Wabak COVID-19 yang melanda pada masa kini amat membimbangkan orang ramai. Alat pencegahan seperti Mask dan Hand Sanitizer menjadi satu keperluan sekiranya ingin keluar membeli barang ketika kawalan pergerakan ini. Disini Linda Onn kongsikan cara membuat Hand Sanitizer sendiri.
Hand Sanitizer dan Mask dijual dengan harga yang tinggi dipasaran dan ada sesetengah pihak cuba mengaut keuntungan berlipat kali ganda. Keadaan ini menyebabkan penyampai radio popular Rozlindah binti Onn atau dikenali Linda Onn berkongsikan pengalaman dan cara cara membuat hand sanitizer sendiri dengan menggunakan Alor Vera.
Isi Kandungan
Sebelum itu, kita kenali dulu apakah itu Hand Sanitizer?
Hand Sanitizer dikenali juga sebagai hand antiseptic, handrub, atau hand rub adalah cecair berbentuk gel yang diaplikasikan pada tangan dengan tujuan untuk membunuh bakteria patogen yang boleh menyebabkan penyakit.
Terdapat juga hand sanitizer yang dicampurkan dengan pelembap seperti glycerin yang bertujuan untuk menghaluskan kulit dan ada juga menggunakan pewangi untuk memberikan ia kekal harum ditangan.
Harus Diingat!!
Kita disarankan menggunakan cecair pembasmi kuman yang mengandungi kadar alkohol 60 hingga 80 peratus untuk membasmi kuman yang melekat pada permukaan tangan.
Koordinator Perubatan Malaysian Medical Relief Society (Mercy Malaysia), Masniza Mustaffa berkata, peratusan yang sama juga disarankan bagi cecair pembasmi kuman bebas alkohol yang menggunakan kompaun kimia ‘quaternary ammonium’ iaitu benzalkonium klorida.
Kadar alkohol tinggi lebih 80 peratus adalah kurang sesuai kerana sifat bahan itu cepat kering selain menyebabkan kulit menjadi kering dan merekah.
Oleh yang demikian,
Linda Onn kongsikan cara membuat hand sanitizer di laman sosialnya dan video berdurasi 5 minit 10 saat itu menerangkan cara cara membuat hand sanitizer sendiri.
Day 4 Self QuarantineLinda baru belajar buat hand sanitizer. So hari ni try buat. Untuk kegunaan sendiri ya..bukan untuk dijual 😁. Hari tu beli sebotol kecik sampai RM38 kena bayar.So ni dah alang2 ada tanam aloe vera kat rumah, baik manfaatkan.Banyak free time Linda dalam rumah. Sentiasa cari aktiviti supaya tak bosan. Stay safe guys! Kalau tak kena keluar bekerja, #juststayatHome . Thank you for watching!
Bahan – bahan yang digunakan untuk membuat Hand Sanitizer :
1. 4 keping daun Alor Vera
2. Alkohol
3. Essential oil – Serai
Cara penyediaan :
1. Potong 4 keping daun alor vera dan ambil isi dalam
2. Blenderkan isi Alor Vera tadi
3. Tapiskan cecair Alor Vera tersebut
4. Gunakan 30ml cecair Alor Vera
5. Letak 20ml – 30ml cecair alcohol
6. Tambah sedikit essential oil (serai)
Selamat mencuba Linda Onn kongsikan cara membuat Hand Sanitizer sendiri.
Ramai diantara kita kurang mendapat maklumat mengenai PERKESO khususnya Bantuan Perkeso yang dimaklumkan baru baru ini. Mungkin ia kurang popular berbanding KWSP. Oleh yang demikian, disini akan dijelaskan Panduan Terkini Syarat Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Perkeso Rm600.
Isi Kandungan
Apakah Kelebihan PERKESO dan Manfaatnya kepada anda ?
PERKESO adalah sebuah Jabatan Kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia bagi mentadbir, melaksana dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (AKSP) 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971. Pada 1 Julai 1985, status PERKESO telah berubah kepada sebuah Badan Berkanun dan mulai 1 Januari 1992, PERKESO telah melaksanakan sistem saraannya sendiri iaitu Sistem Saraan Baru PERKESO.
Fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
Skim Bencana Pekerjaan
Skim ini memberi perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecederaan semasa bekerja. Ia termasuk :
Faedah perubatan
Faedah Hilang Upaya Sementara
Faedah Hilang Upaya Kekal
Elaun Layanan Sentiasa
Faedah Orang Tanggungan
Faedah Pengurusan Mayat
Faedah Pemulihan
Faedah Pinjaman Pendidikan
Skim Keilatan :
Seseorang berinsurans dianggap sebagai menghidap keilatan apabila mengalami suatu keuzuran yang berkekalan samada tidak boleh diubati atau tidak mungkin sembuh serta tidak berupaya mencari nafkah dengan kerja yang berpadanan dengan kekuatan dan tenaganya, sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada keupayaan pekerja yang normal.
Skim ini memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja dari keilatan atau kematian akibat dari sebarang sebab yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Faedah Di Bawah Skim Keilatan
Pencen Ilat
Bantuan llat
Elaun Layanan Sentiasa
Pencen Penakat
Faedah Pengurusan Mayat
Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional dan Dialisis
Faedah Pendidikan
Permohonan Bantuan Perkeso RM600
Permohonan ini adalah untuk pekerja yang terjejas akibat wabak covid-19 dan perlu dimohon oleh majikan.
Terhad kepada pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah.
Pekerja yang diberi notis cuti sementara tanpa gaji (unpaid leave) oleh majikan berkuatkuasa mulai 1 Mac 2020.
Bantuan ini adalah sebahagian daripada program pengekalan pekerjaan atau Employement Retention Programme (ERP) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO. Ia bertujuan adalah untuk membantu para majikan yang terpaksa mengurangkan kos operasi dengan memberikan cuti tanpa gaji (CTG) kepada pekerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Bantuan sebanyak RM600 sebulan ini akan disalurkan kepada para pekerja selama enam bulan (maksima) bergantung kepada tempoh notis majikan.
Bayaran ERP akan dikreditkan ke akaun majikan dan majikan bertangggungjawab untuk mengkreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.
Majikan perlu mengemukakan permohonan yang lengkap melalui borang Permohonan BORANG ERPC-19 dan melampirkan surat notis Cuti Tanpa Gaji yang mengandungi senarai perkerja yang terlibat.
Senarai pekerja yang terlibat perlulah mengandungi butiran :
a. Nama Penuh Pekerja berdasarkan Kad Pengenalan.
b. Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia.
c. Nama Jawatan yang disandang.
d. Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja.
e. Maklumat Email dan Nombor Telefon untuk dihubungi.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau emel perkeso@perkeso.qov.my .
