Adakah anda tinggal di Pulau Pinang, Kedah atau Perlis ? Mencari kerja sambilan untuk menampung kehidupan keluarga ? Perlukan kerja sambilan yang bayarannya lumayan ? Tidak tertekan dan masa bebas ? Kini, Panduanterkini.com membuka peluang penjadi penulis bagi pihak Panduanterkini.com di kawasan Utara.
Isi Kandungan
Apakah itu Panduanterkini.com? Adakah anda tahu Panduanterkini.com membantu anda?
Untuk maklumat anda, Panduanterkini.com merupakan satu brand yang diwujudkan khas untuk membantu usahawan usahawan di Malaysia khususnya kepada mereka yang menjual produk ataupun menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat. Ia bukan sahaja menyajikan info dan panduan terkini kepada masyarakat di dalam menjalani kehidupan seharian tetapi ia juga memberikan platform kepada usahawan untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.
Panduanterkini.com dimiliki oleh PTDOTCOM MEDIA DIGITAL dan mempunyai website sendiri iaitu www.panduanterkini.com. Ia sentiasa bersedia membantu golongan usahawan di dalam menghasilkan penulisan artikel produk (Product Review) dan perkhidmatan (Service Review) untuk dikongsikan kepada masyarakat.
Ia berpusat di Shah Alam Selangor dan mempunyai puluhan penulis di seluruh malaysia sama ada penulis profesional ataupun separa profesional.
Panduanterkini.com juga menyediakan kerja sambilan sebagai penulis kepada anda. Kini, Panduanterkini.com akan menjalankan sesi pengambilan sebagai penulis di Pulau Pinang. Kepada mereka yang berada di kawasan utara boleh sertai sesi latihan yang dianjurkan oleh pihak pengurusan panduanterkini.com dan maklumat sesi latihan adalah seperti berikut :
Tarikh : Akan dimaklumkan nanti
Masa : Akan dimaklumkan nanti
Lokasi : Akan dimaklumkan nanti
(Sesi Latihan Percuma.Makan dan minum tidak disediakan.Penulis hanya perlu bawa buku nota)
Apakah kelebihan menjadi Penulis Panduanterkini.com ?
1. Tiada yuran pendaftaran atau penyertaan. 2. Diberikan surat lantikan bersama ID Penulis. 3. Sesi Latihan pemasaran dan sesi latihan membuat artikel tiada bayaran dikenakan. 4. Diberikan bimbingan hingga berjaya. 5. Pendapatan setiap artikel diantara RM50 hingga RM250. 6. Masa bekerja bebas. 7. Kawasan bekerja bebas. 8. Skop penulisan artikel adalah bebas kecuali beberapa bidang yang tidak dibenarkan. 9. Peluang mendapat pelanggan dari 3 penjuru.
Apakah karier penulis Panduanterkini.com ?
1. Professional Writer. 2. Journalist. 3. Reporter. 4. Marketer.
Kepada anda yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut sila hadir ke sesi latihan yang disediakan atau hubungi 0173206870.
Adakah anda mencari sebuah kerja yang sambilan yang bebas masa, menguntungkan dan tidak tekanan ? Anda suka menulis dan mempunyai laptop sendiri di rumah ? Disini, panduanterkini.com akan mendedahkan Rahsia Kerja Sambilan sebagai penulis yang Menguntungkan.
Menulis sebenarnya tidak susah. Penulisan yang baik apabila mempunyai info yang disampaikan mempunyai fakta dan hasil penulisannya ditulis dari hati. Apabila pembaca membaca penulisan anda, dia akan mudah memahami dan info yang anda sampaikan akan menjadi tumpuan mereka yang membacanya.
Ada pelbagai jenis penulisan. Antaranya adalah menulis novel, menulis artikel trending, kesihatan atau kecantikan, fesyen, pemakanan, gaya hidup (life style), product review, service review, tempat makan yang sedap dan menarik, percutian atau travel, tips dan petua serta panduan – panduan atau cara terkini.
Isi Kandungan
Siapa yang sesuai untuk kerja sambilan sebagai penulis?
1. Surirumah yang ingin menambahkan pendapatan sampingan.
2. Pekerja yang menganggur.
3. Graduan yang sedang menunggu tawaran kerja atau graduan yang masih mencari pekerjaan tetap.
4. Pelajar yang ingin menambahkan pendapatan.
5. Pekerja yang biasa membuat sales dan marketing.
6. Tenaga pengajar yang ingin menambahkan pendapatan sampingan.
Apakah potensi pendapatan anda sebagai seorang penulis ?
Pada masa kini, pendapatan yang anda boleh perolehi sebagai seorang penulis artikel adalah di dalam lingkungan RM 100 hinggalah ribuan ringgit. Setiap jenis artikel amatlah berbeza pendapatannya.
1. Penulis sambilan untuk laman web yang berunsurkan blog.
Terdapat beberapa laman web yang berunsurkan blog dan salah satunya adalah seperti www.panduanterkini.com . Laman web seperti ini memberikan anda peluang untuk menjana pendapatan dan pendapatan yang anda boleh perolehi daripada satu artikel adalah lingkungan RM100 hingga RM500. Sekiranya anda mampu menghasilkan beberapa artikal sehari, anda mampu mendapatkan ribuan ringgit dalam tempoh seminggu.
Merujuk kepada laman web www.panduanterkini.com , ia menggalakkan penulis menulis artikel seperti ‘trending article’ , ‘product review’,‘service review’ dan juga ‘company review’. Artikel seperti ini amatlah laris dipasaran kerana ia membantu syarikat tersebut mendapat review di google.
Kebanyakan produk atau syarikat yang bagus, di google akan menunjukkan ia mempunyai beberapa maklumat dan elemen seperti website dia sendiri, page di facebook dan juga artikel dari blog. Panduanterkini.com akan memberikan anda latihan intensif untuk anda mendapatkan sales daripada pelanggan dan cara berurusan dengan pelanggan. Maklumat lanjut sila hubungi admin@panduanterkini.com .
Kenapa perlu artikel dari blog ?
Artikel dari blog sebenarnya mempunyai potensi yang baik untuk dikongsikan di dalam facebook. Kebanyakan pengguna facebook akan ‘share’ maklumat artikel blog sekiranya artikel itu mempunyai manfaat kepada dirinya atau orang di sekelilingnya.
Terdapat pelbagai jenis majalah yang dijual pada masa kini. Kebanyakan majalah yang ada di pasaran masih menggunakan kertas dan dijual di kedai kedai. Pada masa kini, teknologi telah berada dihujung jari. Kebanyakan info atau maklumat mudah dicapai secara online. Ada sesetengah majalah terpaksa berhentikan pengeluarannya kerana jualannya kurang dan menyebabkan syarikat tersebut kerugian.
