool Medan mempunyai 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Pertama (di Malaysia adalah Sekolah Menengah Kebangsaan) dan Sekolah Menengah Kejuruan (di Malaysia adalah Sekolah Menengah Vokasional).

Sekolah ini mempunyai lebih dari 50 orang pelajar yang telah tamat belajar dan masih ada 25 orang pelajar yang masih menjalani pelajaran. Hampir majoriti pelajar lepasan sekolah ini telah mendapat peluang pekerjaan di industri kreatif termasuk industri animasi 3D.

Fokus SMARTSchool Medan ini adalah melahirkan profesional yang berkualiti bermula dari peringkat sekolah untuk mengisi keperluan tenaga kerja di industri. SMARTSchool Medan ini menggunakan motto

“Character First, Skill and knowledge follow”

Pada tahun 2019 ini, SMARTSchool Medan akan membuka cawangannya di Jakarta dan akan memberi nama baru iaitu SMARTSchool Jakarta.

PROGRAM ANIMASI 3D

Pihak SMARTSchool Medan telah mendapat banyak permintaan daripada Industri untuk membuat video animasi 3D produk dan ternyata hasil karya pelajar sekolah ini amat berkualiti. Berikut adalah beberapa video animasi 3D produk yang dihasilkan oleh pelajar yang berumur 13 tahun hingga 18 tahun dan ia mengambil masa seminggu sahaja untuk disiapkan.

KELEBIHAN SMARTSCHOOL MEDAN

Kelebihan SMARTSchool Medan yang anda patut tahu :

  • Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran.
  • Perisian yang digunakan Autodesk Maya dan Autodesk 3D Max.
  • Bekerjasama dengan industri kreatif di Asia.
  • Hasil kerja pelajar dapat diakui industri.
  • Pelajar diajar sehingga mahir dan berpengalaman.
  • Yuran pengajian mampu milik.
  • Pelajar diberikan peluang praktikal di industri untuk tempoh setahun.
  • Pelajar lepasan sekolah menjadi rebutan industri.
  • Kurikulum yang dibangunkan fokus kepada pembangunan karakter dan industri.
  • Mudah menyambung pelajaran ke Universiti.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

SMARTSchool Medan menawarkan beberapa program untuk pelajar sekolah.
Program yang dimaksudkan adalah seperti berikut :

  1. Digital Animation
  2. Game and mobile application

DIGITAL ANIMATION

Pelajar akan mempelajari Digital Animation bermula umur 12 tahun hingga 18 tahun. Sepanjang sesi pembelajaran ini, pelajar akan didedahkan dengan teori dan kemahiran animasi 3d, pengalaman di industri untuk tempoh setahun di Indonesia dan negara yang lain di asia serta pengalaman membuat projek animasi 3d untuk industri.

Subjek Digital Animation

  1. Hand drawing skill / Sketching Skill
  2. Digital Painting Skill
  3. Image manipulation skill
  4. 2D Drawing Skill
  5. 3D Modeling Skill
  6. Design Skill
  7. Character Design
  8. Animation Skill
  9. Special Effect Skill

GAME AND MOBILE APPLICATION

Pelajar akan mempelajari Game and Mobile Application bermula umur 12 tahun hingga 18 tahun. Sepanjang sesi pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan teori dan kemahiran untuk membuat Game and Mobile Application dan diberikan peluang mencari pengalaman di industri di dalam tempoh 1 tahun.

Subjek Game and Mobile Application

  1. Digital Arts Skill
  2. Multimedia Industry
  3. Broadcasting Technology
  4. Storyboard Skill
  5. Screenplay Writing Skill
  6. Basic Camera Handling Skill
  7. Basic Shooting Skill
  8. Basic Video Editing
  9. Basic Video Banner Skill

KEJAYAAN DAN AKTIVITI PELAJAR

SMARTSchool Medan telah mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Berikut adalah beberapa kejayaan dan aktiviti pelajar.

DIGITAL ANIMATION

GAME AND MOBILE APPLICATION

SENARAI INDUSTRI KERJASAMA

SMARTSchool Medan telah bekerjasama dengan beberapa industri Animasi 3D untuk penempatan latihan praktikal pelajar selama setahun. Industri ini telah memberikan peluang kepada pelajar untuk bekerja sambil belajar dan diberikan bayaran gaji yang tinggi mengikut kemahiran pelajar itu sendiri. Antara industri yang bekerjasama adalah seperti berikut.

  • The Monk Studios, Bangkok, Thailand.
  • Infinite Framework, Batam, Indonesia.
  • Bali Animasi Solusi Ekakarsa, Bali, Indonesia.
  • Enspire Studio, Jakarta Indonesia.

Masih terdapat beberapa lagi industri Animasi 3D yang berminat untuk bekerjasama di dalam penempatan latihan industri pelajar. SMARTSchool Medan amat komited di dalam melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran industri dan amat mengutamakan keperibadian pelajar seperti sikap dan pembangunan sahsiah rohani serta jasmani.

Kerjasama ini juga memberikan pelajar mempunyai masa hadapan yang cerah setelah tamat persekolahan.

SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN KERJASAMA

Terdapat juga pelajar lepasan SMARTSchool Medan yang ingin menyambungkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, SMARTSchool Medan telah bekerjasama dengan beberapa intitusi pendidikan untuk membolehkan pelajar lepasan sekolah menyambungkan pelajaran mereka.

Berikut adalah beberapa institusi pendidikan yang telah bekerjasama dengan SMARTSchool Medan.

  • Les Copaque Animation Academy, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Universiti Bina Nusantara, Jakarta, Indonesia.
  • Universiti Multimedia Nusantara, Serpong, Tangerang, Indonesia.

Pelajar lepasan sekolah SMARTSchool Medan mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di institusi pendidikan ini. Pembelajaran yang bermula daripada kemahiran akan dapat menjadikan pelajar berkenaan mempunyai masa hadapan yang cerah di dalam industri kreatif ini.

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi :

Encik Stefanus di (+62) 822 7737 2777

ALAMAT SEKOLAH :
SMARTSchool Medan,
Komp. Grand Cemara Asri,
Jalan Cemara No 88 AD – AE
Desa Sampali – Percut Sei Tuan 20371,
Kab. Deli Serdang – Propinsi Sumatera Utara.

ANDA BOLEH FOLLOW LINK BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

1. Facebook : SMARTSCHOOL MEDAN
2. Instagram : SMARTSCHOOL MEDAN

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.