Panduan Terkini Syarat Permohonan dan Pendaftaran Bantuan Perkeso Rm600
Anda mencari pendapatan sampingan untuk tahun 2020? Anda seorang pelajar dan ingin mencari duit poket? Komitmen anda kian bertambah? Anda patut tahu bahawa kerja part time perlukan strategi work smart dan bukan work hard.
Disini dikongsikan beberapa jenis kerja part time terkini 5 angka sebulan untuk 2020.
Masalah kewangan sering menjadi isu utama di dalam kehidupan seharian. Kewangan juga boleh menjadi perbalahan di dalam rumahtangga, pergaduhan ahli keluarga, kehilangan rakan rakan baik dan juga ada yang mengambil langkah mudah dengan meminjam dari agensi pinjaman.
Untuk tahun 2020 ini, anda boleh usaha menambahkan pendapatan dengan cara anda tersendiri supaya anda bebas dari masalah kewangan. Sememangnya amat berat untuk melakukan 2 benda di dalam satu masa tetapi jika ianya menggunakan strategi work smart, anda pasti boleh melaksanakannya.
Disini akan dikongsikan maklumat kerja part time terkini sebulan 5 angka 2020.
Isi Kandungan
Maklumat kerja part time terkini sebulan 5 angka 2020.
1. Menambahkan pendapatan secara online.
Penggunaan internet telah digunakan secara meluas pada masa kini dan pelbagai peluang telah wujud bagi mereka yang memanfaatkannya untuk menambahkan pendapatan. Berikut adalah panduan yang dikongsikan kepada anda.
1(a). Membuat Artikel Blog
Ramai yang mencari cari cara sebenar untuk mendapatkan pendapatan dari blog. Untuk membuat blog, ia mempunyai strategi tersendiri untuk mewujudkannya dan menjana income daripada artikel yang dihasilkan. Blog Artikel biasa dan blog artikel professional adalah berbeza. Kebanyakan diantara kita mahir untuk membuat platform blog biasa seperti Blogger tetapi tidak ramai yang tahu cara dan teknik untuk buat blog yang professional seperti Panduanterkini.com. Untuk mengetahui cara dan strategi membuat blog secara professional, anda boleh sertai kursus yang dianjurkan oleh Panduanterkini.com (Dimiliki oleh PTDOTCOM MEDIA DIGITAL). Sila berhubung dengan En. Zulkhair di SINI. Anda juga boleh join group di facebook. Sila klik disini Facebook .
3 Langkah untuk anda membuat blog :
i. Tentukan topik utama blog anda.
ii. Pilih platform blog yang tepat :
a. Blogger – Bukan milik penuh (hosted)
b. WordPress.com – bukan milik penuh (hosted)
c. WordPress.org – milik penuh (self hosted)
Pilih Platform hosted (WordPress.com atau Blogger) jika anda:
1. Tidak ingin mengeluarkan modal
2. Tidak kisah mengenai tema (theme) dan features blog anda
3. Tidak kisah jika website anda menjadi seperti ini: namawebsite.blogspot.com
4. Tidak kisah jika website anda dibanned atau delete (kalau anda melanggar aturan)
Pilih platform self-hosted (WordPress.org) jika anda:
1. Mempunyai modal sekitar RM 80 – RM 100 (untuk domain dan hosting)
2. Ingin mempunyai website sendiri yang 100% milik anda
3. Ingin menukar tema (theme) tanpa had
4. Ingin menambahkan features yang menarik didalam website anda.
iii. Tentukan domain dan hosting
Domain : namecheap
Hosting : hawkhost
1(b). Membuat jualan online
Pada masa kini, ramai usahawan online bergiat aktif di dalam menjual barang barang keperluan seperti produk kecantikan, pakaian, produk kesihatan dan sebagainya. Produk yang dijual secara online memerlukan keyakinan pelanggan dan oleh yang demikian, anda memerlukan Facebook Page untuk menjual produk yang anda tawarkan. Sebagai seorang penjual online, ada seharusnya mempunyai disiplin yang tinggi dimana anda perlu mempunyai jadual posting dan juga kerap berurusan dengan pihak pos laju. Kelewatan penghantaran produk akan menjejaskan reputasi anda sebagai penjual online dan pelanggan tidak akan membeli produk anda untuk kali yang kedua. Disini dikongsikan jadual posting di media sosial yang anda boleh lakukan setiap hari.
Untuk membuat jualan online, anda perlu perhatikan faktor ini :
1. Memiliki keyakinan untuk berniaga.
2. Mempunyai Modal.
3. Memilih Produk yang akan dijual.
4. Kumpulan sasaran (target group)
5. Strategi pemasaran.
6. Kekuatan produk untuk terus berada di dalam pasaran.
7. Tahu strategi penggunaan media sosial seperti facebook dan instagram.
1(c). Menjadi dropship
Menjadi dropship adalah perniagaan yang paling mudah kerana anda hanyalah mempromosikan produk ataupun perkhidmatan usahawan. Melalui dropship, anda lebih mudah dikenali pelanggan dan ia membantu anda untuk mempunyai pelbagai jenis produk tanpa perlu membeli stok. Kebanyakan pengusaha produk memerlukan dropship dan sebilangan besarnya bayaran komisyen sesuatu produk adalah tinggi. Anda boleh berjinak jinak di dalam perniagaan dengan bermula sebagai dropship.
Tips membuat bisnes dropship :
1. Membuat pemilihan produk dan brand supaya ada boleh dapat keuntungan segera.
2. Membuat strategi pakej yang menarik perhatian pelanggan.
3. Memberikan kepuasan pelanggan membeli dengan anda. (Ketepatan dan kualiti)
4. Memilih supplier produk yang boleh dipercayai supaya perkhidmatan anda dibayar.
1(d). Menjual Perkhidmatan di Fiverr
Apa yang lebih menyeronokan buat duit di fiverr.com ini adalah kita boleh menerima dan menjana pendapatan dari mata wang dolar US (usd). Ini bermakna di setiap pembayaran kita akan dapat 4x ganda daripada ringgit Malaysia. Walaupun hasil setiap perkhidmatan yang kita tawarkan minimum 5 dolar US (USD), namun telah ramai rakyat Malaysia yang berjaya menjana duit disini dan hasilnya mencecah ribuan ringgit sebulan. Namun ada cara dan teknik bagaimana anda boleh menjana pendapatan lebih dengan menggunakan teknik upsales.
Oleh sebab, syarat yang ditetapkan oleh pihak fiverr.com, khidmat yang boleh dijual bermula dengan usd5 maka kita perlu bijak meminimakan kos apa yang hendak kita jualkan. Jika difikirkan secara logik jual 5 US dollar (USD) bersamaan RM20 (MYR), jadi di setiap perkhidmatan yang kita tawarkan perlulah bernilai RM20.