Namun begitu masih ada majalah yang laris di pasaran. Untuk menjaga reputasi jualan, editor majalah memerlukan artikel yang terkini, unik, berkualiti dan lain dari yang lain pada setiap pengeluarannya. Jika anda berminat untuk menghasilkan artikel untuk majalah, anda boleh menghubungi editor majalah tersebut dengan melayari website syarikat untuk mendapatkan maklumat untuk berkongsikan artikel.
Tidak semua majalah akan menerima artikel dari penulis sambilan. Pihak majalah kebiasannya akan meminta beberapa arikel dari anda untuk di review bersama sedikit biografi tentang diri anda. Jika anda terpilih, anda mungkin akan dibayar sekitar RM100 hinga RM 500 untuk satu artikel dan ia bergantung juga kepada topik yang anda ingin sampaikan.
3. Penulis sambilan untuk laman web anda sendiri
Untuk mempunyai laman web sendiri terdapat beberapa cara.
Antaranya adalah seperti memiliki akaun blogger dan memiliki website yang menggunakan wordpress. Untuk mempromosikan website anda sehingga dikenali ramai perlu menggunakan masa yang panjang dan juga perlu melakukan pelbagai aktiviti seperti : a. Mengetahui tentang SEO. b. Mengetahui tentang cara menggunakan keyword. c. Mengetahui cara untuk membuat backlink. d. Mengetahui cara mempromosikan website melalui medium media sosial. e. Mengetahui cara menulis artikel yang mampu menarik ramai pembaca.
Semakin lama usia website anda, semakin bagus ranking anda di dalam google dan pencarian. Untuk mempelajari cara cara membuat website sendiri, terdapat beberapa syarikat yang menawarkan latihan untuk anda belajar. Panduanterkini.com juga memberikan latihan kepada anda untuk membuat website sendiri. Sila hubungi admin@panduanterkini.com untuk keterangan lanjut atau hubungi Encik Zulkhair di 0173206870.
Semoga anda berjaya menjadi seorang penulis yang professional setelah anda membaca artikal Rahsia Kerja Sambilan sebagai penulis yang menguntungkan ini. Pilihan di tangan anda dan anda yang menentukannya.
Adakah anda sering mengalami masalah gastrik ? Berubat cara moden tetapi tidak membantu ? Perlukan petua hilangkan gastrik yang teruk ? Disini adalah info mengenai gastrik yang patut anda tahu dan petua hilangkan gastrik yang teruk.
Isi Kandungan
Apakah itu Gastrik ?
Gastik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencernakan makanan.
Ketika kita terasa lapar atau badan memerlukan makanan, perut akan merembeskan asid gastrik ini.
Jika tidak terdapat makanan di dalam perut, maka asid ini akan menghakis dinding permukaan dalam perut.
Proses ini berlaku berulang kali dalam masa berbulan atau bertahun sehingga dinding perut menjadi tipis, sebelum anda mengalami gastrik ini.
Apakah Punca Gastrik.
Makanan pedas – meransang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut.
Makanan masam – Meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut.
Makanan berminyak / berlemak (kecuali minyak zaitun) – Sukar untuk dihadam, justeru perut akan meransang lebih banyak asid ke dalam perut.
Merokok – Ia mengurangkan kecekapan Lower Esophogeal Sphincter yang berfungsi sebagai pintu pagar bagi membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali.
Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drugs). Pengambilan yang berterusan dan secara kerap (contoh:aspirin) akan menyebabkan hakisan kepada dinding perut.
Stress / tekanan emosi. Apabila berada dalam keadaan stress, kebiasaannya perut akan merembeskan lebih banyak asid.
Jangkitan bakteria H.Pylori. Bakteria ini boleh menyebabkan dinding perut luka (gastrik ulser).
Minuman berkafein (teh @ kopi). Ia mampu meransang rembesan asid perut.
Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk
1. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Chamomile tea
Teh chamomile (chamomile tea) terkenal dengan sifat anti-inflamatori dan boleh mengurangkan kesakitan pada perut anda akibat gastrik. Teh chamomile bertindak dalam merehatkan otot-otot di sekitar perut dan saluran makanan, sekali gus mengurangkan keadaan “contractions” yang menyebabkan gastrik dan sakit perut dan pada masa yang sama mengurangkan kesakitan yang dialami. Bancuh satu uncang teh chamomille dan minum dan anda akan mendapat kelegaan daripada sakit perut dan pedih ulu hati.
2. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Cuka Epal / Apple Cider Vinegar
Tentu anda merasa pelik apabila salah satu petua untuk hilangkan gastrik dengan cepat dan sihat adalah dengan menggunakan apple cider vinegar? Kadangkala penyakit gastrik berpunca dari gastric reflux yang mengakibatkan asid di dalam perut anda berada di tempat yang tidak sepatutnya, dan oleh sebab itu, kandungan asid dalam perut yang digunakan dalam perut sudah berkurangan. Mengamalkan minum apple cider vinegar dapat menstabilkan kandungan asid di dalam perut dan pada masa yang sama dapat membantu mencerna makanan dengan lebih baik. Sungguhpun begitu, sesetengah orang tidak dapat meminum apple cider vinegar secara langsung kerana rasanya begitu masam dan tajam. Anda boleh membancuhnya dengan menambah air dan sedikit madu dan meminummya sedikit demi sedikit.
3. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Teh daun pudina / Peppermint tea
Teh daun pudina memang terkenal di antara kaedah-kaedah atau petua-petua untuk mengurangkan kesakitan. Daun pudina mengandungi menthol, yang merupakan analgesic semula jadi yang amat efektif untuk mengubati rasa mabuk atau mual dan juga untuk meredakan kesakitan di bahagian perut. Selain dari teh daun pudina, anda juga boleh mencari apa sahaja produk atau bahan makanan yang mengandungi daun pudina untuk tujuan yang sama.
4. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Jus Prune
Mungkin anda tidak tahu tetapi ada kalanya sakit perut atau gastrik berpunca daripada bahagian bawah abdomen badan anda yang mana anda mungkin rasa perut anda seakan-akan meragam atau berbunyi. Ini biasanya berkaitan dengan sembelit yang mana ada tidak dapat membuang air besar dan akibatnya kesakitan tersebut merebak ke atas perut menjadi sakit perut, gastrik, dan pedih ulu hati. Oleh itu, amalkan meminum segelas jus prun yang akan bertindak sebagai laxatif untuk melegakan perut anda.
Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk
5. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Halia
Peranan halia juga sama seperti teh chamomile di mana ia juga mengandungi agen-agen anti-inflamatori yang juga membantu untuk merehatkan otot-otot di sekitar perut anda dan juga di saluran makanan dalam badan anda. Halia juga boleh mengeluarkan angin di dalam perut dan membantu juga dalam meredakan kesakitan dalam perut akibat gastrik. Halia telah terbukti sebagai satu ramuan atau bahan yang boleh menghilangkan gastrik dengan cepat dan sihat, dan ia juga boleh digunakan untuk mengubati kesakitan yang lain. Anda boleh merebus akar halia untuk membuat teh lalu diminum dan ini juga terbukti untuk mengurangkan sakit dan melegakan perut.
