Adakah anda bermasalah dengan pasangan anda ? Anda tidak percayakan dia ? Sentiasa inginkan dia menjadi milik anda sepenuhnya ? Jom belajar copy whatsapp si dia disini.
Whatsapp merupakan satu aplikasi komunikasi yang popular pada masa kini. Sama ada individu mahupun syarikat pasti mempunyai whatsapp sendiri untuk berkomunikasi. Kini whatsapp telah dilengkapi pelbagai ciri ciri menarik yang memenuhi keperluan penggunanya. Salah satu kelebihannya adalah seperti membolehkan pihak ketiga untuk memiliki whatsapp tersebut.
Jika anda berasa ragu ragu dengan pasangan anda, copy whatsapp adalah satu langkah yang baik. Disini anda dapat pelajari cara untuk copy whatsapp tersebut.
1. Pastikan telefon bimbit si dia ada di tangan anda.
Sememangnya amat sukar untuk memegang telefon bimbit si dia kerana pastinya ia mempunyai password sama ada password telefon bimbit atau password untuk membuka aplikasi. Untuk copy whatsapp dia, anda hanya menggunakan kurang dari 30 saat sahaja jika anda mahir. Oleh yang demikian silalah baca artikal ini berulang kali dan fahamkan caranya.
2. Download aplikasi di Play Store (Android) atau App Store (Apple).
Ada beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat copy whatsapp ini.
Sila rujuk gambar di bawah (Jika anda pengguna apple)
3. Buka aplikasi yang anda download tadi.
Setelah anda download, anda perlu membuka aplikasi tersebut dan ia akan menampakkan satu kotak QR code. Gambar seperti dibawah.
4. Buka whatsapp dia.
Setelah itu, anda perlu buka whatsapp si dia dan pilih WHATSAPP WEB.
5. Scan QR Code yang anda buka tadi di aplikasi.
Setelah itu, anda hanya perlu scan QR Code aplikasi yang anda download tadi.
6. Anda telah berjaya.
Sekiranya anda telah berjaya, di aplikasi yg anda download tadi akan nampak keseluruhan mesej whatsapp tersebut. Anda boleh hantar mesej, boleh upload gambar dan juga manage keseluruhan whatsapp tersebut. Di telefon bimbitnya akan naik notification seperti berikut :
Bagi mereka yang bercinta seharusnya tahu tanda tanda apabila pasangan anda telah mula tawar hati. Disini dikongsikan 9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati dan 5 Cara Mengatasinya.
Cinta itu indah dan ia adalah satu anugerah yang diberikan kepada semua insan ketika mereka berpasangan. Namun cinta yang terluka akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan hilang di dalam diri sendiri.
Tapi bila dia dah tawar hati, jangan terkejut jika dia meninggalkan anda secara tiba-tiba.
9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati
1. Pasangan anda sering menggunakan bahasa atau perkataan baru.
Cuba kamu perhatikan gaya dan bahasa yang digunakan oleh pasangan anda. Kadangkala ia jelas dapat dilihat apabila anda berkomunikasi dengan dia.
Mungkin ada bahasa bahasa atau perkataan yang dia jarang sebut tetapi sejak akhir akhir ni dia menyebutnya. Ada kemungkinan dia belajar dari rakan rakannya ataupun dari seseorang yang baru dikenalinya. Mungkin anda tidak sedar perkataan atau bahasa yang digunakan.
Oleh yang demikian, sekiranya ini terjadi, periksalah pasangan anda. Berkemungkinan dia sudah tawar hati dengan anda.
2. Perubahan sikap yang ketara.
Perubahan sikap si dia tidak sama seperti dahulu adalah satu faktor pasangan anda sudah tawar hati dengan anda. Contohnya, apabila aktiviti kebiasaannya yang dia lakukan bersama anda seperti kerap hubungi anda dan mesej anda tetapi keadaan tu semakin kurang atau dulu selalu ingin berjumpa tetapi sejak akhir akhir ni si dia seolah mengelak dari anda. Hal ini pasti akan membuat anda tertanya tanya.
Sesuatu benda yang sebelum ini tidak disukai dan secara tiba tiba menjadi suka juga akan menjadi satu isu yang sememangnya anda patut ragui. Mungkin pada sebelum ni banyak ungkapan cinta, tetapi ungkapan tu dah tak wujud lagi di dalam dirinya.