Servis yang popular di Fiverr dan mudah menjana income :
1) Design Logo.
2) Design flyers, bunting dan banner.
3) Editing gambar.
4) Menulis artikel mengikut SEO.
5) Servis editing video.
1(e). Ejen jual top up
Perlu anda fahami bahawa margin keuntungan dalam penjualan prepaid topup agak kecil. Tetapi harus diingat bahawa apabila melibat kuantiti pelanggan yang ramai, keuntungan yang kecil tadi menjadi besar. Kini terdapat pelbagai platform yang membolehkan anda menjana pendapatan melalui penjualan reload handphone dan juga Touch’N’Go. Pelbagai pakej menarik ditawarkan oleh supplier penjualan topup ini. Anda hanya perlu memilih yang bersesuaian dan dapat memberi tawaran yang menarik.
1(f). Membuat video youtube
Sebenarnya di Youtube, ada satu pakej pengiklanan yang cukup popular. Ia bergantung kepada populariti video anda. Mungkin ada perasan terdapat iklan disetiap video yang anda lawati. Setiap iklan yang terpapar di video yang anda hasilkan, anda berpeluang untuk mendapatkan bayaran daripada Youtube melalui Google Adsense. Oleh yang demikian, channel youtube anda haruslah membuat “Monetisation” dan mempunyai akaun Google Adsense. Semakin ramai yang menonton video yang anda hasilkan, semakin banyak peluang anda untuk mendapat bayaran. Oleh yang demikian, anda boleh mula hasilkan video yang kreatif dan kongsikan kepada rakan anda serta kongsikan link di media sosial.
1(g). Jual Beli Domain
Bisnes ini sangat popular kerana ia tidak memerlukan anda bekerja keras dan boleh menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Anda hanya perlu mencari dan membeli domain yang dijangkakan akan dicari pelanggan dan kemudian menjualnya kepada pembeli dengan harga yang tinggi.
Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh gunakan di dalam memilih dan membeli domain untuk dijual kembali yang menguntungkan.
1. Cari domain yang pendek.
2. Mudah disebut dan mudah diingat.
3. Pilih nama yang telah ada branding ataupun dijangkakan akan popular.
4. Kalau boleh biarlah yang menjelaskan kata kunci.
5. Usia domain yang memiliki metrik SEO dan trafik yang tinggi.
6. Fokus pada domain biasa yang popular seperti .com
Cara Menjual Domain
1. Submit domain tersebut di beberapa domain marketplace dan forum.
Berikut beberapa marketplace untuk menjual nama domain anda:
a. GoDaddy Auction
b. Sedo
c. Afternic
d. Flippa
e. BrandBucket, untuk domain yang ada brand
Selain di marketplace anda juga boleh menjual domain anda di website forum seperti NamePros.com,DNForum.com dan DigitalPoint.com
1. Jangan gunakan Whois Privacy Service
2. Promote domain menggunakan page di facebook
3. Promosikan di Social Media
Tips Tambahan Jual Beli Domain
a. Membuat anggaran nilai domain yang ingin dibeli
b. Jangan beli yang ada Trademark
2. Bekerja Sambilan di Pasaraya / Syarikat / Hotel
Bagi mereka yang mempunyai banyak masa lapang dan kurang assignment, bekerja sambilan di pasaraya, syarikat ataupun hotel adalah langkah yang terbaik. Kebanyakan syarikat sebegini amat memerlukan pekerja sambilan. Sekiranya anda tinggal di kawasan bandar, peluang bekerja sambilan adalah banyak dan bayaran gaji adalah mengikut jam bekerja dan kebanyakannya adalah gaji harian.
3. Menjalankan perniagaan dengan GRAB (sekiranya mempunyai kenderaan)
Tahukah anda bahawa GRAB kini menawarkan pelbagai peluang menjana pendapatan untuk anda sama ada sebagai pemandu grab, penghantar makanan dan juga penghantar dokumen. Peluang ini bukan sahaja dapat memberikan anda peluang kerja sambilan malahan ramai yang telah bekerja secara sepenuh masa. Pendapatan mereka yang menjalankan perniagaan dengan GRAB mampu menghasilkan lebih RM1000.00 sebulan dan ada juga yang mencecah RM5000 sebulan bergantung kepada kerajinan dan usaha individu tersebut.
Apa yang anda perlukan untuk bermula ialah :
a. Lesen Memandu Kereta
b. IC / Kad Pengenalan (berumur 21thn keatas)
c. Kereta tidak lebih dari 9 tahun usianya
d. Insurans cover note perlu ada nama anda sebagai pemilik / pemandu
e. Lesen PSV
Memandu grab atau Uber ini sesuai untuk :
a. Student yg mencari wang tambahan
b. Mereka yg ingin mengumpul wang utk kahwin atau keluarga
c. Mereka yang ingin mencari wang tambahan
d. Mereka yang banyak masa terluang
e. Mereka yang minat berkenalan / networking bersama orang – orang baru setiap hari.
Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020
4. Membuat perniagaan kecil kecilan
Perniagaan kecil kecilan bukan sahaja menjual barang malahan ia juga boleh menjual perkhidmatan seperti mesin rumput, mengecat dan sebagainya. Perniagaan kecil kecilan amatlah menguntungkan tetapi ia memerlukan kos operasi dan tumpuan lebih untuk melaksanakannya.
Perniagaan bukanlah berorientasikan keuntungan semata mata tetapi ia adalah lebih kepada menyelesaikan masalah pelanggan
Sekiranya anda mengambil keputusan untuk berniaga kecil kecilan, anda perlulah menjual produk ataupun perkhidmatan yang mampu menyelesaikan masalah pelanggan. Untuk menjalankan perniagaan kecil kecilan ini, komitmen yang tinggi diperlukan di peringkat awal dan ia akan mengambil sedikit masa untuk berjaya. Ia memerlukan kesungguhan dan disiplin diri yang tinggi. Oleh yang demikian anda digalakkan untuk membuat Bisnes Model Canvas bagi melihat gambaran keseluruhan perniagaan yang anda ingin jalankan.
4 Elemen yang anda patut tahu untuk membuat perniagaan kecil kecilan iaitu :
1. Target group / pasaran
2. Kos perlaksanaan dan untung rugi perlu diambil kira
3. Jenis produk atau perkhidmatan yang ingin dijalankan
4. Masa yang perlu anda luangkan
5. Mengajar tusyen
Mengajar tusyen adalah salah satu kerja sampingan yang mulia disamping dapat menambahkan pendapatan anda. Sebagai seorang pendidik, anda seharusnya mempunyai karakter yang mempunyai berpewatakan menarik serta mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mendidik pelajar. Disamping itu, anda seharusnya berdisiplin dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Sekiranya di bandar-bandar harga kebiasaanya ialah RM40-RM50 sejam untuk seorang pelajar bagi satu matapelajaran. Manakala bagi sekolah rendah pula,
biasanya harga yuran adalah RM30-RM40 sejam untuk seorang pelajar bagi satu matapelajaran.