6. Petua Hilangkan Gastrik menggunakan Pek Air Panas (Hot Water Pack)
Menggunakan pek air panas (hot water pack) sebagai tuam untuk diletakkan di atas perut juga dapat membantu dalam mengurangkan kesakitan di bahagian perut. Pada masa sekarang memang jarang untuk kita nampak orang menggunakan pek air panas yang diperbuat dari getah yang digunakan sebagai tuam untuk bahagian-bahagian badan yang sakit. Pastikan air yang digunakan tidak terlalu panas kerana kulit mungkin akan merasa sakit. Seeloknya anda boleh menggunakan kain untuk mengalas pek air panas tersebut. Secara optimumnya, baring di tempat yang selesa dan letakkan pek air panas yang dilapik dengan kain di atas perut anda. Cara ini juga dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan akibat gastrik.
7. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk Menggunakan Makanan Tawar
Walaupun jika anda mengalami penyakit gastrik, ini bukan bermaksud anda tidak boleh makan kerana anda tidak boleh membiarkan perut anda kosong yang mungkin menjadi punca penyakit gastrik tersebut terjadi. Semasa perut merasa sakit akibat gastrik dan apabila perut kosong, makan makanan yang biasa dan tidak pedas serta makanan-makanan yang mudah dicerna seperti pisang, nasi, roti dan sebagainya. Jangan makan makanan yang pedas atau tajam yang dikhuatiri akan menambah kesakitan pada perut anda.
8. Petua Hilangkan Gastrik Yang Teruk menggunakan Air Limau Panas
Air limau panas selalu diamalkan oleh kaum perempuan yang sedang mengandung kerana kemungkinan sesetengah kaedah-kaedah atau petua-petua untuk mengurangkan sakit perut. Petua ini boleh diamalkan untuk sakit perut di mana makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas akan menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut dan dapat melancarkan proses penghadaman, sekaligus dapat melegakan perut dari kesakitan.
Adakah anda baru sahaja putus cinta ? Ditinggalkan kekasih atau anda meninggalkan kekasih ? Mencari cara berkesan melupakan kekasih ? Ketahuilah bahawa kesakitan itu bersifat sementara sahaja. Berikut adalah cara berkesan melupakan kekasih yang patut anda tahu dan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu baru berpisah, beberapa hari berpisah dan beberapa bulan berpisah.
* Sekadar gambar hiasan
Kita mampu mengenali seseorang dalam masa 1 minit, sukakan seseorang dalam 1 jam, sayangkan seseorang dalam 1 hari dan cintakan seseorang dalam 1 bulan. Tetapi kita akan mengambil keseluruhan hidup untuk melupakan dia.
Isi Kandungan
Sekiranya Amat Baru Berpisah
1. Jangan layan perasaan.
Pada ketika itu sememangnya hati terasa amat hancur. Fikiran melayang teringatkan si dia. Memang benar kehidupan dirasakan sunyi sepi dan air mata tak henti mengalir. Jangan biarkan diri semakin tertekan dan anda seharusnya keluar mencari ketenangan. Makin perasaan dilayan, anda akan makin sakit sebenarnya. Cuba renungkan, si dia tengah suka dan gembira tetapi anda menangis sedih. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
2. Mohon kekuatan daripada Allah SWT.
Inilah cara yang sebaik baiknya. Memohon kekuatan serta petunjuk daripadanya. Bangun di tengah malam selama 3 hari berturut turut untuk solat taubat dan solat istikharah. Memohon petunjuk kepada hubungan anda. Insyallah satu persatu petunjuk akan diberikan dan anda boleh membuat keputusan anda nanti.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
3. Ceritakan masalah kepada orang dipercayai.
Sekiranya anda berada pada situasi awal berpisah, elakkan duduk sendirian. Anda perlu mempunyai teman atau pihak keluarga disisi. Anda perlu meluahkan apa yang terpendam kepada seseorang supaya hati anda akan lebih tenang. Selagi anda memendam, anda akan menjadi tak keruan dan gundah gulana. Oleh yang demikian, anda perlu mencari seseorang yang boleh anda percayai untuk anda menceritakan masalah yang anda alami. Orang tersebut perlulah positif dan mempunyai motivasi. Sekiranya insan tersebut bersikap negatif, dia bukan sahaja akan mengganggu emosi anda malahan dia akan memburukkan lagi keadaan anda.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
4. Sibukkan diri.
Anda perlu sibukkan diri anda dengan kerja ataupun dengan sesuatu aktiviti yang dapat melupakan masalah anda buat sementara. Melalui cara ini, anda dapat melupakannya buat sementara. Jangan biarkan diri anda tidak membuat apa apa kerana kesunyian itu akan memberikan keadaan diri anda teringatkan tentang dia.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
5. Banyakkan tidur.
Anda perlulah berehatkan minda anda kerana pada situasi ini anda kerap memikirkan tentangnya. Dengan kerapkan tidur mampu beri anda rehat dan seterusnya dapat menglakkannya dari terus fikir dan teringat. Mimpi adalah mainan tidur. Jika anda inginkan satu petunjuk, anda boleh solat istikharah untuk dapatkan petunjuk.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
6. Menulis di atas kertas.
Ini merupakan cara yang efektif iaitu dengan menulis semua perkara di atas kertas. Apa yang perlu anda tulis adalah mengenai keburukan dia, kebaikan dia, kelemahan anda dan kelebihan anda. Dengan fakta sebegini anda boleh melihat sejauh manakah keadaan yang berlaku. Anda juga boleh membuat satu kronologi mengkaji mengenai masalah yang timbul sehingga menyebabkan anda dan dia berpisah. Anda perlu bertanya soalan dan anda juga perlu menjawabnya sendiri. Tanyalah hati anda dan anda pasti dapat jawapan yang anda cari.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
*Sekadar gambar hiasan
Setelah beberapa hari anda berpisah.
1. Buang segala perkara tentang dia.
Setelah apa yang anda lalui ketika ini, anda seharusnya berfikir. Adakah dia yang terbaik untuk anda ? Adakah dia sesuai dengan anda ? Apakah cara dia melayan anda ? Anda boleh membuat pelbagai soalan tetapi jangan hanya fikir dan sebut. Anda perlulah menulis di atas kertas bersama soalan dan jawapan. Apa yang anda lalui dengannya pada sebelum ini, anda perlulah buang jauh jauh supaya anda tidak memikirkannya lagi. Kebaikannya atau benda kesukaan dia, anda harus buang jauh jauh dari sudut ingatan. Memang hati akan merindu tetapi biarlah anda rindu di dalam doa. Sekurangnya Allah SWT akan gantikan kesakitan yang anda alami dengan ketenangan. Anda juga perlu blok semua perhubungan anda dengan dia seperti whatsapp dan facebook. Makin anda melihatnya online ataupun postkan status, ia akan menyebabkan diri anda tidak keruan. Oleh yang demikian sila elakkan.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