3. Selalu cari gaduh walaupun perkara kecil dan kerap beremosi.
Dia mula menampakkan sentiasa beremosi dan setiap perkara akan dijadikan sesuatu point untuk dia mewujudkan kontroversi yang mengundang kepada pergaduhan. Ini mungkin perkara biasa yang terjadi apabila dia sudah tawar hati dengan anda. Sememangnya si dia akan memerhatikan gerak geri anda untuk mencari kesalahan dan seandainya anda lambat mengangkat telefon sahaja pon, ia akan jadi isu untuk bergaduh.
Jika keadaan ini berlaku, berhati hatilah kerana berkemungkinan dia sudah tawar hati dengan anda.
4. Mula membuat kenyataan yang mengjengkelkan.
Mungkin si dia menyuruh anda membuat sesuatu yang diluar jangkaan. Contohnya seperti :
“You, cantik la awek tu, u xminat ke macam tu ?” atau “ I akan bangga kalau u ada seorang lagi awek kerana disitu I tahu bahawa u ramai peminat”
Soalan seperti ini sebenarnya menampakkan bahawa dia bukan lagi manganggap anda sebagai kekasihnya tetapi hanya seperti seorang sahabat sahaja. Anda harus berhati hati.
5. Tidak fokus.
Orang yang buat salah ni sememangnya akan sentiasa gelisah atau tidak senang duduk apabila handphonenya tidak berada di tangan. Kadang kadang dia seperti menyorokkan telefonnya dan meletakkan password supaya anda tidak dapat membukanya. Ada juga yang selalu menukar mode silent supaya anda tidak dapat mendengar bunyi panggilan atau mesej. Pada ketika ini, semua perbualan akan menjadi seperti hambar dan dia lebh banyak mendiamkan diri dari berkata kata.
6. Suka memberi alasan.
Sekiranya si dia suka memberikan alasan, anda perlu berhati hati kerana setiap ketika, alasan itu ada yang releven dan ada yang tidak releven. Alasan yang diberikan selalunya mempunyai motif. Anda perlu sesuaikan alasan tersebut dengan situasi yang dilalui kerana anda pasti dapat menangkap maksud yang dia ingin sampaikan.
Berkemungkinan besar hatinya sudah tawar bersama anda.
7. Kurang melafazkan kata cinta.
Kurang melafazkan kata cinta itu adalah normal bagi setiap pasangan yang hubungannya terlalu lama. Jika terlalu kerap pergaduhan, pastinya sedikit sebanyak akan memberikan anda rasa bosan. Ada kemungkinan dengan masalah yang dihadapi oleh pasangan akan memberikannya hidup di dalam tekanan perasaan. Oleh yang demikian, anda perlu bertanya dan selidik masalah tersebut satu persatu.
Tetapi jika si dia kurang melafazkan kata cinta disusuli dengan perubahan tingkah laku dengan sentiasa memberikan pelbagai alasan, anda perlulah berhati hati. Si dia telah tawar hati dengan anda.
8. Suka memadamkan mesej dan berahsia.
Privacy adalah perlu bagi semua pasangan tetapi pasangan yang benar benar serius tidak mementingkan privacy kerana hidup berahsia dengan pasangan akan memburukkan lagi keadaan. Jika sesuatu mesej atau panggilan yang melibatkan pihak ketiga yang mampu menggugat perhubungan, berterus teranglah dengan pasangan supaya si dia tidak tersalah faham. Kujujuran itu amatlah penting untuk membina hubungan yang harmoni.
9. Tidak mesra semasa bertemu.
Pasangan yang bahagia selalunya akan mesra ketika bertemu. Kebanyakannya hanya ketika mula mula perkenalan wujud kemesraan diantara satu sama lain dan bila dah terlalu lama, keadaan menjadi hambar. Pupuklah hubungan supaya sentiasa mesra dan sekiranya dia tidak mesra, bertanyalah masalah yang dihadapinya melainkan dia berubah cara dan tingkah laku.
Anda seharusnya berhati hati dengan pasangan anda.
5 Cara Mengatasinya
1. Bertanya dengan baik dan berhemah.
Sekiranya anda mengetahui bahawa pasangan anda sudah tawar hati, anda perlu mencari jalan untuk memulihkan keadaan supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh lagi. Sememangnya perubahan ini perlulah diperbaiki untuk mengekalkan hubungan yang harmoni di dalam berpasangan. Bercakaplah dengan nada yang lembut dan teratur.