Bagi yang ingin mengajar tusyen di kawasan luar bandar, anda digalakkan buat home tusyen secara berkumpulan. Tumpukan kepada masyarakat berdekatan. Yuran kebiasaannya adalah RM20-RM25 seorang bagi sekolah rendah untuk satu sesi (Satu jam setengah atau 2 jam) dan RM25-RM30 seorang bagi sekolah menengah.
Tips untuk memulakan tusyen :
a. Perlu ada ilmu yang hendak diajar.
b. Perlu minat untuk mengajar.
c. Perlu ada kenderaan sendiri.
d. Perlu mempromosikan diri anda di dalam flyers atau media sosial.
e. Perlu berpenampilan kemas.
f. Perlu ada bahan pengajaran dan pembelajaran sendiri
g. Perlu mempunyai kemahiran mengajar dan membimbing.
h. Perlu ada kemahiran berkomunikasi yang baik khususnya dengan ibu-bapa.
i. Perlu ada rekod pengajaran sendiri.
j. Perlu ada bisnes kad, buku resit dan cop sendiri.
k. Perlu ada motivasi dan kesabaran.
l. Perlu ada jadual harian.
6. Menjual design t-shirt limited edition.
Membuat design t-shirt, menempah dan menjual adalah trend terbaru pada masa kini. Design yang menarik dan harga yang releven dapat menarik minat pembeli untuk membeli baju yang anda hasilkan. Kebanyakan pelajar di kolej mahupun di universiti ingin membuat design baju untuk digunakan harian atau di dalam aktiviti yang akan dijalankan. Baju yang dihasilkan perlulah berkualiti tinggi dan mempunyai design yang menepati citarasa terkini. Bagi mereka yang suka membuat design, bisnes ini amat lah sesuai dan menguntungkan.
7. Menjual benda yang kreatif
Kebanyakan diantara kita kreatif menghasilkan peralatan yang dapat memudahkan kehidupan seharian. Ada juga yang kreatif dan berseni di dalam menghasilkan lukisan yang menarik. Ada pula yang kreatif di dalam menghasilkan produk makanan yang sedap dan akhirnya menjadi viral dan perhatian umum. Menjual sesuatu yang kreatif dapat memberi pendapatan yang lumayan dan juga dapat menjadikan diri popular di kalangan masyarakat.
Kerja Part Time Terkini Sebulan 5 Angka untuk 2020
8. Menjual pakaian / kasut / topi bundle
Perniagaan kedai bundle kini amatlah popular dan hampir di setiap kawasan terdapat kedai bundle yang menjual pakaian, beg, kasut dan juga topi untuk golongan dewasa serta kanak kanak. Kedai bundle amatlah laris jika dibuka di kawasan yang mempunyai ramai pekerja asing. Harganya yang murah serta pakaian yang menarik mampu menjadikan kedai tersebut dikunjungi sentiasa dan mendapat tumpuan ketika musim perayaan ataupun pada hujung minggu. Barang bundle ini selalunya diimport daripada luar negara dan ia adalah original dan berkualiti.
10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Pakaian Bundle :
a. Anda perlu mengkaji lokasi premis dan maklumat premis.
b. Daftar perniagaan anda di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Bawa salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Tulis dalam column bidang perniagaan – Menjual Barang Serbaneka dan Runcit. Dalam 1 jam anda akan dapat lesen SSM anda. Lesen ini penting untuk sewaan kedai dan appy lesen majlis nanti.
c. Selesaikan proses sewaan kedai dengan pemilik kedai.
d. Buat kajian dan tempah barang mengikut budget anda.
e. Lakukan kerja renovation (wiring, partition, cat, CCTV).
f. Pemasangan rak.
g. Membuat susunan barang secara kreatif..
h. Apply lesen majlis perbandaran..
i. Mula berniaga.
j. Stabilkan perniagaan anda.
9. Menjadi Freelance Creative Content Writer.
Kepada anda yang minat menulis dan ingin menambahkan pendapatan sampingan sebagai Freelance Creative Content Writer, anda boleh mendaftarkan diri dengan Panduanterkini.com yang dimiliki oleh PTDOTCOM MEDIA DIGITAL. Untuk pertanyaan lanjut dan mendaftar, anda boleh hubungi Encik Zulkhair, SILA KLIK DISINI.
Apakah yang dimaksudkan hub di dalam dunia online ? Adakah hub ini penting untuk branding anda ? Apakah kelebihan hub di dalam branding ? Disini akan didedahkan hub untuk branding.
Ramai di antara kita berpendapat bahawa hub itu adalah Facebook. Ada juga yang mengatakan hub itu adalah Media Sosial. Sebenarnya anggapan berikut adalah salah. Di dalam dunia online, hub yang sebenar adalah bermula daripada mesin pencari (search engine). Hampir semua carian info atau maklumat, kita akan rujuk kepada search engine dan search engine yang popular di Malaysia adalah Google.
Isi Kandungan
Hub Untuk Branding
Credit : Hootsuite
Merujuk kepada data di atas, kita dapat lihat bahawa 468 juta penduduk Malaysia menggunakan platform Google untuk mencari maklumat setiap bulan. Sekiranya maklumat produk anda atau perkhidmatan anda tiada di dalam platform Google, anda kehilangan ribuan pelanggan setiap saat. Data di atas sangat menjelaskan kepentingan website di dalam perniagaan.
Apakah yang wujud di alam Google atau search engine yang lain?
Semua info atau artikel maklumat yang disampaikan di dalam Google adalah melalui website. Google menyediakan platform kepada orang ramai untuk masukkan maklumat melalui website. Oleh yang demikian, ramai di antara kita menjadi menyampai info dan blogger untuk rujukan masyarakat.
Apakah yang mendorong kita untuk membuat carian di Google ?
Kebanyakan di antara kita akan membuat carian di Google apabila kita ingin mengetahui sesuatu info atau maklumat sesuatu produk, perkhidmatan ataupun bacaan umum untuk pembelajaran. Ia amat mudah dengan hanya menaip sesuatu keyword dan hampir keseluruhan maklumat yang berkaitan keyword tersebut akan terpapar di hasil carian.
Bagaimana pula sekiranya sesuatu carian itu tidak memberikan maklumat seperti yang diharapkan ?
Susah tentu hati kita akan merasa kecewa, tidak yakin ataupun was was.
