Resepi Kulit Popia Basah Yang Diminati Ramai Orang

0
1313

Adakah anda memerlukan cara buat kulit popia basah ? Adakah anda penggemar popia basah ?
Adakah anda tahu popia basah yang tersedap di kawasan anda ? Disini saya kongsikan resepi kulit popia basah yang diminati ramai orang dan anda boleh cubanya sendiri nanti.

Popia adalah sejenis kuih yang sedap dan mudah didapati khususnya pasar malam. Ia disediakan dalam pelbagai cara daripada mentah, digoreng, disira, dan terdapat juga popia mini. Popia terdiri daripada tiga bahagian iaitu kulit, isi, dan kuah. Bahagian kulit diperbuat daripada tepung gandum, tepung ubi kayu dan garam, sehingga menjadi bancuhan yang kenyal. Kemudian bancuhan akan diregangkan dan dijadikan satu lapisan nipis yang bulat diatas kuali leper, seolah seperti lempeng. Kini kulit popia juga boleh dibeli di kebanyakan pasaraya.

Untuk mendapatkan cara membuat kulit popia ini, anda seharusnya melihat setiap resepi. Ada cara yang mudah dan sedap dan ada juga cara yang susah tapi sedap. Ia bergantung kepada individu untuk menilai. Disini, saya kongsikan cara kulit popia basah dan lembut. Untuk mendapatkan hasil yang baik, anda seharusnya mencuba berulang kali supaya anda akan dapat hasilkan kulit popia yang terbaik. “Practise makes Perfect”. Resepi ini telah dikongsi oleh ribuan pengunjung setakat ini.

Resepi Kulit Popia Basah Yang Diminati Ramai Orang

Bahan – Bahan yang perlu anda sediakan adalah seperti berikut :
1. Bekas untuk meletakkan campuran bahan – bahan
2. 1 kilogram tepung gandum
3. 1 biji telur ayam Gred A (asingkan putih dan kuning kerana hanya putih sahaj digunakan)
4. 7 sudu besar – minyak masak
5. 5 sudu teh – garam halus
6. Air 4 cawan hingga 4 cawan setengah (ikut kesesuaian anda)
7. 1 sudu besar tepung ubi (untuk bagi kenyal)

Sila klik gambar di bawah :

Caranya adalah seperti berikut :
1. Capurkan semua bahan seperti tepung gandum & tepung ubi, telur, minyak dan garam) di dalam bekas.
2. Gaulkan dengan air sedikit demi sedikit dan pastikan semua bahan yang campur tadi basah.
(Seperti buat bancuhan cekodok)
3. Biarkan selama 30 minit ke 45 minit. Tebal atau nipis kulit popia adalah bergantung kepada pekat atau cair adunan tepung yang anda uli. Semakin pekat adunan semakin nipis kulit popia tersebut.
4. Panaskan kuali dengan api perlahan dan sapu bancuhan tadi di seluruh permukaan kuali tanpa ada lubang.
5. Kulit popia ini cepat untuk dimasak. Jangan biarkan lama di atas kuali. Hanya beberapa saat sahaja.
6. Biarkan kulit popia ini sejuk sekejap dan anda bolehlah mula menggulung popia dengan bahan kegemaran anda yang anda sediakan. Selamat mencuba.

Resepi Kulit Popia Basah Yang Diminati Ramai Orang

Sila klik gambar :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.