Tips Merdukan Suara

0
2330

Adakah anda minat menyanyi ? Teringin masuk Akademi Fantasia atau Pertandingan Nyanyian ? Selalu menyanyi dan berlatih vocal di Smule ? Kini ada tips merdukan suara untuk anda cuba. Jika anda cuba buat berulang kali, anda boleh lihat kesannya nanti.

Memiliki suara atau vocal yang merdu adalah anugerah dari ilahi. Tidak semua insan memiliki bakat menyanyi dan suara merdu tetapi ia boleh amalkan dan insyaallah jika anda berusaha bersungguh sungguh, anda pasti beroleh kejayaan.

Disini saya akan kongsikan tips merdukan suara anda.
Sememangnya untuk menyanyi anda seharusnya mampu mengawal nafas. Ada sesetangah orang mengatakan bahawa menyanyi gunakan suara perut.

Tips Merdukan Suara

Tips yang perlu anda elakkan :

1. Elakkan minum minuman berais dan bergas.
Minuman ais atau bergas akan memberi kesan kepada otot dan lapisan vokal anda.

2. Elak atau Kurangkan minum minuman yang berkafien.
Minuman berkafein ini memberi kesan kepada lipatan vocal, menggalakkan penghasilan kahak dan menyebabkan vocal menjadi kaku.

3. Elakkan merokok.
Merokok akan membuat nafas menjadi semput dan akan menyukarkan ketika menyanyi.

4. Kurangkan makanan berminyak.
Makanan berminyak boleh dimakan tetapi haruslah dikurangkan. Sesetengah makanan mengandungi terlalu banyak minyak. So, elakkan.

5. Kurangkan makan makanan yang berunsurkan coklat.

Tips yang perlu anda amalkan :

1. Banyak minum air suam.
Biasakan diri untuk minum air suam pada waktu malam. Jangan terus diminum air tersebut, kumurlah dahulu air suam itu, kemudian lepaskan ke dalam perut sediki demi sedikit sehingga dapat dirasakan di kerongkong.

2. Banyakkan makan buah buahan khususnya epal dan tembikai.

3. Mengamalkan makan madu asli
Setiap pagi dengan cara sediakan dua biji limau nipis. Kemudian belahkan kepada empat bahagian. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.

4. Titiskan air
Titiskan air dalam lubang hidung. Nanti lendir dalam hidung dengan dekat kerongkok tu keluar.

5. Membersihkan kerongkong.
Selepas bangun tidur, masukkan kedua-dua jari telunjuk ke dalam kerongkong dan anak tekak sampai keluar air yang berlendir. Lakukan ini sebelum memberus gigi sebab kalau dah berus gigi, lendir tu susah nak keluar.

6. Membuat latihan vokal.
Lakukan latihan vokal dengan menyanyikan lagu yang memiliki nada rendah. Ketika menyanyi, keluarkan suara dengan jelas tanpa ditahan. Menanyi dengan kuat agar pita suara terbiasa dan dapat melebar.
Lakukan latihan vokal ini minimum satu jam sehari agar suara menjadi lebih mantap.

Yang paling penting anda perlu melatih pernafasan. Pernafasan yang boleh dikawal akan menyebabkan nyanyian anda lancar dan anda mampu menarik key tinggi.

Petua Tradisional Hilangkan Sakit Gigi Yang Murah dan Berkesan

Klik Gerak Laju disini

Sila klik gambar di bawah :

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here