Hal ini banyak berlaku kepada produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan. Mereka pandai untuk menjual produk tetapi tidak pandai membina keyakinan pelanggan untuk mempercayai produk yang dijual. Oleh yang demikian produk tersebut tidak akan dibeli untuk kali yang kedua.
Jika kita melihat kepada gambarajah di atas, berikut adalah perbezaan diantara perniagaan kebiasaan dan juga perniagaan yang mempunyai branding. Oleh sebab itu dimaklumkan bahawa mendapat kepercayaan itu penting supaya produk atau perkhidmatan anda dapat bertahan di pasaran.
Apabila kita merujuk kepada jenis website, terdapat beberapa jenis website yang boleh dibuat oleh usahawan seperti :
Website korporat yang mempunyai back end system untuk membolehkan usahawan masukkan info dan tukar info sendiri tanpa perlu melibatkan website developer. (Sila dapat sebut harga disini)
Website yang mempunyai sistem penjualan (marketplace) yang mempunyai sistem pembayaran (payment gateway). (Sila dapat sebut harga disini)
Kesemua website di atas tidak bermakna sekiranya ia dibangunkan tanpa mengikut standard yang ditetapkan oleh SEO dan ia akan menyebabkan website anda tidak berada di halaman carian walaupun menggunakan keyword.
Oleh yang demikian, semua usahawan wajib mempunyai website sendiri untuk perkhidmatan atau produk yang ditawarkan kepada pelanggan.
Kenapa Website sebagai hub ?
Website adalah milik mutlak anda sedangkan media sosial seperti facebook dan instagram adalah milik orang lain.
Dari pengalaman peniaga online, media sosial kebiasaannya akan menutup akaun anda tanpa sebab dan ia akan merugikan anda.
Pelanggan tidak Nampak nilai branding anda jika anda menggunakan media sosial sebagai hub anda. Ini adalah kerana mereka membuat carian di Google dan maklumat produk atau perniagaan anda tidak wujud.
Tempat berkumpulnya para spammer dan scammer adalah di media sosial. Ini akan memberikan kekeliruan kepada pelanggan dan ia akan merugikan perniagaan anda.
Credit : Hootsuite
Jika kita memandang kepada carta yang dikeluarkan oleh Hootsuite diatas untuk Malaysia pada januari 2019, kita boleh melihat bahawa penggunaan internet adalah melebihi daripada penggunaan media sosial. Kita harus maklum bahawa penggunaan media sosial adalah untuk berkomunikasi dan beriteraksi sahaja dengan kawan kawan serta rakan taulan dan bukannya untuk mencari maklumat.
Oleh yang demikian, ketahuilah bahawa Hub yang sebenar adalah website dan bukannya media sosial. Lakukanlah perubahan untuk kebaikan produk atau perkhidmatan anda dimasa hadapan.
Secara jelasnya, hub untuk branding adalah WEBSITE.
Adakah anda warga Selangor dan mempunyai perniagaan? Anda tidak pandai berniaga online? Anda tiada masa uruskan media sosial perniagaan anda? Perlukan team yang uruskan media sosial anda? Nak jimatkan wang dan masa anda? Kini anda jangan risau. Platform Digital Media Bisnes Selangor Membantu Perniagaan Anda Dapatkan Keuntungan Maksimum.
Merujuk kepada trend perniagaan pada masa kini, semua entiti perniagaan seharusnya lebih kreatif serta inovatif untuk berdaya saing di dalam menjual dan menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan. Strategi pemasaran adalah kekuatan utama sesebuah syarikat untuk mendapatkan keuntungan yang maksima. Selain pemasaran offline, syarikat seharusnya mengambil inisiatif untuk menjalankan perniagaan secara online.
Merujuk kepada data statistik diatas yang dikeluarkan oleh Hootsuite untuk Januari 2019, kebanyakan rakyat Malaysia aktif menggunakan laman Internet dan Media Sosial untuk mencari maklumat dan berhubung.
Sekiranya perniagaan anda tidak dipromosikan secara online, ia memberikan impak bahawa perniagaan anda adalah perniagaan baru dan tidak meyakinkan pelanggan.
Oleh yang demikian, strategi pemasaran perniagaan anda haruslah dinaik taraf menjadi lebih kreatif dan inovatif untuk mendapat kepercayaan pelanggan.
Latarbelakang Platform Digital Media Bisnes Selangor
Media Bisnes Selangor adalah jenama yang dimiliki oleh syarikat PTDOTCOM MEDIA DIGITAL yang mempunyai laman website www.panduanterkini.com. Ia mempunyai cawangan di Negeri Sembilan, Shah Alam, Selangor dan Medan Indonesia.
Apakah yang diwujudkan oleh Platform Media Bisnes Selangor?
Mewujudkan perniagaan anda di dunia online digital melalui penghasilan platform pemasaran yang lengkap sama ada di google mahupun di media sosial.
Membantu menghebahkan perniagaan anda kepada masyarakat sekitar supaya ia lebih diketahui umum.
Memberi peluang kepada perniagaan produk memasarkan produk ke luar Negara seperti Indonesia melalui penghasilan artikel dan internet marketing.
Mewujudkan facebook group dan facebook page yang akan menjadi tumpuan masyarakat untuk mencari produk atau perniagaan di sekitar Selangor.
Membantu perniagaan anda diyakini masyarakat dan pelanggan.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Platform Media Bisnes Selangor
EDITING VIDEO sahaja (Footage disediakan oleh pelanggan)
DESIGN VIDEO Promosi ANIMASI 2D – 3 minit a. Storyboard sahaja b. Animasi 2D sahaja c. Pakej Lengkap
DESIGN VIDEO Promosi ANIMASI 3D – 3 minit a. Scriptwriting b. Storyboard c. Concept Art d. Audio e. 3D Character Modeling (Human) + Rigging f. 3D Character Modeling (Environment) + Rigging g. 3D Animation h. Lighting and Rendering i. Editing and Compositing
Create Creative Content Facebook (For daily) a. Simple Video b. Picture
Create Creative Content Instagram (For daily) a. Simple Video b. Picture
WEBSITE Development a. Website design b. Online registration c. Customer service online chat portal d. Web Hosting e. Redeem point system
WEBSITE Maintenance (To be rank in Google Search) a. Setting Offline SEO b. Basic SEO Backlink (monthly)
Training INTERNET MARKETING (Social Media) a. Facebook Ads b. Google Ads c. Instagram Ads
Training DESIGN and EDITING a. Adobe Photoshop b. Adobe Illustrator
MOBILE APPS Development a. Android b. IOS
DIGITAL SIGNAGE Development a. Infrastructure b. Creative Content
COMPUTER System a. VcloudPoint Zero Client b. Server c. Laptop
Adakah anda warga Negeri Sembilan dan berniaga? Mempunyai perniagaan tetapi tidak pandai berniaga online? Anda tiada maklumat perniagaan di google atau media sosial ? Nak jimatkan wang anda? Kini anda jangan risau. Platform Digital Media Bisnes Negeri Sembilan Bantu Peniaga Dapatkan Keuntungan Maksimum dengan harga yang berbaloi.