2. Berdiam diri.
Jika keadaan berlarutan, diamkan diri buat sementara untuk memberi ruang kepada masing masing. Masing masing perlu berfikir sejenak untuk mengingat kembali matlamat dan tujuan berpasangan supaya tidak tersasar dari landasan khususnya bagi mereka yang ingin mendirikan rumahtangga.
3. Bercakap dengan orang yang dipercayai / pakar.
Jika anda mula mengalami kemurungan dan kehilangan mood atau selera makan, anda perlu merujuk kepada orang yang boleh dipercayai. Cuma pemilihan orang yang dipercayai tu bergantung kepada anda sendiri kerana tidak semua mampu memberikan jalan yang terbaik selain daripada mengkritik dan memberi keadaan lebih buruk.
4. Berikan peluang.
Sekiranya anda inginkan hubungan kembali pulih seperti sediakala, anda seharusnya memberikannya peluang untuk melakukan perubahan. Berkemungkinan dengan peluang yang diberikan itu akan mengeratkan lagi hubungan anda dengan si dia.
5. Tinggalkan pasangan anda.
Ini merupakan jalan yang terakhir. Sekiranya hubungan anda dengan si dia tidak dapat diselamatkan, anda perlulah gunakan cara terakhir ini untuk kesejahteraan kedua belah pihak.
9 Tanda Pasangan Anda Tawar Hati dan 5 Cara Mengatasinya
SELANGOR : Kulit rendang ayam yang dimakan bersama nasi lemak tidak cukup rangup – komen MasterChef UK. Ia jelas menunjukkan bahawa MasterChef dari UK tidak layak untuk menjadi juri untuk makanan di Malaysia. Kita yakin orang British boleh masak makanan yang sedap tetapi bukanlah nasi lemak bersama rendang ayam.
Puan Zaleha Kadir Olpin, 48 tahun kelahiran Kuantan, menyertai pertandingan MasterChef UK dan menarik perhatian orang ramai apabila masakannya adalah masakan tradisional Malaysia iaitu nasi lemak bersama rendang ayam. Beliau menceritakan bahawa makanan itu adalah makanan kegemarannya sejak zaman kecil lagi.
“Saya selalu menyimpan duit untuk membeli nasi lemak setiap hari jumaat pada zaman persekolahan dulu dan ada sebuah kedai yang menjual nasik lemak yang paling sedap hanya dengan harga 20 sen sahaja”, zaleha memberitahu juri MasterChef UK, John Torode ketika beliau menyediakan hidangan.
Zaleha menghidangkan sepinggan nasi lemak bersama rendang ayam, sambal udang, telur goreng, ikan bilis, kacang dan timun. Setelah itu juri Master Chef UK, John Torode memberi kritikan bahawa nasi lemak tidak sepatutnya dimasukkan banyak santan kelapa, sambal perlulah panas dan ayam tersebut perlulah lembut dan hancur “.
Kemudian, Juri Gregg Wallage pula mengkritik bahawa kulit ayam rendang tidak cukup rangup.
“Saya suka rasa rendang ini dimana ada kemanisan kelapa tetapi kulit ayam tidak rangup dan sos rendang diletakkan di atas kulit. Saya tidak boleh makan.”, Jelas Wallace.
Juri Torode pula menjelaskan bahawa resepi rendang ayam adalah satu kesilapan.
Zaleha kecewa dengan komen yang diberikan dan menyebabkan dia terkeluarkan dari pertandingan tersebut.
Pelbagai kritikan diberikan oleh nitizen dan ada yang menyarankan bahawa Juri masterChef UK perlu belajar mengenai makanan di asia bersama Selebriti masakan Malaysia iaitu Chef Wan @ Datuk Redzuawan Ismail.
KUALA LUMPUR, March 19 ― Setelah 12 tahun menanti kelahiran seorang anak, Penyanyi Pop Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Suaminya Dato’ Khalid mendapat seorang anak perempuan pagi ni.
Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti Nurhaliza melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.55 kg pada jam 8.17 pagi ini.
“Siti dan baby Alhamdulillah sihat dan hanya menerima kunjungan dari keluarga terdekat sahaja.”, Jelas Rozi di dalam post Instagram Siti Nurhaliza yang menujukkan gambar pasangan suami isteri itu.
“Suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menzahirkan kesyukuran kerana semuanya selamat. Apa yang penting baginya adalah kelahiran tersebut berjalan lancar disamping ibu dan anak yang sihat.”, Rozi mengulas.
PETALING JAYA: Peguam terkejut selepas Mahkamah Sesyen menghukum sorang “Datin” yang mendera pembantu rumah dengan bon berkelakuan baik, mengatakan kesalahan itu ialah jenayah serius bawah Kanun Keseksaan.
Ramkarpal Singh berkata Mahkamah Sesyen terkhilaf semasa menjatuhkan hukuman ke atas Rozita Mohamed Ali yang menyerang Suyanti Sutrinso.
“Undang-undang tidak lagi menyediakan bon berkelakuan baik dalam kes-kes melibatkan kesalahan serius, yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan sebagai kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama 10 tahun atau lebih.”
Beliau berkata Rozita dituduh bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan kesalahan bawah seksyen itu dihukum dengan penjara sehingga 20 tahun, dan tergolong dalam takrif “kesalahan serius”.
Video Suyanti dalam keadaan cedera parah dan terbaring berdekatan longkang di satu kawasan perumahan di Mutiara Damansara tular pada Disember 2016.
Media kemudian melaporkan Rozita didakwa menggunakan sebilah pisau, sebatang mop, sekaki payung dan penyangkut baju untuk menyebabkan kecederaan pada kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti.
Rozita pada awalnya didakwa dengan cubaan membunuh. Dia kemudian didakwa bawah Seksyen 326 kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah.
Suri rumah itu terikat selama 5 tahun dengan bon berkelakuan baik RM20,000 oleh Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah.
Ramkarpal berkata pindaan Kanun Tatacara Jenayah pada 2016 secara jelas tidak menyediakan pilihan mengikat seseorang yang disabit kesalahan dengan bon berkelakuan baik bawah Seksyen 173A dan 294 apabila seseorang itu didakwa dengan kesalahan serius.
“Pindaan tersebut juga secara jelas tidak mengambil kira keadaan sebelum ini dan oleh itu masih berkuatkuasa dan boleh digunakan semasa Rozita dihukum.
“Dalam keadaan itu, jelas hakim Mahkamah Sesyen bertindak di luar bidang kuasa dalam mengenakan hukuman tersebut terhadap Rozita kerana Seksyen 173A dan 294 tidak lagi membenarkannya berbuat demikian,” katanya.
Beliau berkata Mahkamah Tinggi harus menyemak keputusan itu “segera demi keadilan” dan Mahkamah Tinggi boleh berbuat demikian walaupun tanpa permohonan mana-mana pihak.
Sementara itu, peguam hak asasi Eric Paulsen mempertikaikan keputusan mahkamah itu selepas mendengar 10 saksi termasukmangsa dan doktor yang merawatnya.
“Kami tidak nampak apakah keadaan yang boleh meringankan hukuman Rozita untuk kesalahan serius seperti itu, selepas dia telah menyebabkan kecederaan pada tangan, kepala, kaki dan organ dalaman.”
Beliau berkata kesalahan itu mesti diambil berat oleh penegak hukum kerana ia berkepentingan awam.
“Kesalahan sedemikian jika tidak dihukum akan menjadi satu pencabulan, terutama apabila dilihat dalam konteks pelbagai kes penderaan yang berlaku di Malaysia.”
Paulsen berkata jenayah terhadap pembantu rumah, termasuk kes Adelina Jerima Sau yang meninggal dunia kerana kecederaan selepas didakwa didera majikannya, harus “dipahatkan dalam ingatan kita sebagai tanda malu.”
Tetapi hukuman terhadap Rozita memberikan mesej yang salah kerana ia mencadangkan tidak mengapa untuk melayan pembantu rumah tanpa perikemanusiaan “jika kamu kaya atau rapat dengan orang ternama”.
“Kami menyeru peguam negara supaya merayu keputusan Mahkamah Sesyen, dan mendapatkan hukuman yang setimpal dengan jenayah kejam yang diakui Rozita,” kata Paulsen, yang mengetuai Lawyers for Liberty.