2. Buang segala pemberiannya.
Sepanjang anda berkenalan mungkin terdapat banyak barang atau benda yang telah diberikan kepada anda. Barang barang tersebut perlulah dihapuskan atau diberikan kepada kawan kawan anda sebagai satu hadiah. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan anda dari teringat malah ia dapat memberikan anda hilangkan kesakitan hati bila terkenangkan kenangan anda. Memang sayang setiap pemberiannya itu tetapi anda letakkan dihati bahawa setiap benda yang kita sayang tu jika kita sedekahkan kepada orang lain, ia akan memberikan ganjaran pahala kepada anda.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
3. Fikir positif.
Untuk kuatkan hati, berfikirlah secara positif seperti “mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik perpisahan ini” atau “mungkin aku menjaga jodoh orang sahaja selama ini”. Wujudkan pelbagai ayat ayat positif di dalam diri supaya diri akan lebih kuat tanpa dia. Seandainya anda teringat sahaja, fikirkan secara positif dan biarlah perasaan positif terus menjalar di fikiran dan lama kelamaan hati akan akan tabah dan redha.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
4. Elakkan dengar lagu kenangan.
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu mendayu yang merupakan lagu lagu perpisahan. Lagu lagu kenangan antara anda dengannya jangan sesekali mendengar. Anda perlu mencari lagu semangat contohnya “Alasanmu – Exist”. Lagu ini menggambarkan bahawa sekiranya hubungan anda diteruskan ia akan mendatangkan kesan buruk kepada anda. Sediakan beberapa lagu yang rancak untuk anda mendengar pada setiap hari. Lebih baik adalah mendengar zikir zikir munajat. Zikir munajat mampu menenangkan hati anda.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
5. Sayangi diri dan tingkatkan kemampuan diri.
Di dalam keadaan ini, anda seharusnya sayangi diri anda dahulu. Anda sendiri tak makan menyebabkan diri anda sakit dan berlapar. Jangan aniaya diri anda sendiri kerana ia bukanlah milik anda tetapi dipinjamkan. Lebih penting lagi ialah tingkatkan potensi diri anda sendiri seperti beraktiviti di gym, bersukan, bersenam, belajar memasak atau sebagainya yang mampu meningkat kemahiran anda. Jadikan kelemahan anda ini adalah satu kekuatan kepada diri anda untuk terus berjaya. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
*Sekadar gambar hiasan
Setelah beberapa bulan anda berpisah.
1. Terima kenyataan.
Anda sememangnya dah boleh melupakan dia secara tidak sedar. Anda dah boleh terima kenyataan bahawa anda tidak memerlukannya lagi di dalam hidup anda. Ia bukan sahaja memberikan anda berasa tenang tetapi ia mengajar anda nilai REDHA. Makin lama anda redha, makin terbuka jalan anda untuk memulakan hidup anda yang baru. Kini anda boleh menggelarkan diri anda insan yang baru. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
2. Cari pengganti baru.
Anda berkawanlah seramai mana yang boleh supaya hati anda terasa ramai yang menyayangi anda. Awas ! berkawan tidak semestinya mainkan perasaan orang lain. Apabila anda telah temui seseorang yang amat ambil berat tentang anda, anda boleh memberikannya peluang untuk mengenali diri anda. Ambil masa sedikit untuk mengenali hati masing masing dan insyaallah sebenar benarnya allah swt telah menggantikan insan yang lebih baik dari sebelumnya. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
3. Cipta kenangan baru.
Mulakan berkawan dan anda pasti beroleh kenangan yang baru. Hidup ini indah jika dinikmati dan anda seharusnya membenarkan diri anda berkawan dan bersosial. Awas ! Bersosial bukanlah merosakkan diri tetapi batas agama juga perlu dipatuhi. Hiduplah dalam keadaan tenang dan bahagia. Insyaallah kenangan baru anda akan tercipta.Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
4. Memaafkan.
Dendam yang terindah adalah kemaafan. Selagi hati anda tidak memaafkannya, anda tidak akan dapat ketenangan. Belajarlah memafkannya di atas segala perbuatannya. Sememangnya dia pon manusia yang sering melakukan kesilapan. Tetapi percayalah bahawa dengan memafkannya, hati akan akan lebih tenang dan kehidupan anda akan bertambah lebih baik. Ini adalah salah satu cara berkesan melupakan kekasih.
Akhir kata, berusahalah kearah yang lebih baik. Kehidupan ini bukanlah kekal tetapi adalah bersifat sementara. Anda muda hanya sekali dan nikmatilah usia muda ini dengan kegembiraan dan ketenangan. Jangan sia siakan usia muda anda kerana kehidupan ini sebenarnya indah jika dinikmati.
Susah ke nak tahu Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta ? Lelaki ego ni susah nak mengaku kalah je. Tetapi jika anda tahu tanda mereka jatuh cinta, ia akan hilangkan ego lelaki tersebut. Disini dikongsikan Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta.
Lelaki ego ini sebenarnya mudah untuk dikenali. Perwatakan mereka seolah formal dan keras. Ayat yang digunakan pon amat skema dan straight forward. Lelaki sebegini sebenarnya takut untuk memulakan kerana ketakutannya adalah kekecewaan.
*Gambar sekadar hiasan
Lelaki ini jatuh cinta dalam diam dan membuatkan dirinya meronta ronta untuk melepaskan apa yang terbuku di hati. Dia mula terasa rindu jika tidak dapat melihat kelibat kita walaupun sehari. Seperti kata orang tua dulu dulu, tengok atap rumah pon dah boleh hilangkan perasaan rindu. Perasaan cemburu mula menjalar di hatinya dan ia menyebabkan dirinya untuk membuka langkah langkah mendekati diri anda. Berikut adalah tanda tanda mereka.
Isi Kandungan
Tanda Lelaki Ego Jatuh Cinta
1. Cubaan menegur.
Selama hari ini dia seolah tidak mengendahkan anda. Anda terperasan dia melihat tetapi dia mengalihkan pandangannya segera. Anda akan terkejut apabila di meja kerja anda terdapat sepucuk surat ataupun hadiah tanpa nama dan kadang kadang ditulisnya “Secret Admire”. Hinggalah pada satu ketika, dia mula menegur anda. Ini adalah usahanya untuk mendekati anda walaupun dalam keadaan yang ego.
2. Tiba tiba menghubungi anda.
Kebanyakan lelaki ego tidak mulakan dengan menelefon anda tetapi dia akan mulakan dengan whatsapp atau mesej sahaja. Anda mungkin terkejut apabila nombor yang tidak dikenali mesej atau whatsapp anda. Selalunya mesej itu adalah ayat ayat yang formal. Kemudian akan disusuli gelak ketawa apabila anda mula respon. Itulah sikap lelaki ego yang cuba mengenalkan diri ketika mula mula perkenalan.