Perniagaan dahulu bukanlah seperti perniagaan pada masa kini dimana Semua maklumat boleh diperolehi hanya dihujung jari. Dunia digital menjadi perhatian oleh semua lapisan masyarakat dan pelbagai inisiatif kerajaan untuk menggalakkan masyarakat melayari dunia online secara percuma telah diwujudkan. Perniagaan anda akan ketinggalan apabila tidak mempunyai maklumat di dunia online dan ia memberi impak negatif terhadap perniagaan anda.
Oleh yang demikian, semua perniagaan haruslah dinaik taraf menjadi lebih kreatif dan inovatif khususnya di dalam dunia digital ini.
Media Bisnes Negeri Sembilan adalah jenama yang dimiliki oleh syarikat PTDOTCOM MEDIA DIGITAL yang mempunyai laman website www.panduanterkini.com. Ia mempunyai cawangan di Negeri Sembilan, Shah Alam, Selangor dan Medan Indonesia.
Apakah yang diwujudkan oleh Platform Media Bisnes Negeri Sembilan kepada anda?
Mewujudkan perniagaan anda di dunia online digital melalui penghasilan platform pemasaran yang lengkap sama ada di google mahupun di media sosial.
Membantu menghebahkan perniagaan anda kepada masyarakat sekitar supaya ia lebih diketahui umum.
Memberi peluang kepada perniagaan produk memasarkan produk ke luar Negara seperti Indonesia melalui penghasilan artikel dan internet marketing.
Mewujudkan facebook group dan facebook page yang akan menjadi tumpuan masyarakat untuk mencari produk atau perniagaan di sekitar Negeri Sembilan.
Membantu perniagaan anda diyakini masyarakat.
Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Platform Media Bisnes Negeri Sembilan?
Penulisan Artikel BLACK PEN MALAYSIA.
Penulisan Artikel BLACK PEN INDONESIA.
Penulisan Artikel BLACK PEN SELEBRITI.
Penulisan Artikel BLACK PEN PERSONALITY.
Design LOGO syarikat.
Design FLYERS syarikat atau produk.
Design BUNTING atau BANNER.
Suntingan VIDEO dan EDITING(1 klip / 30 saat)
Suntingan VIDEO dan EDITING(1 klip / 3 minit)
EDITING VIDEO sahaja (Footage disediakan oleh pelanggan)
DESIGN VIDEO Promosi ANIMASI 2D – 3 minit a. Storyboard sahaja b. Animasi 2D sahaja c. Pakej Lengkap
DESIGN VIDEO Promosi ANIMASI 3D – 3 minit a. Scriptwriting b. Storyboard c. Concept Art d. Audio e. 3D Character Modeling (Human) + Rigging f. 3D Character Modeling (Environment) + Rigging g. 3D Animation h. Lighting and Rendering i. Editing and Compositing
CREATE CREATIVE CONTENT untuk FACEBOOK(Harian) a. Simple Video b. Picture
CREATE CREATIVE CONTENT untuk INSTAGRAM(Harian) a. Simple Video b. Picture
WEBSITE Development a. Website design b. Online registration c. Customer service online chat portal d. Web Hosting e. Redeem point system
WEBSITE Maintenance (To be rank in Google Search) a. Setting Offline SEO b. Basic SEO Backlink (monthly)
Training INTERNET MARKETING(Social Media) a. Facebook Ads b. Google Ads c. Instagram Ads
Training DESIGN AND EDITING a. Adobe Photoshop b. Adobe Illustrator
MOBILE APPS Development a. Android b. IOS
DIGITAL SIGNAGE Development a. Infrastructure b. Creative Content
COMPUTER SYSTEM a. VcloudPoint Zero Client b. Server c. Laptop
Selawat Ya Asiqol Mustofa Versi Nissa Sabyan kini menjadi perhatian ramai. Amalan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W memberikan ketenangan hati kepada orang yang mengamalkannya. Dengan berselawat juga, ia mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan juga Rasulullah SAW. Disini dikongsikan Lirik Selawat Ya Asiqol Mustofa Versi Nissa Sabyan.
Salah satu Selawat yang pada masa kini amat popular di kalangan masyarakat adalah Selawat Ya Asiqol Mustofa yang disampaikan oleh Nissa Sabyan. Semenjak Selawat ini muncul di media sosial, ramai diantara mereka mencari lirik selawat ini dan juga ada yang mencari terjemahannya.
Lirik Selawat Ya Asiqol Mustofa Versi Nissa Sabyan
Ya Asyiqol Musthofa
Absyir Binailil Muna
Ya Asyiqol Musthofa
Absyir Binailil Muna
Qoq Roqoka susshofa sofa
as Shofa
Watoba Wafdul Hana
Qod Roqoka susshofa
Watoba Wafdul Hana
Nuurul Jamaali Badaa
Min Wajhi Syamsil Hudaa
Nuurul Jamaali Badaa
Min Wajhi Syamsil Hudaa
min Wajhi Syamsil Huda
Nuurul Jamaali Badaa
Min Wajhi Syamsil Hudaa
Man fadluhu ‘ammanaa ‘
Man fadluhu ‘ammanaa ammanaa ammanaa
Watoba Wafdul Hana
Qod Roqoka susshofa
Watoba Wafdul Hana
Ya Asyiqol Musthofa
Absyir Binailil Muna
Ya Asyiqol Musthofa
Absyir Binailil Muna
Qoq Roqoka susshofa
as Shofa as shofaa
Watoba Wafdul Hana
Qod Roqoka susshofa
Watoba Wafdul Hana
Dunal waro Rabbunaa
Dunal waro Rabbunaa
Rabbunaa Rabbunaa
Watoba Wafdul Hana
Qod Roqoka susshofa
Watoba Wafdul Hana
Ya Asyiqol Musthofa
Absyir Binailil Muna
Ya Asyiqol Musthofa
Absyir Binailil Muna
Qoq Roqoka susshofa
as Shofa as shofaa
Watoba Wafdul Hana
Qod Roqoka susshofa
Watoba Wafdul Hana
Qod Roqoka susshofa
Watoba Wafdul Hana
https://www.youtube.com/watch?v=0GSsCYgsvG8
Artinya :“Wahai Perindu Nabi, Bergembiralah dengan memperoleh harapan. Telah bersinar piala bukit shofa. Dan bahagia golongan yang mempunyai nasab rendah. Cahaya keindahan muncul dari wajah matahari petunjuk. Iaitu orang yang keutamaannya meliputi kita. Nabi yang dengan pertemuan. Ia mendapat keberuntungan saat naik (‘isra’)”
Ya Asiqol Mustofa sendiri mempunyai erti wahai perindu nabi. Lagu ini memberikan seruan kepada seluruh umat yang begitu merindukan nabi. Dalam lagu ini kita diharapkan untuk dapat bergembira dengan penuh harapan. Bahawa cahaya nabi selalu menerangi hati ummat yang benar-benar mencintainya.