Adakah anda mempunyai seseorang lelaki idaman ? Adakah anda ingin meluahkan tetapi anda malu ? Adakah anda ingin membuatkan lelaki yang anda cintai menerima anda seikhlas hati ? Adakah anda ingin lelaki tersebut mengahwini anda ? Disini dikongsikan tips memikat lelaki yang akan menyentuh hatinya.
Gambar Sekadar Hiasan
Isi Kandungan
TIPS Sebelum Perkenalan
1. Jika anda mempunyai nombor telefon lelaki tersebut sama ada diberi oleh rakan, keluarga atau terjumpa secara tidak sengaja, sila ikut langkah ini : a. Memberi salam b. Memberitahu dia cerita sebenar anda boleh ada nombor telefonnya. c. Bertanyakan khabar d. Bercerita mengenai kerja e. Memberi kata kata semangat
Setelah itu, tamatkanlah perbualan / whatsapp anda. Anda boleh text balik ketika waktu makan dan solat. Selitkan gurauan didalam berbicara. Lakukan beberapa hari sehingga dia merasa selesa dengan anda. Jika sampai satu waktu, anda perlu senyapkan diri dan kemudian dia sendiri yang akan menghubungi anda. Ketika itu, hati si dia telah rasa kehilangan.
2. Jika anda terjumpa secara tidak sengaja atau kebetulan. a. Ukirkan senyuman dan memberi salam. b. Memberi soalan pertanyaan seolah olah anda tersesat jalan. c. Jika anda mempunyai bisnes kad, anda boleh terus memberi kepadanya.
PERHATIAN : Jangan sesekali minta bisnes kad dia melainkan dia memberi tetapi bergantung juga kepada perbualan anda dan si dia. Jika perbualan anda pada ketika itu membolehkan anda meminta bisnes kad dia, ini adalah peluang yang terbaik.
Sumber : Panduanterkini.com
CARA MENARIK PERHATIAN LELAKI
Sekiranya perkenalan itu adalah pada waktu pagi contohnya, berikut adalah cara cara yang anda boleh cuba :
Setelah anda dapat bisnes kad si dia, anda biarkan masa berlalu hingga ke lewat petang atau malam. Biarkan jarak masa sedikit dan barulah anda menghubungi si dia.
Mulakan bualan anda atau whatsapp anda dengan : 1.Memperkenalkan diri anda.
2. Bertanyakan soalan seperti : a. mengganggu ke ? b. dah balik kerja ke ? c. macam mana kerja harini ?
3. Jika perbualan atau whatsapp anda dan si dia seolah kaku, anda selitkan dengan gurauan senda. Jika anda berpeluang untuk berbual atau whatsapp dia dengan lebih panjang, anda boleh mengambil peluang untuk mengenali tentang dirinya dahulu. a. Latarbelakang kerja. b. Mengenai hobi dan minat dia. c. Mengenai kampung halaman. d. Anda juga boleh berbual isu semasa dan hal persediaan perayaan (sekiranya hari raya makin hampir).
PERHATIAN Anda haruslah ingat bahawa jangan bertanya banyak pada satu hari. Ia akan menyebabkan si dia merasa tidak selesa dan perbualan pasti akan terhenti disitu. Elakkan juga untuk berbincang mengenai kisah silam kerana ia adalah isu yang sensitif bagi kebanyakan lelaki.
Gambar Sekadar Hiasan
CARA MEMIKAT LELAKI EGO
1. Sila jaga penampilan anda sekiranya berjumpa atau berkongsi gambar. 2. Jaga pertuturan kata kata anda ataupun penulisan anda. 3. Tunjukkan kebijaksanaan anda dan kelebihan anda. 4. Pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan sekeliling. 5. Jangan terlalu sombong dan ego. 6. Tunjukkan sikap rendah diri, sporting, slumber dan jujur. 7. Berikan sokongan terhadap hobi atau minat lelaki itu. 8. Tidak berputus asa dan berdikari. 9. Jangan bercakap hal yang tak berfaedah. 10. Sekiranya anda masak, pastikan dia rasa masakan anda. 11. Tunjuk sifat penyayang anda dihadapannya atau di dalam perbualan. 12. Boleh berkelakuan manja tetapi bukanlah gedik. 13. Ajak dia melalukan aktiviti luaran bersama seperti menonton wayang, jogging atau berkelah. 14. Jangan tunjuk cara anda terdesak untuk mendapatkan si dia. 15. Ukirkan senyuman yang menawan ketika berjumpa. 16. Pastikan anda sambut panggilan telefon dengan suara yang riang dan semangat. 17. Sembunyikan perasaan sedih anda ketika permulaan kerana apabila dia teah mendekati diri anda, dia pasti akan menjadi seorang yang memahami dan mengemabil berat mengenai anda. 18. Bersifat lemah lembut dan keperempuanan. 19. Jadilah seseorang yang boleh dipercayai didalam menyimpan rahsia. 20. Jangan terlalu mengongkong si dia. 21. Sentiasa bergurau senda. 22. Menjadi pendengar yang setia. 23. Sentiasa beri kata kata semangat dan romantik. 24. Mengambil berat kepada tarikh tarikh penting di dalam hidupnya. 25. Sentiasa membuat kejutan yang mengembirakan si dia. 26. Pandai menghormati keluarganya, rakan rakannya serta masyarakat sekeliling.