Kemudian dia akan menjadi jam loceng untuk anda dengan mengejut anda tidur, peringatkan jangan lupa makan atau solat, beri kata kata semangat dan juga menghantar ayat ayat kelakar. Ketika malam pula, dia akan menghantar mesej mengucapkan selamat malam. Mungkin anda terasa janggal tetapi lama kelamaan anda mungkin akan terbiasa dengan situasi tersebut. Tetapi awas! Mereka ini amat cemburu !
3. Mengajak anda keluar.
Ini adalah langkah seterusnya apabila si dia mula terasa selesa dan hatinya amat terpaut kepada anda. Lelaki ego selalunya akan mengambil satu taktik atau alasan untuk mengajak anda keluar makan seperti ada perkara yang ingin dibincangkan tentang kerja, ada perkara yang dia ingin mintak pandangan atau nasihat dan mintak jadi temannya untuk keluar ke sesuatu tempat yang istimewa. Ini adalah taktik atau strategi lelaki ego sedangkan pada hakikatnya dia nak ajak anda keluar adalah disebabkan rindu. Anda akan dibawa ke satu tempat yang istimewa kerana ia merupakan pertama kali anda keluar bersama. Si dia akan berlagak seolah serius ketika berada disamping anda. Lidahnya kelu seribu bahasa dan dia mencari idea untuk memulakan perbualan.
4. Sentiasa nak dekat dan memperhatikan anda .
Bila hatinya sudah ada rasa sayang, dia akan selalu mendekati anda dan ingin mengekori anda kemana sahaja anda pergi. Jangan anda berasa pelik apabila dia muncul secara tiba tiba apabila anda sedang keluar bersama rakan atau keluarga. Alasannya dia ingin mencari barang ataupun berjumpa rakannya. Dia juga akan follow anda di laman sosial dan akan komen setiap post anda dengan kata kata yang positif dan bermotivasi.
5. Berkongsi Perasaan.
Setelah lama dia mengenali anda, dia mula berkongsikan perasaannya dan menceritakan hal peribadi seperti keluarganya, dirinya, kejayaannya dan matlamatnya. Dia amat mempercayai anda dan ingin anda berada disisinya di dalam kehidupan seharian. Ia bermakna bahawa anda benar benar dihatinya.
*Gambar sekadar hiasan
6. Panik dan terlalu ambil berat.
Anda boleh melihat si dia akan menjadi seorang yang sangat mengambil berat tentang diri anda. Permasalahan yang anda hadapi, dia akan berfikir dan mencari jalan untuk menyelesaikannya. Dia akan melalukan apa sahaja sehingga anda terkejut dengan tindakan dia.
7. Memahami isi hati anda.
Dia mula mengkaji di dalam diam kegemaran anda dan juga benda benda yang anda tidak suka. Dia cuba membaca fikiran anda tanpa anda sedar. Apabila anda sedih, dia akan berusaha gembirakan anda. Jika anda gembira, dia akan berikan satu hadiah kepada anda untuk menggembirakan anda lagi. Dia cuba menjadi pendengar yang terbaik jika anda ingin meluahkan sesuatu. Erti kata lain, semuanya mengenai anda dia cuba tunaikan walaupun tanpa kemampuan dirinya sendiri.
8. Amat Protective.
Dia akan mula risau dan bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang siapa yang berada di sekililing anda pada ketika itu. Ini merupakan tanda dia mengambil berat mengenai anda dan anda boleh dikatakan di dalam keadaan yang selamat.
9. Cemburu.
Perasaan cemburu itu adalah semulajadi apabila dia jatuh cinta kepada anda. Dia akan menjadi runsing dan susah hati apabila ada lelaki lain yang membantu anda ataupun berurusan dengan anda. Baginya, jika anda inginkan apa apa sahaja, hanya dia sahaja yang dapat memberikan sepenuh hati dan tumpuan kepada anda. Oleh yang demikian, jagalah tingkah laku anda kerana perasaan cemburu orang yang ego ini amat keras sedikit daripada insan biasa.
10. Layanan istimewa.
Jika dia memberikan layanan yang istimewa kepada anda seperti membelikan anda hadiah atau membawa anda ke tempat mahal, ia menunjukkan bahawa dia telah meletakkan anda di dalam hatinya dan di situ kedudukan anda amatlah istimewa buatnya. Ketika itu anda pasti akan rasa anda di layan seperti sorang puteri raja. Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan melihat anda gembira bersama dengannya.
Adakah anda telah terjumpa calon lelaki impian anda ? Amat kacak dan ego. Anda ingin menarik perhatian dia terhadap anda ? Disini dikongsikan Tips Memikat Lelaki Ego dan kacak yang berkesan untuk anda pelajari.
*Sekadar gambar hiasan.
Isi Kandungan
Tips Memikat Lelaki Ego dan Kacak Yang Berkesan
1. Lelaki suka melihat wanita yang cantik
Fitrah lelaki adalah suka melihat wanita yang cantik dan mereka adalah seorang yang memilih untuk bercinta. Kecantikan wanita berdasarkan 2 perkara iaitu paras rupa dan bentuk badan tetapi jika ada keduanya itulah pakej yang dicari. Jika anda tergolong di dalam kategori tersebut, anda sebenarnya mudah untuk mendekatinya. Ini adalah tips memikat lelaki yang paling mudah. So pasang badan anda.
Lelaki ego dan kacak ni memang jual mahal. Jika anda ada pakej, jual mahal sedikit supaya dia dapat melihat anda dan mendekati anda. Awas ! Anda jangan terlalu ego kerana ia menyebabkan lelaki tu mencari wanita lain.
2. Lelaki tidak suka wanita yang serius
Kesibukan di tempat kerja membuatkan lelaki mencari sesuatu untuk menghiburkan hatinya. Jika anda seorang yang periang, mudah ketawa, pandai bergurau senda dan tidak terlalu serius adalah kategori yang dicari. Tingkah laku anda akan membuatkan dia rasa selesa dan bermula dari situ hubungan anda akan lebih rapat. Kelebihan lain yang anda patut ada adalah rendah diri, sporting dan slumber. Jika anda menyambut panggilan telefon dengan suara yang ceria dan riang, ia akan memberikan semangat kepada lelaki untuk terus menghubungi anda.
Lelaki ego dan kacak ni sebenarnya hati dia mudah dilentur. Anda kena berlawanan dengan sikap dia. Sentuh hati dia dengan gelak ketawa dan jenaka. Ada sesetengah lelaki akan serius pada mulanya tetapi percayalah bahawa dia akan mula jatuh hati dengan apa yang anda lakukan.
3. Lelaki suka wanita yang berterus terang
Dinasihatkan supaya bercakap benar dan jangan sesekali menipu. Penipuan anda akan menyebabkan anda terperangkap dengan situasi di masa hadapan. Berterus terang lebih baik supaya keadaan menjadi neutral dan hati anda juga lapang. Berterus terang pon kena berpada pada supaya ia tidak terlalu mendedahkan kelemahan anda.
Lelaki yang ego dan kacak ini tidak suka dirinya ditipu. Biarlah permulaan perkenalan anda dengan dia diceritakan perkara yang sebenar. Setiap penceritaan akan mendorong hubungan tersebut untuk ke arah situasi yang dialami.
4. Lelaki suka wanita yang sentiasa di sisi.
Banyak benda perlu difikirkan oleh lelaki dan kebanyakan adalah masalah serta membuat keputusan. Kehadiran anda sebagai penasihat akan membuatkan dia lebih rapat dengan anda. Selami hatinya dan anda berpeluang untuk menjadi miliknya nanti. Berikan sokongan moral dan semangat kepada benda benda kesukaannya.
Lelaki yang ego dan kacak ini memang jual mahal. Dikatanya dia akan ok jika anda tiada tetapi bila anda tengok balik, dia akan mula menaip mesej atau menghubungi anda bertanyakan banyak perkara. Egonya telah tumpas dengan cara anda.
5. Lelaki suka melihat pemakaian wanita.
Trend pakaian masa sekarang memang diambil kira oleh lelaki. Jangan terlalu over mendedakan tubuh badan kerana bagi lelaki yang normal, dia lebih selesa keluar dengan wanita yang bersifat sederhana. Mungkin di hadapan anda dia bersikap biasa tetapi anda akan dapat jawapan anda apabila anda pulang nanti atau sebelum pertemuan yang seterusnya dia akan menegur.
Lelaki ego dan kacak ini selalunya lebih bersikap berterus terang. Dihadapan mereka terdapat banyak pilihan dan anda jangan berkecil hati jika dia membuat perbezaan antara anda dengan wanita yang lain. Ini adalah kerana dia ingin melindungi anda daripada anda dipandang serong oleh mereka yang melihat anda ketika anda date. Oleh yang demikian, sebelum anda keluar, dapatkan maklumat awal daripada dia.
*Sekadar gambar hiasan.
6. Lelaki akan melihat pertuturan dan penulisan wanita.
Pertuturan anda ketika dihubungi dan penulisan anda ketika mesej perlulah jelas dan terang. Janganlah bermadah sangat hingga sukar untuk difahami. Tidak semua lelaki boleh membaca fikiran anda dan benda yang anda ingin sampaikan.
Lelaki ego dan kacak ini tidak suka wanita yang tidak sopan, kurang ajar, biadap dan suka menghina orang lain. Jagalah pertuturan mahupun penulisan anda kerana di awal permulaan, mereka akan melihat anda secara keseluruhan. Yang paling penting jangan bercakap hal yang tidak berfaedah.
7. Lelaki lebih suka wanita yang bijak.
Wanita yang bijak adalah kegilaan ramai lelaki kerana mereka bersifat berdikari. Kebanyakan pada masa kini terdapat ramai wanita yang tidak pandai berdikari dan membuat keputusan. Oleh yang demikian, jarang lelaki ingin mendampinginya.
Lelaki ego dan kacak sememangnya sukakan wanita jenis ini.
8. Lelaki sukakan wanita yang pandai menyesuaikan diri.
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan situasi dan keadaan membuatkan lelaki tersebut selesa mendampinginya. Kemana sahaja lelaki pergi, pasti anda akan dibawa menemaninya. Anda seharusnya belajar untuk berkomunikasi, mendengar pendapat orang lain dan juga memberikan pandangan yang positif sekiranya diperlukan.
Lelaki ego dan kacak amat bangga sekiranya anda yang memiliki sifat tersebut. Perhatian lebih akan diberikan kepada anda dan anda dapat menawan hati lelaki tersebut secara keseluruhan.
9. Lelaki sukakan wanita yang pandai memasak.
Hal ini adalah yang paling penting kerana anda akan diperkenalkan kepada pihak keluarga. Awas ! Berkemungkinan anda bermalam di rumah keluarganya. Sekiranya ini terjadi, bakal ibu mertua pasti akan melihat anda memasak.
Lelaki ego dan kacak akan menguji anda dengan masakan. Dikatanya masakan anda tidak sedap tetapi habis juga dimakan. Dia akan membandingkan masakan anda dengan ibunya. Oleh yang demikian, anda haruslah sabar dan ketepikan kritikan tersebut.
10. Lelaki sukakan wanita yang penyayang.
Ini adalah ciri ciri idaman semua golongan lelaki. Sifat penyayang kepada bayi, kanak kanak, orang tua dan golongan OKU adalah satu bonus bagi anda. Lelaki akan merasakan anda adalah yang terbaik untuknya dan dapat mewujudkan satu keluarga yang bahagia.
Lelaki ego dan kacak tidak terkecuali untuk mendapatkan sifat sebegini dari seorang wanita. Awas ! Sifat ini seharusnya bermula dari dalam hati dan bukanlah lakonan semata mata. Andainya lelaki terperasan bahawa anda tidak ikhlas, dia pasti akan bersangka buruk kepada anda.
11. Lelaki tidak sukakan wanita yang mengongkong.
Bagi lelaki, wanita yang mengongkong ini merimaskan. Seolah kebebasannya tersekat. Hal ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan hubungan anda dengan si dia akan jadi hambar dan kurang tumpuan.
Lelaki ego dan kacak pula melihat keadaan ini sebagai satu ancaman kepada dirinya. Kebebasannya tersekat dan dia tidak boleh berkawan dengan sesiapa.
12. Lelaki suka wanita yang prihatin.
Keprihatinan yang diharapkan oleh lelaki adalah seperti menjadi pendengar yang setia, berkongsi masalah, sentiasa ingat tarikh tarikh penting, sentiasa dapat perhatian dan dapat kata kata semangat. Anda perlulah menyelami hati lelaki tersebut jika anda sukakannya.
Lelaki ego dan kacak tidak terkecuali untuk mendapatkan wanita sebegini dan mereka amat mengharapkannya walaupun pada zahirnya bersikap ego seolah tidak kisah. Tips Memikat Lelaki Ego dan kacak yang berkesan.
Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan ragam kebaikan, keutamaan dan keberkahan. Kebaikan, keberkahan dan keutamaan ini yang harus difahami setiap muslim sebagai makna bulan suci Ramadhan.
Isi Kandungan
Makna Bulan Suci Ramadhan yang patut anda tahu
Pada bulan Ramadhanlah puasa diwajibkan atas Kaum Muslim sebagai salah satu wasilah untuk meraih ketaqwaan (QS. 2: 183).
Ramadhan adalah bulan Al-Qur’an karena pada bulan inilah Allah SWT menurunkan Al-Qur’an bagi umat manusia; sebagai petunjuk dan penjelas bagi manusia, yang membedakan yang haq dengan yang bathil serta menjelaskan jalan petunjuk-Nya (QS. 2: 185).
Pada bulan Ramadhan terdapat suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Itulah malam Lailatul Qadar (QS. 97: 1).