Ya Asyiqol Musthofa, selawat ini ditujukan untuk mengungkapkan kerinduan umat Islam kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad yang begitu dirindukan oleh ummatnya kerana pembawa jalan menuju cahaya yang begitu terang benderang. Nabi Muhammad yang selalu menyinari hati setiap ummatnya.
Dalam Selawat Ya Asiqol Mustofa ini, Nabi Muhammad SWT dengan cahaya dalam dirinya selalu menuntut ummatnya untuk terus berada dalam jalan kebaikan. Nabi Muhammad juga selalu menuntut umatnya untuk selalu dekat dengan Allah SWT. Kelembutan nabi dan ketenangan nabi membuat umatnya begitu mencintainya.
Lirik Selawat Ya Asiqol Mustofa Versi Nissa Sabyan
Ramai yang terkejut apabila dapat tahu syarikat ini tawarkan RM9.90 sahaja untuk printing satu box bisnes kad. Siapa yang tak nak buat bisnes kad. Sebagai sebuah entiti syarikat, bisnes kad main peranan penting untuk perniagaan. Harga pasaran pada masa kini rata rata RM15 hingga RM30 bergantung kepada kualiti kad yang diminta. Bagi sesetengah pelanggan, jenis kualiti kad itu tidak penting kerana mereka hanya memerlukan maklumat diri sahaja.
Anda pasti tak percaya dengan penemuan kami! Mari kita kenalkan anda dengan syarikat Big Creative Advertising ini.
Bagi mereka yang tinggal di kawasan Klang khususnya Andalas, anda pasti tidak percaya bahawa syarikat Big Creative Advertising ini beroperasi berhampiran anda. Syarikat ini terletak berhampiran dengan Hospital Bersalin Razif di Sri Andalas Klang dengan hanya menggunakan kain rentang yang berwarna shocking pink yang betul-betul mengadap jalan utama dengan hanya memaparkan harga bisnes kad yang ditawarkan bersama nombor telefon untuk dihubungi.
Meskipun syarikat Big Creative Advertising ini mula beroperasi pada 2015, ia mempunyai pelbagai produk dan juga pelanggan tetap khususnya mereka yang tinggal di kawasan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Puchong dan Sungai Buloh. Syarikat ini sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan di dalam memberikan perkhidmatan serta menawarkan harga yang menarik kepada pelanggan dan disebabkan itu, ramai pelanggan baru mula menggunakan perkhidmatan Big Creative Advertising ini.
Selain daripada tempahan kad bisnes, Big Creative Advertising juga menawarkan pencetakan digital, bunting, banner, signboard, flyers, stamp & ink, mug dan pelbagai cenderahati.
Selain daripada kad nama biasa, anda juga boleh menempah kad nama secara embose dengan harga yang berpatutan.
Untuk maklumat penuh mengenai perkhidmatan syarikat Big Creative Advertising, sila rujuk artikel ini :
Adakah anak anda sudah mula memilih makanan? Pasti ramai ibu ayah yang menghadapi masalah dengan selera makan anak yang tak nak atau sangat susah makan. Kalau bayi tak lalu makan pasti masalah ini akan jadi lebih teruk dan memudaratkan kanak-kanak itu sendiri. Sebagai ibu, kita harus membuat sesuatu iaitu mencari cara atau petua untuk pastikan anak selera makan dan disini dikongsikan Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu.
Kadang kadang anak berasa bosan selalu menghadap makanan yang sama. Apalah salahnya sebagai ibu kita kreatifkan diri. Mulai sekarang semua ibu tidak perlu lagi bimbang jika selera makan anak anda hilang kerana tips dan petua yang dikongsikan oleh Puan Aina ini sangat membantu. Ibu ini sangat kreatif mereka cekodok dari labu kuning sehingga anaknya berselera untuk makan.
Mengapa perlu berhabis duit ringgit untuk membeli supplement atau vitamin untuk tambah selera makan sedangkan anda boleh buat sendiri di rumah? Selain menjimatkan kos serta kebersihan makanan juga terjamin 100% dan juga bebas dari segala bahan yang tidak baik untuk anak dapat dielakkan. Ikuti perkongsian Puan Aina tentang resepi penambah selera makan untuk anak anda yang amat mudah dan cepat ini. Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu.
1. Beta karotene
Kandungan beta karoten yang banyak sangat bagus untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit hati. Di samping itu, warna kuning merupakan ciri khas yang menandakan labu ini mengandungi zat karotenoid yang cukup tinggi dengan beta karoten di dalamnya.
2. Serat
Khasiat labu kuning juga tidak terkecuali untuk menjaga kestabilan sistem penghadaman, sehingga bayi ataupun kanak-kanak akan berasa kenyang dengan lebih lama.
3. Magnesium
Magnesium sangat diperlukan oleh bayi dan juga kanak-kanak. Ini adalah kerana magnesium mampu membantu penyerapan kalsium oleh tulang sehingga membuatkan tulang dapat tumbuh dan membesar dengan lebih cepat.
4. Sumber Antioksidan
Selain mengandungi kandungan mineral dan beberapa vitamin penting, labu kuning juga merupakan sumber antioksian. Ianya bukan sahaja sangat diperlukan oleh tubuh bagi orang dewasa. Bahkan antioksidan biokimia yang berfungsi untuk melindungi serta mengurangkan efek oksidatif terhadap organ-organ tubuh yang sangat diperlukan oleh bayi dan juga kanak-kanak.
5. Vitamin A
Labu kuning juga kaya dengan vitamin A. Vitamin ini dapat membantu mempertahankan kesihatan mata bayi secara optimum. Pengambilan labu kuning juga dapat membantu peningkatkan penglihatan anak pada malam hari.
Semoga bermanfaat kepada para ibu di luar sana. Inilah petua lama yang digunakan satu masa dahulu iaitu Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu.
Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Cekodok Labu
Kemahiran Animasi 3D kini diminati ramai oleh pelbagai peringkat umur. Peluang pekerjaan yang banyak di dalam industri animasi 3d menyebabkan pelbagai institusi pendidikan mula mengeluarkan modul pembelajaran dan kemahiran yang diperlukan oleh industri. Di Indonesia, pembelajaran animasi 3D telah diajar di peringkat sekolah oleh SMARTSchool Medan dan ia terbukti apabila banyaknya industri Animasi 3D di asia tenggara mengambil pelajar sekolah berkenaan sebagai perantis.