Lelaki amat suka kepada wanita yang matang dan sentiasa berusaha untuk memajukan dirinya.
Sememangnya amat sukar untuk kita melembutkan hati seorang lelaki yang tidak sukakan kita tetapi jika anda berusaha sedaya upaya, anda pasti beroleh kejayaan. Percayalah kepada jodoh dimana kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan.
Tips dan Cara Memikat Lelaki Yang Akan Menyentuh Hatinya
Adakah anda tahu bahawa NOTIS AMARAN telah dikeluarkan oleh LHDNM untuk melindungi anda daripada terpedaya untuk mengemaskinikan maklumat anda di platform yang salah ? Adakah anda risau maklumat anda dimiliki oleh orang yang salah dan tidak bertanggungjawab ? Disini adalah maklumat yang wajib anda tahu.
Notis Amaran Mengenai BR1M di LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU
1. MOF / LHDNM telah menerima aduan mengenai kewujudan LAMAN SESAWANG / FACEBOOK / TWITTER PALSU berkaitan BR1M di media sosial. Oleh itu dinasihatkan untuk tidak mengakses atau memberikan sebarang maklumat peribadi di laman sesawang berkenaan.
Berikut adalah senarai yang telah dikemaskinikan oleh LHDNM :
a. http://brim-hasil.net/
b. https://www.facebook.com/BR1M3/
c. http://www.br1m.info
d. http://www.br1m.net
e. http://www.br1m2017.com
f. http://www.bantuanrakyat1malaysia.com
g. https://www.facebook.com/BR1M2017/
h. http://bulletinmedia.blogspot.my/2017/01/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena.html
i. http://www.siakapke.li/terkini/bayaran-brim-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cina
j. http://pingje.org/infoje/terkini-br1m-2017-diawalkan-sempena-tahun-baru-cinabr1m-telah-di-kreditkan-ke-akaun-sila-semak-akaun-anda/
k. http://wow.com/permohonan/
l. https://www.mysumber.com/duit-br1m.html
m. http://www.malaysiatercinta.com/2013/12/tarikh-dan-cara-pembayaran-br1m-2014.html
n. http://myeidos.com/semak-kemasukan-duit-br1m/
2. LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan pengemaskinian BR1M secara panggilan dan ingin membuat PENAFIAN bahawa talian berkenaan adalah bukan milik LHDNM:
Berikut adalah nombor telefon yang telah dikemaskinikan oleh LHDNM : +6016-830-1970 +6016-736-9364 +6016-594-7475 +6019-299-4434 +6016-422-7460
Sila Klik Gambar di atas :
3. LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2716 atau 03-83138987. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol BR1M. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
4. KerajaanTIDAKmengenakan sebarang bayaran bagi penerimaan permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
5. LHDNM TIDAKmenyediakan sebarang perkhidmatan berbayar bagi pengisian borang permohonan BR1M / Rayuan BR1M.
6. Sekretariat BR1M MoF dan LHDNMtidak pernah mengeluarkan / mengedarkan maklumatBR1M melalui mana-mana media sosial seperti aplikasi whatsapp. Maklumat yang sahih BR1M 2018 hanyalah melalui phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M.
Untuk maklumat lanjut, Sila layari https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau hubungi nombor di bawah : Hotline BR1M MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Hotline BR1M LHDNM : 1-800-88-2716 Waktu Operasi : 9.00 a.m hingga 5.00 p.m
Adakah anda menerima email palsu atau mesej palsu mengenai BR1M ? Adakah anda salah seorang mangsa tersebut ? Adakah anda ragu ragu dengan email atau mesej tersebut ? Dimanakah anda ingin dapatkan kepastian ? Disini dikongsikan info untuk maklumat anda.
Untuk makluman anda, email dan sms BR1M palsu kini berleluasa aniaya penerima.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima pertanyaan daripada pemohon dan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mendakwa dihubungi secara e-mel atau pesanan ringkas (SMS) berkaitan BR1M daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai LHDNM (BR1M) yang menawarkan langganan insurans BR1M (i-BR1M) atau membuat semakan status kelulusan BR1M.
LHDNM mengesahkan bahawa pihak kami TIDAK mengeluarkan apaapa e-mel atau pesanan ringkas melalui pegawai LHDNM (secara individu) kepada pemohon atau penerima BR1M.
Justeru, kami menasihatkan semua penerima e-mel dan sms palsu tersebut agar menghapuskannya dan tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap apa-apa arahan yang terkandung di dalamnya.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2716 (BR1M) atau layari https://ebr1m.hasil.gov.my/
Adakah anda menanti duit BR1M? Adakah kelulusan BR1M anda ditolak ? Anda kecewa ? Disini diberitahu punca permohonan br1m anda gagal.
Pengumuman kerajaan mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia sememangnya dinantikan oleh orang ramai. Bagi mereka yang telah dapat bantuan BR1M sememangnya bersyukur tetapi bagaimana pula bagi permohonan mereka yang telah ditolak. Sememangnya BR1M kali ini peraturannya amat ketat berbanding sebelum ini. Oleh yang demikian, ada diantara anda yang sebelum ini dapat BR1m tetapi kali ini permohonan anda gagal.
Disini dikongsikan punca permohonan BR1M anda gagal yang boleh anda rujuk.
1. Anda tidak memberikan maklumat tanggungan secara tepat.
2. Anda tidak mengemaskini maklumat pasangan.
3. Pemohon yang menetap / belajar / bekerja di luar negara.
4. Maklumat peribadi tidak dimasukkan secara tepat seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan status perkahwinan.
5. Tidak menyertakan dokumen pengesahan status penceraian atau kematian pasangan anda.
6. Tidak mengemaskinikan maklumat beberapa tahun.
7. Suami dan isteri membuat permohonan berasingan
8. Tidak melaporkan pendapatan bulanan bagi yang bekerja sendiri dan makan gaji.
Antara maklumat penting yang anda perlu dikemaskini adalah seperti berikut : Sila klik gambar di bawah untuk tahu anda lulus atau tidak :
1. Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
2. Mengemaskinikan alamat surat menyurat dan email
3. Mengemaskinikan nombor telefon bimbit dan rumah
4. Mengemaskinikan maklumat akaun bank
5. Mengemaskinikan maklumat pasangan dan tanggungan
6. Mengemaskinikan maklumat waris
Perlulah diingatkan bahawa anda wajib kemaskinikan maklumat BR1M sekurang-kurangkan sekali dalam tempoh 3 tahun.
Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil memperlihatkan kepada sidang media, 2 gambar individu yang sepatutnya disiasat oleh polis mengenai dengan kesnya baru baru ini. Datuk Farid Kamil menjelaskan bertindak berkongsi gambar dua lelaki itu kepada media dan orang awam kerana mahu mendedahkan individu sebenar di sebalik pertuduhan dia terbabit dalam penyalahgunaan dadah.
Gambar : Sumber Astro Awani
Jelasnya, pendedahan ini sekaligus menjelaskan dua individu yang sudah dipanggil pihak polis bukanlah individu yang sebenar membantu siasatan polis.
Farid mendakwa , individu sebenar yang datang menemuinya pada hari kejadian adalah pengurus artis serta penyanyi.
Selepas berjumpa mereka, saya tidak sedarkan diri,” katanya.
Selepas laporan polis dibuat, beliau berharap ada kawad cam dilakukan ke atas suspek yang meklumatnya telah diberikan, namun reman dan siasatan telah dibuat ke atas individu yang tidak dimaksudkannya beberapa hari kemudian.
Gambar : sumber buku biru
Farid berharap penjelasan mengenai beberapa kontroversi membabitkan dirinya pada sidang media itu dapat membersihkan imejnya.