Keempat: Pada bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu; sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, “Jika datang bulan Ramadhan pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa Ramadhan dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamai ar-Rayyan. Sabda Nabi SAW, “Pintu ar-Rayyan hanya diperuntukan bagi orang-orang berpuasa, bukan untuk selain mereka. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadhan, maka taka ada lagi yang boleh masuk ke dalamnya.” (HR. al-Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Puasa Ramadhan adalah perisai penghalang dari godaan hawa nafsu dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka. Rasul SAW bersabda, “Puasa (Ramadhan) merupakan perisai dan benteng yang kokoh dari siksa api neraka.” (HR. Ahmad dan al-Baihaqi).
Bau mulut orang yang berpuasa Ramadhan, di sisi Allah pada Hari Kiamat nanti, lebih wangi dari bau minyak kesturi (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Allah SWT memberikan dua kebahagiaan bagi ahli puasa, yaitu bahagia saat berbuka dan pada saat bertemu dengan Allah kelak pada Hari Akhir, sebagaimana kata Nabi SAW, “Orang yang berpuasa mempunyai dua kebahagiaan; kala berbuka dan kala bertemu Allah.” (HR. Muslim).
Allah SWT menjauhkan wajah orang yang berpuasa Ramadhan dari siksa api neraka, sebagaimana sabda Nabi SAW, “Barangsiapa berpuasa satu hari di jalan Allah, dijauhkan wajahnya dari api neraka sebanyak (jarak) tujuh puluh musim.” (HR. al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan Nasa’i).
Puasa Ramadhan adalah salah satu rukun Islam (Hadits Nabi SAW melalui penuturan Abdullah bin ‘Umar dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Allah SWT memberikan balasan langsung kepada orang-orang yang berpuasa, sebagaimana sabda Nabi SAW, “Setiap amalan anak Adam, kebaikannya dilipatgandakan menjadi sepuluh sampai tujuh ratus kali lipat. Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Kecuali puasa. Sesungguhnya, amalan puasa itu adalah (khusus) bagi-Ku dan Aku yang akan memberikan pahalanya karena (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwat dan makanannya karena Aku.” (HR. al-Bukhari dan Muslim).
Puasa Ramadhan bisa menjadi kaffarah (penghapus) dosa-dosa hamba. Nabi SAW, bersabda, “Fitnah seseorang terhadap keluarga, harta, jiwa, anak dan tetangganya dapat ditebus dengan puasa, shalat, sedekah, serta amar ma’ruf dan nahi munkar.” (HR. al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW juga bersabda, “Shalat lima waktu, dari Jum’at ke Jum’at, dan (dari) Ramadhan ke Ramadhan, adalah penggugur dosa (seseorang pada masa) di antara waktu tersebut sepanjang ia menjauhi dosa besar.”(HR. Muslim). Rasulullah SAW pun bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena keimanan dan hanya mengharap pahala, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”(HR. al-Bukhari).
Puasa Ramadhan akan memasukkan pelakunya ke dalam syurga. Abu Umamah ra pernah berkata kepada Nabi SAW, “Wahai Rasulullah, perintahlah saya untuk mengerjakan suatu amalan, yang dengannya, saya dimasukkan ke dalam syurga.” Beliau bersabda, ‘Berpuasalah, kerana (puasa) itu taka da bandingannya.” (HR. Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, An-Nasa’I dan Ibnu Hibban).
Puasa Ramadhan akan memberikan kepada pelakunya syafa’at pada Hari Kiamat. Rasulullah SAW bersabda,” Puasa dan AL-Qur’an akan memberikan syafa’at untuk seorang hamba pada Hari Kiamat.” (HR. Ahmad dan al-Hakim).
Setiap kali anda ditemuduga, anda diberikan peluang untuk bertanyakan soalan. Soalan soalan berikut adalah soalan soalan yang bijak untuk anda bertanya dan ia menunjukkan bahawa anda bersedia untuk bekerja bersama syarikat tersebut.
*Gambar : sumber google
Sememangnya ramai calon temuduga akan keluar begitu sahaja tanpa bertanyakan soalan kepada penemuduga. Sebenarnya cara sebegitu tidak menunjukkan nilai tambah kepada anda malahan ia menampakkan anda tidak berminat untuk mengetahui latar belakang syarikat tersebut.
Mungkin anda terfikir, apakah soalan yang sesuai untuk anda bertanya. Kebanyakan soalan yang diajukan adalah soalan yang tidak menampakkan anda seorang yang bijak dan tidak menyebabkan syarikat perlu memilih anda berbanding orang lain.
Salah satu kunci kejayaan temuduga adalah bersedia menjawab soalan dan bertanyakan soalan.
Anda perlulah ingat bahawa setiap temuduga perlulah mempunyai komunikasi 2 hala. Anda akan ditanyakan pelbagai soalan dari pihak syarikat dan anda sendiri perlulah bertanyakan soalan kepada pihak syarikat. Ini menunjukkan bahawa anda benar benar bersedia dan anda adalah seorang yang mempunyai prinsip diri dan berkeyakinan.
Soalan Bijak untuk Ditanya Selepas Temuduga
Sekiranya anda diberi peluang bertanyakan soalan, anda boleh bertanya soalan sebegini.
1. ‘Who do you think would be the ideal candidate for this position, and how do I compare?’ (Setelah saya ditemuduga oleh tuan, adakah tuan rasa saya layak untuk jawatan ini?)
Soalan ini boleh terus ditanya kepada penemuduga sama ada kemahiran yang anda ada bersesuaian atau tidak dengan kemahiran yang diperlukan oleh syarikat. Ini memberikan anda gambaran sama ada anda berpeluang atau tidak untuk mendapatkan jawatan yang dipohon ini.
2. Who would I be reporting to?’ (Sekiranya saya diambil bekerja, siapakah yang akan menyelia saya? atau dengan siapakah perlu saya melaporkan tugasan kerja?)
Adalah penting untuk anda bertanya sekiranya syarikat itu mempunyai beberapa bos atau pengurus. Pertanyaan anda itu akan memberikan gambaran dengan siapa patut anda berurusan.
3. How has this position evolved?’ (Ke mana saya boleh pergi dari jawatan ini?)
Secara asasnya soalan ini memberi anda gambaran sama ada jawatan yang anda memohon ini di masa hadapan anda boleh dinaikkan pangkat ataupun ia adalah jawatan tunggal dan tiada kenaikan pangkat.
4. How would you describe the company’s culture?’ (Apa pandangan tuan mengenai syarikat ini?)
Soalan ini memberi anda gambaran jelas mengenai syarikat tersebut sama ada ia menjaga kebajikan pekerja ataupun tidak.
5. Who do you consider your major competitors? How are you better? (Bagaimanakah tuan menilai pesaing syarikat ini? Apakah kelebihan syarikat ini berbanding pesaing tuan ?)
Soalan ini seolah anda ingin membeli jiwa tuan penemuduga dimana ia menunjukkan anda telah mula memikirkan cara dan jalan untuk membantu syarikat mencapai matlamatnya.
6. Beyond the hard skills required to successfully perform this job, what soft skills would serve the company and position best? (Selain daripada kemahiran diri yang diperlukan untuk memikul jawatan ini, apakah kemahiran diri yang lain yang diperlukan oleh syarikat kepada individu yang memohon jawatan ini?)
Dengan mengetahui kemahiran yang diperlukan oleh syarikat dapat membantu anda mendapatkan gambaran bagaimanakah keadaan persekitaran syarikat dan pengurusan syarikat.
7. Do you have any hesitations about my qualifications? (Adakah tuan ragu-ragu dengan kelayakan saya?)
Soalan ini memberi anda keyakinan untuk membincangkan kelemahan diri dengan mendapatkan pandangan penemuduga syarikat tersebut untuk anda perbaiki.
8. What do you like most about working for this company? (Apa yang membuatkan tuan suka dengan syarikat ini?)
Soalan ini memberikan anda peluang untuk mendekati penemuduga kerana penemuduga adalah insan biasa seperti insan lain yang suka bercerita mengenai diri dan pengalaman masing masing. Ia juga memberi anda mendekati penemuduga tersebut disamping mengetahui keadaan persekitaran syarikat.
9. Can you give me example of how I would collaborate with my manager? (Bolehkan tuan memberi contoh, bagaimana saya boleh bekerjasama dengan pengurus saya?)
Adalah penting untuk anda mengetahui bagaimana seorang pengurus syarikat menguruskan pekerjanya kerana anda boleh mengetahui cara yang sesuai untuk anda bekerjasama membantu pengurus anda menguruskan operasi syarikat hingga berjaya.
10.What are the challenges of this position? (Apakah cabaran yang akan saya hadapi untuk posisi jawatan ini?)
Jika pihak penemuduga memberikan jawapan “Tidak ada cabaran”, maka anda perlulah berhati hati kerana berkemungkinan besar posisi ini adalah terlalu mencabar.
11.What have past employees done to succeed in this position? (Berdasarkan pengalaman yang lepas kepada jawatan ini, apakah kejayaan yang dilakukan oleh pekerja tersebut?)
Tujuan utama soalan ini ditanya adalah kerana untuk mengetahui bagaimanakah syarikat tersebut mengukur kejayaan untuk jawatan ini.
12.Is there anyone else I need to meet with?/Is there anyone else you would like me to meet with?’ (Jika saya layak untuk jawatan ini, adakah saya akan di interview lagi selepas ini oleh orang lain?)
Ia memberi anda gambaran untuk anda supaya bersedia ditemuduga sekali lagi sekiranya anda dipilih menjawat jawatan ini.
13. How do you help your team grow professionally? (Bagaimanakah tuan membantu staf tuan berjaya di dalam syarikat ini?)
Soalan ini menunjukkan bahawa anda bersungguh sungguh akan berusaha memajukan diri dan juga membantu syarikat berjaya mencapai matlamatnya. Kebanyakan syarikat akan memilih pekerja yang mempunyai visi dan bertanggungjawab memikul tugas yang diberikan.
Amatlah mengecewakan apabila terjadinya sakit kepala ketika bekerja. Kesibukan bekerja di siang hari akan terjejas apabila sakit kepala terjadi. Oleh yang demikian, disini dikongsikan petua tradisional hilangkan sakit kepala dengan segera di pejabat.
*Sumber google
Anda harus tahu punca sakit kepala terjadi. Penyebab sakit kepala yang kerap berlaku adalah seperti berikut :
1. Tekanan darah tinggi. 2. Migrain. 3. Stress atau tekanan. 4. Tidak cukup tidur. 5. Kemurungan. 6. Sakit gigi. 7. Lambat makan. 8. Makan makanan yang mengandungi perisa tambahan seperti ajinomoto yang banyak. 9. Selesema
* Sumber google – Jenis sakit kepala
Petua Tradisional Hilangkan Sakit Kepala dengan Segera di Pejabat & Petua Hilangkan Sakit Kepala
1.GUNAKAN AIS Sekiranya di pejabat ada ais batu, balutkan ais batu dengan kain atau tisu yang banyak kemudian tuamkan di bahagian kepala yang sakit. Tuamkan selama mungkin sehingga rasa sakit tersebut kurang dan beransur hilang. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.
2.BASAHKAN KEPALA ATAU MANDI Basahkan kepala atau mandi boleh mengurangkan rasa sakit kepala. Kebanyakan dari kita mengalami panas dalam. Perubahan suhu juga adalah faktor penyebab sakit kepala. Dengan mandi atau panas kepala boleh mengurangkan rasa sakit kepala.
3.GUNAKAN BAWANG PUTIH (SEKIRANYA ADA) Bawang putih mempunyai sulfur aktif yang dipanggil allicin. Allicin ni bertindak sebagai antibiotik bagi beberapa penyakit. Ada beberapa cara menghilangkan sakit kepala menggunakan bawang putih dan antaranya adalah menghiris bawang putih dan meletakkannya di bahagian kepala yang sakit. Satu lagi cara ialah meletakkan bawang putih di telinga seperti memakai earphone.
4.MINUM TEH HALIA Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang membantu di dalam meningkatkan kitaran darah. Teh mengandungi anti oksidan yang tinggi dan banyak kelebihannya disamping ia mampu membuang angin di dalam badan. Apabila anda minum teh halia, ia dapat mengurangkan sedikit sakit kepala tetapi ia tidak boleh menyembuhkannya tetapi ia bergantung juga kepada individu berkenaan.
5.URUT MENGGUNAKAN MINYAK Sekiranya ada minyak panas, anda boleh sapu dan mengurut di yang tempat sakit khususnya di bahagian kepala, tengkuk dan belakang telinga sehingga rasa sakit kepala berkurangan. Lakukan berulang kali supaya rasa tegang di kepala anda berkurangan.
6.TIDUR SEMENTARA Cara ini berkesan bagi sesetengah individu dimana mereka tidur sekejap di kawasan yang tenang selama 30 minit hingga 1 jam. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan rasa sakit kepala malahan ia dapat merehatkan mata dan otak dari terus berfikir.
7.RENDAMKAN KAKI Cara merendamkan kaki di dalam air suam juga boleh mengurangkan rasa sakit kepala. Ia dapat membuatkan pengaliran darah anda lancar.
8. DUDUK SECARA TEGAK DAN BERTENANG Duduk tegak boleh jadi ubat penghilang pening atau sakit kepala. Ketika anda duduk dengan posisi membongkok, maka leher akan menahan berat kepala, sehingga ototnya menegang dan menimbulkan rasa pening. Jadi, ubah posisi duduk anda menjadi tegak, dengan kepala sejajar pada bahu.
9. MINUM AIR ELEKTROLIT Bagi sesetengah orang, mereka dapat menghilangkan sakit kepala dengan minum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia bukan sahaja dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, malahan ia dapat memberikan tenaga kepada badan disamping melancarkan peredaran darah.
Sekiranya anda beragama islam, anda boleh membaca doa ini dan amalkan ketika anda sakit kepala :