Isi Kandungan
Latarbelakang SMARTSchool Medan Indonesia.
SMARTSchool Medan telah diasaskan oleh Yayasan Pendidikan Berkarakter Cerdas Indonesia Cemerlang yang diketuai oleh Encik Surianto dan dibantu oleh Encik Susanto. Ia telah dibuka pada tahun 2011 yang mula beroperasi di Deli Serdang, Sumatera Utara. Pada masa kini, SMARTSchool Medan mempunyai 2 jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Pertama (di Malaysia adalah Sekolah Menengah Kebangsaan) dan Sekolah Menengah Kejuruan (di Malaysia adalah Sekolah Menengah Vokasional).
Sekolah ini mempunyai lebih dari 50 orang pelajar yang telah tamat belajar dan masih ada 25 orang pelajar yang masih menjalani pelajaran. Hampir majoriti pelajar lepasan sekolah ini telah mendapat peluang pekerjaan di industri kreatif termasuk industri animasi 3D.
Fokus SMARTSchool Medan ini adalah melahirkan profesional yang berkualiti bermula dari peringkat sekolah untuk mengisi keperluan tenaga kerja di industri. SMARTSchool Medan ini menggunakan motto
“Character First, Skill and knowledge follow”
Pada tahun 2019 ini, SMARTSchool Medan akan membuka cawangannya di Jakarta dan akan memberi nama baru iaitu SMARTSchool Jakarta.
PROGRAM ANIMASI 3D
Pihak SMARTSchool Medan telah mendapat banyak permintaan daripada Industri untuk membuat video animasi 3D produk dan ternyata hasil karya pelajar sekolah ini amat berkualiti. Berikut adalah beberapa video animasi 3D produk yang dihasilkan oleh pelajar yang berumur 13 tahun hingga 18 tahun dan ia mengambil masa seminggu sahaja untuk disiapkan.
KELEBIHAN SMARTSCHOOL MEDAN
Kelebihan SMARTSchool Medan yang anda patut tahu :
Tenaga pengajar yang berpengalaman dan berkemahiran.
Perisian yang digunakan Autodesk Maya dan Autodesk 3D Max.
Bekerjasama dengan industri kreatif di Asia.
Hasil kerja pelajar dapat diakui industri.
Pelajar diajar sehingga mahir dan berpengalaman.
Yuran pengajian mampu milik.
Pelajar diberikan peluang praktikal di industri untuk tempoh setahun.
Pelajar lepasan sekolah menjadi rebutan industri.
Kurikulum yang dibangunkan fokus kepada pembangunan karakter dan industri.
Mudah menyambung pelajaran ke Universiti.
PROGRAM YANG DITAWARKAN
SMARTSchool Medan menawarkan beberapa program untuk pelajar sekolah.
Program yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
Digital Animation
Game and mobile application
DIGITAL ANIMATION
Pelajar akan mempelajari Digital Animation bermula umur 12 tahun hingga 18 tahun. Sepanjang sesi pembelajaran ini, pelajar akan didedahkan dengan teori dan kemahiran animasi 3d, pengalaman di industri untuk tempoh setahun di Indonesia dan negara yang lain di asia serta pengalaman membuat projek animasi 3d untuk industri.
Subjek Digital Animation
Hand drawing skill / Sketching Skill
Digital Painting Skill
Image manipulation skill
2D Drawing Skill
3D Modeling Skill
Design Skill
Character Design
Animation Skill
Special Effect Skill
GAME AND MOBILE APPLICATION
Pelajar akan mempelajari Game and Mobile Application bermula umur 12 tahun hingga 18 tahun. Sepanjang sesi pembelajaran, pelajar akan didedahkan dengan teori dan kemahiran untuk membuat Game and Mobile Application dan diberikan peluang mencari pengalaman di industri di dalam tempoh 1 tahun.
Subjek Game and Mobile Application
Digital Arts Skill
Multimedia Industry
Broadcasting Technology
Storyboard Skill
Screenplay Writing Skill
Basic Camera Handling Skill
Basic Shooting Skill
Basic Video Editing
Basic Video Banner Skill
KEJAYAAN DAN AKTIVITI PELAJAR
SMARTSchool Medan telah mendapat pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Berikut adalah beberapa kejayaan dan aktiviti pelajar.
DIGITAL ANIMATION
GAME AND MOBILE APPLICATION
SENARAI INDUSTRI KERJASAMA
SMARTSchool Medan telah bekerjasama dengan beberapa industri Animasi 3D untuk penempatan latihan praktikal pelajar selama setahun. Industri ini telah memberikan peluang kepada pelajar untuk bekerja sambil belajar dan diberikan bayaran gaji yang tinggi mengikut kemahiran pelajar itu sendiri. Antara industri yang bekerjasama adalah seperti berikut.
The Monk Studios, Bangkok, Thailand.
Infinite Framework, Batam, Indonesia.
Bali Animasi Solusi Ekakarsa, Bali, Indonesia.
Enspire Studio, Jakarta Indonesia.
Masih terdapat beberapa lagi industri Animasi 3D yang berminat untuk bekerjasama di dalam penempatan latihan industri pelajar. SMARTSchool Medan amat komited di dalam melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran industri dan amat mengutamakan keperibadian pelajar seperti sikap dan pembangunan sahsiah rohani serta jasmani.
Kerjasama ini juga memberikan pelajar mempunyai masa hadapan yang cerah setelah tamat persekolahan.
SENARAI INSTITUSI PENDIDIKAN KERJASAMA
Terdapat juga pelajar lepasan SMARTSchool Medan yang ingin menyambungkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, SMARTSchool Medan telah bekerjasama dengan beberapa intitusi pendidikan untuk membolehkan pelajar lepasan sekolah menyambungkan pelajaran mereka.
Berikut adalah beberapa institusi pendidikan yang telah bekerjasama dengan SMARTSchool Medan.
Les Copaque Animation Academy, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Universiti Bina Nusantara, Jakarta, Indonesia.
Universiti Multimedia Nusantara, Serpong, Tangerang, Indonesia.
Pelajar lepasan sekolah SMARTSchool Medan mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma di institusi pendidikan ini. Pembelajaran yang bermula daripada kemahiran akan dapat menjadikan pelajar berkenaan mempunyai masa hadapan yang cerah di dalam industri kreatif ini.
ALAMAT SEKOLAH : SMARTSchool Medan, Komp. Grand Cemara Asri, Jalan Cemara No 88 AD – AE Desa Sampali – Percut Sei Tuan 20371, Kab. Deli Serdang – Propinsi Sumatera Utara.
ANDA BOLEH FOLLOW LINK BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT :